Sunday, 28 April 2019

Hidup Ini Adalah Ujian


HADAPI HIDUP DENGAN CINTA KEPADA ALLAH

Sebesar apa-pun penderitaan bila dihadapi dengan cinta kepada Allah, maka ia akan terasa ringan.

Bukti rasa cinta kita kepada Allah adalah sikap taat, sabar, ikhlas dan redha diatas semua keputusan-Nya, serta selalu bersyukur atas rahmat dan cinta-Nya.

Maka, mari perkaya jiwa kita dengan ghairah cinta kepada Allah.

Abu Zarr r.a mengatakan bahawa Rasulullah SAW bertanya kepadaku:

"Wahai Abu Dzar...! Apakah menurutmu harta yang banyak itu menandakan kekayaan?".

Aku menjawab: "Benar, wahai Rasulullah!".

Tanya beliau kembali: "Apakah menurutmu harta yang sedikit menandakan kefakiran?"

Jawabku: Benar, Wahai Rasulullah!"

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya orang yang kaya adalah orang yang kaya jiwanya. Dan yang fakir adalah yang fakir jiwanya. Kerana itu siapa saja yang kaya jiwanya, maka tidak akan berbahaya baginya segala penderitaan yang dia alami di dunia ini. Sebaliknya, siapa saja yang fakir jiwanya, maka sesungguhnya harta benda yang melimpah ruah tidak akan menjadikan dirinya kaya, melainkan kekayaan itu akan membuat dirinya serakah dan bakhil !" (HR Ibnu Majah)

Saturday, 27 April 2019

Khutbah Jumaat JDT 26 April 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 26 April 2019
                 20 Sya'ban 1440
TAJUK  : Hindari Ajaran Yang
                Bertentangan Aqidah Ahlis
                Sunnah Wal Jama'ah

1) Ahlis Sunnah Wal Jama'ah- golongan berpegang kpd Al-qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW; amalan para sahabat; At-taabi'in; Taabi'it taabi'in; seterusnya melalui jimhur ulama' kpd kita.

2) Firman Allah Surah Al-an'am/153 bermaksud: "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama islam) yg betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan jgn kamu menurut jalan2 (yg lain dari islam) kerana jalan2 (yg lain itu) mencerai beraikan kamu dari jalan Allah....................................... ".

3) Penetapan j/kuasa fatwa Negeri Johor- Umat islam Johor hendaklah berpegang aqidah Ahlis Sunnah Wal Jama'ah; aliran al-asyaa'irah dan al-maaturidiyah; mengiku mazhab As-syaafi'i; dlm keadaan tertentu boleh ikut mana2 mazhab samada Al-hanafi, Al-maliki, Al-hambali atau melalui ijtihad hukum oleh j/kuasa fatwa; diperkenan DYMM Sultan.

4) Penetapan Panduan Tassauf- amalan Imam Junid Al-baghdadi dan imam Al-ghazali; mazhab tassauf lain boleh diamalkan; selagi tidak bertentangan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama'ah.

5) Antara fahaman dan ajaran yg bertentangan pegangan Ahlis Sunnah Wal Jama'ah :-
5.1) Ajaran Qadyani atau Ahmadiah-
mengaku pengasasnya, Marza Ghulam Ahmad seorng Nabi; mempunyai mu'jizat; tidak percaya adanya Syurga dan Neraka.

5.2) Ajaran Bahai- percaya pengasasnya, Mirza Husin Ali bergelar 'Bahallah' (kemuliaan Allah); utusan Tuhan terbahru; percaya wahyu Tuhan masih ada hingga kini.

5.3) Ajaran Syi'ah- menyeleweng dpd ajaran islam; percaya imam syi'ah yg 12 adalah ma'sum; mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW.

5.4) Ajaran Wahabi- berpegang bahawa Allah SWT berjisim dan  bertempat dlm mentafsirkan ayat2 Al-qur'an dan hadith yg bersifat kesamaran; menolak perbahasan sifat 20; membid'ahkn perkara2 hilafiah yg tidak sefahaman dgn mreka.

5.5) Ajaran2 sesat lain- Al-arqam, Milah abraham, Yaai, Layar bahtera dll juga fikiran liberalisma.

6) Perkara aqidah- tingkatkn kefahaman dlm ilmu2 berkaitan; dapat bezakn amalan yg benar dan yg sesat; jahil lalai tidak peduli soal2 agama bawa kesesatan; belajar dgn guru bertauliah; ajaran yg mengelirukan dirujuk kpd pihak berkuasa agama.

7) Firman Allah Surah Yusuf/108 bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad) inilah jalanku, aku dan orng2 yg menurutku, menyeru manusia umumnya kpd agama Allah dgn berdasarkan keterangan dan bukti yg jelas nyata.....................
..............................dan bukanlah aku dari golongan yg mempersekutukn Allah dgn sesuatu yg lain".

                  بارك الله لي ولكم ...

Mutiara kata Imam Syafie Yang Dahsyat

*KATA-KATA MUTIARA IMAM SYAFI'I YG DAHSYAT*

*"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."*
- (Imam Syafi'i)

*"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"*
- (Imam Syafi'i)

*"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".*
- (Imam Syafi'i)

*"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."*
- (Imam Syafi'i)

*"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”*
- (Imam Syafi'i)

*"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''*
- (Imam Syafi'i)

*"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".*
- (Imam Syafi'i)

SEMOGA BERMANFAAT.....
Adekmad tg.mas

Friday, 26 April 2019

Khutbah Jumaat JDT 19 April 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 19 April 2019
                 13 Sya'ban 1440
TAJUK  : Rahsia Sujud dalam Solat
               
1) Firman Allah Surah Al-haj/77 bermaksud: “ Wahai orng2 yg beriman! Rukuklah dan sujudlah kamu kpd Tuhan kamu (Allah) dan perbuatlah kebaikn mudah2an kamu mendapat kejayaan".

2) Rukun Sujud- perbuatan meletakn dahi hidung kedua2 telapak tangan kedua2 lutut dan kedua2 anak jari kaki ke bumi; pd waktu dan masa2 tertentu; tujuan kerana Allah.

3) Pergerakan Sujud- tunjuk rasa rendah diri; serah diri; pasrah berikrar; mengaku hanya Allah yg layak disembah; tempat berserah dan mohon pertolongan.

4) Hadith Rasulullah SAW bermaksud: "Keadaan seorng hamba paling dekat dgn Tuhannya adalah ketika ia sedang bersujud, maka perbanyaknlah berdoa saat itu". (HR: Imam Muslim)

5) Hikmah Sujud- merasa diri amat kecil dan hina; meletakn wajah di atas tanah; tempat yg paling rendah; seseorng tidak akn bersikap sombong; Allah ciptanya dari tanah; akn kembali kpd tanah.

6) Firman Allah Surah Ghofir/67 bermaksud: "Dialah yg menciptakn kamu dpd tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku kemudian dari seketul daging, kemudian Ia mengeluarkn kamu berupa kanak2
......................................................dan supaya kamu memahami (nikmat2 kejadian itu dan kekuasaan Tuhan)".

7) Perbuatan Sujud- mengingati akn kematian; seolah2 solat yg terakhir; hati rasa takut; berharap kpd Allah; rasa syukur di atas segala nikmat Allah.

8) Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Adalah Nabi SAW ketika telah datang sesuatu perkara yg menggembirakn ataupun diceritakn sesuatu yg gembira dengannya akn turun sujud bersyukur terhadap Allah SWT".
(HR: Abu Daud)

9) Sujud dlm Solat- orng beriman akn merasai kemanisan dan kelazatannya; bukti kepatuhan seorang hamba; para sahabat melakuknnya walau sdang berperang; sujud pd saat terluka; tinggalkn solat bermakna tinggalkn sujud kpd Allah SWT.

10) Firman Allah Surah At-taubah/112 bermaksud: "(Mreka itu ialah) orng2 yg bertaubat, yg beribadat, yg memuji Allah, yg mengembara (utk menuntut ilmu dan mengembangkn islam), yg ruku', yg sujud, yg menyuruh berbuat kebaikn dan yg melarang dpd kejahatan serta yg menjaga batas2 hukum Allah dan gembirakanlah orng2 yg beriman (yg bersifat demikian)".

                  بارك الله لي ولكم ...

Latihan dakwah kepada murtad dan ateis

Assalamualaikum dan salam hormat.


LATIHAN: DAKWAH KEPADA MURTAD & ATEIS
*rujuk tentatif di bawah
*ringkasan semua topik akan diberikan jika diminta

Pendaftaran dibuka kepada:-
1. Pendakwah
2. Bukan pendakwah yang minat membantu kendali kes murtad

Tarikh: 27-28 April 2019 (Sabtu Ahad)
Tempat: Masjid Aminah Al Muhairi, SS2/6 PJ
*jarak 350m dari LRT Taman Bahagia

Daftar:
0192873566 sis Kamilah
0136159030 bro Mas-Yuri (Trainer)

Anjuran:
1. Masjid Aminah Al Muhairi
2. Modern Daie Society Malaysia

Yuran: RM50 (RM30 pelajar)
*hanya jika mampu

TENTATIF PROGRAM

Sabtu 27.04.2019
0800am Pendaftaran
0830am Ateis & Murtad: Amaran & Punca
1000am Rehat
1015am Dakwah: Strategi & Akhlak
1100am Kendali Kes: Skil Dakwah
0100pm Rehat & Solat
0230pm LDK: Soalan Kritikal 1
0330pm LDK: Skrip Memulakan Perbualan
0400pm Kajian Kes: Membina Akhlak
0430pm LDK: Soalan Kritikal 2
0545pm Tamat Hari 1

Ahad 28.04.2019
0830am Imbasan Semula
0900am LDK: Skrip Menarik Perhatian
1000am Rehat
1015am Kajian Kes: Skil Menilai Kes
1200pm LDK: Soalan Kritikal 3
0100pm Rehat & Solat
0230pm LDK: Soalan Kritikal 4
0330pm LDK: Skrip Pelbagai Situasi
0430pm Kajian Kes: Latihan
0545pm Tamat Hari 2

Di Samping Jemaah Tabligh, sesiapa nak buat Infradi Dakwah boleh join group ni ☝🏻
Golongan Sasar / Mad'u mereka adalah non muslim, mualaf, murtad & 50-50 nak masuk Islam.
Mereke selalu buat Street Dakwah & Sesi Kaunsenling di IPT.

Sunday, 21 April 2019

Khutbat Jumaat JDT 5 April 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 05 April 2019
                 29 Rejab 1440
TAJUK  : Isra' Mikraj Tanda
                Kebesaran Allah
               
1) Bulan Rejab- antara bulan2 yg mulia dlm islam; berlaku peristiwa penting dlm sejarah; Isra' Mikraj pd 27 Rejab; bukti kebesaran kekuasaan dn kehebatan Allah SWT.

2) Firman Allah Surah Al-isra'/1 bermaksud: "Maha suci Allah yg telah menjalankn hambaNya (Muhammad) pd mlm hari dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yg Kami
berkati sekelilingnya, utk memperlihatkn kpdnya tanda2 (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yg maha mendengar lagi maha mengetahui".

3) Isra' dan Mikraj- peristiwa luar biasa dialami Rasulullah SAW; sblmnya Baginda kehilangan dua orng insan kesayangan; isterinya Saidatina Khadijah dn bapa sdaranya Abu Thalib.

4) Maksud Isra'- Perjalanan Rasulullah SAW pd waktu mlm; menaiki 'Burrak'; dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa Palestin.

5) Maksud Mikraj- Perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke langit ke-7; sehingga 'Sidratul Muntaha dlm masa yg singkat; berlaku secara jasad dn roh Baginda; diiringi Malaikat Jibrail AS.

6) Baginda dlm perjalanan- diperlihatkn peristiwa2 utk peringatan dn pengajaran kpd umatnya; mengimami semua para Rasul di Masjidil Aqsa; dipertemukan sbhagian para Rasul di langit pertama hingga ke-7; diperlihatkn keadaan penghuni Syurga & Neraka; diperlihatkn tanda2 kebesaran Allah yg lain; diwahyukan dgn perintah solat fardhu  5 waktu di Sidratul Muntaha.

7) Peristiwa Israk & Mikraj- satu mukjizat anugerah Allah paling tinggi kpd Rasul SAW; kita wajib meyakini kebenarannya; orng kafir musyrikin Mekah mengingkarinya; Saidina Abu Bakar sahabat yg membenarkannya; dapat gelaran 'As-siddiq'.

8) Firman Allah Surah Ali-imran/189 bermaksud: "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dn bumi dn Allah maha kuasa atas tiap2 sesuatu“.

9) Antara hikmah & pengajaran peristiwa Isra' & Mikraj :-
9.1) sbg bukti tanda kekuasaan Allah; peristiwa luar biasa mengikut kehendakNya.

9.2) pengubat dan hadiah teragong Kpd Rasulullah SAW setelah terima dugaan menyebarkn islam; setelah kehilangan isteri dn bapa sdara.

9. 3)  bukti utk mantapkn muliakn dn kukuhkn kerasulan SAW; orng yg Allah pilih sbg penyampai dakwah islamiyah.

9.4) terima perintah solat fardhu 5 waktu sehari semlm; sbg tiang agama islam; kunci segala amalan di dunia; jaminan kebahagiaan di akhirat.

10) Hadith Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya amal yg pertama kali dihisab pd ssorng hamba pd hari qiamat adalah solatnya. Sekiranya solat itu baik, sungguh ia telah beruntung dan selamat............................................".
(HR: Imam At-tirmizi)

11) Firman Allah Surah An-najm/11-14 bermaksud: "Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakn apa yg dilihatnya. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya..................................
Dan demi sesungguhnya (Nabi Muhammad) telah melihat (Malaikat Jibrail dlm bentuk rupanya yg asal) sekali lagi di sisi Sidratul Muntaha".

                  بارك الله لي ولكم ...

Friday, 19 April 2019

Bagaimana Jiwa Seorang Guru?


Seorang guru berkata,

" Jadi cikgu ni senang. Datang awal pagi, punch kad. Buat RPH, kelas jangan miss, handle program elok-elok, tak lama dapat APC. Buat aje kerja sendiri, jangan hirau yang lain. Hujung bulan dapat gaji, ada rezeki, naik pangkat. Itulah cikgu. "

Katanya sambil tersenyum kepada aku. Aku hanya mengangguk tanda faham. Ingatkan habis disitu sahaja, rupanya ada lagi yang guru ini ingin bicara. Selepas menghirup sesisip kopi panas, dia menyambung,

" Tapi, kalau kau nak jadi cikgu yang sebenar berjiwa guru, bukan itu jalannya. Itu hanya asas sahaja. Guru yang berjiwa guru ni, dia cakna segala perkara. Terserempak dengan anak murid berhingus kat kantin pun dia berhenti tolong lap.

Murid rebah, murid luka dia dahulu berlari pergi dapatkan. Sedang itu diluar tugas beliau. Sedang itu tiada markah dicatat untuk APC atau kenaikan pangkat. Tapi bila dia ada JIWA SEORANG GURU, setiap langkahnya adalah untuk mendidik.

Guru biasa, masuk kelas hanya mengajar untuk habiskan silibus sahaja. Murid dapat ke tak, itu dia tak hirau. Nak cepat pandai, dia suruh masuk kelas tambahan yang dia buat. Kenakan bayaran, dapat imbuhan tambahan. Sentuh budak jauh sekali, bahaya pada kerjaya padanya. Nanti didenda, nanti didakwa. Nanti payah nak naik pangkat, dapat APC dan sebagainya. Kerana dia hanya bekerja sedang jiwa tiada. "

Aku diam membungkam. Tiada menggeleng, tiada mengangguk lagi. Hanya mahu dia meneruskan bicara. Kata-katanya sangat terkesan di hati. Mutiara kata ini bukan selalu didendangkan. Jarang-jarang kelihatan. Selalunya mutiara seperti ini terpendam di lautan yang paling dalam.

Guru itu menyisip lagi kopi pahitnya. Direnung dalam mata, dia sambung bercerita.

" Guru yang berjiwa guru, laluannya sukar. Halangannya tidak sedikit. Tapi bila ada jiwa, tiada gentar dihati. Murid yang degil, yang malas, yang nakal dikejar tanpa henti. Padahal bukan ada upah tambahan. Baik duduk diam sahaja.

Murid yang lalai dan leka didenda, dihukum agar mereka sedar. Agar mereka merubah diri. Padahal surat saman bakal menanti, silap-silap makan diri. Tapi dia tidak boleh menahan diri, bila dalam diri ada jiwa, dia takkan biarkan sahaja anak didiknya terus hanyut begitu sahaja.

Dan biasanya, guru yang berjiwa guru ini payah nak naik ke atas. Sebab dalam failnya penuh aduan. Tapi percayalah, di mata Yang Maha Kuasa, pangkat dia telah lama dinaikkan. Saat dia menghayun rotan penuh ikhlas untuk mendidik, saat itu taraf beliau jauh di atas sana berbanding guru biasa. Yang hanya tahu menjaga periuk nasi dan pentingkan kerjaya sahaja."

Guru itu menghabiskan sisa air kopinya. Ditinggal duit di atas meja dan dia berlalu pergi. Meninggalkan aku termangu sendirian memikirkan kata-kata yang dia tinggalkan sendirian.

Dalam diam aku bertanya pada diri sendiri,

" Apa aku sebenarnya? Hanya guru biasa atau guru yang mempunyai jiwa? "

Sunday, 14 April 2019

Rahsia Seramai 103 Orang Pelajar Mendapat A dalam Pendidikan Islam SPM 2018


Rahsia Seramai 103 Orang Pelajar Mendapat A dalam Pendidikan Islam SPM 2018.
💚35 A+
💛36 A
🧡32 A-

Tahniah GPI dan putera-puteri SMK Long Ghafar, Kubang Kerian.

Terpanggil untuk berkongsi rahsia kejayaan dan ingin mencedok pengalaman, pada 19 Mac yang lalu, kami berkunjung ke SMKLG untuk ziarah mahabbah sebagai lawatan penanda aras.
📝📝📝📝📝📝
Alhamdulillah...
Biiznillah, hari ini terlaksana Bengkel Kecemerlangan Pendidikan Islam SPM dengan menjemput Ustzh Hjh Wan Jamilah Wan Sulaiman dari SMKLG sebagai pengendali.

🌹 Pelbagai tips yang amat berguna telah dikongsi.
🌺 Garapan Akronim memudahkan daya ingatan pelajar terhadap tajuk-tajuk tertentu.
🍀Teknik hafazan & penguasaan tajwid serta jawi.
🌸 Menggunakan pelbagai medium  untuk menyediakan soalan latih tubi kepada pelajar.
🌼 GPI mengoptimakan usaha untuk kecemerlangan pelajar dari pelbagai aspek ; masa, sokongan moral, kewangan dsb.

Sepanjang ziarah mahabbah , dapat kami simpulkan untuk dikongsi di sini:

🌺 Pelajar membudayakan penggunaan buku rujukan secara optimum untuk ulangkaji, bukan sekadar mengharapkan jawapan daripada guru.

🌺 Menyalin ayat hafazan , petikan jawi dan membuat pembetulan berulang-ulang kali.
Malah bagi subjek tertentu, pembetulan dibuat sebanyak 200 kali..kesannya, ranking subjek tersebut mendapat tempat kedua negeri Kelantan.
🌸 Pelajar-pelajar memenuhi musala pada waktu rehat untuk solat sunat dhuha dan solat Zohor sebelum pulang.
🌼 Pelajar yang kurang berkemampuan dibantu dengan cara pemberian kupon untuk makan percuma di kantin.
🌹Bagi menghargai kehadiran 100 peratus bagi sesebuah tingkatan, pelajar-pelajar dijamu dengan KFC, Pizza dll
💚 Budaya infaq berkembang dengan subur, sebagai contohnya sebanyak 45k dapat dikumpulkan dalam masa yang singkat untuk menyediakan 8 unit pendingin hawa di musala sekolah hasil sumbangan ikhlas warga sekolah.
🧡 Kelas tambahan seawal 7 pagi dapat diadakan pada hari minggu
🌺Kerjasama mantap dan padu dalam team GPI, dalam keadaan hanya seorang sahaja tenaga Ustaz, selebihnya para Ustazah. Saling berganding bahu, mengerah keringat, menggandakan ikhtiar untuk maslahah pelajar
🌸Ketegasan dan kesepekatan saf pentadbir, di mana PkHemnya seorang Ustazah.. Hussniah Hussin
🌼 Kehebatan GKSS Ustzh Adilah Idris, yang tegas tetap sangat prihatin.
Bermula bulan Rajab, diteruskan pada Syaaban dan Ramadan, para pelajar kelasnya akan belajar di Musala sekolah dan bertadarus beramai-ramai, sehingga hari ini sudah 12 juzuk dan menjelang penghujung Ramadan akan khatam secara jamaie
🧡Kelas Qiraati wajib bagi pelajar tingkatan 1 dibimbing oleh mentor dari pelajar tingkatan 4.
🌻Pelajar sudah menjadikan amalan puasa sunat bulan Syawal sebelum meraikan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah.

📝📝
Syabas Warga LG,
Dari sekolah harian biasa mampu berdiri muncul sebagai sekolah yang hebat kerana berjaya mengadunkan aktiviti kerohanian, keindahan sahsiah & kecemerlangan akademik menuju Al-Falah.
🧡💛💚🇲🇾

Catatan pena,
Ustzh yang kerdil.

Saturday, 13 April 2019

Khutbah Jumaat JDT 5 April 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 05 April 2019
                 29 Rejab 1440
TAJUK  : Isra' Mikraj Tanda
                Kebesaran Allah
               
1) Bulan Rejab- antara bulan2 yg mulia dlm islam; berlaku peristiwa penting dlm sejarah; Isra' Mikraj pd 27 Rejab; bukti kebesaran kekuasaan dn kehebatan Allah SWT.

2) Firman Allah Surah Al-isra'/1 bermaksud: "Maha suci Allah yg telah menjalankn hambaNya (Muhammad) pd mlm hari dari Masjidil Haram (di Mekah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin), yg Kami
berkati sekelilingnya, utk memperlihatkn kpdnya tanda2 (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yg maha mendengar lagi maha mengetahui".

3) Isra' dan Mikraj- peristiwa luar biasa dialami Rasulullah SAW; sblmnya Baginda kehilangan dua orng insan kesayangan; isterinya Saidatina Khadijah dn bapa sdaranya Abu Thalib.

4) Maksud Isra'- Perjalanan Rasulullah SAW pd waktu mlm; menaiki 'Burrak'; dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa Palestin.

5) Maksud Mikraj- Perjalanan Baginda dari Masjidil Aqsa ke langit ke-7; sehingga 'Sidratul Muntaha dlm masa yg singkat; berlaku secara jasad dn roh Baginda; diiringi Malaikat Jibrail AS.

6) Baginda dlm perjalanan- diperlihatkn peristiwa2 utk peringatan dn pengajaran kpd umatnya; mengimami semua para Rasul di Masjidil Aqsa; dipertemukan sbhagian para Rasul di langit pertama hingga ke-7; diperlihatkn keadaan penghuni Syurga & Neraka; diperlihatkn tanda2 kebesaran Allah yg lain; diwahyukan dgn perintah solat fardhu  5 waktu di Sidratul Muntaha.

7) Peristiwa Israk & Mikraj- satu mukjizat anugerah Allah paling tinggi kpd Rasul SAW; kita wajib meyakini kebenarannya; orng kafir musyrikin Mekah mengingkarinya; Saidina Abu Bakar sahabat yg membenarkannya; dapat gelaran 'As-siddiq'.

8) Firman Allah Surah Ali-imran/189 bermaksud: "Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dn bumi dn Allah maha kuasa atas tiap2 sesuatu“.

9) Antara hikmah & pengajaran peristiwa Isra' & Mikraj :-
9.1) sbg bukti tanda kekuasaan Allah; peristiwa luar biasa mengikut kehendakNya.

9.2) pengubat dan hadiah teragong Kpd Rasulullah SAW setelah terima dugaan menyebarkn islam; setelah kehilangan isteri dn bapa sdara.

9. 3)  bukti utk mantapkn muliakn dn kukuhkn kerasulan SAW; orng yg Allah pilih sbg penyampai dakwah islamiyah.

9.4) terima perintah solat fardhu 5 waktu sehari semlm; sbg tiang agama islam; kunci segala amalan di dunia; jaminan kebahagiaan di akhirat.

10) Hadith Rasulullah SAW bermaksud: "Sesungguhnya amal yg pertama kali dihisab pd ssorng hamba pd hari qiamat adalah solatnya. Sekiranya solat itu baik, sungguh ia telah beruntung dan selamat............................................".
(HR: Imam At-tirmizi)

11) Firman Allah Surah An-najm/11-14 bermaksud: "Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakn apa yg dilihatnya. Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya..................................
Dan demi sesungguhnya (Nabi Muhammad) telah melihat (Malaikat Jibrail dlm bentuk rupanya yg asal) sekali lagi di sisi Sidratul Muntaha".

                  بارك الله لي ولكم ...

Friday, 12 April 2019

Bagaimana Buat Taklim Dan Tasykil

Satu kali sahaja tuan. Dulu ada pernah tanya Hadradji Inamul Hassan rah oleh org2 navy yg sdg khidmat di laut nak buat taklim lepas tiap2 waktu solat berjemaah. Hadradji jawap 1 kali sahaja sehari. Tapi kalau satu solat dibuat 2 kali dgn lain2 org dibolehkan 2 kali. Org tua2 kita hendak kita buat jangan banyak kali sehari tapi istiqamah dgn 1 kali sehari.

Pada tahun 2017, di markas Kakrail, mereka prihatin supaya buat 5 amal rumah dlm masa 30 minit. Di tekankan lagi2 30 minit. Misalnya taklim kibati 10 minit, muzakarah 6 sifat 5 minit, halqah Quran 5 minit, tasykil dan mesyuarat 10 minit. 6 sifat tak perlu cakap semua sifat, 1/2 dah cukup esok sambung. Begitu juga halqah Quran 1/2 surah sambung esok.

Dlm jord baru ni elders cakap sekurang2nya 30 minit.

Pada 2017 saya dengar di Nizamuddin maksud tasykil adalah utk latih keluarga kita utk tasykil org selain drp keluarga kita. Kalau hari2 tasykil keluarga kita lama2 mereka boring.

Ini yg saya belajar tuan

Antara Kisah Yang Disebut Di Dalam Al-Quran

Korang tau x sapa yang teman Nabi Musa cari Nabi Khidir?
Nama dia Yusha' dia juga adalah anak murid Nabi Musa.

Korang tau x matahari pernah berhenti?
Matahari pernah terhenti di tangan Nabi Yusha' as
Ketika menjelang mghrib.

Korang tau x sapa Qorun?
Qorun ni sorg yg kaya bijak lagi tampan
Dia jgk sepupu Nabi Musa

Korang tau x apa yg mmbuat Qorun berpaling?
Zakat adalah punca utama Qorun berpaling dari Nabi Musa.

Korang tau x Qorun?
Dia mati bersama askar dan harta²nya kerana menfitnah nabi musa berzina.
Dia ditelan bumi sikit demi sedikit.

Korang tau x sapa Firaun?
Firaun ni bapak angkat Nabi Musa
Suami wanita teragung dunia Asiah.

Korang tau x asal nama Nabi Musa?
Nama Nabi Musa diambil sempena nama pokok (mu) dan air (sa)
Ketika dihanyutkan bekas itu tersangkut di situ(Sungai Nil). Di dlm istana firaun.

Korang tau x Nabi Musa dok langit ke berapa?
Nabi Musa as duduk di langit yg ke 6

Korang tau x Firaun?
Firaun pernah membina menara setinggi 15km
Semata² utk tgk tuhan Nabi Musa.
Di sini lah dia mengaku dia Tuhan.
Surah An-nazi'at ayat 24.

Korang tau x Firaun ni?
Di x pernah sakit x pernah bersin x pernah menguap.
Senang cite yg melemahkan ni smua dia x penah rasa.

Korang tau x firaun pernah bertaubat?
Ketika dia hampir tenggelam di laut merah, dan roh telah sampai ke halkum, ketika itu taubat tak lagi diterima.
Kerana taubat itu penyesalan, firaun taubat kerana takut.

Korang tau x piramid di mesir?
Piramid tu kubur org² kanan firaun.
Tu kubur. Agak² rumah besar mana?
Allah tinggalkan sikit² utk kita ambik pengajaran.

Korang tau kan firaun pernah mengaku dia tuhan.
Pada hari firaun mengaku dia tuhan, pengsan dan lari lah iblis dari berdamping dgn firaun kerana takut kemurkaan Allah. Iblis lari dalam kehairanan.

Korang tau x kenapa iblis xpernah mengaku dia tuhan?
Surah al-a'rf ayat 12
Iblis tau Allah swt yang ciptakan dia (daripada api) mana mgkin dia nk mgku dia tuhan.

Korang tau x kenapa iblis x mintak hidup selama² nya?
Al hijr ayat 36
Iblis tahu perbendaharaan Allah. Iblis ni dlu alim, ahli ibadah. Dia ada ilmu
Iblis yakin dunia akan kiamat. Sbb tu dia mtk tmpoh smpi situ ja. (hari kiamat)

Korang tau x lps iblis mtk tmpoh tu apa Allah buat?
Allah swt terus memperkenankan doa IBLIS ketika itu jugak.
Iblis ni musuh Allah dan manusia.

Dah kalau doa iblis di hari dia menderhakai Allah pon Allah perkenan.
Kita ni? manusia ditambahkan lg umat kekasih Dia.
Antara umat yg paling Dia syg mengatasi umat² terdahulu..Bakpe la yang mls sgt nk doa tu.
ckup dah ke apa yg Allah bg hari ni smpi sombong sgt xnak mtk dah..
Doa lah In Sha Allah akan Allah perkenankan.
Doa ye kwn²..

Korang tau x nabi Nuh?
Beliau adalah cicit nabi idris

Korang tau x nabi Nuh?
Beliau hidup 950 tahun
Surah al ankabut ayat 14

Korang tau x nabi Nuh?
Beliau ada 4 org anak
Semua lelaki.

Korang tau x nabi Nuh?
Beliau ditentang hebat oleh kaum dan juga ahli keluarganya. Terutama dari isteri dan anak sulung.

Korang tau x nabi Nuh?
Allah sebut nama beliau 43x dalam al quran

Korang tau x nabi Nuh?
Beliau antara nabi ulul azmi sebelum
Nabi Ibrahim as
Nabi Musa as
Nabi Isa as
Nabi Muhammad saw

Korang tau x nabi Nuh?
Beliau pernah berasa malu kepada Allah.
Beliau hanya ada 83 org pengikut setelah berdakwah beratus ratus tahun.

Korang tau x nabi Nuh?
Di sgt² malu dan kesal kerana mendoakan kecelakaan utk umat dia, umat yg ingkar arahan dia
Surah Nuh ayat 26.

Korang tau x nabi Nuh?
Syirik bermula sejak zaman beliau.
Surah Nuh ayat 23 dan 24

Mohon download apps 'Al Quran Melayu'
Dlm google apps. Sgt friendly user.
Senang nk semak surah² di atas.

Jgn hanya ada game dan media social apps je.
Bnyk sgt dah ni Allah bg nikmat.
Xperlu ambik wuduk nk baca alquran

Surah ar rahman ayat 13
X takut ke Allah tnya?

Korang tau x nabi Nuh?
Kaum dia yg ingkar Allah bala kan dgn banjir dan taufan. Dan akan di masukan ke dalam neraka.
Surah Nuh ayat 25.

Korang tau mana nabi Nuh buat bahtera?
Surah Hud ayat 37
Allah mewahyukan kpda nabi nuh akan perihal kapal tersebut.

Korang tau x nabi Nuh?
Panjang kapal itu 1200 hasta
Lebar kapal itu 600 hasta
Mempunyai 3 dek atau 3 tingkat.

Korang tau x nabi Nuh?
Tingkat pertama kapal di penuhi haiwan liar
Tingkat kedua utk nabi nuh dan kaum nya
Tingkat ketiga utk burung² dan ungas²

Ketika kapal itu dipenuhi najis.
Allah mewahyukan nabi Nuh utk mengeletek ekor gajah. Maka keluar lah babi betina yg melahap kotoran²

Kemudian Allah mewahyukan nabi Nuh utk menampar bahagian di antara mata singa, kemudian keluar la burung² helang betina dan jantan mencari tikus yg memakan kayu² serta tali² kapal.

Korang tau x nabi Nuh?
beliau mengutuskan burung gagak utk memeriksa keadaan bumi masa itu. Tp terlupa, kemudian nabi nuh mendoakan burung gagak itu akan terus dibenci manusia.

Korang tau x nabi Nuh utus burung apa lepastu?
Beliau mengutuskan burung merpati. Merpati td bawak balik di paruhnya pohon zaiton di kakinya pohon tinn.

Kemudian nabi Nuh mendoakan merpati tadi agak disenangi oleh manusia.

Korang tau x nabi Nuh?
Percayalah bumi yg korang pijak skrg ni penah dibanjiri air
- Surah Nuh ayat 27 dan 28.

Ambik la kisah² Al quran atau nabi utk dijadikan hero kepada anak².
Cukup² cerita frozen mauna marvel utk dijadikan bed time story.

Antara sikap imam al Syafie ialah..
Semakin aku tahu akan sesuatu ilmu.
Maka semakin itu aku berasa aku tidak tahu apa²..

Wednesday, 10 April 2019

Balasan Orang Yang Sombong



ASSALAMUALAIKUM WBT


Balasan Orang Sombong Diakhirat

عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُحْشَرُ الْمُتَكَبِّرُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَمْثَالَ الذَّرِّ فِي صُوَرِ الرِّجَالِ يَغْشَاهُمْ الذُّلُّ مِنْ كُلِّ مَكَانٍ فَيُسَاقُونَ إِلَى سِجْنٍ فِي جَهَنَّمَ يُسَمَّى بُولَسَ تَعْلُوهُمْ نَارُ الْأَنْيَارِ يُسْقَوْنَ مِنْ عُصَارَةِ أَهْلِ النَّارِ طِينَةَ الْخَبَالِ

Dari Amru bin Syu'aib dari ayahnya dari datoknya dari nabi SAW bersabda: "Orang yang sombong, akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru, mereka diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas, mereka diberi minum dari muntahan dan darah penduduk neraka yang namanya thinatul khabal." (HR Tirmizi No: 2416) Status: Hadis Hasan Sahih.

Pengajaran:

1.  Sombong adalah sifat iblis yang merasa dirinya lebih mulia dan lebih baik serta merendahkan Nabi Adam.

2.  Jika kita memiliki sifat merasa lebih mulia dan lebih baik dari orang lain, dibimbangi menjadi pewaris sifat sombong iblis.

3.  Orang yang sombong akan dikumpulkan pada hari kiamat seperti semut bermuka manusia, mereka diliputi kehinaan dari segala penjuru.

4.  Orang sombong akan  diiring menuju ke neraka jahanam yang bernama Bulas, di atas mereka ada api paling panas

5.  Orang yang sombong akan  diberi minum dari muntahan dan darah penduduk neraka (nanah) yang namanya thinatul khabal (lumpur kebinasaan).

Marilah kita bersifat RAHMAH dengan menjauhi sifat sombong. Elakkan daripada merasa diri kita lebih baik dari orang lain atau memperlekeh serta merendahkan mereka.

26hb Mac 2019
19hb Rejab 1440H
27768
@islamitu_indah

Thursday, 4 April 2019

Khutbah Jumaat JDT 29 Mac 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 29 Mac 2019
                 22 Rejab 1440
TAJUK  : Zuhud Yang Sebenar
               
1) Zuhud- hati yg tidak terpaut atau tidak terpengaruh dgn dunia dan nikmat2nya; namun tidak menjauhkn diri dpd dunia.

2) Firman Allah Surah Al-'ala/16&17 bermaksud: "Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukn yg demikian bahkan kamu utamakn kehidupn dunia, padahal kehidupn akhirat lebih baik dan lebih kekal".

3) Islam- tidak melarang umatnya mencari kehidupan dunia; asal tidak melupakn kehidupan akhirat; dunia sbg jambatan ke akhirat; dunia tmpat beribadat; membuat kebajikn sesama manusia.

4) Zuhud dari sudut harta- usaha mencari dn membelanjaknnya; tidak melupakn hukum Allah; berzakat bersedekah dn melaksanakn amal2 kebajikan.

5) Zuhud bukan menjauhi kehidupan dunia- bukan jadikn diri miskin; guna harta ikut peraturan Allah; hatinya dijaga; tidak bangga dn sombong di atas hartanya.

6) Sabda Rasul SAW bermaksud: "......................... seorng mendatangi Rasul SAW maka beliau  berkata: tunjukn kpd ku sebuah amalan yg jika aku kerjakn Allah dn manusia akn mencintai ku...............................
Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akn dicintai Allah dn berzuhudlah terhadap apa yg ada pd manusia maka engkau akn dicintai manusia".
(HR: Ibnu Majah)

7) Firman Allah Surah Al-munafiqun/9 bermaksud: "Wahai orng2 yg beriman! Janganlah kamu dilalalaikn oleh (urusan) harta benda kamu dn anak penak kamu dpd mengingati Allah (dgn menjalankn perintahNya) dan (ingatlah) sesiapa yg melakukn demikian maka mreka itulah orng2 yg rugi".

8) Kelebihan bersifat zuhud :-
8.1) selalu bersyukur thdp nikmat Allah; samada sedikit atau banyak

8.2) hati lebih mencintai Allah dpd kehidupn dunia

8.3) belanjakn harta di jln Allah; tidak membazir

8.4) sentiasa bersederhana dn tidak sombong

8.5) bekerja dn beribadat utk kebahagiaan dunia dn akhirat

8.6) menggunakn hartanya utk kepentingan akhirat

8.7) tidak berasa gembira dgn apa yg dicapai dn tidak berdukacita dgn apa yg hilang

9) Firman Allah Surah Al-qasas/77 bermaksud: "Dan tuntutlah dgn harta kekayaan yg telah dikurniakn Allah kpd mu akn pahala dn kebahagiaan hari akhirat dn jangan lah engkau melupakn bahagian mu (keperluan dn bekalan mu) dari dunia dn berbuat baiklah...................
................................... Sesungguhnya
Allah tidak suka kpd orng2 yg berbuat kerosakan".

                  بارك الله لي ولكم ...

Khutbah Jumaat JDT 22 Mac 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 22 Mac 2019
                 15 Rejab 1440
TAJUK  : Gejala Fitnah
                 Meruntuhkan Ummah

1) Ghibah- menyebut keburukn orng lain; perkara yg dikutuk walaupun benar; kesan buruk keatas agama & msyarakt; umat islam perlu jauhi.

2) Hadith Rasul SAW bermaksud: "Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?............................ Menyebut
sesuatu yg tidak di sukai oleh sdaramu di belakangnya!.................
..................................... Kalau apa yg disebutkn perkara itu benar, maka itulah ghibah..................... Sekiranya
tidak benar, maka engkau telah melakukan pembohongan yg besar (buhtan)".
HR: Imam Muslim

3) Firman Allah Surah Al-hujrat/12 bermaksud: "Wahai orng2 yg beriman! Jauhilah kebanyakn dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg di larang) kerana sesungguhnya sbhgian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari2 kesalahan dan keaiban orng dan jgnlah setengah kamu mengumpat setengahnya yg lain.....
...........................................................".

4) Keujudan teknologi dan komunikasi canggih- mudah sampaikn maklumat; ada salahguna kemudahan; sebar berita fitnah; mudah cepat dn meluas; disampaikn kpd orng lain tanpa selidik; islam anjur selidik dulu spaya tidak menyesal kmudian.

5) Firman Allah Surah Al-hujrat/6 bermaksud: "Wahai orng2 yg beriman! jika datang kpd kamu seorng fasiq membawa sesuatu berita, maka selidiklah (utk menentukn) kebenarannya................
............... dgn sbb kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikn kamu menyesali apa yg kamu telah lakukan".

6) Firman Allah Surah An-nur/19 bermaksud: "Sesungguhnya orng2 yg suka tersibarnya tuduhan2 yg buruk dlm kalangan orng2 yg beriman, mreka akn beroleh azab siksa yg tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat........................".

7) Antara keburukn gejala fitnah dlm kehidupan :-
7.1) Dosa sesama manusia- pembuat dan penyebar fitnah; tidak di ampun kecuali yg difitnah memaafkanny

7.2) Memecah belahkn masyarakat-
boleh mrenggangkn hubungan; permusuhan yg berkekalan

7.3) Suatu perbuatan hina- buruk2kn orng lain; puaskn hawa nafsu

7.4) Budaya fitnah- ganggu gugat kesetabilan dn keamanan negara

7.5) Menjatuhkn maruah- orng tidak bersalah di hukum

8) Hindari sifat suka tabur fitnah- sikap yg keji; persengketaan akibatkn keruntuhan rumahtangga; rosak masyarakat; jejas keutuhan ummah; jejas keamanan negara

9) Firman Allah Surah Al-hujrat/10 bermaksud: "Sebenarnya orng2 yg beriman itu adalah bersaudara maka damaikanlah di antara dua sdara kamu (yg bertelingkah) itu dan bertaqwalah kpd Allah supaya kamu beroleh rahmat".

                  بارك الله لي ولكم ...

Khutbah Jumaat JDT 15 Mac 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 15 MAC 2019
                 08 REJAB 1440
TAJUK  : PENGAKHIRAN HIDUP
                YANG BAIK

1) Firman Allah Surah Ali-imran/102 bermaksud: "Wahai orng2 yg beriman! Bertaqwalah kpd Allah dgn sebenar2 taqwa dan jgn sekali2 kamu mati melainkn dlm keadaan islam".

2) Menjalani kehidupan- tidak mudah putus asa; penuh pengharapan kpd Allah; kembali kpdNya dgn 'husnul hotimah' atau 'suul hotimah'.

3) Husnul hotimah (pengakhiran hidup yg baik)- Allah beri taufiq sblm datang kematiannya; tinggalkn segala perbuatn yg Allah murka; bertaubat dari segala dosa; melakukn ketaatan; mati dlm keridhoan Allah.

4) Sabda Rasul SAW bermaksud: "Sekiranya Allah inginkn kebaikn kpd seseorng, Dia akn melakukn kebaikn kpd orng tersebut.................
....................Allah akn mula pandukn orng tsbt utk melakukn amal soleh sblm kematiannya".
(HR: Imam Ahmad)

5) Antara tanda2 Allah sayang- diri mudah melakukn kebaikn; dikurniakn hidayah; petunjuk ke jln yg lurus; dikurniakn pengahiran hidup yg baik.

6) Hadith yg bermaksud: ".................
Wahai Rasulullah siapakah manusia yg terbaik?...........................Orng yg panjang umurnya dan baik amalnya
..................... Siapakah yg terburuk?
.................Orng yg berumur panjang dan buruk amalnya".
(HR: Imam Ahmad)

7) Antara amalan utk pengakhiran hidup yg baik :-
7.1) sentiasa bertaqwa; kerjakn perintahNya; jauhi laranganNya

7.2) selalu berzikir; tidak melupakanNya

7.3)  biasakan baca Al-quran; mengamalkannya

7.4) sentiasa berselawat; mengamalkn sunnah2nya

7.5) jaga bubungan sesama manusia; mengajak kebaikn; cegah kemungkaran

7.6) sentiasa hadir majlis ilmu; hidup dgn kefahaman agama

7.7) usaha perbaiki diri; mohon keampunan; bertaubat; bersihkn diri sucikan jiwa

8) Peroleh pengahiran hidup yg baik- hanya Allah yg berkuasa; ada manusia soleh berakhir dgn kekufuran; ada yg jahil berakhir dgn taubat tinggalkn dosa; tiada yg mampu ramal; dituntut lakukn amal soleh; bersungguh2 dan ikhlas.

9) Firman Allah Surah Ali-imran/193 bermaksud: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorng penyeru (Rasul) yg menyeru kpd iman.........................
Maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa2 kami dan hapuskanlah dpd kami kesalahan2 kami dan matikanlah kami bersama orng2 yg berbakti".

                  بارك الله لي ولكم ...

Betulkan Yang Biasa Biasakan Yang Betul

Kadang dalam hidup ni kau memang rasa down. Lemah. Tak bermaya. Rasa tak nak jumpa orang. Rasa macam nak nangis tak tentu pasal. Nak marah tak tentu hala. Kau rasa dunia ni macam bukan tempat kau. Rasa tersingkir. Pedih. Dan 1001 macam perasaan lagi.

Sebelum kau jumpa bomohlah apalah ustazlah dan doktorlah.

Cuba kau tengok sekeliling hidup kau:

1. Kemaslah rumah yang dah macam tongkang pecah tu.

2. Buanglah barang yang dah tak guna tapi simpan dah berbelas tahun. Kerusi tak ada kaki satupun masih ada kat depan rumah dengan harapan 5 tahun dulu akan diperbaiki dan diguna semula.

3. Tukarlah cadar bilik tu. Dah berkuman berbakteris bervirus dan kepam dah. Manalah nak sihat dan nak hati berbungga kalau tempat rehatpun kotor dan tak terurus.

4. Kemas peti ais yang dah berkulat tu. Susun balik makanan yang kau tak tahupun ada sebab dah lama beli tapi tak buat apa. Gantikan dengan makanan sihat.

5. Bilik air tu basuhlah. Berus dan letak wangian sikit. Supaya bila masuk baunya segar dan menyelesakan. Ini dah lagi serabut dari tandas awam!

6. Bukak almari tu dan buang semua baju yang dah koyak, beretas benang, kecik dan tak sesuai pakai lagi. Biarlah baju yang ada tu baju yang pakai. Pergi simpan baju yang tak pakai kenapa??

7. Kemas handbag tu. Macam-macam resit ada. Bukan boleh claim pun. Tisu hingus pun ada lagi. Macam-macam sampah.

8. Google makanan sihat dan berkhasiat Bukan susah naa pun. Google aje dulu. At least ada idea nak makan apa.

9. Buang aje kawan toksik dalam FB ni. Unfriend. Menyemak aje baca status yang ntah apa-apa. Memerli dan menghina. Kau pun terasa. Tengok youtube macamana nak unfriend orang. Tapi saya tak nak memutuskan silaturahim.. kau unfriend tapi simpanlah no telepon dia. Besok raya ke anak nak kahwin ke, jemputlah. Tak akan itupun nak ajar.

10. Kemas kereta korang yang dah berserabut tu. Buang benda tak guna dan sampah sarap tu. Supaya bila masuk kereta, hati jadi tenang. Mana tak sedih, kereta bayar beribu tapi dah macam lori sampah!

11. Masuk bilik anak dengan plastik sampah hitam heavy duty tu. Kutip dan buang benda tak relevan. Ajar anak berkemas. Kemas. Kemas. Kemas. Mainan anak yang rosak tu kau buang.

12. Masuk store. Benda yang dah tak usik lebih setahun makanya tak guna. Bagilah kat orang. Baby cot tu kau nak buat apa? Anak kau paling kecik dah umur 10 tahun. Dan kau pun tak boleh beranak lagi. Cucu tu nanti biar mak ngan bapak dia beli baru.

13. Kau round kawasan rumah. Buang pasu yang dah retak 1000 tu. Tayar kereta saga kau yang kononnya nak tanam pokok tu, campakkanlah. Dah 15 tahun projek tak berjalan. Pilihanrayapun dah 3 kali. PM dah bertukar, projek tanam pokok kau masih di tahap angan-angan.

14. Apa segala benda kat porch rumah tu, kemas kan. Barulah masuk rumah bersemangat. Benda yang tak guna buang. Rim tayar yang tak taulah nak buat apa tu, jual. Dapat gak duit.

15. Beli sejadah dan telekung baru. Beli AlQuran yang baru gak. Untuk semangat beribadah. Kan ke mengingati Allah itu hati jadi tenang.

Kadangkala perasaan down ni datang dari persekitaran dan kehidupan yang serabut. Ubah aje kehidupan tu.

Kepada yang memang ada masalah kesihatan, jumpalah Dr untuk diagnose yang betul. Berjuta kerajaan bayar dia orang untuk belajar. InsyaAllah, kita akan dapat menafaat.

Sekian, harap maklum.

Wednesday, 3 April 2019

4 Punca Kenapa Perkahwinan Tak Bahagia oleh Ustaz Kazim Elias

Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no 🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♀️🙅🏻‍♀️
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb.
2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha 😂
Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.” 😢
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN
•TEGURAN
•BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala ❤️

Tuesday, 2 April 2019

Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

Saya telah menerima banyak aduan dan pertanyaan berkenaan pelaksanaan Penilaian Kendiri Sekolah (PKS) berasaskan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

Sehubungan itu, saya ingin menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan seperti berikut:

1. Adakah pelaksanaan PKS berasaskan SKPMg2 telah dimansuhkan?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Siaran Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) bertarikh 31 Disember 2018 telah menjelaskan bahawa pelaksanaan PKS berasaskan SKPMg2 sebagai alat pengurusan sekolah berjalan seperti biasa.

Instrumen penilaian kendiri sekolah ini merupakan panduan pengoperasian sekolah bagi membantu meningkatkan kualiti pengurusan sekolah ke arah kemenjadian murid secara menyeluruh.

2. Jadi apa yang dimansuhkan KPM berkaitan PKS berasaskan SKPMg2 ini?

Pengumuman saya pada 7 Jun 2018 adalah hanya memberhentikan Audit PKS berasaskan SKPMg2.

Pemberhentian Audit ini dilaksanakan kerana kurang pemahaman dan berlaku kekeliruan terhadap tujuan Audit berkenaan.

3. Apakah langkah berikutnya yang akan dilaksanakan oleh KPM berkaitan isu SKPMg2 ini?

Mulai 3 Mac 2019, sesi bimbingan SKPMg2 diteruskan dalam bentuk Klinik SKPMg2 di mana ia merupakan bimbingan bersemuka pihak Jemaah Nazir bersama-sama dengan pihak sekolah.

Tujuan Klinik ini dilaksanakan adalah untuk memberi kefahaman kepada pihak sekolah berkaitan penggunaan SKPMg2. Semua sekolah yang berhasrat untuk mendapatkan bimbingan boleh membuat temujanji dengan mana-mana pejabat Jemaah Nazir Negeri.

Kepada golongan guru yang sering resah dan tertekan dengan kehadiran Jemaah Nazir ke sekolah, jangan bimbang kerana selepas ini saya akan meminta Jemaah Nazir untuk sama-sama turun ke sekolah dan mengajar di dalam kelas bagi memberikan panduan lebih praktikal dan menarik kepada guru-guru.

Ini sama seperti apa yang saya tunjukkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bugaya, Semporna, Sabah baru-baru ini.

Cadangan Jemaah Nazir untuk turut sama mengajar di sekolah adalah selari dengan penyuburan konsep kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati dalam kalangan guru. Selain itu, tugas Jemaah Nazir bukan untuk membuat penilaian kepada guru semata-mata, sebaliknya membantu guru dengan cara memberi bimbingan dan panduan untuk mereka dapat melaksanakan tugas mengajar dengan lebih berkesan.

Saya amat mementingkan kebajikan guru dan saya percaya dengan kegembiraan ketika melaksanakan tugas, guru-guru kita mampu mengajar dengan lebih baik dan memastikan anak-anak kita mencapai potensi cemerlangan dalam kehidupan.

DR MASZLEE MALIK
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
2 APRIL 2019

Monday, 1 April 2019

Kisah Wahshi Bin Harb



*Kisah Wahshi bin Harb..*

Assalamu’alaikum..
Salam pagi yang serba indah disebalik setiap penciptaan Allah dalam mewarnai hidup kita, semoga kita tidak jemu mengharapkan rahmatNya dan BerkatNya. Dalam doa selitlah permohonan agar setiap apa yang Allah anugerahkan kepada kita diberkatiNya.

 “Ya Allah, perbanyakkanlah hartaku, ramaikanlah zuriatku, luaskanlah rumahku, berkatilah pada semua kurniaanMu padaku, perbaikilah amalanku dan ampunkanlah aku”

....mengambil sempena doa nabi saw pada anas bin malik ru. Semoga kita akan di panjangkan umur dan di perbanyakkan harta serta memiliki zuriat yang ramai dan rumah yang baik, dan semuanya itu di kembalikan pada Allah dengan lebih taat padaNya.. aaaminn.

* cetusan ustaz Abdul Salam: Wahshi Bin Harb*

Kita semua kenali Bilal bin Rabah yang telah dijanjikan nabi saw sebagai salah seorang ahli syurga. Tetapi dalam kuliah maghrib malam ahad lepas, ustaz abdul salam menyingkap satu kisah susuk badan yang hampir sama dengan Bilal. Dari keturunan hamba dan berkulit hitam, cuma beliau memilih mencari kebebasan hidup dengan mengikut kata manusia. Sedangkan, Bilal mencari kemerdekaan dari menjadi seorang hamba, dengan jalan memeluk agama islam. Ini adalah kerana yakinnya bilal pada islam sebagai agama yang tidak membeza kan rupa paras dan kulit tapi tahap Taqwa pada Allah adalah yang membezakan manusia.

Tapi Wahshi tidak guna jalan itu, sebalik termakan umpan untuk jadi merdeka dengan membunuh Bapa saudara nabi iaitu sayyidina Hamzah. Selepas bunuh Sayyidina Hamzah dia dibebaskan oleh tuanya tapi dia tidak merasa pun merdeka yang mutlak kerana masih di hina arab jahiliyyah ketika bersama mereka. Tapi akhirnya, ketika fathul mekah dia masuk islam..

Wahsyi bin Harb, sebuah nama yang menunjukkan kebuasan dirinya. Dalam bahasa Arab, Wahsyi berarti buas dan Harb pula perang. Seorang berkulit hitam  asal Habasyah ketika berada di Mekkah menjadi hamba pembeasr Quraisy...

Walau pun nabi menerima tapi nabi tidak mahu melihat wajahnya dan tidak mahu wahshi mendekati baginda bukan kerana marah tapi kerana khuatir nabi akan teringatkan bapa saudara yang dikasihi baginda setiap kali memandang wahshi.

“Aku sudah memaafkanmu, tapi kalau aku lihat wajahmu aku terbayang wajah bapa saudarku Hamzah bin Abdul Muthallib yang rosak di hancurkan olehmu saat itu, aku teringat wajah Hamzah, makanya jangan muncul di hadapanku lagi”

Hal yang Sama berlaku kepada Hindun juga. Dan Allah tidak menurunkan sebarang wahyu menegur perbuatan nabi ini. Sehingga lah saat kewafatan nabi, wahshi hanya menyaksikan semuanya dari jauh dengan linangan airmata kerana rindukan Rasulullah saw.

Akhirnya selepas nabi wafat wahshi telan sertai perang yamamah, perang melawan mereka yang murtad dan akhirnya dia bertekad untuk  gunakan tombak yang sama yang digunakan membunuh sayyidina hamzah untuk juga membunuh nabi palsu ketika itu, Mussailamtul Kazzab.

Siapakah yang melukai hati Rasulullah Saw. ketika membunuh, Hamzah bin Abdul Muthalib pada perang Uhud? Siapakah pula yang menyenangkan hati nabi saw dengan membunuh Musailamah alKadzdzab pada perang Yamamah?
Dia adalah Wahsyi bin Harb.

*Akhirul kalam*

“Katakanlah Wahai hamba hamba Ku, yang telah melampaui batas dalam berbuat dosa jangan berputus asa dari kasih sayang Allah, sungguh Allah Maha Mengampuni semua dosa, dan sungguh Allah Maha pengampun dan berkasih sayang”
(Azzumar 53)

Di dalam naungan Islam, Wahsyi menghabiskan sisa hidupnya dalam kebaikan. Dalam cahaya Islam, Wahsyi merasakan benar benar menjadi manusia merdeka yang hanya mengabdikan hidupnya kepada Allah. Begitulah Islam mengajar kan persamaan derajat manusia.

Semoga ada kebaikan..

Wassalam

Senarai Manusia Termulia



Bismillahir Rahmanir Rahiim...

Assalamualaikum

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

EMPAT TINGKATAN MANUSIA

Syekh Abdul Qadir Al-Jailani qaddasallahu sirrahu mengatakan:

"Terdapat empat jenis manusia:

Pertama, manusia yang tak berlidah dan tak berhati. Mereka adalah manusia biasa, bodoh, dan hina. Mereka ini tak pernah ingat kepada Allah. Tak ada kebaikan dalam diri mereka. Mereka ini bagai sekam yang tak berbenih, jika Allah tak mengasihi mereka, membimbing hati mereka kepada keimanan pada-Nya.

Kerana itu, waspadalah dan jangan menjadi seperti mereka. Ini adalah manusia-manusia sengsara dan dimurkai oleh Allah. Mereka adalah penghuni neraka. Mari berlindung kepada Allah dari mereka.

Hiasilah dirimu dengan makrifat. Jadilah guru kebenaran, pembimbing ke jalan agama, menjadi pemimpin dan penyeru agama. Ingatlah, kau harus mengajak mereka taat kepada Allah dan memperingatkan mereka akan dosa.

Kedua, manusia berlidah, tapi tak berhati. Mereka bijak berkata, tapi tak berbuat bijak. Mereka menyeru orang kepada Allah SWT, tapi mereka sendiri menjauh dari-Nya. Mereka jijik terhadap noda orang lain, tapi mereka sendiri tenggelam dalam lautan noda.

Kerana itu, menjauhilah dari mereka agar kau tak terseret oleh manisnya lidah mereka, yang kelak api dosanya membakarmu, lalu kebusukan hatinya akan membinasakanmu.

Ketiga, manusia berhati tapi tak berlidah. Mereka adalah Mukmin yang telah diberkati, diberi pengetahuan tentang noda-noda dirinya, dikurniai hati yang mencerahkan, dan menyedari mudaratnya bergaul dengan manusia, kekejaman dan kekotoran lidah, dan meyakini bahawa keselamatan manusia ada pada sikap diam. Sebagaimana sabda Nabi saw, "Barangsiapa selalu diam, maka ia memperoleh keselamatan." (HR Ahmad dan At-Tirnidzi).

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya pengabdian kepada Allah terdiri dari sepuluh bahagian, dan yang sembilan bahagian dari itu adalah sikap diam."(HR Ibnu Abi Dunya).

Hunad Ibn As-Sari dalam kitab Az-Zuhud meriwayatkan hadis dari Abu Dzar Al-Ghifari, Rasulullah SAW bersabda, "Belumkah aku beritahukan pada kalian ehwal ibadah paling ringan dan mudah bagi badan? (ia adalah) diam dan berakhlak baik."

Mereka adalah para wali Allah, yang dalam rahsia-Nya tersembunyi, dilindungi, diberkati dan dirahmati-Nya.

Keempat, manusia yang berlidah dan berhati. Mereka adalah orang-orang yang diundang ke dunia ghaib, yang dibalut pakaian kemuliaan, hal seperti yang disebut dalam Hadis, "Barangsiapa yang mengetahui dan bertindak sesuai pengetahuannya dan memberikannya kepada orang lain, maka dia akan diundang ke dunia ghaib dan menjadi mulia." (HR An-Nasa'i)

Mereka ini adalah orang 'alim yang memiliki pengetahuan tentang Allah dan tanda-Nya. Hatinya menjadi penyimpan pengetahuan yang langka tentang-Nya, dan Dia menganugerahkan kepadanya rahsia-rahsia yang disembunyikan-Nya dari yang lain. Dia memilihnya, mendekatinya, membimbingnya, memperluas hatinya agar bisa menampung rahsia dan pengetahuan hingga menjadikannya pekerja di jalan-Nya, penyeru hamba-hamba-Nya kepada kebajikan, pengingat akan siksaan perbuatan-perbuatan keji dan menjadi hujjatullah di tengah mereka.

Mereka menjadi pemandu, pembimbing, perantara, seorang shiddiq dan saksi Al-Haqq, wakil para Nabi, dan pilihan Allah.

-- Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam kitab Adb as-Suluk wa at-Tawasul ila Manazil al-Muluk.

Semalam Adalah Sejarah, Esok Adalah Rahsia tetapi Harini Adalah Kenyataan


gambar sekadar hiasan

Setiap yang berlaku pada hari semalam dan apa yang bakal berlaku di hari ke depan, telah ditetapkan oleh Allah.

Biarpun rasanya sulit, tetapi kau akan tetap mampu hadap dan buat.

Jika terasa tak mampu sangat, angkat tangan dan mengadu pada Yang Maha Kuat. Kerana disitulah kekuatan yang akan kau dapat.

Sungguh! Kau takkan dapat lalui semua ini andai tak dapat bantuan dari Dia.

Bahkan apa-apa yang berlaku ini, terjadi dengan izin Dia jua.

Andai kau usaha sedaya apapun, jika Allah tidak perkenankan. Maka tidaklah terjadi perihal tersebut. Begitulah jua di sebaliknya.

Cumanya — jangan terlalu bersedih andai tak tergenggam apa yang dimahukan, sebaliknya selalu tunduk dan akur apa yang telah ditetapkan.

Barangkali ia jelas nampak teruk, tetapi disisi Allah itulah yang terbaik. Kan ?

Put faith in Him ! 


Habib Umar tentang Hati



۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

PESAN DARI HABIB UMAR TENTANG HATI.

“Ada manusia yang mana amalannya seperti gunung di dunia, akan tetapi di akhirat umpama debu yang berterbangan, kerana hatinya.

Kedengkian sesama muslim itu adalah penyakit, jadilah kamu seorang da'i, yakni yang mengajak, dan bukannya seorang qadi, yakni yang menghukum. Semua para wali Allah itu, diangkat darjatnya, oleh Allah, kerana hatinya yang bersih, tidak sombong, tidak dengki, dan selalu merendah diri.

Sebagai tanda jika Allah ‎تعالى ingin menutupi semua kejahatanmu, Maka Allah akan jadikan dirimu senang menutupi aib orang lain. Dan ketika Allah ingin membuka aibmu, Allah jadikan pula dirimu suka mencari-cari aib atau kekurangan orang lain.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan orang yang merendah diri, dan, tidak suka mencari cari aib atau kekurangan orang lain.”

[Habib Umar bin Hafidz]