Tuesday 18 June 2019

Khutbah Jumaat JDT 7 Jun 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 07 Jun 20l9
                 03 Shawal 1440
TAJUK  : Akhlak sbg Pengguna
                Jalan Raya

1) Keutamaan Maqasid Syariat dlm Islam- memelihara agama nyawa akal keturunan dan harta;  bertujuan
memberi kebaikn dan mencegah kemudharatan; jaga keselamatn diri; jauhkn diri pd perkara yg boleh merosakn dan kebinasaan.

2) Firman Allah Surah Al-baqarah/195 bermaksud: "..... dan jgnlah kamu sengaja mencampakn diri kamu kedalam bahaya kebinasaan dan baikilah dgn sebaik2nya segala usaha dan perbuatn kamu, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orng2 yg berusaha memperbaiki amalannya".

3) Sbg pengguna j/raya- jauhi perbuatan mendatangkn bahaya; memandu laju, langgar lampu isyarat, lawan arus, guna hp dll; perbuatan yg biasanya menjadi punca kemalangan; mengakibatkn kematian; kecuaian menyebabkn orng lain jadi mangsa.

4) Hadith Rasulullah SAW bermaksud: "Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh membahayakn orng lain".
(HR: Ibnu Majah)

5) Antara akhlak dan adab sbg pengguna j/raya :-
5.1) menjauhi sikap terburu2 dan pentingkn diri ketika memandu.

5.2) bersabar dan bertimbang rasa agar terpihara dan dlindungi Allah.

5.3) kenderaan dlm keadaan baik dan sempurna.

5.4) bersifat tolak ansur dan tidak bersikap sombong.

5.5)  berdoa seperti Firman Allah Surah Az-zuhruf/13-14 bermaksud: ".... Maha suci Tuhan yg telah memudahkn kenderaan ini utk kami sedang kami sblm itu tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kpd Tuhan kamilah kami akn kembali".

5.6) hindari sikap marah dan suka mengganggu ketenteraman orng lain.

6) Seruan kpd para pengguna j/raya- sentiasa beradab dan berakhlak; patuhi peraturan j/raya; elak perbuatan mengancam dan memudharatkn pengguna lain; smga j/raya dapat memberi kemudahan dan keselesaan bersama.

7) Firman Allah Surah Al-isra'/7 bermaksud: "Jika kamu berbuat kebaikn (maka faedah) kebaikn yg kamu lakukn adalah utk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesan yg buruk) berbalik kpd diri kamu juga...........".

                  بارك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment