Showing posts with label Khutbah Jumaat JDT. Show all posts
Showing posts with label Khutbah Jumaat JDT. Show all posts

Wednesday, 6 June 2018

KHUTBAH JUMAAT JDT 1 JUN 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Khutbah Jumaat JDT Tarikh: 01 Jun 2018
              16 Ramadhan 1439
Tajuk : Nuzul Al-Qur'an

1) Firman Allah surah Al-baqarah/185 bermaksud: "(Masa yg diwajibkn kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yg diturunkn Al-qur'an padanya menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan2 yg menjelaskan petunjuk..........".

2) Penurunan Al-qur'an- dpd 'baitul 'izzah' langit dunia; kpd Rasul SAW melalui Malaikat Jibrail; berlaku pd 17 Ramadhan; seterusnya diturunkn secara berperingkat2 mengikut perintah Allah; dlm j/masa lebih kurang 23 tahun.

3) Hidupkan hari2 dlm bulan Ramadhan- baca Al-qur'an sebanyak munkin; ada solat tarawikh dgn bacaan satu juzuk setiap mlm; khatam Al-qur'an dlm bulan Ramadhan; pembaca dan pendengar dapat ganjaran pahala.

4) Kehadiran Al-qur'an- berjaya membentuk para sahabat RA melalui tarbiyah Rasul SAW; kebenaran islam dikecapi seluruh umat; berjaya bebaskn manusia dpd hamba kpd pengabdian kpd Allah; dari undang2 ciptaan manusia kpd undang2 Allah.

5) Firman Allah surah Al-baqarah/85 bermaksud: "............maka patutkah kamu hanya percaya sebahagian isi kitab Taurat dan mengingkari sebahagian yg lain? Maka tiadalah balasan bagi orng yg berbuat demikian itu dpd kamu selain dpd kehinaan ketika hidup di dunia......................".

6) Al-qur'an- mengandungi petunjuk sepanjang zaman; kata pemutus yg memisahkn yg hak dn yg batil; sesiapa yg meninggalkannya kerana sombong akn dibinasakan Allah; yg mencari petunjuk selainnya akn disesatkan; Ia adalah tali Allah yg teguh; pengajaran yg bijaksana.

7) Berpegang teguh kpd ajaran Al-qur'an- hawa nafsu seseorang tidak akn menyeleweng; kelazatan membacanya tidak pernah hilang; kandungannya menakjubkn; tidak berkesudahan; jin tidak berhenti mendengarnya lalu beriman kpdnya.

8) Lagi mengenai Al-qur'an- sesiapa yg berkata dgnnya maka benarlah perkataannya; beramal dgnnya pahalalah ganjarannya; berhukum dgnnya  maka adillah ia; sesiapa yg menyeru kpdnya nescaya ia menunjuk kpd jln yg lurus (syiraatal mustaqiim).

9) Firman Allah surah Al-hijr/9 bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yg menurunkn Al-qur'an dan Kamilah yg memelihara dan menjaganya".

           باراك الله لي ولكم ...

Thursday, 10 May 2018

KHUTBAH JUMAAT JDT 27 APRIL 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Khutbah Jumaat JDT
Tarikh:  27 April 2018
               11 Sya'ban 1439
Tajuk:  Aulawiiyaat (keutamaan) dlm kehidupan



1) Firman Allah surah At- taubah/19 bermaksud: "Adakah kamu sifatkn hanya perbuatan memberi minum kpd orng yg mengerjakn Hj dn (hanya perbuatan) memakmurkn (menghidupkn) Masjidil Haram itu sama spt orng yg beriman kpd Allah dn hari akhirat serta berjihad pd jalan Allah?............................................".

2) Suruhan Islam- menggunakn akal dn kebijaksanaan dlm mengurus kehidupan; berteraskn Al-Qur'an dn Sunnah Rasul SAW.

3) Fiqh Aulawiiyaat- kaedah utk memahami perkara2 yg lebih utama dlm agama; meletakn sesuatu pd tahap dn peringkatnya yg sebenar dgn pertimbangan keadilan; samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum hakam dn nilai2 akhlak mulia.

4) Fiqh Aulawiiyaat- mendahulukan perkara yg paling penting; kemudian yg penting; seterusnya yg kurang penting; selanjutnya mengikut pandangan syariat islam; berfungsi sbg petunjuk kpd akal fikiran manusia; bagi mencapai kebaikn serta menolak keburukn d dunia dn akhirat.

5) Tahap kepentingan sesuatu urusan hidup- dhoruriiyaat (keutamaan); Hajiiyaat (keperluan); Tahsiniiyaat (tambahan); selaras dgn maqasid syariat yg 5 spt menjaga agama, diri, akal, harta dn nasab keturunan.

6) Berdasarkn prinsip aulawiiyaat, umat islam perlu laksana beberapa perkara dlm kehidupan :-
6.1) Dahulukan pendidikan atau perubahan sikap diri seseorng sblm mencorak kumpulan- pendidikan termasuk akal, hati, jasmani, rohani, akhlak dn tingkah laku; bertujuan membentuk manusia menghadapi masyarakat dgn kebaikn dn kejahatan, kemanisan dn kepahitan; membangunkn akal dn menaik taraf kehidupan kearah lebih maju; tidak mengabai aspek keperibadian dn akhlak mulia.

6.2) Membangunkn dakwah dn tarbiiyah- usaha kearah menyuruh kebaikn dn cegah kemungkaran; berakhlak mulia serta bermaruah.

6.3) Perkasa diri dari sudut ekonomi- memajukn ekonomi diri adalah satu usaha keagamaan; islam agama rabbaani yg merangkumi bidang sains, kejuruteraan, perubatn, perniagaan, teknologi dll.

7) Umat islam perlu berjimat cermat- dahulukan yg perlu; tidak bermewah dn bergaya; tidak membazir dn bersikap boros; jauhi bersikap yg membawa kebinasaan.

8) Firman Allah surah Al-isra'/27 bermaksud; "Sesungguhnya orng yg boros itu adalah sdra2 syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yg sangat kufur kpd tuhanNya".

9) Hidup orng berilmu- ibarat pisau bermata dua; kedua2nya tajam; bermanfaat jika ilmu digunakn utk kebaikn; pisau akn menikam diri sekiranya ilmu duguna utk tujuan jahat.

10) Bersama mohon kpd Allah- diberi rahmat keamanan serta kesetabilan ekonomi dn politik; dijauhkan perbuatan pelampau; disuburkn perasaan perpaduan rakyat berbilang kaum; dieratkn hubungan sesama kita dlm keamanan, keselamatan dn kesejahteraan.

11) Firman Allah surah Al-isra'/7 bermaksud: "Jika kamu berbuat kebaikn (maka faedah) kebaikn yg kamu lakukn ialah utk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka
(kesannya yg buruk) berbalik kpd diri kamu juga........................................................".

           باراك الله لي ولكم ...

Saturday, 20 January 2018

KHUTBAH JDT 19 JANUARI 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  19 Januari 2018
               02 Jamadil Awal 1439
Tajuk:  Usaha Dakwah
             
1) Firman Allah surah Ali imran/110 bermaksud: "Kamu (wahai ummat Muhammad) adalah sebaik2 ummat yg dilahirkan bagi (faedah) ummat manusia kerana kamu menyuruh berbuat segala perkara yg baik dn melarang dpd segala perkara yg salah (buruk dn keji) serta kamu pula beriman kpd Allah
(dgn sebenar2nya)...............".

2) Maksud Dakwah- menyeru manusia; mengajak beriman kpd Allah; melakukn perkara yg disuruh; meninggalkn larangan Allah.

3) Pendekatan berdakwah:-
3.1) Hikmah; bijaksana dlm percakapan; tindakn sesuai dgn orng yg didakwah; selaras dgn syariah.

3.1.1) Firman Allah surah An- nahlu/125 bermaksud: "Serulah kejalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dgn hikmah kebijaksanaan dn nasihat pengajaran yg baik dn berbahaslah dgn (yg engkau serukan) dgn cara yg lebih baik .....................................".

3.2) Pengajaran yg baik- tunjuk teladan yg baik; dakwah bilhal kpd masyrakt; dekati masyrakt di kawasan tumpuan spt di pusat beli belah di terminal bas teksi dll tmpat sesuai.

3.3) Perbincangan dan sesi soal jawab- berikan penjelasan; keterangan yg mudah dn jelas; masyrakt keliru mendapat maklumat yg betul.

3.3.1) Firman Allah surah Yusuf/108 bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) inilah jalanKu, Aku dn orng yg
mengikutiKu menyeru manusia umumnya kpd agama Allah dgn berdasarkn keterangan dn bukti yg jelas nyata.........................dn bukanlah Aku dari golongan yg mempersekutukn Allah dgn sesuatu yg lain".

4) Kesan Kebaikn berdakwah- tambah sikap suka beribadah; sentiasa pelihara hubungan dgn Allah; hubungan baik dgn masyarkat; membawa aqidah yg mantap; berkeyakinan tinggi terhadap Allah; tersebar luas ilmu fardhu ain dn fardhu kifayah.

5) Ganjaran Allah kpd para pendakwah:-
5.1) Menghidupkan Sunnah Rasul SAW dn para sahabat RA.

5.2) Mendapat pujian dari Allah spt firmanNya surah Fussilat/33 bermaksud: "dan tidak ada yg lebih baik perkataannya dpd orng yg menyeru kpd (mengesakan dn mematuhi perintah) Allah serta ia sendiri mengerjakan amal yg soleh sambil berkata: sesungguhnya aku adalah dari orng islam (yg berserah bulat2 kpd Allah)".

5.3) Mendapat saham akhirat spt hadith yg diriwayatkn oleh Imam Ahmad bermaksud: "......................barangsiapa menyeru kpd petunjuk maka dia akn mendapat pahala spt pahala orng yg mengikutinya tanpa mengurangi pahala mreka sedikit pun.......................".

6) Ujian berdakwah- perlu kesabaran tahap tinggi;  niat ikhlas kerana Allah; banyak tentangan dn ujian; terima kutukn kebencian dari insan2 berhati keras; tawakkal kpd Allah.

7) Firman Allah surah Ali imran/104 bermaksud: "dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kpd kebajikan (mengembangkn islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang dpd segala perkara yg salah (buruk dn keji) dn mreka yg bersifat demikian ialah orng yg berjaya".

           باراك الله لي ولكم ...

KHUTBAH JUMAAT JDT 12 JANUARI 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  12 Januari 2018
               24 Rabiul Akhir 1439
Tajuk:  Amanah Satu
              Tanggungjawab
             
1) Firman Allah surah Al-anfal/27-28 bermaksud: "Wahai orng yg beriman, jgnlah kamu menghianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (jgnlah) kamu menghianati amanah2 kamu sedang kamu mengetahui salahnya...........................harta benda kamu dan anak2 kamu itu hanyalah menjadi ujian dn sesungguhnya di sisi Allah jualah pahla yg besar".

2) Maksud Amanah- menyampaikn hak kpd pemiliknya; tidak mengambil sesuatu melebihi haknya; tidak mengurangi hak orng lain.

3) Gelaran dn jawatan- ada manusia melihatnya sbg satu peluang mencapai kemashuran kedudukn dn kekuasaan; ada yg melihatnya sbg satu amanah Allah.

4) Amanah- sebahagian dpd akhlak terpuji; menghiasi diri orng yg beriman; asas kebahagiaan bagi setiap manusia; hina manusia yg tidak amanah; merosakn masyarakat.

5) Rasul SAW menyatakan bermaksud: "Ketahuilah tidak sempurna agama bagi sesiapa yg tiada amanah padanya".

6) Sifat Amanah- wajib bagi para Rasul; penting sbg hamba Allah ummat ketua klga ketua msyrakat; sbgai pemimpin dll.

7) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akn dipertanggungjawabkn atas pimpinannya".
HR: Imam Ahmad

8) Amanah dibahagi kpd tiga bhgian:-
8.1) Amanah manusia terhadap Allah- laksanakan sgala perintahNya dn tinggalkn segala laranganNya; semua anggota tubuh digunakn utk perkara bermanfaat; menggunaknnya kpd maksiat merupakn khianat kpd Allah.

8.2) Amanah manusia kpd manusia- kembalikn hak kpd yg ampunya; tidak menipu tidak berlaku zalim; menjaga rahsia klga kaum kerabat dn seluruh manusia; pemimpin yg adil; umara' ulama' memberi petunjuk utk dunia akhirat dll.

8.3) Amanah manusia terhadap dirinya sendiri- berbuat sesuatu yg terbaik utk dirinya; urusan agama mahupun dunia; tidak melakukn yg bahaya atau menzalimi diri sendiri.

9) Firman Allah surah An-nisa'/58 bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kpd ahlinya (yg berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankn hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dgn adil.....................Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat".

              باراك الله لي ولكم ...

Saturday, 30 December 2017

KHUTBAH JUMAAT JDT 29 DISEMBER 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  29 Disember 2017
               10 Rabiul Akhir 1439
Tajuk:  Islam dan Kebersihan
             
1) Firman Allah surah At-taubah/108 bermaksud: "....................sesungguhnya Mesjid (Quba' yg engkau bina wahai Muhamnad) yg telah didirikn di atas dasar taqwa dari mula (ujudnya).....................di dlm Mesjid itu ada orng lelaki yg suka (mengambil berat) membersihkn (menyucikn) dirinya dn Allah mengasihi orng yg membersihkan diri mreka (zahir dn batin)".

2) Kebersihan- amalan dlm kehidupan seharian; luaran dn dalaman; dikaitkn dgn keteguhan nilai keimanan seseorng.

3) Hadith Nabi SAW bermaksud: "Kebersihan itu sebahagian dari iman".
HR: Imam Ahmad

4) Anjuran Islam-  mengamalkn kebersihan; mendatangkn suasana tenang; keharmunian; kesihatan terjamin; capai kesejahteraan.

5) Pengabaian kebersihan dalaman- tersibar pelbagai jenis penyakit spt hasad, tamak, sangka buruk dll.

6) Pengabaian kebersihan luaran- tersibar wabak penyakit spt keracunan makanan dsbnya; alam sekitar yg tidak bersih dn tidak sehat.

7) Hadith Nabi SAW bermaksud: "wahai manusia, sesungguhnya Allah maha baik, tidak menerima  melainkn yg baik.......................wahai para Rasul, makanlah dari yg baik2 dn beramal soleh. Sesungguhnya Aku mengetahui  apa yg kamu lakukan".
HR: At-tirmizi

8) Maksud kebersihan dalaman- menjaga kebersihan hati dpd segala sifat2 tercela spt hasad, dengki, tamak, khianat, mengumpat dll; menjaga kesucian aqidah; bersih diri dpd perbuatan syirik, kufur; jauhi perkara berdosa.

9) Maksud kebersihan luaran- menjaga kebersihan diri spt berwudhuk, mandi, istinjak, potong kuku dll; kebersihan.pakaian, tempat ibadat, tempat2 awam, kedai makan dll.

10) Kesedaran menjaga kebersihan:-
10.1) tingkatkn kebersihan rohani serta aqidah, kebersihan diri, tmpat tinggal, tmpat beribadat, tmpat kerja, seluruh tmpat awam.

10.2) tingkatkn amalan tegur menegur, nasihat menasihati, bersikap 'amr maaruf nahi munkar, cinta kebersihan benci  kekotoran.

10.3) disiplinkn diri ttng kebersihan luaran dn dalaman secara berterusan sbg orng yg beriman.

11) Firman Allah surah As-shamshi/9-10 bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orng yg menjadikn dirinya yg sedia bersih bertambah2 bersih (dgn iman dn amal kebajikn) dn sesungguhnya hampalah orng yg menjadikn dirinya yg sedia bersih itu susut dn terbenam kebersihannya (dgn sbb kekotoran maksiat)".

              باراك الله لي ولكم ...

Wednesday, 20 December 2017

KHUTBAH JUMAAT JDT 15 DISEMBER 2017

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Qutbah Jumaat JDT
Tarikh:  15 Disember 2017
               26 Rabiul Awal 1439
Tajuk:  Muhasabah Diri
             
1) Hidup di dunia- sebuah perjalanan menuju Allah; Allah uji siapakah antara kita yg paling baik amalannya; muhasabah diri atas setiap perbuatan yg kita lakukan; ditingkatkn sehingga menjadi amalan terbaik di sisi Allah.

2) Firman Allah surah Al- hasr/18 bermaksud: "............bertaqwalah kpd Allah (dgn mengerjakan suruhanNya dan meninggalkn laranganNya) dan hendaklah tiap diri melihat dan memerhatikn apa yg telah disediakn (dari amalan amalannya) untuk hari esok
(hari akhirat)....................".

3) Maksud Muhasabah- membuat perhitungan; menilai kebaikn dan keburukn diri; menilai hubungan dgn Allah dan sesama manusia; benar2 melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.

4) Saidina Umar Al-khatab RA berkata "Hisablah diri kamu sblm kamu dihisab, timbanglah diri kamu sblm kamu ditimbang dan berhiaslah (beramal soleh) utk persiapan hari dinampaknNya amalan hamba".

5) Muhasabah diri- atas segala perkara yg dilakukan; bersyukur jika ianya baik; bertaubat jika sebaliknya; lakukan jika bermanfaat; tinggalkn jika ianya buruk.

6) Antara langkah2 utk muhasabah diri :-
6.1) berfikir sblm melakukn sesuatu perkara- dibuat kerana Allah; membawa kebaikn; diterima di sisi Allah.

6.2) muhasabah sesudah beramal- perhati hak2 Allah; sempurna ketaatan kpdNya; tidak ujud sifat riak, ujub dn takabbur.

7) Firman Allah surah Al-baqarah/208 bermaksud: "Wahai orang yg beriman! Masuklah kamu kedalam agama Islam (dgn mematuhi) segala hukum hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yg terang nyata".

8) Rancang- tingkat kualiti diri; perbaiki amalan2 fardhu; amalan2 sunnat; latih diri dgn akhlaq Rasulullah SAW; penghayatan makna dlm solat; tahan sabar dan tidak pemarah.

9) Sabda Rasul SAW bermaksud:  "Kedua kaki seorng hamba tidak akan bergerak pd hari Qiamat sehingga ditanya ttng 4 perkara; ttng umurnya utk apa dihabiskannya, ttng masa mudanya digunakn utk apa, ttng hartanya dari mana diperoleh dan kemana dihabiskan, ttng ilmunya apa yg dilakukn dgn ilmunya itu".
HR: Imam At-tirmidzi

10) Firman Allah surah Ar-ra'd/11 bermaksud: "Bagi tiap seorang ada Malaikat penjaganya yg silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yg mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dgn sbb perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yg ada pd sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yg ada pd diri mereka sendiri..........".

              باراك الله لي ولكم ...