Friday 20 October 2017

KHUTBAH JUMAAT JDT 8 SEPTEMBER 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه  

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  08 September 2017
               17 Zulhijjah 1438
Tajuk:  Mahsyar Yang Pasti
              Berlaku.
             
1) Firman Allah surah Al-zulzilah/6-8 bermaksud: "Pada hari itu manusia akn keluar berselerak (dari kubur masing2) utk diperlihatkn kpd mereka (balasan) amal2 mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah nescaya akn dilihatnya dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah nescaya akn dilihatnya (dlm surat amalnya)".

2) Qiamat- seluruh ciptaan Allah akn menemui kemusnahan;  bermula dgn tiupan sangkala pertama; manusia di alam kubur akn bangkit pd tiupan sangkakala ke-2; sejak zaman Nabi Adam hingga manusia terakhir; roh dan tubuh manusia bercantum semula; sedia menghadapi hari pengadilan.

3) Padang Mahsyar- tempat dihimpunkan manusia; bagi timbangan amalan sewaktu di dunia; setiap sudut penuh sesak dgn manusia dan jin utk dihisab.

4) Padang Mahsyar menurut Imam Alghazali- suatu dataran yg amat luas; saujana mata memandang; keluasannya x dapat dihitung dgn ilmu manusia; dataran yg putih dan rata; tiada gunung ganang; tiada pokok utk berteduh.

5) Hadith bermaksud: "Manusia akn dikumpulkan pd hari qiamat di atas dataran yg sangat putih berbentuk bulat pipih dan datar tanpa sedikit pun tanda2 ada bangunan yg dikenali manusia".
HR: Imam Al-bukhari

6) Manusia di Padang Mahsyar- berkaki ayam; bertelanjang bulat tanpa pakaian; terlalu cemas hingga terlupa tidak berpakaian; usaha selamatkn diri masing2.

7) Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasul SAW berkata- manusia akan dibangkitkan dlm 3 bentuk
7.1) dgn keadaan kenderaan sudah tersedia utk membawa mereka.
7.2) manusia yg berjalan kaki
7.3) manusia yg berjalan dgn mukanya tertonggeng ke tanah.

8) Gambaran di Padang Mahsyar- suasana hiruk pikuk; kucar kacir; sibok dgn hal sendiri; panas cahaya matahari sekadar sejengkal di atas kepala; ada yg ditenggelami peluh; bergantung pd tahap amalan semasa di dunia.

9) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Tidak berganjak kedua kaki setiap anak Adam dari tempat berdirinya di Mahkamah Tuhan pd hari qiamat sehingga ia disoal 4 perkara: tentang umurnya.............masa mudanya.............harta bendanya.............amalan yg telah dilakukan sesuai dgn apa yg diketahuinya".
HR: At-Tirmidzi

10) Muhasabah diri- bertaubat; nilai tingkah laku thdap Allah; nilai perhubungan sesama manusia; kearah hamba yg bertaqwa dan diridhoi Allah.

11) Firman Allah surah Ibrahim/42-43 bermaksud: "Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yg dilakukan oleh orang yg zalim, sesungguhnya Ia hanya melambatkn balasan mereka hingga ke suatu hari yg padanya terbeliak kaku pemandangan mereka.............................................hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas".

              باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment