Sunday, 2 December 2018

Marketing Strategy

gambar sekadar hiasan

Teknik 'Cairkan Hati' Pencipta Pelanggan
Satu soalan yang sering diajukan, 'apakah teknik marketing terbaik untuk buatkan hati customer berpaut dengan kita?' Jawapan : kita boleh gunakan ribuan teknik marketing, tetapi bagi saya ada satu ASAS yang jika dilakukan, semua teknik marketing selepas itu menjadi iaitu : Sebelum ingin buatkan hati pelanggan 'cair, pastikan kita 'cairkan hati' PENCIPTA PELANGGAN (Allah s.w.t) dahulu. Kuasai teknik marketing untuk buatkan DIA 'jatuh hati' kepada kita. Kemudian senanglah kerja anda. Mengapa? Sebab Dialah yang menggerakkan hati pelanggan sukakan produk kita. Jika Dia tidak gerakkan, anda belanjakanlah ribuan ringgit, pelanggan tetap 'touch', tapi tak beli then 'go'. Saya yakin ini prosesnya dan ia tak boleh di'skip' atau di'reverse'. Maaf teknik ini memang tidak ditemui dalam mazhab marketing barat kerana Tuhan tiada dalam kamus kapitalis mereka. --> Bagaimana cara terbaik untuk 'tackle' hati Dia? Boleh start dengan small effort but powerful impact. Ia digelar : MULAKAN HARI ANDA DENGAN BERHUTANG. Maksudnya, wajibkan diri dengan berzikir 'istighfar' at least 100x dan selawat 100x kerana kedua zikir ini amat besar fadhilatnya untuk menjemput rezeki. Tetapi saya faham kita kadangkala agak culas. Maka gunakan teknik ini : Saya setkan minda setiap pagi dengan mindset 'berhutang' kepada Allah. Hutang 100 istighfar dan 100 selawat. Dan ia wajib dibayar sebelum 12 malam. Tak boleh 'carry forward'. Dilarang tidur sebelum jelaskan 'hutang' ini. Jika tidak, saya kena denda 5 kali ganda. Maknanya jika tak dilunaskan hari ini, esok kena buat 500x istighfar dan selawat. Memang, zikir ini perlu 'paksarela' sebelum sampai ke tahap 'sukarela'. Tetapi, ia pasti bertukar ke gear sukarela bila anda melihat rezeki tak putus-putus datang nanti. Do it to Believe it! Kredit Ustaz Asraff Ayob @Kata_Mutiara_Bidadari :sparkling_heart:gem:
Hanie_DJasmine

No comments:

Post a Comment