Thursday 1 November 2018

Sandaran Kepercayaan-mu










[ Sekadar percaya Tuhan ]




Manusia percaya adanya Tuhan, tapi pada mereka Tuhan cuma sekadar ada, hingga mereka rasa peranan Tuhan dalam kehidupan sudah tiada, kerana itu mereka mula sombong.

Ketika ditimpa musibah, derita, dan kemiskinan. Barulah rasa Tuhan itu wujud. Kerana diri tidak punya kuasa menanggungnya. Tuhanlah pilihan terakhir ketika tidak punya jalan keluar.

Tapi, Tuhan yang dilupakan tetap bantu, kabulkan yang diinginkan. Yang sulit dimudahkan, yang berat diringankan, dan yang kurang dilebihkan. Lalu wajah yang murung kembali bersinar.

Ketika itu Tuhan kembali dilupakan. Sudah tidak diperlukan. Begitulah sikap kebanyakan manusia. bukan orang biasa, yang berjubah beserban sama sahaja.

MFMR as-Sandakani

No comments:

Post a Comment