Wednesday 7 August 2019

KELEBIHAN 2 RAKAAT SEBELUM SUBUH



Qobliyah Subuh

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda,

"Sesiapa yang mengambil berat mengerjakan 12 rakaat solat sunat (setiap hari) maka Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. 4 rakaat sebelum fardu zuhur, 2 rakaat selepas fardu zuhur, 2 rakaat selepas fardu maghrib, 2 rakaat selepas fardu isyak dan 2 rakaat sebelum fardu subuh."

Hadis Riwayat Nasa'i

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa, "Sesungguhnya tidak ada solat sunat yang Nabi s.a.w begitu mengambil berat untuk menunaikannya lebih daripada 2 rakaat sebelum fardu subuh."

Hadis Riwayat Muslim

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda tentang solat sunat 2 rakaat sebelum fardu subuh, "Sesungguhnya kedua-dua rakaat itu lebih aku kasihi daripada semua harta benda dunia."

Hadis Riwayat Muslim

Semoga saya dan pembaca mendapat kebaikan bersama

No comments:

Post a Comment