Friday 11 January 2019

DAKWAH PADA HAKIKATNYA


Duhai Sahabat..

"Jangan fikir manusia yang sering menegur itu adalah orang yang paling bertakwa..

Jangan fikir hamba yang sering menasihati itu adalah manusia yang tidak pernah diuji..

Jangan fikir mereka yang tegas beragama itu adalah insan yang sempurna..

Hakikatnya,
Dia menegur untuk mengingatkan dirinya juga.. dia menasihati untuk dirinya agar turut berjaga-jaga..

Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahangnya api neraka..

Dia bukanlah MALAIKAT..
Dia juga MANUSIA..

Bersangka baiklah,
dia sebenarnya ingin memimpinmu ke jalan yang lurus bersama-sama..

Percayalah..
Dia yang berjuang itu, sering menangis lemah di sisi Allah tapi Allah kuatkan dia di sisi manusia..

Jangan lihat siapa yang menyampaikan..
Tapi lihatlah apa yang disampaikan..

Yang baik itu datangnya dari Allah..
Yang buruk itu datangnya dari kedhaifan dirinya sendiri..

Dakwah itu membina, bukan menghina.
Dakwah itu mendidik, bukan mengherdik
Dakwah itu mengajak, bukan mengejek.
Dakwah itu saling belajar, bukan saling bertengkar.
Dakwah itu mencuci hati, bukan mencaci maki.
Dakwah itu berbuat baik, bukan merasa diri baik.

Dakwah itu sudah ada dalam diri kita masing-masing, ketika kita merasa ingin berubah kearah kebaikan..

No comments:

Post a Comment