Friday, 22 June 2018

KHUTBAH JUMAAT JDT 8 JUN 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Khutbah Jumaat JDT Tarikh: 08 Jun 2018
              23 Ramadhan 1439
Tajuk : Kedatangan Malaikat
               Izrail

1) Malaikat Izrail (Malaaikatul Maut)- yg telah mati tidak munkin kembali utk menceritakn pengalaman bertemu Malaaikatul Maut; kita persiapkan diri utk menyambut kehadirannya; perbanyakn amal ibadah; smga kematian kita dlm 'Husnul khootimah'

2) Firman Allah surah Al-an'am/61 bermaksud: "Dan Dia yg berkuasa atas sekelian hambanya dan Dia mengutuskn kpd kamu pengawal2 (Malaikat yg menjaga dan menulis segala yg kamu lakukan) sehingga apabila sampai ajal maut kpd salah seorng diantara kamu lalu diambil (nyawanya) oleh utusan2 Kami (Malaikat)".

3) Kata Al-imam Jaafar ibn Mohd Assadiq (ttng Malaaikatul Maut)- Dia sentiasa memberi salam kpd yg jaga solat 5 waktu; akn datang beberapa kali utk mencabut nyawa; akn melihat kematian seseorng; datang mendekatinya; menghalau syaitan2 yg mengelilinginya; memastikn si mati mengucap Dua Kalimah Syahadah.

4) Kematian yg mengandungi kemuliaan- memperjuangkn agama Allah; berjihad dgn harta lisan dn jiwa; sabar mengerjakn perintah Allah; meninggalkn segala larangan Allah dll.

5) Kematian yg mengundang kebinasaan- sedang membela kebatilan; melakukn pelbagai maksiat dll.

6) Gambaran kematian orng beriman spt Firman Allah surah An-nahlu/32 bermaksud: "(iaitu) mreka yg diambil nyawanya oleh Malaikat dlm keadaan mreka bersih suci (dpd kufur syirik dn maksiat) ......................masuklah ke dalam Syurga di sebabkn amal baik yg telah kamu kerjakn".

7) Gambaran kematian orng kafir spt firman Allah surah Muhammad/27 bermaksud: "(kalaulah mreka terlepas skrang dpd bencana kejahatan mreka itu) maka bagaimanakah (mreka akn menolak azab siksaNya) apabila Malaikat mengambil nyawa mreka sambil memukul muka dan punggong mreka?".

8) Apabila musibah kematian menimpa- ucapkan 'innalillahi wainna ilaihiraajiuun' (Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kpd Allah jua kami kembali); segala yg dimiliki spt anak isteri dll. kepunyaan Allah; pinjaman dpd Allah; Allah berhak mengambilnya pd bila2 masa.

9) Kematian- rahsia Allah; supaya bersedia dgn amalan2nya sblm kedatangan Malaaikatul Maut; akn ada kehidupan berbeza selepas kematian.

10) Firman Allah surah As-sajadah/11 bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) nyawa kamu akn diambil oleh Malaaikatul Maut yg ditugaskn berbuat demikian ketika tamat ajal kamu, kemudian kamu akn dikembalikn kpd Tuhan kamu (utk menerima balasan)".

           باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment