ASSALAMUALAIKUM WBT
عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : لو تعلمون ما أعلم لضحكتم قليلا ولبكيتم كثيرا
Daripada Abu Hurairah RA katanya, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.” (HR Bukhari No 474) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Banyak menangis kerana ingat kepada Allah SWT adalah digalakkan bagi setiap orang Islam.
2. Adalah menjadi kewajipan kepada umat Islam supaya ingat-mengingati antara satu sama lain untuk hidup sebagai hamba yang diredhai Allah SWT.
3. Umat Islam digalakkan supaya sentiasa mendengar cerita-cerita yang boleh menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.
01hb Dec 2018
23hb Rabiul Awal 1440
23094
Menangis Kerana Allah SWT
@islamitu_indah
Farah Wahida Ab Rahim
No comments:
Post a Comment