*# LAILATUL JAAIZAH#*
SAYYIDINA ABDULLAH BIN ABBAS RA BERKATA BAHAWA BELIAU TELAH MENDENGAR RASULLULLAH SAW BERSABDA
" SESUNGGUHNYA SYURGA DIHARUMKAN DAN DIHIASI DARI TAHUN KE SETAHUN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN.
APABILA TIBA MALAM PERTAMA DARIPADA RAMADHAN,
SEJENIS ANGIN AKAN BERTIUP DARI BAWAH ARASY YANG DINAMAKAN "MUTHIRRAH"
LALU BERGESERLAH DAUN DAUN POKOK SYURGA DAN GAGANG GAGANG PINTU SYURGA
LALU KEDENGARANLAH SATU BUNYIAN YANG BEGITU MERDU YANG TIDAK PERNAH DIDENGARI BUNYIAN YANG LEBIH MERDU DARIPADA ITU SEBELUMNYA.
KEMUDIAN MUNCULLAH BIDADARI BIDADARI BERMATA HITAN JELI SEHINGGA MEREKA BERHENTI DIANJUNG SYURGA.
MEREKA MENYERU
" ADAKAH SESIAPA YANG INGIN MEMINANG KAMI SUPAYA ALLAH SWT MENGAHWINKAN DENGAN KAMI".
KEMUDIAN MEREKA BERKATA LAGI,
" WAHAI RIĎHWAN PENJAGA SYURGA, MALAM APAKAH INI?.
MALIKAT RIDHWAN AKAN MENJAWAB KEPADA MEREKA DENGAN BERKATA,
" YA, MALAM INI ADALAH MALAM PERTAMA BULAN RAMADHAN.
PADA HARI INI PINTU PINTU SYURGA AKAN DIBUKA UNTUK ORANG ORANG YANG BERPUASA DARIPADA KALANGAN UMAT MUHAMMAD SAW.
NABI SAW BERSABDA LAGI, ALLAH SWT AKAN BERFIRMAN,
" WAHAI RIDHWAN BUKALAH PINTU PINTU SYURGA DAN WAHAI MALIK (PENJAGA NERAKA) TUTUPLAH PINTU PINTU NERAKA BAGI MEREKA YANG BERPUASA
DI KALANGAN UMAT AHMAD SAW".
WAHAI JIBRAIL TURUNLAH KEBUMI DAN TANGKAPLAH SYAITAN SYAITAN YANG DEGIL.
RANTAILAH MEREKA DAN CAMPAKLAH MEREKA KE LAUT SUPAYA MEREKA TIDAK DAPAT MEROSAKKAN PUASA UMAT MUHAMMAD KEKASIHKU SAW.
BAGINDA SAW BERSABDA LAGI.
" ALLAH SWT AKAN MEMERINTAH SETIAP PENYERU PADA SETIAP MALAM RAMADHAN SEBANYAK 3 KALI
"ADALAH SESIAPA YANG INGIN MEMOHON SESUATU SUPAYA AKU MENUNAIKAN"?.
" ADAKAH SESIAPA YANG INGIN BERTAUBAT SUPAYA AKU TERIMA TAUBATNYA?.
SIAPAKAH YANG SANGGUP MEMBERI HUTANG KEPADA TUHAN YANG MAHA KAYA YANG TIDAK PERNAH MISKIN DAN YANG AKAN MEMBAYAR KEMBALI HUTANGNYA TANPA MEMBUAT SEBARANG PENGURANGAN?.
BAGINDA SAW BERSABDA LAGI.
PADA WAKTU BERBUKA SETIAP HARI PADA BULAN RAMADHAN ALLAH SAW AKAN MEMBEBASKAN
SEJUTA ORANG DARIPADA API NERAKA YANG KESEMUA MEREKA TELAH DITENTUKAN MASUK NERAKA.
APABILA TIBA HARI TERAKHIR BLN RAMADHAN,
ALLAH SAW MEMBEBASKAN PADA HARI ITU SEBANYAK BILANGAN ORANG YANG DIA TELAH BEBASKAN DARIPADA AWAL HINGGA AKHIR RAMADHAN.
APABILA TIBA MLM LAILATULQADAR.
ALLAH SAW MEMERINTAHKAN JIBRAIL AS SUPAYA TURUN BERSAMA SATU KUMPULAN BESAR PARA MALAIKAT.
BERSAMA MEREKA TERDAPAT BENDERA HIJAU.
JIBRAIL AS MEMACAKKAN BENDERA ITU DI ATAS KAABAH.
JIBRAIL AS MEMPUNYAI 100 SAYAP,
2 DARIPADA SAYAP SAYAP ITU TIDAK PERNAH DIBUKA KECUALI PADA MLM ITU SAHAJA.
LALU JIBRAIL AS MEMBUKA KEDUA DUA SAYAPNYA SEHINGGA MENCAKUPI ANTARA TIMUR DAN BARAT.
PADA MALAM ITU JIBRAIL AS AKAN MENDORONG KEPADA PARA MALAIKAT SUPAYA MEREKA PERGI MEMBERI SALAM KEPADA SETIAP ORG YG BERDIRI DAN DUDUK ( BERIBADAT) DAN YANG BERSOLAT DAN BERZIKIR.
MAKA PARA MALAIKAT AKAN BERJABAT TANGAN DENGAN MEREKA DAN AKAN MENGAMINKAN DOA DOA MEREKA SEHINGGA TERBIT FAJAR.
APABILA TERBIT FAJAR JIBRAIL AS AKAN MENYERU
" WAHAI SEKELIAN MALAIKAT, SEKARANG PULANGLAH".
PARA MALAIKAT PUN AKAN BERTANYA
" WAHAI JIBRAIL APAKAH YANG ALLAH LAKUKAN KEPADA KEPERLUAN ORANG ORANG BERIMAN DARIPADA LALANGAN UMAT AHMAD SAW?.
JIBRAIL AS MENJAWAB.
" ALLAH SWT MEMERHATIKAN MEREKA PADA MALAM INI DAN TELAH MENGAMPUNKAN SEMUA KECUALI
4 JENIS MANUSIA.
MAKA KAMI PUN BERTANYA.
" SIAPAKAH MEREKA YA RASULULLAH?.
BAGINDA BERSABDA.
" LELAKI YANG BERTERUSAN MINUM ARAK.
SEORANG YANG MENDURHAKAI KEDUA IBU BAPANYA,
SEORANG YANG MEMUTUSKAN SILATURRAHIM DAN MUSHAHIN.
KAMI BERTANYA.
" SIAPA MUSHAHIN ITU".
BAGINDA MENJAWAB
" DIA ADALAH "MUSHORRIM"
IAITU YANG BERHASRAT DAN MEMUTUSKAN HUBUNGAN.
APABILA TIBA MALAM HARI RAYA IDUL FITRI,
PADA MALAM ITU DISEBUT DILANGIT SEBAGAI MALAM LAILATUL JAAIZAH.
( MLM PENGURNIAAN HADIAH).
PADA HARI RAYA ITU ALLAH MENGHANTAR PARA MALAIKAT KESETIAP TEMPAT LALU MEREKA TURUN KE BUMI DAN BERDIRI DI MUKA MUKA JALAN DAN LORONG LORONG.
MEREKA AKAN MENYERU DENGAN SUARA YANG BOLEH DIDENGARI OLEH SEMUA MAKHLUK ALLAH SAW KECUALI JIN DAN MANUSIA.
MEREKA BERKATA
" WAHAI UMAT MUHAMMAD SAW, KELUARLAH KEPADA TUHAN YG MAHA PEMURAH,
YANG MENGURNIAKAN DEMGAN BANYAKNYA
DAN MENGAMPUNKAN DOSA DOSA BESAR.
APABILA ORANG RAMAI TIBA DITEMPAT SOLAT HARI RAYA,
ALLLAH SWT AKAN BERTANYA KEPADA PARA MALAIKAT,
" APAKAH BALASAN BAGI SEORANG PEKERJA YANG TELAH MENYEMPURNAKAN KERJANYA"?.
PARA MALAIKAT BERKATA,
" WAHAI TUHAN DAN PEMILIK KAMI,
BALASANYA HENDAKLAH DIBERI UPAH YANG SEMPURNA".
LANTARAN ITU ALLAH SWT BERFIRMAN,
" SESUNGGUHNYA AKU MENJADIKAN KAMU SEBAGAI SAKSI WAHAI PARA MALAIKATKU.
SESUNGGUHNYA AKU MENJADIKAN KEREDHAANKU DAN PENGAMPUNANKU SEBAGAI BALASAN PUASA RAMADHAN
DAN IBADAT MALAM MEREKA.
ALLAH SWT BERFIRMAN LAGI.
" WAHAI HAMBA HAMBAKU POHONLAH DARIPADAKU.
DEMI KEMULIAAN DAN KEAGUNGANKU,
TIDAKLAH KAMU MEMOHON SESUATU DARIPADAKU PADA HARI INI IAITU DALAM PERHIMPUNAN HARI INI UNTUK KEPENTINGAN AKHIRAT
MELAINKAN AKU PASTI AKAN MENUNAIKANNYA.
DAN BEGITU JUGA APA APA YANG KAMU MOHON UNTUK KEPENTINGAN DUNIA,
NESCAYA AKU PERHATIKAN UNTUK KEBAIKAN KAMU.
DEMI KEMULIAANKU,
AKU AKAN TUTUP KEAIBAN KEAIBANMU SELAMA MANA ENGKAU MENTAATIKU.
DEMI KEMULIAAN DAN KEAGUNGANKU
TIDAKLAH AKU AKAN MENGHINA KAMU DAN TIDAKLAH AKU AKAN MEMALU KAMU DIKALANGAN ORG ORG BERDOSA (DAN ORG ORG KAFIR).
BERSURAILAH DALAM KEADAAN KAMU TELAH DIAMPUNKAN.
SESUNGGUHNYA KAMU TELAH MEREDAKAN AKU DAN AKU MEREDAKAN KAMU.
MAKA PARA MALAIKAT PUN BERGEMBIRA DAN BERSUKARIA DENGAN SEGALA YANG TELAH ALLAH SWT KURNIAKAN KEPADA UMAT INI
SETELAH MEREKA SELESAI BERPUASA PADA BULAN RAMADHAN.
( HADIS RIWAYAT IBN HIBBAN DAN BAIHAQI).
ALLAH HUMAJ ALNA MINHUM._
YA ALLAH JADIKANLAH KAMI DARIPADA KALANGAN MEREKA.
AMINNN...
No comments:
Post a Comment