Sunday, 14 April 2019

Rahsia Seramai 103 Orang Pelajar Mendapat A dalam Pendidikan Islam SPM 2018


Rahsia Seramai 103 Orang Pelajar Mendapat A dalam Pendidikan Islam SPM 2018.
๐Ÿ’š35 A+
๐Ÿ’›36 A
๐Ÿงก32 A-

Tahniah GPI dan putera-puteri SMK Long Ghafar, Kubang Kerian.

Terpanggil untuk berkongsi rahsia kejayaan dan ingin mencedok pengalaman, pada 19 Mac yang lalu, kami berkunjung ke SMKLG untuk ziarah mahabbah sebagai lawatan penanda aras.
๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“
Alhamdulillah...
Biiznillah, hari ini terlaksana Bengkel Kecemerlangan Pendidikan Islam SPM dengan menjemput Ustzh Hjh Wan Jamilah Wan Sulaiman dari SMKLG sebagai pengendali.

๐ŸŒน Pelbagai tips yang amat berguna telah dikongsi.
๐ŸŒบ Garapan Akronim memudahkan daya ingatan pelajar terhadap tajuk-tajuk tertentu.
๐Ÿ€Teknik hafazan & penguasaan tajwid serta jawi.
๐ŸŒธ Menggunakan pelbagai medium  untuk menyediakan soalan latih tubi kepada pelajar.
๐ŸŒผ GPI mengoptimakan usaha untuk kecemerlangan pelajar dari pelbagai aspek ; masa, sokongan moral, kewangan dsb.

Sepanjang ziarah mahabbah , dapat kami simpulkan untuk dikongsi di sini:

๐ŸŒบ Pelajar membudayakan penggunaan buku rujukan secara optimum untuk ulangkaji, bukan sekadar mengharapkan jawapan daripada guru.

๐ŸŒบ Menyalin ayat hafazan , petikan jawi dan membuat pembetulan berulang-ulang kali.
Malah bagi subjek tertentu, pembetulan dibuat sebanyak 200 kali..kesannya, ranking subjek tersebut mendapat tempat kedua negeri Kelantan.
๐ŸŒธ Pelajar-pelajar memenuhi musala pada waktu rehat untuk solat sunat dhuha dan solat Zohor sebelum pulang.
๐ŸŒผ Pelajar yang kurang berkemampuan dibantu dengan cara pemberian kupon untuk makan percuma di kantin.
๐ŸŒนBagi menghargai kehadiran 100 peratus bagi sesebuah tingkatan, pelajar-pelajar dijamu dengan KFC, Pizza dll
๐Ÿ’š Budaya infaq berkembang dengan subur, sebagai contohnya sebanyak 45k dapat dikumpulkan dalam masa yang singkat untuk menyediakan 8 unit pendingin hawa di musala sekolah hasil sumbangan ikhlas warga sekolah.
๐Ÿงก Kelas tambahan seawal 7 pagi dapat diadakan pada hari minggu
๐ŸŒบKerjasama mantap dan padu dalam team GPI, dalam keadaan hanya seorang sahaja tenaga Ustaz, selebihnya para Ustazah. Saling berganding bahu, mengerah keringat, menggandakan ikhtiar untuk maslahah pelajar
๐ŸŒธKetegasan dan kesepekatan saf pentadbir, di mana PkHemnya seorang Ustazah.. Hussniah Hussin
๐ŸŒผ Kehebatan GKSS Ustzh Adilah Idris, yang tegas tetap sangat prihatin.
Bermula bulan Rajab, diteruskan pada Syaaban dan Ramadan, para pelajar kelasnya akan belajar di Musala sekolah dan bertadarus beramai-ramai, sehingga hari ini sudah 12 juzuk dan menjelang penghujung Ramadan akan khatam secara jamaie
๐ŸงกKelas Qiraati wajib bagi pelajar tingkatan 1 dibimbing oleh mentor dari pelajar tingkatan 4.
๐ŸŒปPelajar sudah menjadikan amalan puasa sunat bulan Syawal sebelum meraikan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah.

๐Ÿ“๐Ÿ“
Syabas Warga LG,
Dari sekolah harian biasa mampu berdiri muncul sebagai sekolah yang hebat kerana berjaya mengadunkan aktiviti kerohanian, keindahan sahsiah & kecemerlangan akademik menuju Al-Falah.
๐Ÿงก๐Ÿ’›๐Ÿ’š๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Catatan pena,
Ustzh yang kerdil.

No comments:

Post a Comment