Thursday, 10 May 2018

KHUTBAH JUMAAT JDT 27 APRIL 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Khutbah Jumaat JDT
Tarikh:  27 April 2018
               11 Sya'ban 1439
Tajuk:  Aulawiiyaat (keutamaan) dlm kehidupan



1) Firman Allah surah At- taubah/19 bermaksud: "Adakah kamu sifatkn hanya perbuatan memberi minum kpd orng yg mengerjakn Hj dn (hanya perbuatan) memakmurkn (menghidupkn) Masjidil Haram itu sama spt orng yg beriman kpd Allah dn hari akhirat serta berjihad pd jalan Allah?............................................".

2) Suruhan Islam- menggunakn akal dn kebijaksanaan dlm mengurus kehidupan; berteraskn Al-Qur'an dn Sunnah Rasul SAW.

3) Fiqh Aulawiiyaat- kaedah utk memahami perkara2 yg lebih utama dlm agama; meletakn sesuatu pd tahap dn peringkatnya yg sebenar dgn pertimbangan keadilan; samada mengenai perbuatan, pemikiran, hukum hakam dn nilai2 akhlak mulia.

4) Fiqh Aulawiiyaat- mendahulukan perkara yg paling penting; kemudian yg penting; seterusnya yg kurang penting; selanjutnya mengikut pandangan syariat islam; berfungsi sbg petunjuk kpd akal fikiran manusia; bagi mencapai kebaikn serta menolak keburukn d dunia dn akhirat.

5) Tahap kepentingan sesuatu urusan hidup- dhoruriiyaat (keutamaan); Hajiiyaat (keperluan); Tahsiniiyaat (tambahan); selaras dgn maqasid syariat yg 5 spt menjaga agama, diri, akal, harta dn nasab keturunan.

6) Berdasarkn prinsip aulawiiyaat, umat islam perlu laksana beberapa perkara dlm kehidupan :-
6.1) Dahulukan pendidikan atau perubahan sikap diri seseorng sblm mencorak kumpulan- pendidikan termasuk akal, hati, jasmani, rohani, akhlak dn tingkah laku; bertujuan membentuk manusia menghadapi masyarakat dgn kebaikn dn kejahatan, kemanisan dn kepahitan; membangunkn akal dn menaik taraf kehidupan kearah lebih maju; tidak mengabai aspek keperibadian dn akhlak mulia.

6.2) Membangunkn dakwah dn tarbiiyah- usaha kearah menyuruh kebaikn dn cegah kemungkaran; berakhlak mulia serta bermaruah.

6.3) Perkasa diri dari sudut ekonomi- memajukn ekonomi diri adalah satu usaha keagamaan; islam agama rabbaani yg merangkumi bidang sains, kejuruteraan, perubatn, perniagaan, teknologi dll.

7) Umat islam perlu berjimat cermat- dahulukan yg perlu; tidak bermewah dn bergaya; tidak membazir dn bersikap boros; jauhi bersikap yg membawa kebinasaan.

8) Firman Allah surah Al-isra'/27 bermaksud; "Sesungguhnya orng yg boros itu adalah sdra2 syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yg sangat kufur kpd tuhanNya".

9) Hidup orng berilmu- ibarat pisau bermata dua; kedua2nya tajam; bermanfaat jika ilmu digunakn utk kebaikn; pisau akn menikam diri sekiranya ilmu duguna utk tujuan jahat.

10) Bersama mohon kpd Allah- diberi rahmat keamanan serta kesetabilan ekonomi dn politik; dijauhkan perbuatan pelampau; disuburkn perasaan perpaduan rakyat berbilang kaum; dieratkn hubungan sesama kita dlm keamanan, keselamatan dn kesejahteraan.

11) Firman Allah surah Al-isra'/7 bermaksud: "Jika kamu berbuat kebaikn (maka faedah) kebaikn yg kamu lakukn ialah utk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan maka
(kesannya yg buruk) berbalik kpd diri kamu juga........................................................".

           باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment