1.
Allah swt berfirman “
sesungguhnya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah swt itu
ialah orang yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat serta mendirikan
solah dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah swt ( dengan
adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunujuk (
yakni Allah swt berjanji untuk memberi hidayat kepada mereka) “
( At
Taubah : 18)
Keterangan : mengimarahkan masjid membawa maksud
menghidupkan segala amalan masjid nabi saw didalam masjid itu. Amalan-amalan
masjid nabi saw termaksud halkah dakwah iman yang meningkatkan keyakinan
terhadap perkara-perkara ghaib, halkah-halkah taklim berkenaan
fadhilat-fadhilat amal, menuntut ilmu agama dan berzikir, pengajian dan
pengajaran agama dan melatih rombongan-rombongan yang datang dari luar, amalan
ibadat dan khidmat kepada tetamu. Selain daripada ini, satu lagi amalan penting
yang ada dalam masjid nabi saw ialah penghantaran Jemaah – Jemaah untuk kerja
dakwah ke dalam atau ke luar negeri. Begitu juga menerima, menjadi tuan rumah
dan memberi khidmat kepada Jemaah-jemaah yang datang dari sejenak pelusuk sama
ada dalam atau luar negeri. Amalan-amalan ini secara umumnya dinamakan sebagai
“hijrah & nusrah” .
2.
Allah swt berfirman menerangkan sifat-sifat
orang yang diberikan hidayat, “mereka pergi bertasbih kepada Allah swt
dirumah-rumah ibadah yang diperintahkan oleh Allah swt supaya dimuliakan
kedudukannya dan disebut serta diingati nama-nama Allah swt padanya, disitu
juga dikerja ibadah memuji Allah swt pada pagi dan petang. ( mereka itulah)
lelaki-lelaki yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan
berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah swt dan mendirikan solat
dan membayar zakat, mereka takutkan hari ( kiamat ) yang padanya hati dan
pandangan menjadi gusar” ( An-Nuur : 36-37)
Keterangan : maksud daripada “rumah-rumah ibadah” itu ialah
masjid-masjid. Adab untuk masjid ialah, jangan masuk dalam keadaan berjunub,
jangan membawa apa-apa perkara yang tidak suci, jangan membuat bising, jangan
melakukan dan memperkatakan apa-apa oerkara dunia dan jangan masuk setelah
makan makanan yang berbau busuk. ( bayan ul-quran)
Hadis-hadis nabi saw
1.
Sayyidina abu Hurairah ra
meriwayatkan bahawa sesungguhnya rasulullah saw bersabda “tempat yang paling
dikasihi oleh Allah swt ialah masjid-masjid dan tempat yang paling dibenci oleh
Allah swt ialah pasar-pasar.”
(muslim)
2.
Sayyidina ‘abdullah bin ‘abbas ra berkata,
“masjid –masjid ialah rumah-rumah Allah swt di bumi. Rumah-rumah itu bercahaya
bagi penduduk langit sebagaimana bercahaya bintang-bintang di langit kepada
penduduk bumi .” ( tabrani : majma’
uz-zawaid)
3. Sayyidina umar bin khattab ra berkata bahawa beliau telah
mendengar rasulullah saw bersabda,”sesiapa yang membina sebuah masjid yang
menyebabkan nama Allah swt diingati dalam masjid itu maka Allah swt akan
membina untuknya sebuah mahligai dalam
syurga.”
( ibnu hibban)
4.
Sayyidina abu Hurairah ra
meriwayatkan nabi saw bersabda, “sesiapa yang pergi ke masjid pada waktu pagi
dan petang maka Allah swt menyediakan untuknya hidangan dalam syurga setiap
kali dia pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang . “ ( bukhari)
5.
Sayyidina abu umamah ra
meriwayatkan bahawa rasulullah saw bersabda,”pergi ke masjid pada waktu pagi
dan waktu petng ialah termasuk dalam jihad di jalan Allah swt ( tabarani:
majma’ uz zawaid)
6. Sayyidina Abdullah bin amr bin ‘aas ra meriwayatkan bahawa
apabila nabi saw memasuki masjid baginda saw membaca
أعوذ بالله العظيم وبوجهه
الكريم وسلطانه القديم من الشيطان الرجيم
Yang bermaksud aku
berlindung dengan allah swt tuhan yang maha agung dan dengan zatnya yang mulia
dan dengan kerajaannya yang kekal daripada syaitan yang direjam. “nabi saw
bersabda , sesiapa yang membaca doa itu maka syaitan akan berkata dia telah
terpelihara daripada godaanku sepanjang hari ini.” ( abu daud)
7.
Sayyidina abu sa’id khudri
ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda, “sesiapa yang mencintai masjid maka
Allah saw menyintainya. ( tabrani : majma’ uz zawaid)
8.
Sayyidina abu darda ra
berkata bahawa saya telah mendengar rasulullah saw bersabda, “masjid ialah
rumah bagi setiap orang yang bertaqwa. Allah swt telah menjamin untuk menjadi
ketenangan, rahmat dan melintas titian sirat untuk mendapat keredhaannya dan
terus ke syurga kepada orang yang telah menjadikan masjid sebagai rumahnya.” (
tabrani : majma’ uz zawaid)
9. Sayyidina muaz bin jabal ra meriwayatkan bahawa sesungguhnya
nabi saw bersabda, “ sesungguhnya syaitan ialah serigala bagi manusia
sebagaimana serigala kepada kambing yang akan makan kambing yang terpinggir
jauh ( daripada pengembala). Oleh sebab itu elaklah daripada derada
berseorangan di lereng-lereng bukit. Dan hendaklah kamu mengambil berat untuk
bersama-sama dengan Jemaah orang awam serta untuk berada di masjid.” ( musnad
ahmad)
10. Sayyidina abu sa’id ra berkata bahawa rasulullah saw bersabda,
“apabila kamu melihat seseorang lelaki selalu pergi ke masjid maka bersaksilah
bahawa dia ialah seorang yang beriman. “ kemudian baginda saw membaca ayat :
إنما يعمر مسجد الله
من امن بالله واليوم الأخر .....
Yang bermaksud “hanya orang yang
memakmurkan masjid-masjid Allah swt ialah orang yang beriman dengan Allah swt
dan hari kiamat.” ( tirmiza)
11. Sayyidna abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda,
“apabila seseorang muslim mengambil tempat dalam masjid untuk solah dan zikir
maka pasti allah swt gembira dengannya sebagaimana sesebuah keluarga bergembira
dengan kepulangan seorang daripada ahli keluarga yang telah lama berpergian . “ ( ibnu majah )
Keterangan : maksud daripada
mengambil tempat dalam masjid ialah ada hubungan yang rapat dengan masjid dan
selalu datang ke masjid.
12.
Sayyidina abu Hurairah ra
meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda, “ sesunnguhnya apabila seseorang itu
menjadikan masjid-masjid sebagai tempatnya yakni selalu berulang-alik ke masjid
kemudian sesuatu urusan atau sakit telah menghalangnya( daripada pergi ke
masjid ) kemudian dia pergi semula sebagaimana biasa maka Allah swt pasti
bergembira dengannya sebagaimana gembiranya sesebuah keluarga dengan kepulangan
seseorang daripada ahli keluarga yang telah lama berpergian.” ( ibnu khuzaimah)
13.
Sayyidina abu Hurairah ra
meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda, “sesungguhnya orang-orang yang selalu
berkumpul di dalam masjid-masjid, mereka adalah tonggak masjid. Para malaikat
menjadi teman yang duduk bersama mereka. Sekiranya mereka tiada dalam masjid
maka para malaikat itu akan mencari mereka. Sekiranya mereka sakit maka para
malaikat akan menziarahi mereka. Sekiranya mereka pergi untuk sesuatu urusan
maka para malaikat akan membantu mereka. “nabi saw juga bersabda, “orang yang
selalu duduk di masjid akan mendapat tuga perkara , teman yang akan memberi
apa-apa manfaat agama atau dapat mendengar apa-apa kata-kata hikmah ataupun mendapat
rahmat Allah swt yang sememangnya sentiasa di nanti-nanti kan oleh setiap orang
islam .” ( musnad ahmad )
14.
Sayyidatina aisyah ra
berkata”, rasulullah saw telah memerintahkan supaya masjid-masjid dibina setiap
penempatan dan supaya masjid-masjid itu dibersihkan dan diletakkan
wangi-wangian”. ( abu daud)
15. Sayyidina anas ra meriwayatkan bahawa terdapat seorang wanita
yang selalu membersihkan kotoran di dalam masjid. Beliau telah meninggal dunia
dan berita pengebumiannya tidak diberitahu kepada nabi saw. Baginda saw
bersabda, “apabila ada sesiapa yang meninggal dunia dalam kalangan kamu maka
beritahulah kepadaku. “baginda saw telah menyembahyangkan wanita itu (
dikuburnya) dan bersabda “saya melihat wanita itu berada di dalam syurga sebab
dia selalu membersuhkan kotoran didalam masjid. “ ( tabarani : majma’ uz
zawaid)
No comments:
Post a Comment