Saturday, 9 June 2018

JEMAAH TABLIGH KE JEPUN

السلام عليكم ورحمة الله وبركته


Alhamdulillaah semua ahli jemaah dalam keadaan baik.

Jemaah kami teruskan usaha di 6 buah Masjid di bawah Halqah Shin-Anjo (Nagoya) selama 13 hari. Kemudian kami ke Halqah Kanagawa (Ebina) selama 10 hari. Sekarang kami berada di Halqah Ichinowari (Saitama), route pertama. Insyaa Allaah kami akan berada di Halqah ini selama 10 hari.

Kami buat Gasyt Umum sama ada selepas Asr atau Maghrib mengikut kesediaan orang tempatan. Ada juga keadaan dimana kami buat Gasyt tanpa Rahaba kerana tiada orang tempatan.

Ada yang kami jumpa ketika Gasyt dan banyak yang kami jumpa ketika Majlis Iftar harian dan setelah selesai Solat Tarawih. Pada bulan Ramadhan, semua Masjid menyediakan Iftar dan makan malam selepas Maghrib. Bayan tidak dapat dibuat selepas Maghrib namun iktilat dapat dibuat setiap hari ketika Iftar dan selepas Solat Tarawih. Imam2 di semua Masjid membuat Bayan Tafsir AlQuran setiap selepas Solat Tarawih.

Jemaah kami dapat buat Bayan setiap selepas Solat Subuh serta Ta'alim dan Targhib setiap selepas Solat Zuhr dan Asr. Usaha2 di bulan Ramadhan agak lemah kerana orang2 tempatan tidak dapat bagi masa bersama jemaah. Boleh dikatakan kesemua orang Islam tinggal jauh daripada Masjid.

Kami dapat buat usaha dikalangan pelajar2 Malaysia ketika di Masjid Kofu, Yamanashi. Mereka tidak dapat bagi masa ketika ini kerana sibuk dengan peperiksaan.

Kerana kelemahan kami, hanya ada 2 orang sahaja yang dapat keluar 3 hari bersama kami; dan 1 orang (Ex-students i.e. Pakistan bernikah dengan Melayu) sedia untuk buat Ta'alim Rumah. Kami telah sediakan kitab Muntakhab Ahadith (Bahasa Melayu) dengan hadiah 1,000 yen.

Doakan kami supaya dapat buat usaha dengan sungguh2.

Semoga Allaah terima usaha kami yang sedikit serta dapat jadi asbab hidayat untuk diri kami dan seluruh ummat.

جزاك الله خير الجزاء

No comments:

Post a Comment