Wednesday 25 October 2017

PETIKAN BAYAN SUBUH TONGGI IJTIMAK OLEH MAULANA SAAD

Gambar Hiasan

Petikan Bayan Subuh Ijtimak Tonggi Oleh Maulana Saad D.B

Tuan-tuan yang mulia,

    Kita mesti ingat bahawa ibadat hak Allah swt. Solat hajat bukan untuk hajat sebenarnya.Solat hajat ialah solat yang ditunaikan ketika mempunyai hajat untuk menunai- kan hak Allah swt. Apabila kamu berhajat, kamu lebih dekat dengan Allah swt dan apa yang kamu minta Allah swt akan dengar.

    Hajat adalah makhluk, hak Allah swt. Maka ibadat bukan untuk makhluk tapi hak Allah swt. Solat hajat bukan untuk hajat tapi untuk Allah swt. Samaada tertunai atau tidak itu adalah hak Allah swt. Biasa nya melalui perantaraan solat (amal) Allah tunaikan hajat kita.

    Hari ini ramai orang salah faham bahawa Allah akan tunaikan hajat orang melalui orang yang dekat dengan Allah saja. Jadi mereka pergi jumpa wali-wali, ahli ibadah kerana mereka dekat dengan Allah.

Allah swt berfirman mafhumnya.
"Untuk mendapat Zat Aku yang sempurna, Aku telah berikan untuk orang-orang beriman amalan".
"Pintalah pada Aku, Aku akan perkenankan".

Ada 3 jenis manusia,
1-Yakin Allah yang buat segalanya tapi melalui perantaraan patung.
Ini adalah syirik.
2-Yakin Allah yang buat segalanya tapi melalui perantaraan asbab. Dia seorang yang gagal.
3-Yakin Allah buat segalanya tapi melalui Ahlullah.

    Ketiga-tiga golongan ini adalah sama. Ini bukan kanun Allah swt. Allah swt telah beri amaran. Orang yang ingin mendapat faedah dari Kudratullah melalui perantaraan orang lain seperti kereta yang tiada lampu dan guna kereta lain untuk menyuluhnya. Wujudkan lampu kereta mu sendiri iaitu wujudkan amalan kamu sendiri.

     Di akhirat nanti orang munafik akan minta orang tunggu sekejap untuk mereka dapatkan cahaya iman dari orang mukmin.

Allah swt firman, kalau hendakkan cahaya kamu baliklah ke dunia. Tapi itu tak mungkin berlaku.

     Allah swt beri pada sahabah 2 cara. Satu cara berlawanan dengan sangkaan dan satu lagi berlawanan dengan logik akal.

No comments:

Post a Comment