Thursday 13 June 2019

Unsur illuminati freemason dalam video Palestine.

Unsur illuminati freemason dalam video Palestine.


Video Ramadan daripada Syarikat Telekomunikasi Kuwait Zain telah menghasilkan video bertajuk "Dear Mr. President" yang tular itu mempunyai maksud tersirat agenda illuminati, freemason atau lebih dikenali dengan 'kenderaan dajjal' si penyembah iblis. 

Dengan kata lain dajjal akan muncul dan kenderaannya sudah disediakan iaitu organisasi freemason atau illuminati. 

Antara tujuan dajjal ialah merosakkan dan menyesatkan umat manusia.

Iklan ramadan itu dapat difahami dengan dua maksud secara tersurat dan tersirat. Jika diterjemahkan kepada maksud tersurat ia akan membawa maksud sokongan kepada umat Islam di seluruh dunia dan jika dimaksudkan secara tersirat boleh juga membawa maksud agenda dajjal.

Secara zahirnya untuk maksud tersurat menunjukkan seorang kanak-kanak menjemput Tuan Presiden ke rumahnya untuk berbuka puasa. Diselangi dengan paparan dan gambaran keadaan pergolakan yang berlaku di seluruh dunia.

Video itu memaparkan krisis di
Palestine,
Masjid al-Aqsa, Jerusalem,
Syiria, 
Myanmar atau Burma.

Artikel lain berkaitan:

Lirik lagu bunkface dunia baru boboiboy galaxy ada unsur illuminati freemason.

http://madrasahdakwah.blogspot.com/2019/05/lirik-lagu-bunkface-dunia-baru-boboiboy-galaxy-illuminati-freemason.html


===============================
Lirik lagu berkenaan ialah seperti berikut:
===============================

Mr. President
Tuan Presiden.

Ramadan Kareem.
Ini Ramadhan yang mulia.

I invite you for iftar with me.
Aku mengundangmu berbuka bersamaku.

If you find my home in the debris.
Kau akan dapati rumahku telah hancur.

And my mother shops her part,
Dan ibuku baru pulang dari antrian.

of bread and a broken heart.
Dengan roti dan hati yang hancur.

And Azaan is called,
Dan azan masjid pun berkumandang,

and church bells toll.
dan loceng gereja berbunyi.

To the same Heavens,
Menuju syurga yang sama,

same God off all.
Hidup bersama kerana Allah.

And death boats, reach the land of dream.
Perahu-perahu maut kini tiba. Ke tanah impian.

With no children on the cover of magazines.
Tanpa liputan berita walaupun kanak-kanak terlibat.

Mr. President.
Tuan Presiden.

I cannot sleep.
Tidur ku tak lena.

Every time i close my eyes i hear the bombing.
Setiap kali ku pejamkan mata, ku dengar bunyi letupan.

My bed with smoke and fire starts burning,
Katil saya berasap dan api mula terbakar,

Fear from its hiding is freed.
Ketakutanku keluar dari sarangnya.

Lullabies cry.
Lagu kanak-kanak menangis.

and toys they bleed.
dan mainan mereka berdarah.

Mr. President.
Tuan Presiden.

toys bleed.
mainan berdarah.

Mr. President.
Tuan Presiden.

We are the escapers.
Kami lah pelarian.

The shunned.
Kami hidup dalam buangan.

and the guilty.
Kami dipersalahkan.

Accused of faith.
Dituduh beriman.

and devotion.
kerana sembahan kami.

Sentenced to extermination.
Dihukum mati.

Our voices have been silenced for making a faith declaration.
Mulut kami ditutup kerana syahadah iman yang diucapkan.

Mr. President. 
Tuan Presiden.

Our iftar will be in Jerusalem.
kami akan berbuka di Jerusalem.

The capital of Palestine.
Ibu kota palestin.

As written in God's answer to the prayer of all time.
Sebagaimana ditulis di dalam jawapan Tuhan kepada doa-doa.

Our iftar will be in Jerusalem. 
Kami akan berbuka di Jerusalem.

The capital of Palestine.
Ibu kota palestin.

As written in God's answer to the prayer of all time.
Sebagaimana ditulis di dalam jawapan Tuhan kepada doa-doa.

Our iftar will be in Jerusalem. 
Kami akan berbuka di Jerusalem.

The capital of Palestine.
Ibu kota palestin.

As written in God's answer to the prayer of all time.
Sebagaimana ditulis di dalam jawapan Tuhan kepada doa-doa.

Amen.
Aamiin.

Amen.
Aamiin.

Amen.
Aamiin.

Amen.
Aamiin.

Amen.
Aamiin.

Amen.
Aamiin.

Amen.
Aamiin.

Amen.
Aamiin.

May our fasting, children and nations forever be in the hands of The One who never sleeps.
Semoga puasa, anak-anak dan bangsa kita selamanya berada di tangan Yang Tidak pernah tidur.

666 zain.

===============================

Antara watak yang muncul mewakili:


Donald Trump,
Vladimir Putin,
Angela Merkel,
Aylan Kurdi,
Kim Jong-un,
Ahed Tamimi,
GCC leaders (Gulf Cooperation Council) (Pemimpin Majlis Kerjasama Teluk),
Justin Trudeau,
Antonio Guterres.


===============================

PERBINCANGAN.

Secara zahirnya seperti kanak-kanak Palestin mengajak pemimpin dunia dan orang-orang penting dalam percaturan kancah politik ini untuk melihat keadaan di Palestin, Syiria dan Myanmar yang menjadi polemik dunia umat Islam. 

Namun, dalam keadaan semasa, umat Islam kelihatan tidak berdaya sehingga seolah-olah meminta pertolongan kepada pemimpin dunia itu.

TERSALAH LIRIK.

Lirik lagu Mr President ini sebenarnya salah dan ada unsur khianat. Lihat pada lirik,

We are the escapers.
Kami lah pelarian.

The shunned.
Kami hidup dalam buangan.

Sebenarnya lirik ini tidak sepatutnya diucapkan oleh rakyat palestine. Yang sebenarnya pelarian dan hidup dalam buangan ialah rakyat Israel, Kaum Yahudi Zionis lah perampas tanah dan negara daripada rakyat Palestine. Mengapa pula jadi terbalik?

Ini adalah jarum halus dajjal dan tenteranya dalam pengambilalihan negara tanah palestine untuk diberi kepada rakyat pelarian Israel. 

Supaya mereka rakyat Israel yang sudah ditipu sebenarnya masih lagi menunggu al-masih Nabi Penyelamat mereka ditipu yang ditunggu mereka bukan penyelamat tetapi adalah dajjal yang terlaknat.

Tipu daya dajjal di akhir zaman ini sudah dirancang sejak beribu tahun untuk menjayakan misi dan visi merosak dan menyesatkan umat manusia.

Sehingga di akhir zaman ini, berlaku begitu banyak kekeliruan. Yang salah dikatakan betul, yang benar dipersalahkan.

Natijah akhir daripada jarum mesej subliminal ini adalah masyarakat dunia samada Islam atau bukan Islam tidak faham akan cerita sebenar yang telah berlaku dan apa yang akan berlaku.

Akhirnya masyarakat dunia membenarkan perlakuan ganas Israel terhadap rakyat Palestin dan tanpa rasa bersalah, Umat Islam sendiri akhirnya menjadi penyokong kepada tindakan rejim zionis Yahudi dalam perampasan tanah rakyat Palestin kerana termakan oleh dakyah, tipu daya dajjal dan lebih parah daripada itu menjadi penentang kepada usaha rakyat Palestine dalam mengambil semula hak mereka sehingga hak mereka bangkit menentang Israel rejim zionis dinafikan. Nauzubillah hi min zalik.

SKRIP ATHEIS.

Video ini secara tidak langsung menggambarkan keadaan umat Islam yang tidak bersatu dan tidak mampu membuat apa-apa. Ini jelas memperlihatkan kelemahan umat Islam itu sendiri.

Akhirnya, video ini seolah-olah menunjukkan umat Islam sudah putus harapan kepada Allah yang umum mengetahui Maha berkuasa. Adakah Allah yang Maha Berkuasa membiarkan umat Islam dalam keadaan tanpa pembelaan?

Jika orang bukan Islam membaca dan menelusuri ajaran Islam. Bukan kah umat Islam ada Allah yang Maha berkuasa? 

Mengapa Allah membiarkan Umat Islam dalam keadaan dihina dan tiada pembelaan? Ini adalah antara skrip atheis yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan hasil didikan dajjal.

JANGAN MENGAMBIL TEMAN YANG MENGHANCURKAN ISLAM.

Surah al-Nisaa’: 144

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman.”


Menurut Ibn ‘Asyur, orang-orang kafir dalam ayat ini merujuk kepada Musyrikin Quraish dan ahli kitab di Madinah, dimana kecenderungan kebanyakan mereka adalah bermusuh terhadap sifat dan berpakat dengan kelompok munafiq untuk menghancurkan Islam.

APA SALAHNYA SHAHADAH UMAT ISLAM?

And the guilty.
Kami dipersalahkan.

Accused of faith.
Dituduh beriman.

and devotion.
kerana sembahan kami.

Sentenced to extermination.
Dihukum mati.

Our voices have been silenced for making a faith declaration.
Mulut kami ditutup kerana syahadah iman yang diucapkan.

Shahadah iman yang diucapkan umat Islam adalah kalimah penyelamat umat manusia. Siapa sahaja yang menyebutnya dengan faham dan yakin, pasti akan mendapat kebaikannya. Namun, jika ketika ini 7 bilion umat manusia dan 1.5 bilion sahaja umat Islam,  dan bakinya masih belum kenal Islam dan tidak faham apa kalimat shahadah ini pasti apabila ada pendakwah Islam yang mengajak bukan Islam untuk belajar dan sebut kalimah shahadah ini akan menjadi suatu kegerunan terhadap kalimat ini kerana takut menjadi 
persalah, 
menjadi yang dituduh, 
akan dihukum mati, 
tiada hak bersuara, 
menjadi pelarian dan 
hidup dalam buangan. 

Islamfobia pasti akan menebal dalam kalangan masyarakat manusia.

LIHAT PAPARAN AKHIR YANG 
MENCURIGAKAN.


Kanak-kanak Palestine bersama Pemimpin Majlis Kerjasama Teluk menuju ke satu kawasan dan didapati kawasan itu ialah Dome of Rock (Masjid As-Sakhra) Masjid Kubah Batu tanpa ada satu pun tanda Bangunan Masjid Al-Aqsa, Baitul Muqaddis yang menjadi Kiblat pertama umat Islam sebelum diperintakan menghadap ke arah Kaabah di Masjidil Haram, Arab Saudi. Masjid ke-3 terpenting umat Islam selepas, Masjidil Haram di Mekah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Jerusalem.

Sangat mengecewakan, paparan Masjidil Aqsa tidak kelihatan dan yang kelihatan ialah Dome of Rock dan Tembok Ratapan Yahudi di Jerusalem. Tembok itu diyakini adalah sisa-sisa dari salah satu dinding sebuah kuil Yahudi besar atau dinding yang mengelilingi halaman kuil yang pernah di hancurkan oleh Rom suatu ketika dahulu. Tembok itu dikenali oleh masyarakat Yahudi sebagai Tembok Barat, atau Kotel HaMaaravi dalam bahasa Ibrani. Apa maksud babak atau paparan ini sebenarnya?

ORANG YAHUDI JUGA BERPUASA.

Misi masyarakat Yahudi yang hidup dalam pelarian dan buangan kini mahu mendapatkan dengan merampas tanah-tanah di Palestine untuk mereka. Sebenarnya, lirik-lirik lagu ini juga boleh membawa maksud perjuangan rakyat Israel untuk berbuka puasa di Jerusalem jika diamati secara tersirat. 

Orang Yahudi juga berpuasa dan berbuka dan impian mereka untuk berbuka di Jerussalem di kota suci mengikut keyakinan mereka dan dikuatkan lagi dengan di akhir babak lagu ini ialah mereka menuju ke Tembok Barat atau Tembok Ratapan Yahudi.

KAMI MENULIS KERANA.

Kami tidak menulis artikel ini jika umat Islam sendiri yang menghasilkan video ini dengan syarat tiada unsur illuminati freemason. Ini jelas kerana dari segi zahirnya maksud video ini tidak bermasalah kerana ia berdasarkan isu peri kemanusiaan. Tetapi disebabkan beberapa unsur dan simbol lluminati freemason maka perasaan curiga harus ada. Logo Zain itu sendiri menunjukkan nombor sembahan syaitan 666.

Hasil perbincangan ini menunjukkan walaupun pada zahirnya seakan-akan video ini tiada menunjukkan kesalahan yang besar atas permusuhan terhadap mana-mana pihak.
Objektif yang orang awam dapat lihat adalah perjuangan untuk mencapai kedamaian dan keamanan di dunia ini. 

Namun, kami berpandangan bahawa jika lirik dan video ini diperhalusi dengan lebih lagi sebenarnya ia adalah mengandungi lirik yang salah dan khianat serta unsur tersirat yang sangat merugikan umat islam dan mengandungi unsur mesej subliminal (subliminal message) yang fatal dan sangat berbahaya ditanam dalam minda manusia secara halus.

Blog Madrasah Dakwah & Mujahadah.

Wallahu alam.

============

Berikan komentar anda dengan komen di ruangan bawah ini untuk kami memperbaiki artikel ini supaya lebih tersusun dan mudah difahami.


No comments:

Post a Comment