*Ramadhan21*
- Part 3 -
•Catatan Nota Kuliah Ustaz Syakirin Hussein: ALLAH BUKA SELUASNYA SYURGA DI RAMADHAN.
Assalamu’alaikum
Salam 10 terakhir.. semoga semuanya dalam redha Allah.
Alhamdulillah; maka, ramai yang bermula menghuni masjid masjid rumah Allah untuk mencari sesuatu yang hanya khas tertuju untuk umat Muhammad sahaja. Maka, akan beruntung lah sesiapa yang dpt menjejaki anugerah ini.. biarlah terus terngiang ngiang di telinga melepasi ke dada masuk ke hati bahawa :
لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“ Lailatul Qadar (malam kemuliaan) itu lebih baik daripada 1,000 bulan”
(Surah al Qadr: 3)
Tiada contoh terhebat yang hendak diikut disaat 10
Malam terakhir ini. Dr Aishah ra: “ Nabi SAW beriktikaf di masjid dalam 10 hari yang terakhir bulan Ramadan”
(Bukhari dan Muslim)
Berusahalah wahai NCS dan ahli ahlinya, walau hanya satu jam atau 45 minit, ber’iktikaflah di rumah Allah. Demi RasulMu ya Allah.
Mubarak’alaikum, tahniah kpd yang telah berusaha dan telah berjaya pagi tadi. Kepada yang belum, masih ada ruang dan masa...
Untuk motivasi pagi ini, kita ikuti Sambungan nota ustz Syakirin..
•Bulan ramadhan diberi utk sempurnakan kita masuk ke surga Allah. Siapa yg nak syurga Allah, kena sungguh sungguh. Siapa yang nak syurga, dia akanbersungguh menguruskan ramadahan. Ramadhan adalah seperti tawaran syurga dari Allah. Hadis nabi saw: Bila dtg bulan ramadhan akan dibuka seluas luasnya pintu syurga. Apa kaitan? Inilah bulan yg boleh mnjadikan kita terpilih ke syurga, kalau kita uruskan dgn betul..
Kisah sayyidina Ali selepas nabi saw selesai isra’ mikraj. Cerita nabi saw dibenarkan masuk syuga. Mengalir airmata Ali ketika bertanya ttg syurga. Nabi saw : jannatunul haqqum, mengalir airnata mulia nabi juga. Mengapa mereka mengalir airmata? Kerana sungguh2 nya nak mereka pd syuga. Begitu juga omar ketika nabi cerita ttg neraka, berpeluh peluh omar. Kita ni nak syurga dan tak nak neraka tetapi kita tidak bersungguh, ianya mainan sebutan dan halwa telinga sahaja. Begitu juga alquran sekadar di lidah sahaja. Al isra : golongan ini yang Allah butakan matahati didunia dari hidayah dan petunjuk Allah. Golongan ini akan terus berada diatas jalan kesesatan.
[Syurga dan Neraka]
Amalan ibadah sepnjng ramadhan kita harapkan balasan syurga Allah.
Falsafah ibadah di bulan ramadhan adalah Allah buka pintu syurga seluas luasnya. Sebab itu bila tiba bulan ini, manusia akan kembali dekat dengan Allah walaupun sebelum nya jauh dari Allah. Nak khatam quran di bulan ramadhan mnjadi amat senang. Inilah maknanya Ramadhan mampu mendidik hamba Allah beibadah. Ibnu Qayyim al jauzi: ada dua waktu allah nak mudahkan hamba Allah mudah utk beibadah : hari jumaat (kerana hari jumaat juga syurga di buka pintu syuga) dan bulan ramadhan.
*AKHIR KALAM*
Malangnya, kalau dtg ramadhan pun kita jadi susah dan berat utk beibadah. Imam ghazali : golongan ini Allah dah matikan. Kalau hati dah mati, maka tidak akan ada perasaan yg berbeza walaupun dibulan ramadhan. Ketika hati mati terus, langsung tiada satu pringatan mampu di terima lagi.
Kita kena tunjukkan kesungguhan kita pada Allah - kesungguhan nakkan syugaNya, juga kita nakkan padangan rahmat Allah utk bebas dr neraka..
Semoga menjadi pemangkin utk terus menjejaki AlQadr.
Wassalam
Tulisan/ *NCS*
No comments:
Post a Comment