Wednesday, 6 June 2018

KHUTBAH JUMAAT JDT 1 JUN 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Khutbah Jumaat JDT Tarikh: 01 Jun 2018
              16 Ramadhan 1439
Tajuk : Nuzul Al-Qur'an

1) Firman Allah surah Al-baqarah/185 bermaksud: "(Masa yg diwajibkn kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yg diturunkn Al-qur'an padanya menjadi petunjuk bagi sekelian manusia dan menjadi keterangan2 yg menjelaskan petunjuk..........".

2) Penurunan Al-qur'an- dpd 'baitul 'izzah' langit dunia; kpd Rasul SAW melalui Malaikat Jibrail; berlaku pd 17 Ramadhan; seterusnya diturunkn secara berperingkat2 mengikut perintah Allah; dlm j/masa lebih kurang 23 tahun.

3) Hidupkan hari2 dlm bulan Ramadhan- baca Al-qur'an sebanyak munkin; ada solat tarawikh dgn bacaan satu juzuk setiap mlm; khatam Al-qur'an dlm bulan Ramadhan; pembaca dan pendengar dapat ganjaran pahala.

4) Kehadiran Al-qur'an- berjaya membentuk para sahabat RA melalui tarbiyah Rasul SAW; kebenaran islam dikecapi seluruh umat; berjaya bebaskn manusia dpd hamba kpd pengabdian kpd Allah; dari undang2 ciptaan manusia kpd undang2 Allah.

5) Firman Allah surah Al-baqarah/85 bermaksud: "............maka patutkah kamu hanya percaya sebahagian isi kitab Taurat dan mengingkari sebahagian yg lain? Maka tiadalah balasan bagi orng yg berbuat demikian itu dpd kamu selain dpd kehinaan ketika hidup di dunia......................".

6) Al-qur'an- mengandungi petunjuk sepanjang zaman; kata pemutus yg memisahkn yg hak dn yg batil; sesiapa yg meninggalkannya kerana sombong akn dibinasakan Allah; yg mencari petunjuk selainnya akn disesatkan; Ia adalah tali Allah yg teguh; pengajaran yg bijaksana.

7) Berpegang teguh kpd ajaran Al-qur'an- hawa nafsu seseorang tidak akn menyeleweng; kelazatan membacanya tidak pernah hilang; kandungannya menakjubkn; tidak berkesudahan; jin tidak berhenti mendengarnya lalu beriman kpdnya.

8) Lagi mengenai Al-qur'an- sesiapa yg berkata dgnnya maka benarlah perkataannya; beramal dgnnya pahalalah ganjarannya; berhukum dgnnya  maka adillah ia; sesiapa yg menyeru kpdnya nescaya ia menunjuk kpd jln yg lurus (syiraatal mustaqiim).

9) Firman Allah surah Al-hijr/9 bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yg menurunkn Al-qur'an dan Kamilah yg memelihara dan menjaganya".

           باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment