السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh: 15 Disember 2017
26 Rabiul Awal 1439
Tajuk: Muhasabah Diri
1) Hidup di dunia- sebuah perjalanan menuju Allah; Allah uji siapakah antara kita yg paling baik amalannya; muhasabah diri atas setiap perbuatan yg kita lakukan; ditingkatkn sehingga menjadi amalan terbaik di sisi Allah.
2) Firman Allah surah Al- hasr/18 bermaksud: "............bertaqwalah kpd Allah (dgn mengerjakan suruhanNya dan meninggalkn laranganNya) dan hendaklah tiap diri melihat dan memerhatikn apa yg telah disediakn (dari amalan amalannya) untuk hari esok
(hari akhirat)....................".
3) Maksud Muhasabah- membuat perhitungan; menilai kebaikn dan keburukn diri; menilai hubungan dgn Allah dan sesama manusia; benar2 melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
4) Saidina Umar Al-khatab RA berkata "Hisablah diri kamu sblm kamu dihisab, timbanglah diri kamu sblm kamu ditimbang dan berhiaslah (beramal soleh) utk persiapan hari dinampaknNya amalan hamba".
5) Muhasabah diri- atas segala perkara yg dilakukan; bersyukur jika ianya baik; bertaubat jika sebaliknya; lakukan jika bermanfaat; tinggalkn jika ianya buruk.
6) Antara langkah2 utk muhasabah diri :-
6.1) berfikir sblm melakukn sesuatu perkara- dibuat kerana Allah; membawa kebaikn; diterima di sisi Allah.
6.2) muhasabah sesudah beramal- perhati hak2 Allah; sempurna ketaatan kpdNya; tidak ujud sifat riak, ujub dn takabbur.
7) Firman Allah surah Al-baqarah/208 bermaksud: "Wahai orang yg beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam (dgn mematuhi) segala hukum hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yg terang nyata".
8) Rancang- tingkat kualiti diri; perbaiki amalan2 fardhu; amalan2 sunnat; latih diri dgn akhlaq Rasulullah SAW; penghayatan makna dlm solat; tahan sabar dan tidak pemarah.
9) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Kedua kaki seorng hamba tidak akan bergerak pd hari Qiamat sehingga ditanya ttng 4 perkara; ttng umurnya utk apa dihabiskannya, ttng masa mudanya digunakn utk apa, ttng hartanya dari mana diperoleh dan kemana dihabiskan, ttng ilmunya apa yg dilakukn dgn ilmunya itu".
HR: Imam At-tirmidzi
10) Firman Allah surah Ar-ra'd/11 bermaksud: "Bagi tiap seorang ada Malaikat penjaganya yg silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yg mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dgn sbb perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yg ada pd sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yg ada pd diri mereka sendiri..........".
باراك الله لي ولكم ...
No comments:
Post a Comment