*Sungai Golok Semakin Surut* Nota Tafsir ayat 22 Surah Ad Dzariyyat oleh Ustaz Ahmad Yahya @ Surau Al Amin Pagi sabtu lepas.
Assalamu’alaikum..
Salam keamanan, kesejahteraan dan kesalamatan buat semua warga whatsapp.
Pagi pagi gini selain dari berusaha lunaskan ibadat khusus yang sunat, sambil mengadap Iphone mula memikirkan apa nak ditaip lagi untuk kerja dakwah melalui iphone yang boleh dibuat. Sudah tahu nasib diri akan berdosa sehari lagi, sebaik matahari pagi bersinar. Maka amat sangat berharaplah perkongsian yang baik akan menjadi penebus pada dosa dosa yang mendatang. Menjadi derma derma yg disimpan dan diambilkira ketika saat bertemuNya nanti. ....
Mudah2an.
Malam tadi seusai solat isya’, sepatutnya menghadiri kelas pengajian “polishing” bacaan al Quran bersama Ustaz Rashidi ( imam Masjid BTHO), tapi kesan haba tengahari membawa ke petang ketika beriadah jalan kaki Golf di Danau Gc UKM membahang sampai pula ke malamnya. Akhirnya, Kepala pusing mata berpijar terasa sakit seluruh badan. Saat Sebelum masuk ke rumah, sempat berbual dgn jiran India yang heboh tentang heat stroke, jerubu dan paras Sungai Golok yang diberitakan surut di TV.
Subhanallah. Tak boleh nak sangkal lagi inilah satu lagi manifesti kebenaran janji janji Allah tentang dekatnya kita dengan kiamat.
Perbualan singkat dengan jiran india yang baik ini (Vasu namanya - saya sering mohon agar dia ni dapat hidayah Allah untuk suatu hari nanti memeluk agama islam) mengingatkan saya kuliah subuh sabtu. Maka, saya kongsikan sedikit sebagai renungan..
*TAFSIR AYAT 22 surah Ad Dzariyyat*
AdDzariyat:22
وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ
“Dan di langit pula terdapat (sebab sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yg telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu”
Bila sebut السَّمَاءِ (langit), ianya dijadikan Allah sbg makhluk istimewa. Dlm AlGhasiyyah, perintah Allah pada manusia perhatikan - afala yanzuru, perhatikan unta. Di sini pula, perhati kan bagaimana Allah angkat tinggi kedudukan langit. Ia nya sedia maklum dlm isra mikraj langit ini ada tujuh lapisan. Selepas itu ada pula sidratul mumtaha. Mumtaha - yang terkakhir. Jibrail pun sampai disini saja, hanya Nabi saw saja makhluk Allah yang naik melepasi sidratul mumtaha. Ini cerita langit.
PERIHAL LANGIT
PENUH KEAJAIBAN
Attariq ayat 11:
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الرَّجْعِ
“Demi langit yang berulang ulang mencurahkan hujan”
wassama iza tirraja’- langit simpan hujan melalui awan. Kata Ulamak ahli falaq : awan di langit sana ada 27 jenis awan. Suasana panas hari ini, sudah ada 3 negeri yang kurang air sebanyak 20%. Ini baru dua bulan. Di jangka kita akan bercuaca panas sehingga Mei. Ada kenyataan, jika berterusan pembenihan awan perlu di lakukan..
Antara rezeki dari langit adalah cahaya matahari, cahaya bulan, limpahan air hujan dan tiupan angin.
[ saya petik nota pasal limpahan hujan saja dulu untuk relate dgn susut sungai Golok]
*TIGA TAHUN KESENGSARAAN*
Ini semua kaedah rezeki utk manusia dan kita kena ingat pemberian Allah ini. Ingat lah, limpahan2 dari langit ini, Nabi saw : “sessungguhnya sebelum dikeluarakan dajjal menguasai bumi, manusia berdepan 3 tahun penuh kesengsaraan - kelaparan, manusia akan diuji”
Ada waktu langit berhenti dgn limpahan hujan ini. Allah perintah langit menahan 1/3 simpanan airnya. Ini tahun pertama. Kesan pd bumi, pd tahun pertama, bumi di tahan utk tidak keluarkan 1/3 tumbuh2annya. Pada tahun ke2, 2/3 pula di tahan. Ertinya, Makanan makin kurang. Sekarang ini, melalui pembacaan dan percakapan pengusaha pertanian, ramai merungut hasil pertanian yg semakin kurang. Apakah ini isyarat awal dari Allah tentang kedatangan hadis ini. Di Malaysa sendiri, padi semakin kurang malah kena import dari luar. Walaupun industri perkilangan kini di promote tapi ini tetap tidak menampung keperluan padi yg semakin kurang. Malah industri ini, pula akan perlu menggunakan tanah yang akan menggunakan tapak tanah pertanian. Tahun ke 3, kata Nabi, langit sudah akan terus berhentikan hujan, dan bumi berhenti keluarkan tumbuhan.Ketika Inilah kesengsaraan manusia yang mana sumber makanan akan habis. Saat ini penuh penderitaan. Pada saat ini pun, sesetangah negara dah berada dalam keadaan ini. Ketika inilah Allah menguji manusia dengan dajjal yg akan membawa makanan, kesenangan, kemewahan dgn syarat akui dia sebagai TUHAN. Saat ini, iman kita akan benar2 teruji. Apakah manusia berpegang pd Allah atau tinggalkan Allah untuk akui dajjal. Secara adatnya, Kalau peringkat tidak boleh makan, manusia akan tinggal agama kerana sekarang ni pun manusia ada yg berkata “agama tidak boleh beri kita makan”.
Ingatlah, Rezeki dari langit dan agama dari langit. Kalau masa ini rezeki melimpah ruah manusia dah tinggal kan agama, kalau dah tiba saat tak ada rezeki ? Ketika ini fitnah dajjal menjadikan manusia kufur . Inilah ujian terhebat !
*Akhirul kalam..*
Cukup dulu setakat ini untuk pagi ini bagi kita menjamu selera minda kita. Saya akan berusaha berkongsi nota penuh nanti ( kena pecah pada beberapa siri).
Tajuk ini terlalu hebat kerana ketika manusia di uji dengan kekurangan makanan, apa kah makanan yang paling baik untuk manusia ketika itu?
“Jgn pdng mudah pada langit dan bumi. Tertahanan saja apa saja dari langit dan bumi, maka kita manusia akan sengsara. Hebatnya setiap ciptaan Allah..” - Ustaz Ahmad Yahya.
Moga bermanafaat..
Wassalam
PENCATAT
*NCS*
#BolehPMkalauNakNotaPenuh
No comments:
Post a Comment