Saturday 20 July 2019

Face App Antara Aplikasi Yang Berbahaya

Face App Antara Aplikasi Yang Berbahaya


Sentiasa berhati-hati dengan online/social media apps.

Kebelakangan ini ramai yang terjebak dengan aplikasi FaceApp terkini yang mengubah wajah menjadi tua. Memang menarik dan menjadi hiburan.

Walau bagaimanapun, pakar keselamatan telah menyatakan kebimbangan tentang aplikasi yang berasal dari Rusia ini. Tanpa disedari, kita telah memberi izin kepada pihak ketiga memperolehi data peribadi kita yang boleh dikongsi merentas sempadan.

Bila kita upload gambar swafoto (selfie) untuk aplikasi ini, kita telah memberi izin kepada syarikat tersebut:
- Gambar itu boleh digunakan di luar negara.
- boleh digunakan dalam teknologi pengecaman wajah (facial recognition).
- boleh digunakan, dihasilkan semula, diubahsuai, diadaptasi, diterbitkan, diterjemah, disebarkan, dan sebagainya.
- Kandungan Pengguna, nama, username (yang diguna sekarang atau kemudian nanti) boleh dipaparkan kepada umum.

Lindungi diri, lindungi keluarga di alam siber.

Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir
Kumpulan Keselamatan Maklumat
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Putra Malaysia

19.07.2019

-----------
Read this before using FaceApp — you give up more personal data than you realize on this Russian-made app

No comments:

Post a Comment