Monday, 18 March 2019

Senang Hati Tanda Bahagia?


Bismillahir Rahmanir Rahiim...

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

DERITA DAN BAHAGIA

Dalam kitab Sirrul Asrar, Syekh Abdul Qadir Al-Jailani menyebut Syeikh Syaqiq Al-Balkhi yang berkata

“Tanda bahagia itu ada lima, hati yang lembut, banyak menangis (kerana ingat akan dosa), zuhud dari keduniawian, tidak banyak lamunan, dan memiliki rasa malu yang tinggi. Sebaliknya, tanda orang menderita ada lima, hati yang keras, kering air mata, cinta dunia, banyak lamunan, dan sedikit malu."

Rasulullah SAW bersabda,

“Tanda bahagia itu ada empat, jika mendapat amanat ia bertindak adil, jika berjanji ia memenuhi, jujur dalam perkataan, dan jika berdebat tidak mencaci maki. Sebaliknya, tanda celaka ada empat, berkhianat dalam mengemban amanat, mengingkari janji, jika bicara berbohong, jika berdebat ia mencaci maki orang-orang an tidak memafkannya.”

Padahal, Allah SWT berfirman,

“Tetapi barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya dari Allah.” (QS. Asy-Syûrâ 42:40)

Ketahuilah bahawa penderitaan berubah menjadi kebahagiaan—atau sebaliknya—itu kerana pendidikan.

Sebagaimana sabda Nabi SAW,

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah Islam, tetapi kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi.” (HR. Al-Bukhari)

Hadis ini menjadi dalil bahawa setiap manusia bisa menjadi bahagia mahupun menderia. Kita tidak boleh mengatakan bahawa seseorang pasti bahagia atau pasti menderita.

Tetapi katakan bahawa ia akan menjadi orang bahagia jika kebaikannya lebih banyak dari keburukannya dan ia akan celaka jika keburukannya lebih banyak daripada kebaikannya.

Orang yang menghukumi orang lain tidak dengan kata-kata tadi, bererti ia telah tersesat. Itu kerana, ia berkeyakinan bahwa ada orang yang masuk syurga tanpa amal dan taubat dan ada yang masuk neraka padahal tidak maksiat.

Keyakinan seperti ini bertentangan dengan nash Al-Quran kerana Allah telah menjadikan syurga bagi orang-orang yang beramal soleh dan neraka bagi orang-orang kafir, musyrik serta ahli maksiat.

Allah SWT berfirman,

“Siapa yang mengerjakan amal yang soleh maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan barang siapa yang berbuat jahat maka dosanya atas dirinya sendiri.” (QS. Fushshilat [41]: 46).

Pada ayat yang lain, Allah SWT juga berfirman,

“Pada hari ini tiap-tiap jiwa diberi balasan dengan apa yang dilakukannya. Tidak ada yang dirugikan.” (QS. Al-Mu’min [40]: 17)

Allah SWT berfirman,

“Dan bahwasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (QS. An-Najm [53]: 39-50).

Allah SWT juga berfirman,

“Dan ketahuilah kebaikan apa yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah.” (QS. Al-Baqarah [2]: 110)"

--Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Sirrul Asrar

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

No comments:

Post a Comment