gambar sekadar hiasan
Du'a Jangan Lupa
Kita biasa berpesan “jangan lupa itu, jangan lupa ini”. Biasanya yang kita pesankan dengan “jangan lupa” ini perkara yang penting-penting. Perasan atau tidak, dalam al-Quran Allah titipkan dua pesan seumpama. Maknanya ada dua perkara penting yang Allah pesan supaya jangan kita lupa;
Pertama, jangan lupa budi baik orang
Kedua, jangan lupa keperluan duniawi untuk diri sendiri.
.................................................
1
Jangan lupa budi baik orang
وَلَا تَنْسَوُا الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ
“Dan janganlah kamu lupa budi baik sesame kamu.” (Al-Baqarah 2:237)
2
Jangan lupa keperluan duniawi diri sendiri
وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا
“Janganlah engkau melupakan keperluan duniawimu.” (Al-Qasas 28:77)
………………………………………………………………………….
Catatan:
1. Pesanan jangan lupa pertama Allah sebut dalam kes bercerai; satu konflik yang sering membuatkan orang melupakan segala jasa baik yang pernah dilakukan oleh orang yang dia marah.
2. Pesanan jangan lupa kedua ini Allah sebut secara pakej dengan tiga pesanan lain. Sila rujuk ayat tersebut.
@islamitu_indah
Farah Wahida Ab Rahim
No comments:
Post a Comment