Sunday 19 May 2019

Diari Ikhlas Di Imam - Anakanda Hafiz Quran Dan Kata-Kata Ustaz Shahir Tentang Tqwa


*Ramadhan 13*
• DIARI IKHLAS SI IMAM - ANAKDA HAFIZ QURAN DAN KATA KATA USTAZ SHAHIR TTG TAQWA...

Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah. Nak capai tahap yang dihuni sekarang, bukan senang. Dalam bulan mulia, peluang bertaubat utk meraih pengampunan luas terbuka (pada yang benar benar ikhlas berpuasa).

Alhamdulillah juga, malam tadi malam ke dua anakda yang satu satunya dipilih Allah menjadi hafiz Al quran menjadi imam terawikh di surau al amin. Petang semalam seusai solat jumaat terus ke sekolah SMARTAHFIz di Unisel Bestari Jaya, menjemput nya pulang kerana giliran imam terawikh di surau. Terimakasih AJK kerana memberi peluang walau pun kalau nak dibandingkan dgn imam imam lain yang ada memang jauh dari layak anakda saya ni nak jadi iman di surau al amin. Tapi, satu “approach” positif yang saya ambil, beri peluang pada yang muda dan pada masa yg sama merangsang anak muda lain.

Walaupun sudah dua tahun sebelum ini dia dah jadi iman terawikh di Impian Ehsan, malah di Masjid Unisel pun dia ada slot jadi imam terawikh tapi bila jadi imam di surau Al Amin, saya perhatikan pada malam petama minggu lepas dia agak gugup, mungkin kerana ramai kawan kawan ketika sekolah rendah ada di belakangnya menjadi makmum. Jadi, sebahagian perjalanan dari Unisel ke Seri minang, saya memberi kata semangat padanya dan keywod nya adalah ikhlas.

“Jadilah imam kerana awak layak, awak bukan setakat khatam 30 juzuk tapi awak syahadah 30 juzuk. Malah, tidak pernah tidak murajaah (mengulang) sepanjang di SmartTahfiz UNiSEL. Letak kan semuanya hanya untuk Allah, buatlah seolah olah awak melihat Allah atau setidaknya Allah melihat awak. Dan saat mengimani tahlil, bayangkan muka arwah tok ayah, tok mek dan atuk serta baba ibu ummi.”

Hasilnya, malam di hujung witir dan sepanjang zikir tahlil (yg diimani anakda) yang yang teresap “roh” sehingga menitis airmata rindukan juga pada arwah ayah dan mek adalah saya.

Itulah fitrah kita. Amat dan akan berkehendakkan Allah.

Terimakasih Allah

*PEKONGSIAN PAGI*

Untuk pagi ini saya cuit sedikit kata kata dari tazkirah terawikh malam 13 - ustaz shahir

#Dari Ustaz Shahir
•Hakikat taqwa

Surah Al Imran :102

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

“Wahai orang orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dgn sebenar benar taqwa, dan jgn sekali kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”

“Mati bukan dalam islam ini susah. Kita hidup atas dunia ini pun dah susah. Selepas hidup didunia, diikuti alam barrzakh. Jgn susahkan pula hidup kita di alam barzakh”

“Nak mati dalam islam, hidup kena bertaqwa. Taqwa yg diterima Allah. Sebenar benar taqwa. Ittaqullah asstato’tu. Kalau kita betaqwa secara main main, agak agak diterima Allah ker? “

Kalau kita tidak bertqwa pada Allah, kita tidak akan masuk syurga. Bertaqwa lah pada Allah semampu yang boleh - attaghabun. Jika dia benarkan hatinya hanya ada Allah. Maka, dia akan beramal di jalan Allah”

“Tidakkah ada dlm jiwa kita perasaan nak jumpa Allah pencipta kita? “Ssghnya kami yg mncipta mereka pekuatkan tulang meeka kami pekukuhkan saraf mereka “ alquran. Semua perjalanan hidup kita atas kehendak Allah. Betapa kita perlukan Allah - aku lebih dekat dari urat mu.”

“Kalau rindu nak jumpa Allah, kita mengorak langkah menujunya. Allah akan pekuatkan kita jika kita nak - taqwa sebenarnya dan mati dalam islam”

“ Org yg benar bertaqwa - tidak ada ruang dlm hidup kita untuk melupa kan Allah. Dah sampai ke tahap itu ke belum kita ini? Kita kena berusaha untuk mencari hakikat ini”

*akhirul kalam*

Ambil ruang Ramadhan ini untuk kembali kepada Allah. Muhasabah lah untuk dekat pada Allah.

Semoga perkongsian ini bermanafaat...

Wassalam
*NCS*

No comments:

Post a Comment