Thursday, 7 March 2019

Khutbah Jumaat JDT 8 Mac 2019

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT HARI INI.*

_Tarikh:_
*08 Mac 2019M*
*01 Rejab 1440H*

_Tajuk:_
*KEBERKATAN ILMU.*
             
1.  Firman Allaah Dlm Surah Al-An'am/155 Bermaksud: "Dan ini sebuah kitab (Al-Qur'an) yg Kami turunkan yg ada berkatnya (banyak manfaatnya). Oleh itu, hendaklah kamu menurutnya dan bertaqwalah (kpd Allaah), mudah2an kamu beroleh rahmat".

2.  Maksud Keberkatan - Sentiasa melimpah kebaikan dan manfaatnya; bertambah kebaikkan kemudian _(Imam Nawawi)_

3.  Maksud Ilmu - segala apa yg disampaikan oleh Allaah dan RasulNya.

4).  Ilmu Yg Ada Keberkatan - Ilmu yg menunjukkan kpd taqwa; mendekat diri kpd Allaah; membawa kpd kebenaran.

5.  Ilmu Yg Memberi Kesan - Orang yg mengamalkan ilmunya; memberi manfaat kpd orang lain.

6.  Ilmu Yg Tidak Berkat - Berilmu tetapi sombong; tidak hormat guru; angkuh; tidak berakhlak; tidak bersyukur; tidak solat; tidak patuh perintah Allaah.

7.  Belajar Ilmu Agama - Tidak berkat jika hati tidak bersih; ilmu tunjuk jln kebaikkan; usaha iblis halang manusia dari berilmu; jerumus manusia dlm kesesatan.

8.  Antara Cara Peroleh Keberkatan Ilmu;
8.1.  Niat cari ilmu kerana Allaah - mendapatkan keberkatan dan keredhaanNya.

8.2.  Beramal dgn ilmu yg dimiliki - kurang keberkatan jika kurang diamalkan ilmu yg dipelajari.

8.3.  Mengajarkan ilmu kpd orang lain - Akan diberi ganjaran pahla.

8.4.  Tidak guna ilmu utk kejar nikmat dunia - berilmu utk dekatkan diri kpd Allaah; memberi manfaat kpd manusia.

8.5.  Tidak sombong dgn ilmu yg dimiliki - bersifat rendah diri; segalanya hanya pinjaman sementara di dunia.

8.6.  Menjaga adab dgn ilmu - memberi perhatian dan bersungguh2 dlm menuntut ilmu.

8.7.  Berguru dgn guru yg alim - agar tidak terpesong dpd kebenaran; berkaitan ilmu agama.

8.8.  Berdoa mohon keberkatan Allaah - mohon dikurniakan ilmu yg bemanfaat.

9.   Firman Allaah Dlm Surah Az-Zumar/9 Bermaksud: "(Engkau yg lebih baik) atau orang yg taat mengerjakan ibadat pd waktu malam dgn sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharap rahmat Tuhannya? ...sesungguhya orang2 yg dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang2 yg berakal sempurna".

                  بارك الله لي ولكم ...



No comments:

Post a Comment