Wednesday, 25 July 2018

HURUF AL-QURAN


๐Ÿ“ŒHURUF AL-QURAN...

Huruf Al-Quran dikenali sebagai Huruf Hijaiyah.

Bilangannya mengikut pandangan kebanyakkan ulama mengatakan 29 huruf dan ada yang mengatakan 28 huruf.

Ulama yang mengatakan 28 huruf adalah kerana tidak mengira Huruf Alif.

Kerana apa?

Disebabkan huruf Alif tidak menerima apa2 tanda bacaan terhadapnya iaitu BARIS.

Huruf Alif hanyalah sebagai huruf Mad dan kedudukannya sentiasa berada di belakang Huruf lain.

ERTI KEKAYAAN


| Erti Kekayaan |

Daripada Abu Hurairah R.A., daripada Nabi S.A.W bersabda:

"Bukanlah kekayaan itu kerana banyaknya harta, akan tetapi kekayaan itu adalah kaya hati (jiwa)."

(Hadith Riwayat Al Bukhari, Muslim, Tirmizi, Ibnu Majah & Ahmad)

HAQ VS BATIL

"Janganlah kita mencampurkan haq yang suci dengan batil yang jijik".


MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA


MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Mengutip derma untuk tujuan kebaikan seperti membantu mangsa perang, pelarian, setinggan dan sebagainya adalah satu niat yang sangat baik. Namun, kaedah mengutip derma itu juga haruslah dilaksanakan dengan cara yang tidak mengundang kemurkaan Allah SWT.

Bersedekah itu perkara berpahala. Menganjurkan majlis yang mengandungi maksiat pula adalah perkara dosa. Janganlah dicampur-adukkan yang haq dengan yang batil semata-mata untuk menghalalkan sesuatu yang sememangnya jijik di sisi agama. Jangan cuba untuk men'cantik'kan maksiat di mata manusia, semata-mata untuk memuaskan kehendak nafsu dan hobi sendiri.

Jika ada pihak yang telahpun berjanji untuk menganjurkan suatu majlis yang boleh mendatangkan mudarat kepada umat Islam apabila tercapainya sesuatu hajat, maka tidaklah wajib untuk dia menunaikan janji tersebut. Mudarat terhadap umat Islam ini bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga spiritual dan rohani. Kesannya terhadap generasi akan datang juga harus diambil kira.

Pendek kata, najis tidak akan bertukar menjadi suci hanya kerana ia dibalut dengan pembungkus yang diperbuat daripada emas.

Hendak menggembirakan manusia, jangan sampai mengundang kemurkaan Allah. Sama-sama muhasabah.

ORANG YANG BERJAYA AKAN BERUSAHA, ORAN YANG GAGAL AKAN MENCIPTA ALASAN


Orang yang nak BERJAYA akan berusaha bersungguh sungguh untuk BERJAYA.

Orang yang nak GAGAL juga akan bersungguh sungguh untuk mencipta alasan untuk GAGAL.

Jadi, anda nak BERJAYA atau GAGAL? 

Mesti la BERJAYA kan, jadi mulai dari hari ni FOCUS dengan apa yang anda impikan kerana FOCUS ini membuatkan anda menumpukan seluruh tenaga dan pusat perhatian kita pada matlamat tersebut.

Ingat, manusia adalah makhluk yang dikurniakan dengan subconscious mind yang dasyat. Apa yang diFOKUSkan pada minda yg separa sedar itu lah nanti yang akan diterjemahkan menjadi mindset berjaya seterusnya menjadikan KEJAYAAN sebuah realiti!
Minda separa sedar inilah  yg mesti dipositifkan kerana bila ia dipositifkan, kita menjadi yakin. Jika tidak dipositifkan, maka timbul keraguan yg sentiasa membuat kita berasa, "boleh ke aku capai".

KENALI SEJARAH MADRASAH TAHFIZ DAN DAKWAH DI MALAYSIA


Kenali sejarah madrasah tahfiz dan dakwah di Malaysia


Sekolah tahfiz awal awal dahulu iaitu 10-20 tahun dahulu banyak diusahakan oleh orang tabligh/dakwah atau mereka yang pernah belajar di India,  pakistan . Mereka balik dan mengajar. Sehingga kini pun, masih ramai pengusaha tahfiz dari kalangan pendakwah & guru tahfiz / alim. 

Manakala 10 - 20tahun lepas,  mereka yang awal awal menghantar anak belajar tahfiz adalah dari kalangan orang tabligh (masyarakat gelarkan mereka orang tabligh). Ada dikalangan mereka, ikat perut demi membayar yuran anak mereka belajar. Bukan semua dari kalangan mereka orang kaya, pekerjaan mereka sederhana. Ada kalanya bertangguh. 

.

Jap, Bukanlah ini yang saya ingin utarakan sebenarnya. Perkara yang ingin disampaikan :

1 - kenapa mereka sanggup melawan arus perdana dengan menghantar anak ke madrasah yang tiada masa depan.

2 - Kenapa mereka sanggup memekakkan telinga mereka dengan menghantar anak anak mereka belajar agama. Sedangkan anak orang lain dihantar ke sekolah.

3 - kenapa mereka sanggup mengikat perut , makan ala kadar demi dahulukan keperluan anak anak & yuran sekolah tahfiz&kitab .  

Dimanakah datangnya kekuatan & semangat itu ? 

Ok. Kita undur lagi 10 -15 tahun ( 30-40 tahun lepas ). 

.

Waktu itu pada tahun 70an - 80an , agama yang berada pada tahap sangat sederhana. Tahap penerimaan dakwah&tabligh juga terlalu lemah. Jemaah dakwah juga telah bermula pada ketika itu,  pergi ke masjid surau.  

Ok kita zoom in lagi situasi ini. 

Zaman dulu,  bukan senang seperti sekarang, untuk pergi ke suatu surau atau masjid , jemaah dakwah perlu kendong gas (jika ada gas)  , kendong peralatan taam (peralatan memasak)  kendong bag mereka. 

Masyarakat telah lihat pada waktu itu. Ada yang biarkan,  ada yang ambil port. Manakala surau atau masjid,  bergantung atas negosasi amir jemaah dengan ahli Jawatankuasa masjid

Zaman itu, surau & masjid yang keras lebih banyak dari sekarang. Ada ketika, selepas berjalan jauh mulai masuk masjid . 

Ayat yang selalu orang tabligh kena adalah :

- Siapa awak semua,  kami tidak terima ajaran #sesat! 
- pergi anda dari sini,  buat kotor sahaja. 
- kenapa datang surau kami, nak belajar pergilah ke pondok sekolah ! 
- dah la Jahil ,  ada hati nak ajak kami ke masjid. 
- ada juga yang menggelar BudakTabligh dah datang dah. Nak tunjuk pandai di kampung orang. 

.

Manakala :
- ada AJK atau seseorang yang menghalau jemaah. 
- Malah ada yang melempar beg keluar masjid & surau. 
- Tak kurang ada yang maki hamun & herdik. 

.

Apa perasaan anda,  apabila anda buat kerja agama, guna duit simpanan poket sendiri untuk keluar. Bag anda yang bersih,  baju terlipat didalamnya .

Tetiba seorang hamba Allah ambil beg anda dan melempar keluar masjid & surau , jatuh ke tanah atau lopak. Ada terlalu marah yang lempar ke gaung & hutan belukar. 

Ada hamba Allah yang herdik & maki hamun,  guna perkataan keatas anda,  Bodoh,  Jahil Sesat  . 

Pernah terjadi pada jemaah kami juga, ada ahli masjid maki hamun & herdik guna perkataan itu. 

.

Waktu itu amir sab (ketua jemaah)  akan tenteramkan jemaah. Jaga kelakuan akhlaq,  jaga mulut. Dikatakan mereka yang berada di Jalan Allah,  kata kata mereka mustajab. Dikhuatiri ada mulut terlepas cakap,  kang langgar kereta.  Jatuh patah kaki,  masjid terbakar dll. 

Untuk pengetahuan anda , orang yang buat dakwah tabligh,  ada antara mereka yang dari kalangan gengster, cepat naik tangan, dahulunya  kali pukul , mereka ada dalam jemaah.  Tetapi mereka sabar,  mereka keluar ingin islah diri(perbaiki diri) . 

Ketika dimaki herdik dengan suara kasar, taalim dikatakan bidaah sesat.  Hadis palsu dan sebagainya . 

Tangan  telah berketar, tangan telah genggam penumbuk. dada telah berombak,  darah muda menjulang. Pakcik tua itu seorang dua sahaja. 

Amirsab dan lain lain tenangkan jemaah,  sabar sabar. Amir sab bincang lagi dengan orang itu. 

Adakalanya kena pindah,  
Adakalanya terpaksa bersabar yang amat. 

.

Apabila orang herdik kita jahil,  bodoh sesat. Hati mana yang tidak pilu serta sedih. Ada yang mengesat airmata sorok sorok. 
 Amir sab kata : kita mohon pada Allah,  ngadu malam hari kepada Allah. Usaha siang hari adalah 10% .90% adalah usaha dimalam hari. Dengan Allah sahaja kita mengadu. 

Ketika solat tahajud & doa :

Ya Allah,  kami dihalau,  bag kami dilempar lempar,  kami dimaki herdik. Sesat,  jahil,  bodoh. Mereka kata :Ada hati nak ajak kami orang kampung dakwah sesat.  

Ya Allah. Kau bantulah kami, kau berikanlah hidayat kepada dia yang herdik itu,  kau lembutkan hatinya. Kau pilihlah beliau untuk ikut usaha ya Allah. 

Berilah kesabaran kepada kami. Kami diuji,  iman kami nipis. Kau tambahkanlah kesabaran kami. 

Kami tidak pandai bayan, kami tidak hafal alquran hadis. Kami tidak pandai ya Allah. Ajarikanlah kami ilm & hilm

Ketika inilah menangis teresak esak. 

.

Tuan tuan.  Setiap bulan keluar 3hari. Kemungkinan situasi mengjahilkan budak tabligh boleh berlaku jika masjid & surau itu keras. Sekali. 

Apatah lagi mereka yang keluar 40hari & 4 bulan. Setiap tahun keluar. Tahun demi tahun keluar 40hari mengadap perkara yang sama. Sehinggalah 10-40tahun sehingga kini. 

.

Keazaman inilah yang menyebabkan budak tabligh yang jahil inilah sanggup tahan & ikat perut bayar yuran untuk anak anaknya belajar agama di madrasah,  supaya anak anak mereka tidak jahil bodoh sepertinya. Boleh menjadi imam imam masjid,  ust maulana yang boleh ajar jemaah & orang awam. 

Alhamdulillah Masjid sri petaling dibina, madrasah juga didirikan,  beberapa madrasah lain juga didirikan. Majoriti budak tablighlah menghantar anak anak mereka untuk belajar. 

.

Selepas 30-40tahun,  sekarang majoriti masjid & surau tidak lagi sekeras dahulu. Juga dalam jemaah tidak lagi ada ahli ahli jahil dalam 1jemaah, malah turut serta ust, imam,  tahfiz dalam jemaah. Sekarang mungkin anda telah fahami sedikit perasaan & semangat mereka. 

Sabar & bertahan 20-30 tahun bukanlah suatu waktu yang singkat tuan tuan yang mulia. Oleh itu,  apabila tidak mahu sertai,  jangan halang, jika ada kemampuan berilakah sokongan kepada mereka. Mereka buat kerja agama tidak bergaji. Juga tidak meminta minta dengan orang sekeliling. Bantulah mereka seadanya. 

Ini hanya secebis pengalaman dakwah yang kita dapat rasai berbanding tentangan yang nabi saw hadapi. 

.

Doakanlah untuk saya supaya diterima,  saya doakan anda juga diterima. Barokallah

.Rakawi Haji nawie

TAHUKAH ANDA?


๐Ÿ’งTahukah Anda?

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati, Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu baru berfungsi spt semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita.

๐Ÿ’งTahukah Anda?

Menguap itu bukan tanda bahwa kita mengantuk, tapi itu adalah pertanda bahwa tubuh kita perlu tambahan oksigen.

๐Ÿ’งTahukah Anda?

Bahwa memakan buah kurma dalam jumlah yg genap itu akan menghasilkan gula dlm darah.*
Kerana itu Rasulullah SAW telah menganjurkan kita untuk makan kurma dalam jumlah ganjil, agar hanya berubah menjadi karbohidrat.

๐Ÿ’งTahukah Anda?

Bahwa tepat setelah dikumandangkan azan, itu adalah waktu yang paling mustajab untuk berdoa.

๐Ÿ’งTahukah Anda?

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat?
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua pundaknya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut.
Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah agar lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa2 kita yang berguguran..

๐Ÿ’งTahukah Anda?

Diceritakan ada seorang wanita soleha yg meninggal dunia.
Maka tiap kali penduduk desa menziarah kuburnya, mereka tercium harumnya mawar dr dalam kubur tsbt. Kemudian suaminya menjelaskan bahwa isterinya ketika masih hidup selalu membaca surah Al-Mulk terutama setiap kali sebelum tidur.. Sesungguhnya surat Al-Mulk itu menyelamatkan kita semua dari siksa kubur.

๐Ÿ’งTahukah Anda?

Ketika kita membaca ayat Kursi setelah kita selesai solat,
maka tiada halangan antara kita dgn syurga kecuali kematian...

๐Ÿ’งTahukah Anda?

Bahwa para malaikat mendoakan kita selepas selesai solat,* 
Maka janganlah kita terburu2 untuk beranjak dari tempat duduk..

Boleh di share biar lebih bermanfaat buat orang banyak,


Rasulullah S.A.W bersabda :*
"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari)

Saturday, 21 July 2018

SOAL JAWAB TENTANG PUASA


SOAL JAWAB TENTANG PUASA 

Soalan 1:
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?

Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?

Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

Soalan 3:
Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?

Jawapan:
Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.

Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.

Soalan 4:
Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?

Jawapan:
Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.

Soalan 5:
Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?

Jawapan:
Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.

Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.

Soalan 6:
Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?

Jawapan:
Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.

Soalan 7:
Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan?

Jawapan:

Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.

Soalan 8:
Bilakah yang dikatakan Hari Syak?

Jawapan:
Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.

Soalan 9:
Adakah harus berpuasa di Hari Syak?

Jawapan:
Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada’ dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.

Soalan 10:
Bagaimana hendak diketahui awal Syawal?

Jawapan:
Untuk mengetahui awal Syawal sama seperti awal Ramadhan (sila rujuk soalan 7 di atas).

Soalan 11:
Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan?

Jawapan:
Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla’

Soalan 12:
Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?

Jawapan:
Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.

Soalan 13:
Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka?

Jawapan:
Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada’kannya.

Soalan 14:
Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?

Jawapan:
Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.

Soalan 15:
Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan?

Jawapan:
Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.

Soalan 16:
Adakah boleh berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja dan digantikan dengan beras sebagaimana dibenarkan kepada orang tua?

Jawapan:
Tidak harus berbuka puasa bagi mereka yang lapar dan dahaga kerana bekerja.

Soalan 17:
Bagaimanakah lafaz niat puasa, adakah wajib berniat dengan fardhu Ramadhan atau puasa Ramadhan sahaja?

Jawapan:
Sebaik-baik niat dengan mengingat “Aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardhu Ramadhan”. Walaubagaimanapun sah dengan niat, aku puasa Ramadhan sahaja.

* Mengikut mazhab Maliki boleh berniat pada malam pertama dengan berniat sebulan bulan Ramadhan, dan harus bagi orang-orang yang bermazhab Syafie bertaqlid kepada mazhab Maliki berniat pada malam pertama sebulan Ramadhan. Bagi puasa sunat harus berniat pada siang hari sebelum tergelincir matahari.

Soalan 18:
Pada malam Hari Syak seseorang berniat puasa “sekiranya esok 1 Ramadhan aku berpuasa. Adakah sah puasa tersebut, sekiranya esok jatuh 1 Ramadhan”?

Jawapan:
Tidak sah puasa kerana di antara syarat sah puasa ialah dengan niat yakin dan tepat.

Soalan 19:
Adakah sah puasa seorang yang dalam haid dan nifas berniat puasa Ramadhan pada malam hari pada kebiasaannya haid dan nifasnya suci sebelum Subuh pada hari tersebut?

Jawapan:
Sah niatnya sekiranya suci/nifasnya sebelum fajar.

Soalan 20:
Adakah sah puasa seseorang yang syak niatnya di waktu malam?

Jawapan:
Tidak sah kecuali dia teringat yang dia berniat puasa pada malam tersebut, sebelum maghrib.

Soalan 21:
Adakah sah seorang yang syak niat puasanya pada hari tersebut selepas berbuka?

Jawapan:
Sah puasa tersebut.

Soalan 22:
Seseorang yang berniat puasa pada malam hari kemudian dia membatalkan niatnya sebelum fajar. Adakah sah puasanya pada hari esok?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 23:
Adakah sah puasa seseorang yang berbuka dengan tidak yakin/berat sangka sudah masuk waktu?

Jawapan:
Tidak sah.

Soalan 24:
Adakah sah puasa bagi orang yang tidak mandi hadas besar?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 25:
Adakah batal puasa bagi orang yang berpuasa memasukkan ubat ke dalam matanya?

Jawapan:
Sah puasanya kerana mata itu bukan anggota rongga walaupun terasa di tekak.

Soalan 26:

Adakah batal puasa seseorang yang berpuasa menyuntik dengan ubat yang mengenyangkan?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 27:
Adakah batal puasa apabila termasuk air ke dalam rongga ketika berkumur-kumur di masa wuduk?

Jawapan:
Tidak batal puasa kecuali melampaui batas ataupun melebihi tiga kali (kali ke empat).

Soalan 28:
Orang yang berpuasa merasai tersangat dahaga kemudian memasukkan air batu ke dalam mulutnya untuk mengurangkan dahaga lalu tertelan. Adakah batal puasanya?

Jawapan:
Tidak batal puasa.

Soalan 29:
Adakah batal puasa bagi orang gila sekejap?

Jawapan:
Batal puasa.

Soalan 30:
Adakah sah puasa bagi orang yang pitam?

Jawapan:
Sah puasa kecuali pitam yang sepanjang hari iaitu terbit fajar hingga terbenam matahari.

Soalan 31:
Adakah sah puasa bagi mereka yang tertidur semasa sahur sehingga waktu maghrib?

Jawapan:
Sah puasa.

Soalan 32:
Adakah wajib kifarat bagi orang bermukim bersetubuh selepas membatalkan puasa atau orang musafir berbuka puasa dengan bersetubuh?

Jawapan:
Tidak wajib membayar kifarat bagi orang bersetubuh begitu juga bagi orang musafir yang berbuka puasa dengan bersetubuh.

Soalan 33:
Apakah kifarat bersetubuh dengan sengaja pada bulan puasa?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh hendaklah memerdekakan seorang hamba Islam yang sempurna dari kecacatan, kalau tidak berkuasa hendaklah berpuasa 2 bulan berturut-turut, jika tidak berkuasa hendaklah beri makan kepada 60 orang miskin setiap seorang secupak. Cara membayar kifarat ini hendaklah mengikut tertib seperti di atas.

Soalan 34:
Kalau seseorang membatalkan puasanya dengan bersetubuh kemudian mati sebelum maghrib. Apakah hukumnya?

Jawapan:
Hukumnya adalah berdosa dan tidak dikenakan kifarat ke atasnya dan keluarganya.

Soalan 35:
Kifarat bersetubuh dikenakan kepada siapa (suami atau isteri)?

Jawapan:
Kifarat bersetubuh dikenakan ke atas suami sahaja.

10 YANG AKU TAKUT


*1 0 Y A N G A K U   T A K U T*

1. *Yang aku takut:*
Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.

2. *Yang aku takut:*
Aku merasa aku paling  benar, sehingga merendahkan kebenaran yang lain.

3. *Yang aku takut:*
Egoku terlalu tinggi, hingga merasa aku paling baik di antara yang lain.

4. *Yang aku takut*:
Aku lupa cermin diri sendiri,namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

5. *Yang aku takut:*
Ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang rendah dan membeza-beza dengan yang lain.

6. *Yang aku takut:*
Lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.

7. *Yang aku takut*:
Aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak.

8. *Yang aku takut:*
Aku hanya pintar dalam berkhutbah, namun sulit untuk mentaatinya.

9. *Yang aku takut:*
Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbetulkan diri sendiri.

10. *Yang aku takut:*
Aku membenci dosa orang lain.
Namun saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya.

*Renung-renungkan bersama**1 0*    *Y A N G*
*A K U   T A K U T*

1. *Yang aku takut:*
Hatiku kian mengeras dan sulit menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.

2. *Yang aku takut:*
Aku merasa aku paling  benar, sehingga merendahkan kebenaran yang lain.

3. *Yang aku takut:*
Egoku terlalu tinggi, hingga merasa aku paling baik di antara yang lain.

4. *Yang aku takut*:
Aku lupa cermin diri sendiri,namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

5. *Yang aku takut:*
Ilmuku akan membuatku menjadi sombong, memandang rendah dan membeza-beza dengan yang lain.

6. *Yang aku takut:*
Lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aib sendiri yang menggunung.

7. *Yang aku takut*:
Aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak.

8. *Yang aku takut:*
Aku hanya pintar dalam berkhutbah, namun sulit untuk mentaatinya.

9. *Yang aku takut:*
Aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbetulkan diri sendiri.

10. *Yang aku takut:*
Aku membenci dosa orang lain.
Namun saat aku sendiri buat dosa, aku enggan membencinya.

*Renung-renungkan bersama*

KISAH BANGGA DENGAN BANYAKNYA MELAKUKAN IBADAH


Luangkanlah masa membaca kisah ini dan ambil lah pengajaran darinya. 

Pada zaman dahulu ada seorang ahli ibadah bernama Abu bin Hasyim yang kuat sekali tahajudnya. 

Hampir bertahun-tahun dia tidak pernah meninggalkan solat tahajud.

Pada suatu malam ketika hendak mengambil wudhu untuk tahajud, Abu dikejutkan oleh kehadiran satu makhluk yang duduk di tepi telaganya. 

Abu bertanya, “Wahai hamba Allah, siapakah Engkau?”

Sambil tersenyum, makhluk itu berkata; “Aku Malaikat utusan Allah". 

Abu Bin Hasyim terkejut sekaligus bangga kerana telah didatangi oleh malaikat yang mulia. 

Abu lalu bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan di sini?”

Malaikat itu menjawab, “Aku disuruh mencari hamba pencinta Allah.”

Melihat Malaikat itu memegang sebuah kitab tebal, Abu lalu bertanya;

“Wahai Malaikat, buku apakah yang engkau bawa?”

Malaikat menjawab; “Di dalamnya terdapat kumpulan nama hamba-hamba pencinta Allah.”

Mendengar jawapan Malaikat, Abu bin Hasyim berharap dalam hati moga-moga namanya ada di situ. 

Maka ditanyalah kepada Malaikat. “Wahai Malaikat, adakah namaku di situ ?”

Abu menjangka namanya ada di dalam buku itu, kerana amalan ibadahnya yang tidak putus-putus, selalu mengerjakan solat tahajud setiap malam, berdo’a dan juga bermunajat kepada Allah SWT di sepertiga malam, setiap hari. 

“Baiklah, biar aku lihat,” kata Malaikat sambil membuka kitab besarnya. Dan, ternyata Malaikat itu tidak menemukn nama Abu bin Hasyim di dalamnya.

Tidak percaya, Abu meminta Malaikat mencari sekali lagi.

“Betul... namamu tidak ada di dalam buku ini!” kata Malaikat.

Abu bin Hasyim pun gementar dan jatuh tersungkur di depan Malaikat. 

Dia menangis semahunya.

“Rugi sekali diriku yg selalu tegak berdiri di setiap malam dalam tahajud dan munajat, tetapi namaku tidak masuk dalam golongan para hamba pencinta Allah,” ratapnya.

Melihat itu, Malaikat berkata, “Wahai Abu bin Hasyim! Bukan aku tidak tahu engkau bangun setiap malam ketika yang lain tidur, engkau mengambil air wudhu dan menahan kedinginan ketika orang lain terlelap dalam kehangatan buaian malam. 

Tapi tanganku dilarang Allah menulis namamu.”

“Apakah gerangan yang menjadi penyebabnya?” tanya Abu bin Hasyim.

“Engkau memang bermunajat kepada Allah, tapi engkau pamerkan dengan rasa bangga ke mana-mana. 

Engkau asyik beribadah memikirkan diri sendiri. Sedang di kanan kirimu ada orang sakit, ada orang lapar, ada orang sedang sedih, tidak engkau tengok tidak engkau ziarah. 

Mereka itu mungkin ibumu, mungkin adik beradikmu, mungkin sahabatmu, malah mungkin juga cuma saudara seagama denganmu, atau mungkin cuma sekadar mereka menjadi tetanggamu. 

Tidak engkau peduli pada mereka, kenapa? 

Bagaimana mungkin engkau dapat menjadi hamba pencinta Allah kalau engkau sendiri tidak pernah mencintai hamba-hamba yang diciptakan Allah?” kata Malaikat itu.

Abu bin Hasyim seperti​ disambar petir di siang hari. 

Dia tersedar hubungan ibadah manusia tidaklah hanya kepada Allah semata (hablumminAllah), tetapi juga kepada sesama manusia (hablumminannas) dan juga kepada alam.

_*JANGAN BANGGA DENGAN BANYAKNYA SOLAT, PUASA, DAN ZIKIR KERANA ITU SEMUA BELUM MEMBUAT ALLAH SENANG !!!*_
_*``TAHU APA YANG MEMBUAT ALLAH SENANG?*_
*_Nabi Musa: Wahai Allah, aku sudah melaksanakan ibadah. Lalu manakah ibadahku yang membuat Engkau senang?_*
*_Allah SWT:_*
*_SOLAT? Solat mu itu untukmu sendiri, kerana dengan mengerjakan solat, engkau terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar._*
*_ZIKIR? Zikirmu itu hanya untukmu sendiri, membuat hatimu menjadi tenang._*
*_PUASA? Puasamu itu untukmu sendiri, melatih dirimu untuk memerangi hawa nafsumu sendiri._*
*_Nabi Musa : Lalu apa yang membuat Mu senang Ya Allah?_*
*_Allah SWT: SEDEKAH, INFAQ, ZAKAT serta PERBUATAN BAIK-mu._* 
_Itulah yang membuat AKU senang, kerana tatkala engkau membahagiakan orang yang sedang susah, AKU hadir di sampingnya. ---Dan AKU akan mengganti dengan ganjaran 700 kali (Al-Baqarah 261-262)---_

*_Saudara-Saudara, jika kamu sibuk dengan ibadah ritual dan bangga akan itu... maka itu tandanya kamu hanya mencintai dirimu sendiri, bukan Allah._*
*_Tapi, bila kau berbuat baik dan berkorban untuk orang lain... maka itu tandanya kau mencintai Allah dan tentu Allah senang dengannya._*
*_Buatlah Allah senang maka Allah akan limpahkan rahmat-Nya dengan membuat hidup kita lapang dan bahagia_*
*(Dikutip dari Kitab Mukasyafatul Qulub Karya Imam Al Ghazali)*

Saudaraku seiman, sebarkanlah ilmu ini agar kita makin barakah.

Pentingnya Silaturrahim. 

Aamiin...

TIGA SAUDARA YANG DIJATUHKAN HUKUM


Diceritakan alHajjaj pernah menangkap dan memenjarakan 3 org penjenayah. Lalu dijatuhkan hukuman bunuh ke atas mereka bertiga. Sebaik-sahaja ketiga2 penjenayah itu dibawa ke hadapan tukang pancung, alHajjaj terlihat seorang wanita cantik menangis teresak-esak. 

Kata alHajjaj: "Bawakan wanita itu ke mari." Wanita itupun dibawa ke hadapan alHajjaj.
Kata alHajjaj: "Apa yg menyebabkan kamu menangis?" 
Jawab wanita itu: "mereka bertiga yg engkau telah jatuhkan hukuman pancung itu, salah seorgnya adalah suamiku, seorg lagi saudara kandungku dan seorg lagi adalah anak, buah hatiku, bagaimana aku tidak menangis?" 

Simpati dgn wanita tersebut, alHajjaj bersetuju utk memberi kemaafan kpd salah seorg dr mereka bertiga yg lebih disayangi olehnya. 

Kata alHajjaj: "pilihlah mana2 salah seorg dr mereka bertiga utk diberikan kemaafan." alHajjaj menyangka sudah tentu wanita tersebut akan memilih anaknya.

Suasana menjadi senyap seketika. Semua penglihatan tertumpu kpd wanita tersebut, siapakah yg akan dipilihnya utk mendapat keampunan dan bebas dr hukuman pancung?

Tiba2 wanita itu bersuara memecahkan kesunyian, kata beliau: 

"AKU MEMILIH SAUDARA KANDUNGKU."

Terpanjat alHajjaj... dgn segera beliau bertanya kenapa kamu memilih saudaramu? Tidak yang lain?

Jawab wanita itu dgn bijaksana: "Adapun suami itu masih ada." iaitulah suami boleh sahaja diperolehi dgn mengahwini lelaki yang lain. 
Adapun anak, boleh sahaja dilahirkan lagi. 
Manakala saudara kandung adalah suatu yg tidak mungkin diperolehi lagi, kerana mustahil utk aku menghidupkan semula bapa dan ibuku." 

alHajjaj berasa kagum dgn wanita tersebut lalu diberikan kemaafan kepada ketiga2 pesalah.

Pengajaran: *Adik beradik kandung tiada gantinya. Biasanya kita tidak merasai nilai adik beradik kandung melainkan setelah mereka tiada. Justeru jagalah hubungan dgn mereka kerana ketiadaan mereka ini tiada GANTI nya lagi.*


Biar Tahu Jangan Keliru

5 GRED SOLAT


*5 gred solat*๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ•Œ๐Ÿ’š

๐Ÿ˜ฉ *Gred E* ๐Ÿ•Œ
Bila azan, buat tidak tahu,  tengah memasak terus memasak, tengah berfb terus berfb, sedang tengok TV, terus tengok tv dan seumpamanya

๐Ÿ˜” *Gred D* ๐Ÿ•Œ
Bila azan berkumandang, dia perlahankan tv, perlahankan radio, tetapi tetap meneruskan aktiviti, tidak bersedia untuk solat.

๐Ÿ˜Œ *Gred C* ๐Ÿ•Œ
Bila azan berkumandang, terus mengambil wuduk dan solat.

๐Ÿ˜Š *Gred B* 
Bila azan, terus berwudhu' dan Menuju ke masjid mahupun surau.๐Ÿ•Œ

๐Ÿ˜„ *Gred A* 
Bila azan, sudah berada di masjid dlm keadaan berwudhu', dan bersedia untuk solat.๐Ÿ•Œ

Apakah gred solat Kita❓
Kalau exam kita nak gred A sokmo..

Solat macam mana? Ingatlah.! solat adalah perkara no. 1 yang akan ditanya oleh Allah swt di hari perhitungan nanti bknnya result exam !
Solat terjaga ๐Ÿ’ฏinsyaAllah benda lain pun ๐Ÿ‘✅✅ Sama2lah kta balance kan hal dunia & hal akhirat...

Jom muhasabah๐Ÿ˜Œ⏰⌚
BACALAH KEJAP.. 
TAK DOSA PUN.. 
DAPAT PAHALA FREE LAGI :)๐Ÿ’š๐Ÿ€✅

*7 kalimat yg harus di biasakan..* 
๐Ÿ€1. *_Bismillahirrahmannirrahim_*-Setiap hendak melakukan sesuatu. 
๐Ÿ’š2. *_Alhamdulilah_*-Setiap habis melakukan sesuatu. 
๐Ÿ€3. *_Astargfirullah_*-Jika melakukan sesuatu yang buruk. 
๐Ÿ’š4. *_InsyaAllah_*-Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yg akan datang.
๐Ÿ€5. *_Laa hawla walaaquwwata illaah billaah_*-Bila tidak dapat melakukan sesuatu yg agak berat/melihat hal yg buruk.
 ๐Ÿ’š6. *_Innalillahi wainna ilaihi rojiun_*-Jika melihat/menghadapi musibah atau menerima khabar kematian. 
๐Ÿ€7. *_Lailaha illallah_*-Bacalah siang dan malam sebanyak-banyaknya. 

๐Ÿ•Œ๐Ÿ€๐Ÿ•Œ๐Ÿ€๐Ÿ•Œ๐Ÿ€๐Ÿ•Œ๐Ÿ€๐Ÿ•Œ

SOLAT YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA KHUTBAH JUMAAT


SOLAT YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA KHUTBAH JUMAAT

Assalam

Nk tanye berkenaan solat sunat selepas azan dan semasa khutbah jumaat

Adakah ia mmg disunatkan iaitu sbg qobliah jumaat?

Jawapan kami;

Perincian berkaitan hukum melaksanakan solat ketika khatib sedang berkhutbah boleh dirujuk dalam jawapan kami di link berikut;

https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/42

Sehubungan itu, dua rakaat solat sunat yang diharuskan untuk dilakukan oleh individu yang masuk ke dalam masjid semasa khatib sedang berkhutbah adalah merujuk kepada solat tahiyyatul masjid atau solat qabliah Jumaat sahaja. Justeru, tidak harus baginya melaksanakan apa-apa solat selain daripada 2 rakaat solat tahiyyatul masjid atau solat qabliah Jumaat. 

Namun, adalah lebih utama bagi seseorang yang masih belum melaksanakan solat qabliah Jumaat untuk meniatkan 2 rakaat solat tersebut sebagai solat qabliah Jumaat beserta solat tahiyyatul masjid. Hal ini adalah bagi menghasilkan pahala kedua-dua solat tersebut berdasarkan apa yang telah disepakati oleh Syeikh Ibn Hajar dan Syeikh al-Ramli. 

Adapun, jika solat Jumaat tersebut dilaksanakan di dalam tempat selain masjid, maka tidak harus bagi individu yang datang semasa khatib sedang berkhutbah untuk melaksanakan apa-apa solat walaupun solat qabliah Jumaat. Hal ini kerana, keharusan untuk melaksanakan solat qabliah Jumaat tersebut adalah disebabkan ia mengikut keharusan melaksanakan solat tahiyyatul masjid. Sedangkan solat tahiyyatul masjid hanya harus dilakukan di dalam masjid dan bukan pada selainnya.
ุงู„ูŠุณุน
Wallahu a'lam.

Rujukan

- Busyra al-Karim
- Fath al-'Allam 
- Al-Taqrirat al-Sadidah

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/669SOLAT YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA KHUTBAH JUMAAT

Assalam

Nk tanye berkenaan solat sunat selepas azan dan semasa khutbah jumaat

Adakah ia mmg disunatkan iaitu sbg qobliah jumaat?

Jawapan kami;

Perincian berkaitan hukum melaksanakan solat ketika khatib sedang berkhutbah boleh dirujuk dalam jawapan kami di link berikut;

https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/42

Sehubungan itu, dua rakaat solat sunat yang diharuskan untuk dilakukan oleh individu yang masuk ke dalam masjid semasa khatib sedang berkhutbah adalah merujuk kepada solat tahiyyatul masjid atau solat qabliah Jumaat sahaja. Justeru, tidak harus baginya melaksanakan apa-apa solat selain daripada 2 rakaat solat tahiyyatul masjid atau solat qabliah Jumaat. 

Namun, adalah lebih utama bagi seseorang yang masih belum melaksanakan solat qabliah Jumaat untuk meniatkan 2 rakaat solat tersebut sebagai solat qabliah Jumaat beserta solat tahiyyatul masjid. Hal ini adalah bagi menghasilkan pahala kedua-dua solat tersebut berdasarkan apa yang telah disepakati oleh Syeikh Ibn Hajar dan Syeikh al-Ramli. 

Adapun, jika solat Jumaat tersebut dilaksanakan di dalam tempat selain masjid, maka tidak harus bagi individu yang datang semasa khatib sedang berkhutbah untuk melaksanakan apa-apa solat walaupun solat qabliah Jumaat. Hal ini kerana, keharusan untuk melaksanakan solat qabliah Jumaat tersebut adalah disebabkan ia mengikut keharusan melaksanakan solat tahiyyatul masjid. Sedangkan solat tahiyyatul masjid hanya harus dilakukan di dalam masjid dan bukan pada selainnya.
ุงู„ูŠุณุน
Wallahu a'lam.

Rujukan

- Busyra al-Karim
- Fath al-'Allam 
- Al-Taqrirat al-Sadidah

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel/669

Friday, 20 July 2018

KHUTBAH JUMAAT JDT 20 JULAI 2018


ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡

Intisari Khutbah Jumaat JDT Tarikh: 20 Julai 2018
              07 Zulqaedah 1439
Tajuk : Halal itu jelas
              Haram itu jelas
 
       
1) Firman Allah surah Al-baqarah/168 bermaksud: "Wahai sekelian manusia! Makanlah dpd sesuatu yg ada di bumi, yg halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yg terang nyata bagi kamu".

2) Halal- perkara yg dibolehkn dan dibenarkn oleh syara'; Haram- perkara yg dilarang utk melakukannya.

3) Hikmah keujudan halal dan haram- utk membimbing manusia kpd kebaikn dan menjauhkn dari kemudharatan.

4) Hadith bermaksud: "Sesungguhnya yg halal itu jelas dan yg haram itu jelas dan antara keduanya (halal dan haram) itu samar2, tidak diketahui oleh kebanyakn manusia, maka barangsiapa memelihara diri dpd perkara yg samar2 (syubhah) ia menyelamatkn agama dan maruahnya, barangsiapa terjerumus ke dlm perkara syubhah maka ia telah terjebak dlm perkara haram".
(HR: Imam Muslim)

5) Janji Allah kpd manusia yg menjaga perkara halal haram:-

5.1) Dipelihara hatinya- mudah terima nasihat; sentiasa ingat Allah; mudah bangun mlm dll.

5.2) Doa dan ibadahnya diterima- Allah tidak terima doa dn ibadah dari hasil yg haram.

5.2.1) Hadith Rasul SAW bermaksud: ".........................
Kemudian Nabi SAW menceritakn seorng lekaki yg jauh musafirnya...................kmudian........berdoa......walhal makanannya dari sumber yg haram...........pakaiannya dpd yg haram, bagaimana Allah hendak memperkenankn doanya".
(HR: Imam Ahmad)

5.3) Dipelihara dpd fitnah.

6) Firman Allah surah An-nahlu/116 bermaksud: "Dan janganlah kamu kata dgn apa yg disifatkn oleh lidah kamu: ini halal dan ini haram, utk mengada2kn sesuatu yg dusta terhadap Allah, sesungguhnya orng yg berdusta thdp Allah tidak akn berjaya".

7) Segala pendapatan- pastikn dari jln yg halal; bukan syubhah; bukan yg haram; agar tidak diistihar sbg musuh Allah dn RasulNya.

8) Smga Allah menggolongkn kita dlm kalangan manusia spt firmanNya surah Al-a'raf/157 bermaksud: "(iaitu) orng yg mengikut Rasulullah(Muhammad SAW) Nabi yg ummi....................... Ia menyuruh mreka dgn perkara2 yg baik dan melarang mreka dpd mengerjakn perkara2 yg keji dan ia menghalalkn bagi mreka segala benda yg baik dan mengharamkn kpd mreka segala benda yg buruk..................................Maka orng yg beriman kpdnya dan memuliakannya..............mreka itulah orng yg berjaya".

           ุจุงุฑูƒ ุงู„ู„ู‡ ู„ูŠ ูˆู„ูƒู… ...

ALQURAN DAN UMUR


*R E N U N G A N*

*AL QURAN & UMUR*

*Berkata Abdul Malik bin Umair:*

*"Satu-satunya manusia yang tidak tua* adalah orang yang selalu membaca Al-Quran".

*"Manusia yang paling jernih akalnya* adalah para pembaca Al-Quran".

*Berkata Al-imam Qurtubi :*
"Barang siapa yang membaca Al-Quran,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".

*Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim Rahimahullah.*

"Perbanyaklah membaca *Al-Quran* jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".

*Berkata Ibnu Solah :*

"Bahawasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca *Al-Quran*,  maka oleh kerana itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari bacaan manusia".

*Berkata Abu Zanad :*

"Di tengah malam,  aku keluar menuju masjid Rasulullah SAW sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan padanya ada yang membaca *Al-Quran".*

*Berkata sebagian ahli tafsir :*

"Manakala kita menyibukkan diri dengan *Al-Quran* maka kita akan dibanjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".

"Kami memohon kepada *Allah* agar memberikan taufiqnya kepada Kami dan semua yang membaca tulisan ini untuk selalu membaca *Al-Quran* dan mengamalkan kandungannya". 

Bila anda Cinta pada *Al-Quran* maka sebarkanlah. Demi *Allah,* sekian banyak orang yang membaca *Al-Quran* maka pahala akan mengalir pada anda.

*Umur kita terlalu singkat*
... hingga *ALLAH* kurniakan  *Lailatul Qadar* untuk menambah umur amal.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* pinta *bersilaturrahim* untuk memanjangkannya.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *Puasa Enam hari* di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *baca Surah Al-Ikhlas* seperti membaca sepertiga *Al-Quran*.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat di Masjidil Haram* seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat berjemaah* nilainya 27x lebih daripada solat sendirian.

*Hidup ini terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *satu huruf bacaan Al-Quran* dengan 10 pahala/kebaikan.

*Hidup ini terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan siapa yg *beramal jariyah, share ilmu yang bermanafaat, dan mengusahakan anak2nya jadi anak yg soleh,* pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.

Wahai diri..., *usia umat Nabi Muhammad SAW rata2 hanya 63 - 65* tahun. Kalau saat ini usia kita *Sudah 45 tahun,* paling lama *20 tahun* lagi Malaikat Al Maut akan menjemput kita.. 

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT... JANGANLAH DI SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG DIBERIKAN ALLAH SWT. ...*
Baarakallah......

SIMPANAN-SIMPANAN BARANG AKAN DIHISAB?


Astaghfirullah...๐Ÿ˜ข
.
Seorang ustaz ada berkata dalam kuliahnya....
Katanya, simpanan2 itu akan ada hisabnya di hari kemudian
Astaghfirullah….
.
Aduuh..!!!
Misalnya... simpanan telekung yang tak dipakai,..baju-baju yang beli banyak tak di pakai..
simpanan yang lain... aduhhh....

Ada blus cantik yang saya Jahit tapi tak pernah dipakai….
ada kain yang di beli tak pernah dipakai..,
ada puluhan tudung entah bila mahu dipakai….
Ada banyak selendang yang hanya sesekali saja dipakai…
Ada kasut sampai berdozen..
Ada sandal selemari,
ada beg tangan segudang…
Ada perabot yang tersimpan cantik di stor, masih bagus , tak pernah dipakai dan tak ada rencana dipakai….
ada gamis2 1 lemari,
ada baju dinner yang entah bila mahu dipakai..
Ada….Tupperware2 penuh lemari yang hanya sebagai perhiasan. 
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
Ada………
(Masih panjang listnya)

Yang kita pakai dan kita sedekahkan itulah yang bermanfaat..!!!
yang simpanan atau koleksi2 yang tak dipakai kelak akan di Hisab..
dan akan menyusahkan diri kita sendiri..!!! .

kerana semua yang di beli berawal dari Nafsu..!!!
Nafsu ingin mempunyai ini..itu..,
lihat orang punya..
ingin beli juga…
walau gak berguna bagi diri kita…,
…ternyata saya masih termasuk golongan orang yang menumpuk numpuk barang… ๐Ÿ˜ช
Dan semua itu ada hisabnya
(perhitungannya) kelak di akhirat…. .

Astaghfirullah.
Astaghfirullah.

Rasulullah bersabda :
“Wahai segenap wanita, bersedekahlah,
dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Perlu diingatkan…!
bahwa sedekah menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api.

QS.At- Taubah 35
~(ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan dalam neraka jahanam,
~Lalu dengan itu diseterika dahi, dada dan punggung mereka (seraya dikatakan) kepada mereka,
“inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri..,
~Maka rasakanlah
(akibat dari) apa yang kamu simpan itu.

QS.Al-baqarah195
~Dan belanjakanlah (harta bendamu) dijalan Allah,
~dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri kedalam kebinasaan, dan berbuat baiklah,
~Kerana sesungguh nya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. 

๐Ÿ๐ŸŒฟ๐Ÿ๐ŸŒฟ๐Ÿ๐ŸŒฟ๐Ÿ๐ŸŒฟ๐Ÿ

PERBUATAN MASYAIKH YANG TIDAK DIPERKATAKAN

Copaste dari H. Saeed

PERBUATAN MASYAIKH YANG TIDAK DIPERKATAKAN


Perbuatan masyaikh yang tidak dikatakan adalah menyediakan makanan

Dikerjakan tapi tidak dikatakan, dan tidak akan dikatakan

Berapa banyak orang yang diberi makan?

Di Markaz Banglawali Nizamuddin India setiap hari sekitar 5000 orang makan

Di Markaz Raiwind Lahore Pakistan setiap hari sekitar 7,000 orang makan

Di Markaz Kakrail Dhaka Bangladesh setiap hari sekitar 3,000 orang makan

Total 15,000, makan 3x sehari, dengan buah dan susu

Bukan sehari dua hari
Bukan sebulan dua bulan
Tapi sepanjang tahun
Bertahun-tahun

Makanan disajikan dengan senyum
Bahkan penyungkil gigi diserahkan dengan perhormatan

Berapa biayanya?

5000 orang x RM10 x 365hr =
RM 18,250,000 setahun di Markaz Banglawali Nizamuddin India

7000 orang x RM10 x 365hr =
RM 25,550,000 setahun di Markaz Raiwind Lahore Pakistan

3000 orang x RM10 x 365hr =
RM 10,950,000 setahun di Markaz Kakrail Dhaka Bangladesh

15000 orang x RM10 x 365hr = RM 54,750,000 setahun

Itu kalau biaya makan 15 ribu per orang 3x per hari

Adakah konglomerat yang pernah menjamu 15000 orang sekali makan saja

Adakah pemimpin politik yang pernah menjamu 15000 rakyat sekali makan saja

Apa perusahaan para masyaikh?

Apakah masyaikh punya lombong emas?

Apakah masyaikh punya telaga minyak?

Tidak....

Lebih dari lombong emas masyaikh punya...

Lebih dari telaga minyak masyaikh punya...

Masyaikh berdagang dengan Allah... (QS 61: 10-11)

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Ribuan orang Malaysia sudah pernah dijamu masyaikh tapi tidak pernah mendengar kata-kata....

Hei bayar lah, harga daging mahal
Hei belanja lah, harga beras mahal

Para masyaikh dengan senyum, menyajikan makanan dan menemani makan

Alhamdulillah, gara-gara makan ribuan perilaku orang Malaysia berubah

Yang tadinya kedekut jadi pemurah
Yang tadinya panas baran jadi senyum

Yang tadinya yakin kepada usahanya menjadi yakin kpd Allah

Terbukti....
Terbukti....

Dengan makan-makan manusia berubah

Masyaikh gak mengatakan makanan

Masyaikh mengatakan yang lain

Bahkan untuk makanan, masyaikh menafikan

Makanan tidak dapat mengenyangkan
Minuman tidak dapat memuaskan

Masyaikh bicara siang malam perkara iman
Masyaikh bicara siang malam perkara amal

Tapi nyatanya perut kenyang...

Hari ini kita bicara siang malam pertambangan
Hari ini kita bicara siang malam pertanian

Tapi nyatanya perut lapar....

Apa yang salah.....?

TUKAR CARA BERDOA


*TUKAR CARA BERDOA..
.
Moga saudara2 yg membaca beroleh manfaat yg sebanyaknya.. 
INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. INSYA ALLAH..
.
.
.
*#FORMULA_1*

Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa *uji* untuk test kekuatan kita. Faham faham?
.
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
.
" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.
.
.
*#FORMULA_KE_2*

Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH *berilah* aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
.
" Ya ALLAH *kurniakanlah* aku..."
.
Kerana apa? Jika kita sebut *beri* maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut *kurnia*,  maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.
.
.
.
*#FORMULA_KE_3*

Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,
.
" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."
.
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
.
.
.
*#FORMULA_KE_4*

Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH. 
.
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,

' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
.
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
.
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '
.
Amin Ya Mujib.
.
.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu. 
.
.
*#FORMULA_KE_5*

Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
.
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,

' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'
.
.
.
*#FORMULA_KE_6*

Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
.
' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'
.
.
.

.
Moga Bermanfaat.