Monday 29 July 2019

Targhib Masturat



*TARGHIB MASTURAT*

Bila Maulānā Daud rahmatullāhu 'alaihi balik dari madrasah yg di asas di Delhi, beliau telah beritahu kepada Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi wanita² di madrasah telah tanya; "Orang lelaki saja keluar, orang perempuan tak ada keluar ke?" Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi yang pada masa itu sedang sakit, telah bangun daripada katilnya dengan keadaan yang sangat gembira. Maulana Ilyas telah kata; "Apa yang saya tunggu selama ini telah tiba, apa yang saya cari telah dijumpai. Bila wanita berkeinginan untuk keluar ke jalan ALLĀH ﷻ, bermakna peningkatan agama ini akan maju dengan mendadak."

Oleh itu tuan² yang mulia, di dalam mesyuarat banyak kali Maulana Saad telah beritahu; "Usaha wanita ini adalah sepuluh kali usaha lelaki." Kita orang lelaki banyak auta (mengelat). Orang perempuan (masa keluar) kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 10 tepat mereka akan mula taklim. Sebaliknya orang lelaki kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 11 baru datang.

Sekiranya usaha wanita ini kita lupakan dan kita tinggalkan, maka umat ini akan berada dalam kerugian yang sangat besar kerana ALLĀH ﷻ perintahkan agama ini sama sahaja di antara wanita dan lelaki. Oleh itu perintah dakwah ini adalah perintah ALLĀH ﷻ yang sama sahaja untuk wanita dan lelaki.

Dulu sebelum kedatangan Rasūlullāh ﷺ , ALLĀH ﷻ telah lantik orang yang bertanggungjawab untuk menyampaikan agama ini hanya dikalangan lelaki sahaja. Tetapi untuk umat ini; lelaki, wanita dan kanak² bertanggungjawab untuk kerja Nubuwwah (kenabian) ini.

Maulānā 'Umar Palanpuri rahmatullāhu 'alaihi bagitau; "Biar seluruh dunia tidak suka kita buat usaha dakwah tetapi isteri kita suka, maka mudah untuk kita buat dakwah. Sebaliknya jika seluruh dunia suka kita buat dakwah sehingga kita menjadi orang yang di atas pentas tetapi isteri kita tidak suka, maka susah untuk kita buat dakwah."

Jadi untuk itu kita kena fikir atas usaha wanita kerana umat ini bahkan Nabi² yang terdahulu, jika wanita membantu dalam usaha dakwah maka kesan baik akan tersebar begitu cepat sekali.

Oleh itu takaza untuk setiap halkah mengeluarkan jemaah masturat mereka sendiri dan menghidupkan taklim mingguan masturat.

Taklim mingguan masturat ini sangat penting kerana nisbahnya adalah sama seperti malam markas untuk lelaki. Jika wanita tidak dihubungkan dengan taklim mingguan masturat, maka fikir agama akan terluput dari diri wanita.

Wanita punya fikir; kerana wanita ini ada 9 keinginan dan 1 sahaja akal, jika digunakan untuk dunia maka dunia akan bertambah. Tengoklah barang2 yang ada di dalam rumah kita, kebanyakannya adalah hasil dari keinginan wanita. Orang lelaki kalau rumah macam kubur pun mereka tak kisah sebab lelaki keluar 4 bulan setiap tahun.

Baru² ini beberapa ulama kita pergi ziarah satu ulama di Mewat untuk tashkil keluar setahun sedangkan isteri ulama tersebut sedang sarat mengandung. Ringkasnya bila ditasykil maka dia kata; "Isteri saya sedang sarat mengandung dan sudah hampir untuk lahirkan anak." Maka kedengaran suara isteri dari balik tabir; "Sekarang ni apa masalahnya? Bukan abang yang nak melahirkan anak ni. Saya yang akan melahirkan. Abang keluarlah setahun."

Jadi perkara inilah yang kita nak usahakan. Setiap halaqah perlu sediakan jemaah 10 hari masturat. (Syarat untuk hidupkan taklim di halaqah, perlu ada sekurang²nya 3 orang yang berpengalaman masturat 10 hari dalam satu mohalla)

Apa maksud kita buat rumah taklim mingguan masturat? Maksudnya adalah supaya kita dapat hidupkan amalan masjid nabawi di setiap rumah orang Islam. Hadhratji Maulānā In'āmul Hasan rahmatullāhu 'alaihi kata; "Rumah² orang Islam di ibaratkan ada lubang². Dari lubang² itu segala fitnah, kemaksiatan dan keburukan akhir zaman akan masuk. Hanya dengan amalan taklim harian di rumah² lubang itu akan dapat ditutup."

Kita juga perlu sediakan rumah kita untuk terima jama'ah² masturat. Jika jama'ah datang selama 3 hari di rumah kita, maka rumah kita akan menjadi taman² syurga selama 3 hari tersebut. Jadi takaza juga sekarang untuk terima jama'ah² masturat ke rumah kita kerana ramai yang sedia keluar tapi tak sedia untuk terima jama'ah ke rumah. Jangan fikir rumah kecil atau besar tetapi fikir hendak terima atau tidak jama'ah ke rumah kita. Syura putuskan setiap halaqah sediakan 2 rumah setiap bulan hingga hujung tahun untuk terima jama'ah masturat. Insyaa' ALLĀH.

Targhib Masturat Jama'at
- Pakcu Bentong
- Mesyuarat Kuala Lumpur
- 10/01/2018

#Nota #Nizamuddin #Tafaqquh #alfaedah

No comments:

Post a Comment