Monday, 8 July 2019

"Aku Tidak Dapat Mengubah Masa Laluku, Tapi Mampu Menjadi Lebih Baik Di Masa Hadapan"



Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••◆❀◆••┈┈••◆❀◆••

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam iaitu Saidina Umar Al Khattab.

Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang Allah (saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.

Jangan menilai orang dari rupanya. Kerana Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar-kejar oleh para bidadari Syurga.

Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Kerana kasut emas Fir'aun pun berada di neraka, sedangkan selipar lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di Syurga.

MASYA-ALLAH

Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayahNya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.

MARI KITA RENUNG RENUNGKAN

Apakah Kepunyaan Kita Wahai Saudaraku..

Lahirmu : Dilahirkan oleh orang lain
Namamu : Dinamakan oleh orang lain
Pelajaranmu : Diajar oleh orang lain
Pendapatanmu : Diberikan oleh orang lain
Hormat : Diberi oleh orang lain
Mandian pertama dan terakhir : Dimandikan oleh orang lain
 Selepas mati : Segala harta dan hakmu diambil oleh orang lain                                        Pengkebumianmu : Dibuat oleh orang lain

Terasa amat hairan kerana masih ada ego dan keras di hati kita kerana kita sebenarnya tidak punya apa-apa dan juga tiada daya tanpa izin-Nya.

Begitulah Kita Semua...

══◎◎♡◎◎══

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil.
Amin.

No comments:

Post a Comment