Tips Menjadi IKHLAS
Mudir pondok kata,
1. Sebelum melakukan amal istigfarlah.
2. Selepas melakukan amal istigfarlah.
Mudir saya pernah cerita,
Ada satu syeikh ni.
Berjalan menuju ke masjid,
Ada orang menegur selipar syeikh sungguh cantik!
Syeikh buka selipar.
Dan berkaki ayam jalan menuju ke masjid.
Sampai sahaja di masjid mudir nampak syeikh ni membasuh-basuh kakinya di air paip sambil istigfar dengan sungguh-sungguh. Bayangkan, air mata syeikh itu menitis kerana jiwanya 'hayati' lafaz
Astagfirulahal'azim.. Syeikh lafaz dan 'rasa' Rabb di segenap jiwanya. Syeikh semat dan letakkan dalam hati sehingga setiap denyut jantung dan nafinya hanya 'Allah'.
Sebab itulah air mata lelakinya tewas. Hanya kerana Allah.
Nanti kalau dah 'semat' Allah dalam jiwa, hatta istigfar pun kau bisa menangis sendiri. Kerana apa?
Allah!
Nanti dalam zikir pun hatimu rasa 'sesuatu' Kerana apa?
Allah!
Nanti fikiranmu pun hanya ada Allah. Tindakanmu pun kerana Allah. Sebab itu kita kena 'semat' Allah dekat seluruh jiwa raga kita. Jangan biar sesiapa menguasai qalbi kita melainkan diisi dengan cinta Allah semata-mata dan paling teratas.
Mudir tanya syeikh kenapa ?
Syeikh jawab,
" Ada orang puji seliparnya dan di hatinya terus timbul rasa riak."
Ketika itu saya baru sedar,
Kenapa kebanyakan murabbi di pondok sebelum talaqqi kitab mereka akan beristigfar dan selepas habis talaqqi mereka turut beristigfar.
Jika para alim ulamak pun selalu amalkan istigfar memohon pengampunan bagaimana dengan kita, orang awam dan hanya biasa-biasa ?
Sukarnya mencapai satu titik
K E I K H L A S A A N
@islamitu_indah
Farah Wahida Ab Rahim
No comments:
Post a Comment