Friday 11 January 2019

KHUTBAH JUMAAT JDT 4 JANUARI 2019


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
Tarikh : 04 Januari 2019
              27 Rabbiul akhir 1440
Tajuk :  Hindari Sifat Munafik
           
1) Firman Allah Surah Al-baqarah/8-9 bermaksud: "Dan antara manusia ada yg berkata: kami telah beriman kpd Allah dan kpd hari akhirat, padahal mreka sebenarnya tidak beriman. Mreka hendak memperdayakn Allah dan orng yg beriman padahal mreka hanya memperdaya dirinya sendiri, sdang mreka tidak menyedarinya".

2) Maksud munafik- berpura2 beriman; bermuka dua; menampakn kebaikn dan menyembunyikn kejahatan; bila berucap tidak spt perbuatannya; dlmnya tidak spt luarannya; peribadinya tidak spt penampilannya.

3) Surah Madaniah- surah yg diturunkn slps peristiwa hijrah Rasullulah SAW ke Madinah; banyak bercerita ttng orng munafik;
Orng muhajirin iaitu yg berhijrah dari Mekah ke Madinah; Orng Ansar iaitu penduduk Madinah terdiri dpd qabilah Aus dan Hazraj.

4) Kenali Abdullah bin Ubai bin Salul- ketua Madinah dpd qabilah hazraj; kedatangan Rasulullah SAW dan islam menghilangkn pengaruhnya.

4.1) Peperangan Badar pd tahun ke-2 Hijrah; Abdullah menzahirkn dirinya sbg orng islam bila kemenangan berpihak kpd tentera muslim.

4.2) peperangan Uhud pd tahun ke-3 Hijrah; tentera muslimin berjumlah 1,000 orng; tentera mushrikin 3,000 orng; Abdullah telah berpaling bersama 300 orng pengikutnya dgn meninggalkn 700 tentera muslimin shj; contoh keburukn sifat dan perilaku munafik pd zaman Rasulullah SAW.

5) Hadith Rasullulah SAW bermaksud: "........................tanda2 munafik itu ada tiga: apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia mungkiri, apabila diberi amanah ia khianat".
(HR: Al-Bukhari)

6) Hindari diri dari sifat2 munafik dgn cara :-
6.1) Solat berjemaah spt hadith Rasul SAW bermaksud: ".................. barang siapa solat kerana Allah selama 40 hari secara berjemaah dgn mendapatkn takbir pertama (takbiratul ihram) imam, maka ditulis utknya dua kebebasan iaitu kebebasan dpd api neraka dan kebebasan dpd sifat munafik".
(HR: At-tirmidzi)

6.2) Berdoa supaya dilindungi dpd sifat munafik spt hadith Rasul SAW bermaksud: "......................................
Ya Allah aku berlindung dgn Engkau dpd kederhakaan, sifat munafik dan akhlak yg buruk".
(HR: Imam Abu Daud)

7) Firman Allah Surah Al-anbia/1 bermaksud: "Telah hampir datangnya kpd manusia hari perhitungan amalnya, sedang mreka dlm kelalaian, tidak hiraukan persediaan baginya".

                  بارك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment