*Ramadhan 20*
[SELAMAT DATANG KE 10 HARI TERAKHIR]
•Catatan Nota Kuliah Ustaz Syakirin Hussein. Allah buka seluasnya syurga di bulan Ramadhan. Part 2.
Assalamu’alaikum..
Salam lailatulqadar.
Selamat datang lailatulqadar Pada yang menjiwai merasai mengingini bekalan ini untuk di bawa mati, “pulun” lah setiap malam dan hari tanpa ambil kira “odd” atau “even”.
Pada yang tak peduli tapi tahu, sedarlah kita akan rugi, jika terus tak peduli.
Bermulalah pemburuan pencarian sebuah anugerah agung buat umat akhir zaman. Tiada siapa yang akan tahu samaada dia bertemu atau tidak dengan malam yang istimewa ini, tp saksikanlah sendiri jika ada sebarang perubahan dalam diri selepas RAMADHAN pergi... لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ, you may become righteous.
Selamat mengejar sahabat sahabiah semua !!
*Ustaz Syakirin Hussein*
Nota kuliah subuh isnin.. [Sambungan]
Ujian Ramadhan
Berpuasa di dalam bulan Ramadhan: Inilah satu lagi ujian yg Allah tidak beri pd umat dan Rasul terdahulu. Umat terdahulu diberi nikmat hidup yang lama diatas muka bumi ini. Nabi Adam diriwayatkan hidup hingga 1000 tahun. Nabi noh pula 950 tahun. Tapi umat Muhamaad hanya akan hidup sehingga 60 ke 70 tahun sahaja. Maka, sudah tentu umat tedahulu boleh beribadah lebih lama. Kalau panjang usia dikira utk keuntungan dunia, memang umat muhammad rugi. Tapi Allah kurniakan spt malam malam bulan ramadhan utk meraih pahala yg setanding dgn umat tedahulu. Malam al qadr, malam yang lebih baik dari 1000 bulan. Ini menyamai beibadah selama 80 tahun tanpa henti. Mgkn umur umat Muhammad tak sampai pun ke usia ini tp ganjaran pahala yg disedia kan menguntungkan. Allah memberi Ramadhan sbg lambang tanda kasih Allah pd umat muhamad. Namun kena faham nilai kasih dan tanda kasih Allah ini tidak menyamai kasih manusia atau mahluk kerana kasih ini akan membawa kebahgiaan berpanjangn sehingga bertemu Allah.
[Subhanallah...!!!]
*AKHIRUL KALAM*
Panjang betul nota catatan saya kuliah ustaz syakirin ini tapi saya terasa rugi sangat kalau saya tak share. Pada yang nak dengar secara rakaman bolehlah ke youtube surau alamin dan cari kuliah subuh hari cuti wesak.
Sempena 10 malam terakhir ini, disertakan satu kisah yang disebut ustaz Syakirin juga untuk amalan kita sepanjang Ramadhan berbaki:
“Ada Sahabat nabi saw bertemu nabi dan bertanya: Bulan Ramadhan, apakah doa nak dipanjatkan. Nabi saw: Allah berjanji setiap saat sepanjang ramadhan tidak ada hamba Allah yg tak dibebaskan dr neraka. Maka, bedoalah: Ya Allah ya tuhan kami kau pilihlah kami ayah ibu kami, ahli kami agar bebas dari api neraka. ( sahabat beramal dgn doa ini sepanjang ramadhan ketika setiap kali sujud)
*Amaran*: PECUTAN AKHIR RAMADHAN, 10 HARI AKAN TERASA SEPERTI SEHARI.. berhati hati “memandu” diri !
Moga ada manafaat..
Wassalam
Catatan : *NCS*
No comments:
Post a Comment