Friday, 13 July 2018

KHUTBAH JUMAAT 13 JULAI 2018

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Intisari Khutbah Jumaat JDT Tarikh: 13 Julai 2018
              29 Shawal 1439
Tajuk : Janji Allah Itu Benar
         

1) Firman Allah surah Yunus/55 bermaksud: "Ingatlah! sesungguhnya segala yg ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah jua, awaslah! sesungguhnya janji Allah itu adalah benar tetapi kebanyakn manusia tidak mengetahui".

2) Janji Allah itu benar spt firmanNya dlm surah Yunus/55; surah An-nisa'/122; surah Al- 'araf/ 44.

3) Kebenaran janji Allah- azab siksa kubur; hari kebangkitan; hari dihimpunkan semua makhluk; hari ditimbang segala amalan; titian syirat; kenikmatan dlm syurga; keperitan dlm neraka; segala yg dijelaskan dlm Al-Qur'an dn Hadith Rasul SAW.

4) Kenikmatan dunia- jangan lalai dan alpa; saling ingat mengingati utk diri, klga, ahli kariah, jiran dan masyarakat; jauhi sifat cintakan dunia; sifat takutkn mati; hampiri sifat taqwa kpd Allah.

5) Firman Allah surah Al-baqarah/268 bermaksud: "Syaitan itu menjanjikan (menakut2 kan) kamu dgn kemiskinan dn kepapaan (jika kamu bersedekah atau berderma).................................sedang Allah menjanjikan kamu dgn keampunan dpdNya serta kelebihan kurniaNya.................".

6) Ajaran orng alim- bersegera melakukan kebaikan sblm datang bisikn kedua utk menangguhkn pekerjaan itu; bisikn pertama adalah dari Malaikat; bisikn kedua datang dari syaitan.

7) Usaha pertingkat diri tentang kebenaran janji Allah:
7.1) meyakini bersungguh2 bahawa segala ketetapan Allah itu benar- Allah maha mengetahui perkara yg telah sedang dan akan berlaku; semuanya dlm ilmu Allah.

7.2) berusaha melawan bisikn nafsu dan syaitan- sentiasa mengajak kpd keburukn dn kejahatan.

8) Firman Allah surah Al-an'am/ 160 bermaksud: "Sesiapa yg membawa amal kebaikn (pd hari qiamat) maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dpd kebaikn) yg sama dgnnya dan sesiapa yg membawa amal kejahatan maka ia tidak dibalas melainkn (kejahatan) yg sama dgnnya............................".

           باراك الله لي ولكم ...

No comments:

Post a Comment