Monday 1 April 2019

Kisah Wahshi Bin Harb



*Kisah Wahshi bin Harb..*

Assalamu’alaikum..
Salam pagi yang serba indah disebalik setiap penciptaan Allah dalam mewarnai hidup kita, semoga kita tidak jemu mengharapkan rahmatNya dan BerkatNya. Dalam doa selitlah permohonan agar setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita diberkatiNya.

 “Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku, ramaikanlah zuriatku, luaskanlah rumahku, berkatilah pada semua kurniaanMu padaku, perbaikilah amalanku dan ampunkanlah aku”

....mengambil sempena doa nabi saw pada anas bin malik ru. Semoga kita akan di panjangkan umur dan di perbanyakkan harta serta memiliki zuriat yang ramai dan rumah yang baik, dan semuanya itu di kembalikan pada Allah dengan lebih taat padaNya.. aaaminn.

* cetusan ustaz Abdul Salam: Wahshi Bin Harb*

Kita semua kenali Bilal bin Rabah yang telah dijanjikan nabi saw sebagai salah seorang ahli syurga. Tetapi dalam kuliah maghrib malam ahad lepas, ustaz abdul salam menyingkap satu kisah susuk badan yang hampir sama dengan Bilal. Dari keturunan hamba dan berkulit hitam, cuma beliau memilih mencari kebebasan hidup dengan mengikut kata manusia. Sedangkan, Bilal mencari kemerdekaan dari menjadi seorang hamba, dengan jalan memeluk agama islam. Ini adalah kerana yakinnya bilal pada islam sebagai agama yang tidak membeza kan rupa paras dan kulit tapi tahap Taqwa pada Allah adalah yang membezakan manusia.

Tapi Wahshi tidak guna jalan itu, sebalik termakan umpan untuk jadi merdeka dengan membunuh Bapa saudara nabi iaitu sayyidina Hamzah. Selepas bunuh Sayyidina Hamzah dia dibebaskan oleh tuanya tapi dia tidak merasa pun merdeka yang mutlak kerana masih di hina arab jahiliyyah ketika bersama mereka. Tapi akhirnya, ketika fathul mekah dia masuk islam..

Wahsyi bin Harb, sebuah nama yang menunjukkan kebuasan dirinya. Dalam bahasa Arab, Wahsyi berarti buas dan Harb pula perang. Seorang berkulit hitam  asal Habasyah ketika berada di Mekkah menjadi hamba pembeasr Quraisy...

Walau pun nabi menerima tapi nabi tidak mahu melihat wajahnya dan tidak mahu wahshi mendekati baginda bukan kerana marah tapi kerana khuatir nabi akan teringatkan bapa saudara yang dikasihi baginda setiap kali memandang wahshi.

“Aku sudah memaafkanmu, tapi kalau aku lihat wajahmu aku terbayang wajah bapa saudarku Hamzah bin Abdul Muthallib yang rosak di hancurkan olehmu saat itu, aku teringat wajah Hamzah, makanya jangan muncul di hadapanku lagi”

Hal yang Sama berlaku kepada Hindun juga. Dan Allah tidak menurunkan sebarang wahyu menegur perbuatan nabi ini. Sehingga lah saat kewafatan nabi, wahshi hanya menyaksikan semuanya dari jauh dengan linangan airmata kerana rindukan Rasulullah saw.

Akhirnya selepas nabi wafat wahshi telan sertai perang yamamah, perang melawan mereka yang murtad dan akhirnya dia bertekad untuk  gunakan tombak yang sama yang digunakan membunuh sayyidina hamzah untuk juga membunuh nabi palsu ketika itu, Mussailamtul Kazzab.

Siapakah yang melukai hati Rasulullah Saw. ketika membunuh, Hamzah bin Abdul Muthalib pada perang Uhud? Siapakah pula yang menyenangkan hati nabi saw dengan membunuh Musailamah alKadzdzab pada perang Yamamah?
Dia adalah Wahsyi bin Harb.

*Akhirul kalam*

“Katakanlah Wahai hamba hamba Ku, yang telah melampaui batas dalam berbuat dosa jangan berputus asa dari kasih sayang Allah, sungguh Allah Maha Mengampuni semua dosa, dan sungguh Allah Maha pengampun dan berkasih sayang”
(Azzumar 53)

Di dalam naungan Islam, Wahsyi menghabiskan sisa hidupnya dalam kebaikan. Dalam cahaya Islam, Wahsyi merasakan benar benar menjadi manusia merdeka yang hanya mengabdikan hidupnya kepada Allah. Begitulah Islam mengajar kan persamaan derajat manusia.

Semoga ada kebaikan..

Wassalam

No comments:

Post a Comment