*Malam Ini Malam 21 Ramadhan Khotam di Masjid Assegaf*
InsyaAllah malam ini merupakan Malam 21 Ramadhan 1440H yang merupakan HARI GANJIL YANG PERTAMA 10 RAMADHAN TERAKHIR.
Sebagaimana yang dinyatakan Sayyidi Habib Kazim Assegaf pada Majlis Ifthor Jamaei Pelajar Malaysia semalam dihadapan para Ulamak dan Habaib dan Pelajar - Pelajar Malaysia dari Hadhramaut,
*Berdasarkan pendapat daripada Fatwa Habib Abd Rahman Masyur Mufti Hadhramaut*
Bahawasanya andai awal Ramadhan jatuh pada Hari *Isnin* maka InsyaAllah LailatulQadar pada *Malam 21 Ramadhan*
Maka Pihak Persatuan Pelajar Malaysia PERMAYA Hadramaut menyarankan agar semua muslimin dan muslimat *Menggandakan Amal Ibadah dan Memperbanyakkan Berzikir serta Membaca alQuran* pada hari ini.
___________________________
๐๐๐๐๐๐๐๐
Malam ini juga merupakan Majlis Khotam alQuran dan Solat Taraweh Perdana di
*1.Masjid Imam Abu Bakar Sakran Jam 9.30 Malam*
*2.Masjid Syeikh Abd Rahman As Segaf* di Suq Tarim berdekatan Rubat Tarim *Jam 10.10 Malam*
Solat Isyak dan Taraweh bermula pada *Jam 9.30 Malam di Masjid Sakran dan Masjid Assegaf Jam 10.10 Mala.* Disarankan kepada Hadhirin (Muslimim sahaja) agar hadir lebih awal kerana dibimbangi akan penuh dan sesak dengan kehadiran orang ramai.
*Manakala Waktu Solat Isyak dan Taraweh di Darul Mustofa diawalkan bermula pada Jam 8.15 Malam*
*Tarim Hadhramaut*
*PERMAYA HADHRAMAUT*
*1440H / 2019M*
No comments:
Post a Comment