Thursday 10 January 2019

KARKUZARI JEMAAH MALAYSIA KE BELGIUM 2018


Alhamdulillah jemaah kami 5 orng telah sampai ke airport  Brussels (Belgium) pd pkl 3.30 am 25.12.18. Turun dr pesawat sdh terasa kesejukan cuaca Belgium. Apabila tiba d pemeriksaan imegresen  setiap ahli jemaah kami d tahan utk pemeriksaan lanjut. Akhirnya kami d himpun dlm 1 bilik d airport  dan persoalan mula d kemukakan kpd kami tentang tujuan kedatangan kami. Sebagai biasa kami beritahu tujuan kami utk melancong tetapi mereka meragui jawapan kami.
Setelah beberapa lama(lbh kurang 5 jam) mereka memberi tawaran kpd kami utk d hntr balek segera atau d tahan d pusat tahanan utk beberapa lama dan kami blh membuat rayuan utk kemasukkan kami semula. Setelah bermesyuarat dgn ahli2 jemaah kami mengambil keputusan untk tidak d hntr balek ke Msia dan rela d tahan supaya dpt kami membuat rayuan.

Alhamdulillah  berkat mesyuarat, apabila kami d bawa ke tmpt tahanan(kira2 10 km dr airport) rupa2nya ada lbh kurang 150 orng d pusat tahanan itu. Kebanyakkan mereka dr negara2 Afrika,Syria, Afghanistan dan Palestine dan semua mereka2 ini saudara2 islam kita.

Jemaah kami d tempatkan dlm 1 bilik. Ada 5 katil & bilik mandi. Makanan halal d sediakan 3 kali sehari. Tempat tahanan ini d kawal dgn rapi. Setiap mlm & pagi mereka akn dtng kebilik untok pemeriksaan. Semua hp d rampas. Perhubungan dgn luar terbatas. 2 karkon tempatan dtng ziarah dan mereka akan sediakan peguam utk rayuan kami.
"Kamu merancang . ALLAH juga merancang. Sesunggohnya ALLAH lah sebaik baik perancang."

Kami adakan mesyuarat  setiap pg slps solat subuh. Talim.khususi & ghast d buat setiap hari. Kami berjumpa dgn setiap tahanan. Dakwah setiap hari. Setiap yg kami jumpa gembira dgn kedatangan kami. Rupa2 nya kami lah jemaah pertama yg datang ke tempat tahanan itu. "Ya ALLAH terimalah pengorbanan kami dan berilah hidayat pd seluroh ummat".

Setelah berbincang dgn karkun tempatan dan pegawai d pusat tahanan. Kami mengambil keputusan utk balek ke London dan datang balek ke Belgium melalui jalan darat(keretapi laju). Pegawai pusat tahanan akn menguruskan tiket flight kami ke  London.  Surat jemputan dr markas Dewsbery pun sdh d email pd kita.

     Setelah 12 hari, sblm subuh pagi ke 13 kami d bawa je airport  Brussels dgn kawalan ketat. Passport2 kami semua berada dgn pegawai2 pusat tahanan. Kami d naikkan ke pesawat dengan kawalan ketat. Apabila sampai d London, passport2 d berikan kpd kami dlm satu envelope. Kami terus ke kauter imegresen untok memasuki London dengan memberi surat jemputan markas Dewsbery kpd pegawai imegresen d situ.

     Rupa2nya kami d tipu oleh pegawai d pusat tahanan apabila pegawai imegresen d London memberi tahu kami bahawa kami hanya transit d London dan flight kami sebenarnya ke KL.

      Apa2 pun kami bersangka baik dgn keputusan mu ya Allah. Kami lemah,kuatkanlah kami ya Allah. Kami lalai,pimpinlah kami ya Allah. Kami jahil, ajarkanlah kami ya Allah. Kami pendosa, ampuni lah jami ya Allah....

 Jemaah d Sri Peraling untok d mesyuarat route seturus nya.

No comments:

Post a Comment