Sunday 24 February 2019

Sedikit dari kuliah...


*sambungan....*
Food For Thought from..
SELINGKAR KISAH, SEDIKIT DARI KULIAH SUBUH DAN MAGHRIB HARI SABTU*

Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah. Sehabis malam gelap gulita, lahir pagi membawa keindahan. Itulah kehidupan kita selaku manusia...serupa alam.
Tiada awan di langit yang tetap selamanya. Tiada mungkin akan terus menerus terang cuaca. Maka,
Kekallah sentiasa berdoa pada yang Esa untuk kesenangan di sini dan di sana.

..Mohon maaf kerana tidak sempat menyambung “jentikan hati” untuk diri sendiri seperti yang di janjikan semalam. Ianya kerana terpaksa memandu ke Bestari Jaya hantar anak hafiz ke Sekolah Smart Tahfiz selepas kawannya tidak jadi saing menaiki MRT dan Grab pulang ke asrama. Terus membataskan masa.

*Sedikit dari Kuliah subuh Pagi sabtu..*

Saya bertanya pada si anak yang ditinggalkan di surau al amin untuk kuliah subuh pagi sabtu lalu bersama Ustaz Fauzi Ariffin, apa kah pengisian yang dia dapat dari kuliah subuh itu. Katanya: “sedekah itu boleh mengubati kesakitan kita”
... moga bertambah lah ilmu mu wahai anakku.

Rasulullah SAW bersabda:
“Ubatilah orang yang sakit di antara kamu dgn sedekah.”
 (Abu Dawud, At Thabarani dan Al Baihaqi)

Dari Ibnul Qayyim rahimahullah
“Sedekah memiliki pengaruh yang ajaib dlm mencegah berbagai bala’, walaupun sedekah dari seorang fajir (ahli maksiat) atau zalim bah kan dari orang kafir. Kerana Allah mencegah berbagai bala’ dengan sedekah. Hal ini telah diketahui oleh manusia awam ataupun tidak. Penduduk bumi mengakui hal ini kerana mereja telah buktikannya”

*Sedikit dari Kuliah Maghrib Malam ahad petang sabtu..*

Sewaktu perjalanan menuju ke Kg Baru, seusai solat di Masjid Kem WarDieBurn Setapak, terasa rindu pada majlis ilmu di surau al amin. Terimakasih pada AJK Dakwah surua al Amin kerana saya dpt mengikuti kulaih Ustaz Najib Taha secara “LiVE” di YouTube.

*Kelebihan Salam..larangan untuk isteri menjawab salam lelaki bukan mahram secara yang menarik perhatian* ustaz Najib Taha..

Dikisahkan bagaimana seorang kawan Ustaz ke rumah seorang ustaz dan ketika memberi beberapa kali salam. Akhirnya, ada satu suara garau yang kasar menjawab : “Waalaikumsalam, ustaz tiada di rumah.” Kawan ustaz tu ingatkan rumah ustaz ada makhluk lain tapi bila di tanya ustaz, itulah isterinya.

Ada ulamak berpendapat hukum suara wanita bukanlah aurat sekali pun jika wanita bercakap dgn lelaki bukan mahramnya. Yang dilarang oleh kebanyakan ulamak adalah wanita melunakkan suara dengan tujuan menggoda. itu khususnya dalam bab suara.. belum masuk isi percakapan lagi.

“Wahai isteri isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan katankata yang baik (sesuai dan sopan).” - dari surah al-Ahzab ayat 32.

*Akhir kalam*

Nota tamat disini. Terimakasih kpd anak dan isteri saya yang ikut mendengar kuliah LIVE ketika di dlm kereta, semoga kami semua beramal dgn ilmu ilmu yang sedikit ini secara istiqamah.

Mana yang baik itu dari Allah, yang kurang baik itu dari kelemahan diri saya sendiri. Dan ini semua tertuju pada saya dan ahli ahli keluarga saya.

MOGA ADA MANAFAAT UTK SEMUA..

Wassalam
*Ncs*
#ApiAmarahTersimbahDiKuliahSubuhPagiAhadAkibatKurangAdab..
#SolatlahDanJagalahAkhlak

No comments:

Post a Comment