Thursday 13 June 2019

Tips Bawa Balik Daging Unta Ke Malaysia Mudah dan Murah

Tips Bawa Balik Daging Unta Ke Malaysia Mudah dan Murah

oleh Hafizu

1. Beli di pasar ikan (Madinah) pasar Kakiah (di makkah)
1kg = 35riyal musim biasa 30riyal.

2. Suruh penjual itu potong kecik-kecil. Dan bungkuskan dalam plastik 1/2kg setiap bungkusan.

3. Sampai hotel, terus letak dalam peti ais (tempat Freezer) supaya beku selama 1 malam. Susun cantik-cantik.

4. Kalau 10kg, perlu pakai 2 freezer. (Pastikan hotel itu ada freezer, kalau tiada maka tak dapat lah ya).

5. Keesokannya (nak checkout & fly
Bawa keluar daging unta tersebut dan masukkan ke dalam kotak.

6. Masukkan kertas dalm kotak itu sebagai penebat haba agar sejuk tidak keluar

7. Wrap kotak tersebut dengan wraping (langkah berjaga-jaga supaya air dari daging unta tidak menitis).

8. Ada 3 lapis. 1 plastik daging unta 1/2kg, 1 paper penebat haba. 1 kotak dibalut wraping.

9. Boleh check in begitu sahaja atau masukkan dalam beg bagasi kita.

10. Penerbangan dari Jeddah - Abu Dhabi - KL - Kelantan (24 jam). Alhamdulillah. Daging sudah tidak beku. Tapi masih sejuk-sejuk lagi.
Boleh digoreng terus untuk jamu tetamu yang ambil kita di airport atau, bekukan makan masa raya kedua. ๐Ÿคฃ

Sekian. Ada tips lain. Boleh share.

No comments:

Post a Comment