Thursday 10 January 2019

KHUTBAH JUMAAT JDT 14 DISEMBER 2018


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
Tarikh : 14 Disember 2018
              06 Rabbiul akhir 1440
Tajuk :  Adab Menghadiri Solat
           
1) Firman Allah Surah Al-an'am/162-163 bermaksud: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah utk Allah Tuhan yg memelihara dan mentadbir sekelian alam. Tiada sekutu bagiNya dan dgn yg demikian shj aku
diperintahkn dan aku (antara seluruh umatku) adalah orng islam yg awal pertama (yg berserah diri kpd Allah dan mematuhi perintah-Nya) ".

2) Tentang syarat sah solat- suci dpd najis pd badan, pakaian & tmpat; tidak sah solat seandainya salah satunya tidak suci; islam jaga kebersihan dn kesucian zahir batin; suci pd pekerjaan, pendapatan, pemakanan, pemakaian dll.

3) Firman Allah Surah Al-muddatsir/
4-5 bermaksud: "Dan pakaianmu maka hendaklah engkau bersihkan! dan segala kejahatan maka hendaklah kau jauhi".

4) Hadith Rasul SAW bermaksud: "Dpd Abi Malik Al-ashari berkata Rasul SAW bersabda (maksudnya):
"Bersuci itu sbhgian dpd iman".
(HR: Muslim)

5) Ibadat solat- pertemuan seorng hamba dgn Allah (maha pencipta); Maha pemberi segalanya; nikmat umur, kesihatan, makanan dll.

6) Persiapan bertemu Allah dlm ibadat solat menurut Al-imam Al-ghazali RA- berasa malu dgn Allah bukn dgn manusia; khusyuk tenang kerana Allah; perelokn solat di hadapan Allah; rasa malu di atas segala rahsia yg di ketahui Allah; rasa takut kpd kebesaranNya; tidak kpd manusia yg tidak memberi sebarang kemanfaatan.

7) Menjaga adab2 solat sblm semasa dn slpas solat :-
7.1) mendirikam solat sunat rawatib (qabliah & ba'diah); sunat dituntut (muakkad); sunat tidak dituntut (ghoiru muakkad).

7.2) mendirikan solat sunat tahiyatul mesjid- penghormatan jika bertemu sesama muslim ucap salam; masuk mesjid solat tahiyatul mesjid; masuk Masjidil Haram tawaf di Baitullah; masuk ke Mina penghormatan dgn melontar jamrah.

7.3) cara berpakaian- pakai songkok, serban atau kopiah; pakaian menutup aurat; berjubah berkain & wangian; budaya masyarakat kita ikut tradisi ulama'2 silam.

7.3.1) hadir ke mesjid dgn baju ringkas singkat; tulisan pelbagai corak & warna; baju bergambar; pemakaian yg makruh.

7.3.2) ke mesjid berpakaian penuh sempurna; solat di rumah pakai ala kadar; sepatutnya cara berpakaian tidak membezakn tmpat bersolat.

8) Hadith Rasul SAW bermaksud: "Apabila kamu hendak mendirikn solat maka solatlah spt solatnya orng yg hendak berpisah".
(HR: Ibn Majah)

9) Firman Allah Surah Hud/ 112 bermaksud: "Oleh itu hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa ttap teguh di atas jln yg betul sebagaimana yg diperintahkn kpd Mu......................................... dan janganlah kamu melampaui batas hukum2 Allah, sesungguhnya Allah amat melihat akn apa yg kamu kerjakan".

                  بارك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment