Saturday 8 June 2019

Adab Aidil Fitri: Jangan Menghina Hadiah Pemberian Seseorang Walaupun Hanya Kuku Kambing

Adab Aidil Fitri: Jangan Menghina Hadiah Pemberian Seseorang Walaupun Hanya Kuku Kambing

ADAB AIDILFITRI : JANGAN MENGHINA HADIAH PEMBERIAN SESEORANG WALAUPUN HANYA KUKU KAMBING

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w bersabda:

يا نساء المسلمات ! لا تحقرن جارة لجارتها، ولو فرسن شاة.

“Wahai wanita-wanita muslimat! Janganlah seorang jiran wanita menghina (hadiah atau pemberian) jirannya, walaupun hanya kuku kambing “

Hadis ini bermaksud janganlah dia memperkecilkan pemberian jirannya sehingga sanggup menolaknya walaupun pemberian itu hanyalah berupa firsin, iaitu bahagian pergelangan kaki ke bawah di kaki hadapan kambing. Pendapat lain mengatakan firsin ialah tulang yang kurang daging. Ataupun maksudnya ialah janganlah seseorang itu merasa rendah diri hingga perasaan itu menghalang untuk dia menghadiahkannya kepada jiran. Sebaliknya hendaklah dia tetap menghulurkannya kerana cara ini akan mengeratkan kemesraan.

 Hadis riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w bersabda:

لو دعيت ألى ذراع أو كراع، لأجبت. ولو أهدي إلى ذراع أو كراع، لقبلت.

"Jikalau saya dijemput untuk makan lengan atau betis (kambing dan sebagainya), nescaya saya akan menyahut jemputan itu. Jikalau lengan atau betis (kambing dan sebagainya) dihadiahkan kepadaku, nescaya saya akan menerimanya.

Semoga masyarakat Islam terhindar daripada gejala tidak sihat ini.

No comments:

Post a Comment