Thursday 28 June 2018

KHUTBAH JUMAAT JDT 29 JUN 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Khutbah Jumaat JDT Tarikh: 29 Jun 2018
              15 Shawal 1439
Tajuk : Wajah-wajah Hari Kebangkitan
           
Gambar sebagai hiasan

1) Suasana hari kebangkitan- di hari manusia keluar dari alam kubur; terpancar perasaan takut bimbang; akn dihitung segala amalan tersembunyi dn nyata; yg tersorok akn tersingkap; kenang nasib bakal diterima.

2) Sabda Nabi SAW bermaksud: "Dihimpunkn manusia di padang mahsyar pd hari qiamat dgn keadaan berkaki ayam bertelanjang dn berkulup". Aisyah berkata: "Ya Rasulullah! adakah orng perempuan dn lelaki semuanya melihat satu sama lain?". Nabi SAW menjawab: "Wahai Aisyah, kedahsyatan keadaan pd masa itu menghalang masing2 dpd melihat satu sama lain".
HR: Imam Bokhari dan Muslim

3) Firman Allah surah Al-isra'/97 bermaksud: "Dan sesiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka dialah yg sebenar2nya berjaya mencapai kebahagiaan................dan Kami akn himpunkn mreka pd hari qiamat (dgn menyeret mreka masing2) atas mukanya, dlm keadaan buta bisu dn pekak, tmpat kediaman mreka: neraka jahanam........................".

4) Seorang sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana mreka dapat berjalan dgn mukanya?" Baginda menjawab: "Sesungguhnya Tuhan yg telah menjadikn mreka boleh berjalan dgn kaki berkuasa menjadikn mreka berjalan dgn muka mreka".

5) Keadaan manusia di Mahsyar- didekatkn matahari di atas kepala; diperlihatkn neraka jahanam; kedengaran suara jeritan yg menggerunkn;
berpeluh menenggelamkn tubuh (mengikut kadar perbuatan masing2 semasa hidup di dunia).

6) Sabda Nabi SAW bermaksud: "Manusia berpeluh pd hari qiamat dgn banyaknya sehingga air peluh mreka meresap kedalam bumi berpuluh2 hasta dan menenggelamkn mreka sehingga sampai ke telinga masing2".
HR: Imam Bokhari dan Muslim

7) Hadith Nabi SAW bermaksud:  " 7 golongan yg akn dinaungi Allah dgn naungan arashy pd hari tidak ada naungan kecuali naungan Nya semata2 iaitu
1) Imam (pemimpin) yg adil
2) Pemuda yg membesar dlm beribadat kpd Tuhannya
3) Seseorng yg hatinya sentiasa terpaut pd mesjid
4) Dua orng yg saling mencintai kerana Allah
5) Keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah
6) Seorang lelaki yg menolak pelawaan berzina kerana takut kpd Allah
7) Seorang yg bersedekah lalu merahsiakannya dn berzikir sehingga berlinangan air matanya kerana takutkn Allah".
HR: Imam Al-bukhari

8) Dahsyatnya Hari Qiamat- seseorng akn terpinga2 spt dlm keadaan hayal mabuk; perempuan2 keguguran anak yg sedang dikandungnya; ibu2 membiarkn anak tanpa disusukannya; masing2 memikir menghadap Allah dgn amalan yg sedikit; membawa jiwa yg kotor dgn dosa semasa hayatnya.

9) Firman Allah surah 'Abbas/33-37 bermaksud: "Kemudian (ingatlah keadaan yg berlaku) apabila datang suara jeritan yg dahsyat, pd hari itu manusia lari dpd sdaranya dn ibu serta bapanya dn isterinya serta anak2nya kerana tiap2 seorang dpd mreka pd hari itu ada perkara2 yg cukup utk menjadikannya sibuk dgn hal dirinya sahaja".

           باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment