Friday, 22 June 2018

KHUTBAH JUMAAT JDT 22 JUN 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Khutbah Jumaat JDT Tarikh: 22 Jun 2018
              08 Shawal 1439
Tajuk : Persediaan hadapi 
              Munkar dan Nakir
 
              Gambar sebagai hiasan

1) Bertaqwa kpd Allah- laksana segala perintahNya; tinggalkan segala laranganNya; kehidupan tidak kekal selamanya; dunia tempat persinggahan sementara; akhirat jua yg kekal selamanya.

2) Firman Allah surah An-nahlu/61 bermaksud: "........kemudian apabila sampai tempoh mreka, tidaklah mreka dapat meminta di kemudiankan walau sesaat pun dan mreka tidak akan dapat meminta di dahulukan".

3) Saat kematian- hadir tanpa mengira waktu atau masa; samada sdang berehat sdang bekerja sdang bersukaria dll; kematian sangat dekat dan hampir dgn kita.

4) Kata Abdullah bin Umar RA: "Apabila berada di waktu petang jgn tunggu sampai waktu pagi...................semasa sehat jgn tunggu sampai waktu sakit dan semasa hidup jgn tunggu sampai waktu mati".

5) Apabila nyawa sudah dikerongkong- pintu taubat sudah tertutup; tinggal semua harta benda anak pinak sahabat handai; baru sedar banyaknya solat yg ditinggalkn; sedikitnya derma dan sedekah; kurangnya amal jariah; tiada lagi gunanya penyesalan.

6) Apabila berada di alam kubur- menjawab persoalan Munkar dan Nakir; amalan baik menjadi teman; sedekah jariah; ilmu yg bermanfaat; anak soleh yg mendoakan; pahala yg berterusan.

7) Persoalan Munkar dan Nakir- Siapakah (Tuhan kamu, Nabi, saudara); Apakah (agama kamu, qiblat, pegangan iktiqad, kalimah yg kamu bawa).

8) Seandainya tidak mampu menjawab- bergegar alam kubur; azab siksa yg sangat pedih; disiksa siang dan malam; rayuan utk kembali ke dunia; laungan dan rintihan yg tiada guna.

9) Sepotong hadith bermaksud: "Sesungguhnya kubur itu satu rumah dpd rumah2 akhirat, barangsiapa berjaya dgnnya maka selepasnya mudah. Barangsiapa tidak berjaya dgnnya maka selepasnya sukar".
HR: Imam At-tirmidzi

10) Di saat masih diberi nafas di bumi Allah- sentiasa mengingati kehidupan di alam barzah; sentiasa beristigfar mohon ampun taubat; mohon maaf dan doakn orng yg sering kita bertemu berurusan.

11) Firman Allah surah Ali-imran/185 bermaksud: "Tiap2 yg bernyawa akn merasai mati. Sesungguhnya pd hari qiamat shj disempurnakn balasan kamu. Sesiapa yg di jauhkn dpd Neraka dan dimasukn ke dlm Syurga, dia adalah orng yg beruntung........................".

           باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment