Thursday, 13 June 2019
Kaitan Kristianisasi, Comango dan Wahabi
Kristianisasi = Comango = WAHABI ??
Kaitan Kristianisasi, Comango dan Wahabi
Selepas mengikuti ceramah Tuan Haji A.Karim Omar pada 6/12/2015, saya dapat simpulkan:
a) Kristianisasi merupakan gerakan memurtadkan orang Islam secara halus dan senyap.
b) Comango membangkit isu Human Right untuk memudahkan gerak kerja Kristianisasi.
c) Wahabi, gerakan Islam daripada dalam untuk membuka jalan bagi memudahkan perjalanan mereka samada secara lansung atau tidak.
d) Dr. Maza yang dikenali sangat rajin mengkritik dan mengulas isu semasa, kelihatan berdiam diri dalam isu Comango, bahkan ada beberapa tuntutan yang dibela olehnya.
BUKTI & HUJJAH
1) Menurut Master Thesis, University of Chicago 1928
"Bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling susah untuk di dakyah kepada agama Kristian"
- Kata A. Karim Omar: "Pada tahun 1960-an, ada seorang paderi mengaku begitu sukar untuk mengkristiankan orang Melayu, namun dengan menggunakan strategi kontekstualisasi serta perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT), mereka mendapat momentum baharu,”
- Korea yang dahulunya minoriti beragama Kristian, sekarang telah menjadi negara pengeksport 'mubaligh kristian' terbesar dunia di antaranya melalui K-POP.
- Negara Islam iaitu Nigeria yang menganggotai OIC yang dahulunya mempunyai penduduk majoriti muslim, sekarang peratusan kristian lebih tinggi.
- maka saya melihat, faktor utama bangsa Melayu susah dimurtadkan kerana bangsa Melayu mempunyai institusi pondok yang membimbing jiwa orang Melayu. (Walaupun Wahabi menganggap pemikiran orang pondok JUMUD, namun ia terbukti berkesan).
- Selain itu, Melayu mempunyai adat-adat yang mengikat bangsa Melayu dengan Islam, di mana apabila Islam diterima di Tanah Melayu, pendakwah Islam tidak menyekat dan menghalang adat istiadat yang tidak bercanggah dengan Islam. Maka Melayu masih kekal dengan identiti tersendiri.
~> Kemudian, datang Wahabi menolak ilmuan aliran pondok dan menanamkan mind set bahawa aliran pondok adalah jumud dan taasub.
~> Seterusnya, dengan mempergunakan Al-Quran Hadis, mereka memperjuangkan isu bidaah/sesat/khurafat untuk menolak adat-adat Melayu.
~> maka secara tidak lansung memudahkan kristian melakukan tugas mereka kerana melayu sekarang bukan bangsa Melayu yang dahulu.
2) Majalah Christianity Today, 14/1/2013 telah mengariskan beberapa gerak kerja utama, antaranya:
i- Gereja menggunakan istilah orang Islam
ii- "Penganut kristian berterusan dalam kehidupan keluarga dan masyarakat Islam"
iii- Kekalkan Islam sebagai culture, tetapi menjadi follower Kristian
» Ini suatu cara kristian untuk menyebarkan dakyah secara senyap.
» Wahabi pula mengeluarkan fatwa, 'Ibu bapa bukan Islam ada hak penjagaan anak'
» Kristian bersusah payah menyeludup dalam keluarga dan masyarakat Islam, tetapi wahabi membuka peluang seluas-luasnya untuk Kristian menyebarkan agamanya kepada anak-anak Islam.
» Begitu juga tuntutan Comango Perkara 14 di mana setiap anak diberi kebebasan hak memilih agama, maka hasilnya ialah Ibu bapa tidak dibenarkan paksa anak belajar agama Islam, bersolat, berpuasa, tidak boleh letak Islam pada IC dan Surat Beranak dan lain-lain.
3) Wahabi Asri ini telah menyelar ISMA dengan mendakwa Kristian adalah lebih dekat dengan Islam dengan berdalilkan surah Al-Maidah: 82
» namun dia lupa bahawa Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada orang Islam selagi kita tidak mengikuti mereka, surah Al-Baqarah: 120
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
» sekalipun, dia berkeras hendak berdalilkan dengan surah Al-Maidah:82, maka dia perlu ketahui bahawa berdasarkan Tafsir Thabari dan Tafsir Ibnu Kathir, ayat ini berkisahkan Raja Habsyah yang membela sahabat Nabi. Tidak sedikitpun merujuk kepada Kristian sekarang.
» Maka tidak hairanlah pencetus fahaman Wahabi berkata dalam kitabnya:
"Telah sepakat orang-orang Islam, Yahudi dan Nasrani di atas perkara bahawa Allah taala di atas Arasy" (Bayan Talbis Al-Jahmiyyah, j.1, ms.127)
» Berdasarkan surah Al-Mukminun:84 Wahabi menyatakan orang kafir juga beriman kepada Allah melalui Tauhid Rububiyyah,
"Tanyakanlah (wahai Muhammad):
"Kepunyaan siapakah bumi ini dan segala yang ada padanya, kalau kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah".(Al-Mu'minun: 84)
- orang kafir tapi bertauhid?? Kristian boleh menggunakan isu ini untuk selewengkan Islam.
- Asri juga memperjuangkan satu konsep iaitu Muslim boleh menjaga hak non-Muslim, maka daripada ini Kristian akan mempergunakannya untuk membolehkan pengunaan kalimah ALLAH.
- kesemua usaha Wahabi ini, mendekatkan Kristian dengan Islam dan memudahkan Kristian untuk menyelewengkan aqidah Islam.
4) Selepas lagu 'Allah Peduli' dinyanyikan oleh Agnes Monica diharamkan seluruh Malaysia, kerana Allah disitu dimaksudkan dengan Jesus.
- maka pada Aug 2009 Christianity Today telah membuat kesimpulan, "Penggunaan perkataan Allah itu strategik, membuahkan hasil yang dramatik di kalangan orang-orang Islam."
- bahkan pada tahun 1986 lagi, Kristian di Malaysia mahu menggunakan kalimah Allah.
- kemudian isu ini kembali bangkit pada tahun 2013, hasil daripada itu, bangkit dua kumpulan ilmuan agama iaitu fahaman Sunni melarang dengan keras seperti Dato' Dr. Haron Din & Datuk Noh Gadot dan yang berfahaman Wahabi seperti Dr. Asri menggalakan penggunaan kalimah Allah bagi Kristian.
- sedangkan Pope Benedict XVI menolak penggunaan nama tuhan kristian kepada Allah.
- Paderi Australia akui Allah hanya untuk orang Islam.
- begitu juga buku 'The Name of God Bible' telah menyenaraikan nama tuhan mereka daripada huruf A hingga Y tetapi tiada ditemukan nama Allah
- menurut majalah Christianity Today pada 14/1/2013 seorang paderi melarang seorang lelaki murtad menggunakan Alhamdulillah kerana dia berkata tuhan engkau telag bertukar. Maka jelas, tuhan orang Islam dan tuhan kristian adalah berbeza.
- soalnya, benarkah perkataan tuhan bagi Kristian itu adalah Allah? sedangkan, apabila bible diterjemah untuk penganut hindu, mereka mengguna Iswar (iaitu nama tuhan hindu)
- sebenarnya strategi itu sudah 100 tahun lebih dirancang untuk menterjemah nama tuhan bagi agama Kristian kepada nama yang digunakan bagi setiap tuhan agama setempat.
- Kesimpulannya, Kristian bukanlah benar-benar mahu menggunakan kalimah Allah melainkan itu hanya sebahagian daripada usaha mereka untuk menjatuhkan Islam dan memurtadkan muslim. Yang anehnya, golongan Wahabi begitu riang membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi bukan Islam. Bahkan mereka menggunakan hujjah logik akal seperti lagu negeri, penggunaan orang Jordan Indonesia, logo polis dan lain-lain.
5) A. Karim mengingatkan orang ramai mengenai Resolusi Perhimpunan Christian Federation Malaysia (CFM) pada Februari 1987 yang mahu lebih ramai ahli politik dari kalangan pemimpin Kristian.
- beliau berkata: “Umat Islam di negara ini perlu bersatu untuk menghalang Malaysia daripada menjadi sebuah ‘Negara Pelangi’ yang mana kedudukan Islam tersisih kerana penyamarataan hak semua bangsa dan agama,”.
- menurut beliau, sekarang di parlimen ada hampir 35% penganut Kristian, kemudian usaha seterusnya ialah bergabung dengan 10% penganut agama selain Islam, selebihnya mereka akan mempergunakan 5-10% Melayu Muslim untuk mendapat bilangan majoriti di parlimen. (Bayangkan, apabila mereka menguasai parlimen..apa agama rasmi Malaysia, siapa PM Malaysia, bagaimana nasib orang Islam??)
- laporan FMT News 10/3/2013 iaitu 5 hari selepas pilihanraya 2013 telah mengeluarkan satu kenyataan:
"Church must play bigger role"
- bayangkan, 5 hari selepas orang mengeluarkan kenyataan itu kalah dalam Pilihanraya, dia menyatakan sedemikian sedangkan Pilihanraya akan datang adalah 5 tahun lagi.
KESIMPULAN:
Jauhi Kristianisasi
Jauhi Comango
Jauhi Wahabi
Oh ye, begitu juga jauhi Syiah.
Rujuklah:
akarimomar.wordpress.com
Disediakan oleh: Hafiz Al Za'farani (HAZA)
No comments:
Post a Comment