Wednesday 7 August 2019

Berhati-hati Jika Merasakan Perkara Ini




ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

RIYA' adalah seorang yang mengharapkan pangkat dan pandangan manusia dalam hal beribadah dan melakukan kebaikan, atau seseorang yang melakukan ibadah bagi mendapatkan manfaat dunia, seperti harta atau pujian.
Ia merupakan sifat tercela. Hukumnya haram dan merupakan syirik kecil.

Ia sangat ditakuti Rasulullah menimpa ummat-nya :

عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ« إِنَّ أَخْوَفَ مَاأَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ». قَالُواوَمَا الشِّرْكُ الأَصْغَرُ يَارَسُولَ اللَّهِ قَالَ « الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِىَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُواإِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِى الدُّنْيَا فَانْظُرُواهَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً »

Maksudnya: "Dari Mahmud ibn Labid, Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan akan menimpa kamu adalah syirik asghor.” Para Sahabat bertanya: “Apa itu syirik asghor, wahai Rasulullah...?” Baginda [] bersabda: “riya’. Allah berkata pada mereka yang berbuat riya’ pada hari Kiamat ketika manusia mendapat balasan atas amalan mereka : "Pergilah kamu pada orang yang kamu tujukan perbuatan riya’ di dunia. Lalu lihatlah apakah kamu mendapatkan balasan dari mereka...?".
(Hadith Rowahu Ahmad).

Sabda Baginda lagi di dalam hadith yang lain :

إن الله حرم الجنة على كل مراء

Maksudnya: "Sesungguhnya Allālah mengharamkan Syurga bagi orang yang riya'."
(Hadith rowahu Abu Na'im dan Ad-Dailami daripada Abi Sa'id Al-Khudri Radhiyallahu 'anhu).

Dalam satu riwayat yang lain oleh Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu;
"Bau Syurga itu dicium daripada jarak perjalanan 500 tahun. Dia tidak akan menciumnya bagi mereka yang menuntut (habuan) dunia dengan amalan Akhirat."
(Hadith Rowahu Ad-Dailami).
Demikianlah kebinasaan yang disebabkan penyakit hati ini. Justeru, marilah kita sama berusahalah untuk menjauhinya. Biarlah tidak ada manusia yang mengetahui apa yang kita lakukan asalkan ia ada pada pandangan ALlāh .
Namun ingat, jangan pula meninggalkan amalan kebaikan hanya kerana dengan alasan disebabkan takut dikatakan riya'. Kerana meninggalkan kebaikan kerana manusia juga dinamakan riya'.

No comments:

Post a Comment