Friday 20 October 2017

KHUTBAH JUMAAT JDT 6 OKTOBER 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه  

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  06 Oktober 2017
               15 Muharam 1439
Tajuk:  Berpegang Kpd Ahlus
               Sunnah Wal Jama'ah
                           
1) Firman Allah surah Al-anfal/46 bermaksud: "Dan taatlah kamu kpd Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah bantahan kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dgn cekal hati). Sesungguhnya Allah beserta orng yg sabar".

2) Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ)- pegangan ramai masyarakat islam dunia; Malaysia dan rantau Asia Tenggara; diwartakn kerajaan Neg Johor pd 02 Feb 2017.

3) Maksud Ahlus Sunnah Wal Jama'ah- golongan yg ikut pegangan Nabi SAW; ikut jln hidup baginda dan jama'ah para sahabat didikan Nabi; meliputi aqidah syariah akhlaq sejak zaman Nabi serta para sahabat baginda.

4) Sabda Rasul SAW bermaksud: ".......sesungguhnya telah berpecah bani israel kpd 72 kelompok manakala umatku akn berpecah kpd 73 kelompok dimana kesemuanya akan ke neraka kecuali 1 kelompok .............mereka adalah golongan yg berpegang kpd ajaran ku dan para sahabat ku".
HR: Imam At tirmidzi

5) Rasul SAW bersabda: "Umatku tidak akn bersepakat di dalam perkara yg sesat, jika kamu melihat mereka itu berselisihan hendaklah kamu berpegang kpd kelompok jama'ah yg terbesar".
HR: Ibn Majah

6) Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah- satu pegangan yg berakar umbi dari ajaran Rasul SAW dn para sahabat; disusun dgn bersistem oleh Imam Abu Alhasan Asha'ari dn Abu Mansur Almaturidi (tokoh ASWJ); mengenal Allah melalui sifat 20 yg wajib bagi Allah dll.

7) Sifat Aqidah Ahlus Sunnah Waljama'ah- ajaran yg betul, lurus, selamat; jelas dan tiada kekeliruan d dlmnya; ajaran2 lain sbg keliru, menyeleweng, jauh dpd ajaran Al-qur'an dn Al-sunnah.

8) Antara ciri2 pegangan ASWJ ialah:-
8.1) berpegang dn mentafsirkn hukum2 islam berdasarkn Al-qur'an, Al-sunnah, ijma' dn qias

8.2) berpegang kpd ajaran islam yg meluputi perkara mengenai iman (aqidah), islam (syara') dn ikhsan (akhlak).

8.3) Berpegang kpd Al-qur'an spt Mashaf Uthmani serta Al-sunnah hadith himpunan Imam Albukhari, Muslim, Attirmidzi, Abu Daud, Ibnu Majah dll.

8.4) Berkepecayaan bahawa para sahabat bersikap benar dn adil spt Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman dn Ali R Anhum.

8.5) Percaya dn beriman kpd perkara ghaib spt siksaan kubur, pembalasan Syurga, Neraka dll.

8.6) Tidak mengkufurkan sdara seislam yg berqiblatkn Ka'abah.

9) Firman Allah surah Al-maidah/2 bermaksud: ".....dan jangan sekali kali kebencian kamu kpd suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari Masjidil Haram......
.....dan janganlah kamu bertolong tolongan pd melakukan dosa (maksiat)..............dan bertaqwalah kpd Allah kerana sesungguhnya Allah amat berat azab siksanya.................".

              باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment