Wednesday, 27 February 2019

Pastikah tidur kita berteman?


ASSALAMUALAIKUM WBT

#SALAMSUBUH


Tidur Berwuduk Ditemani Malaikat

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: طَهِّرُوا هَذِهِ الْأَجْسَادَ طَهَّرَكُمُ اللهُ فَإِنَّهُ لَيْسَ عَبْدٌ يَبِيتُ طَاهِرًا إِلَّا بَاتَ مَعَهُ مَلَكٌ فِي شِعَارِهِ لَا يَنْقَلِبُ سَاعَةً مِنَ اللَّيْلِ إِلَّا قَالَ: اللهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا.

Dari Ibnu Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Sucikanlah badan-badan kalian, semoga Allah mensucikan kalian, kerana tidak ada seorang hamba pun yang tidur malam dalam keadaan suci (berwuduk) melainkan Malaikat akan bersamanya di dalam syi’aar (pakaiannya), dia tidak membalikkan badannya di waktu malam tersebut melainkan Malaikat akan berdoa untuknya: ‘Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini, kerana ia tidur malam dalam keadaan suci.’” (HR at-Tobarani di dalam kitab al-Ausath dengan sanad jayyid.” (Ibid, I/409).

Pengajaran:

1.  Rasulullah SAW mengajar adab sebelum tidur agar membersihkan badan dari hadas serta berwuduk.

2.  Orang yang bersih dari najis dan berwuduk ketika tidur, Malaikat akan bersama sebagai teman dengannya sepanjang ia tidur.

3.  Malaikat yang diutus oleh Allah SWT memohon ampunan untuknya setiap kali ia membalikkan badannya pada malam tersebut dan ketika ia bangun dari tidurnya.

4.  Malaikat berdoa untuk orang yang bersih dan bersuci semasa tidur:

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلَانٍ فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا

 ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan ini kerana tidur dalam keadaan suci.'

5.  Al-Hafidz Ibnu Hajar menjelaskan beberapa manfaat berwuduk sebelum tidur antaranya orang yang tidur dalam keadaan suci, jika kematian menjemputnya, dia berada dalam keadaan sempurna. Manfaat lain adalah untuk mengundang mimpi yang baik, dan dijauhkan dari permainan syaitan ketika tidur. (Fathul Bari, 11/110).

23hb Januari 2019
17hb Jamadil Awal 1440
25187
@islamitu_indah
Farah Wahida Ab Rahim

Melintas Hadapan Orang Solat?


Mahu Lintas Depan Orang Solat?

Dia yang salah, pergi solat dekat laluan orang....

Memanglah ada laluan lain, tetapi jauhlah nak pusing....

Mari kita renung hadis di bawah:

قَالَ أَبُو جُهَيْمٍ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :
Abu Juhaim radiallahu 'anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لَوْ يَعْلَمُ الْمَارُّ بَيْنَ يَدَيِ الْمُصَلِّي مَاذَا عَلَيْهِ ،
Seandainya orang yang melintas di hadapan orang solat tahu apa yang akan menimpanya,

لَكَانَ أَنْ يَقِفَ أَرْبَعِينَ خَيْرًا لَهُ مِنْ أَنْ يَمُرَّ بَيْنَ يَدَيْهِ " ،
berhenti menunggu selama empat puluh itu lebih baik daripada dia melintas di hadapan orang solat.

قَالَ أَبُو النَّضْرِ : لَا أَدْرِي ، أَقَالَ أَرْبَعِينَ يَوْمًا أَوْ شَهْرًا أَوْ سَنَةً .
Abu an-Nadhr berkata: Aku tidak pasti adakah beliau berkata 40 hari, atau bulan atau tahun.

[Sahih al-Bukhari, Kitab as-Solat, hadis no: 482]

Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani menukilkan perkataan Al-Imam An-Nawawi rahimahullah:

قال النووي : فيه دليل على تحريم المرور ، فإن معنى الحديث النهي الأكيد والوعيد الشديد على ذلك
Padanya terdapat dalil HARAM melintas (di hadapan orang yang solat). Sesungguhnya maksud hadis menunjukkan larangan yang keras dan balasan dosa yang berat ke atas perlakuan tersebut. [Fathul Bari]

Baca detil di sini
http://alkahfi.com.my/melintas-hadapan-orang-solat/

Sunday, 24 February 2019

Sedikit dari kuliah...


*sambungan....*
Food For Thought from..
SELINGKAR KISAH, SEDIKIT DARI KULIAH SUBUH DAN MAGHRIB HARI SABTU*

Assalamu’alaikum..

Alhamdulillah. Sehabis malam gelap gulita, lahir pagi membawa keindahan. Itulah kehidupan kita selaku manusia...serupa alam.
Tiada awan di langit yang tetap selamanya. Tiada mungkin akan terus menerus terang cuaca. Maka,
Kekallah sentiasa berdoa pada yang Esa untuk kesenangan di sini dan di sana.

..Mohon maaf kerana tidak sempat menyambung “jentikan hati” untuk diri sendiri seperti yang di janjikan semalam. Ianya kerana terpaksa memandu ke Bestari Jaya hantar anak hafiz ke Sekolah Smart Tahfiz selepas kawannya tidak jadi saing menaiki MRT dan Grab pulang ke asrama. Terus membataskan masa.

*Sedikit dari Kuliah subuh Pagi sabtu..*

Saya bertanya pada si anak yang ditinggalkan di surau al amin untuk kuliah subuh pagi sabtu lalu bersama Ustaz Fauzi Ariffin, apa kah pengisian yang dia dapat dari kuliah subuh itu. Katanya: “sedekah itu boleh mengubati kesakitan kita”
... moga bertambah lah ilmu mu wahai anakku.

Rasulullah SAW bersabda:
“Ubatilah orang yang sakit di antara kamu dgn sedekah.”
 (Abu Dawud, At Thabarani dan Al Baihaqi)

Dari Ibnul Qayyim rahimahullah
“Sedekah memiliki pengaruh yang ajaib dlm mencegah berbagai bala’, walaupun sedekah dari seorang fajir (ahli maksiat) atau zalim bah kan dari orang kafir. Kerana Allah mencegah berbagai bala’ dengan sedekah. Hal ini telah diketahui oleh manusia awam ataupun tidak. Penduduk bumi mengakui hal ini kerana mereja telah buktikannya”

*Sedikit dari Kuliah Maghrib Malam ahad petang sabtu..*

Sewaktu perjalanan menuju ke Kg Baru, seusai solat di Masjid Kem WarDieBurn Setapak, terasa rindu pada majlis ilmu di surau al amin. Terimakasih pada AJK Dakwah surua al Amin kerana saya dpt mengikuti kulaih Ustaz Najib Taha secara “LiVE” di YouTube.

*Kelebihan Salam..larangan untuk isteri menjawab salam lelaki bukan mahram secara yang menarik perhatian* ustaz Najib Taha..

Dikisahkan bagaimana seorang kawan Ustaz ke rumah seorang ustaz dan ketika memberi beberapa kali salam. Akhirnya, ada satu suara garau yang kasar menjawab : “Waalaikumsalam, ustaz tiada di rumah.” Kawan ustaz tu ingatkan rumah ustaz ada makhluk lain tapi bila di tanya ustaz, itulah isterinya.

Ada ulamak berpendapat hukum suara wanita bukanlah aurat sekali pun jika wanita bercakap dgn lelaki bukan mahramnya. Yang dilarang oleh kebanyakan ulamak adalah wanita melunakkan suara dengan tujuan menggoda. itu khususnya dalam bab suara.. belum masuk isi percakapan lagi.

“Wahai isteri isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu berkata kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan katankata yang baik (sesuai dan sopan).” - dari surah al-Ahzab ayat 32.

*Akhir kalam*

Nota tamat disini. Terimakasih kpd anak dan isteri saya yang ikut mendengar kuliah LIVE ketika di dlm kereta, semoga kami semua beramal dgn ilmu ilmu yang sedikit ini secara istiqamah.

Mana yang baik itu dari Allah, yang kurang baik itu dari kelemahan diri saya sendiri. Dan ini semua tertuju pada saya dan ahli ahli keluarga saya.

MOGA ADA MANAFAAT UTK SEMUA..

Wassalam
*Ncs*
#ApiAmarahTersimbahDiKuliahSubuhPagiAhadAkibatKurangAdab..
#SolatlahDanJagalahAkhlak

Kelebihan Membaca Al-Quran



*SERUAN MUKMIN*

Kelebihan Membaca Al-Quran

Daripada Hadrat Ali ra. bahawa sesiapa yang membaca al-quran ketika berdiri dalam solah akan mendapat seratus pahala bagi setiap huruf.
*Sesiapa yang membaca al-quran dalam solah dalam keadaan duduk akan diberi lima puluh pahala bagi setiap huruf.*
Sesiapa yang membaca al-quran di luar solah dalam keadaan berwudhuk akan mendapat dua puluh lima pahala.
*Sesiapa yang membaca al-quran tanpa berwudhuk akan mendapat sepuluh pahala.*
Sesiapa yang tidak membaca al-quran tetapi mendengar dengan penuh perhatian kepada bacaan orang lain pun mendapat pahala iaitu satu pahala bagi setiap huruf.

Marilah kita berusaha cari masa yang sesuai untuk membaca al-quran secara istiqamah. *Tuntutan al-quran QATAM 2x setahun*

*Fikir, syukur, zikir dan sabar.*
🕌🕌🕌🕌

Bagaimana emas boleh membantu saya untung dunia dan akhirat?

Soalan: Bagaimana emas boleh membantu saya untung dunia dan akhirat?

Jawapan: jawapan kepada soalan ini adalah seperti berikut.

Untuk mendapat untung di dunia, anda beli emas bagi tujuan berikut:

1. Mengelakkan kebocoran wang. Kalau anda tak tahu simpan duit, asyik terbelanja, terguna dan terpakai, maka emas adalah ubat penyakit anda.

Undang-undang kekayaan menyebut; kayu ukur bagi prestasi kewangan anda, bukan bergantung kepada berapa banyak income anda, tetapi kayu ukur kewangan anda sebenarnya adalah....

“Berapa banyak duit yang anda BOLEH SIMPAN daripada keseluruhan income anda”.

Jadi, bila tukar duit jadi emas, InsyaAllah anda mampu menyimpan income anda.

2. Setiap wang kertas dalam dunia, dicipta untuk hilang nilainya dalam jangka masa panjang.

Kenapa? Sebab ada inflasi.

Kenapa inflasi diperlukan? Salah satu sebab adalah, Inflasi akan memaksa orang ramai membelanjakan duit sekarang kerana di masa hadapan, harga barang dan perkhidmatan semakin meningkat. 

Dalam ekonomi, spending is good. Ia menggerakkan enjin ekonomi. Namun, overspending is bad. Berhutang untuk berbelanja is bad.

Sebab itu, duit perlu dilaburkan.

Duit anda perlu ditukar kepada aset-aset yang kalis inflasi seperti emas.

Dalam jangka panjang, kenaikan harga emas boleh kalahkan inflasi, dan jika ada lonjakan harga emas, ia menguntungkan anda.

Kemudian, bagaimana emas boleh menguntungkan saya di akhirat?

Jawapannya, tengok poster Pusat Zakat negeri Sembilan dibawah 👇👇

Apabila anda menyimpan emas yang cukup haul dan nisab, maka anda dah layak untuk mengeluarkan zakat.

Ia bukan sekadar menyucikan harta, malah zakat yang ditunaikan adalah pelaburan akhirat anda.

Itu dia. Cara anda dapat untung dunia dan akhirat dengan emas 😄

Sekian.
Syukor Hashim
19/2/2018

#SilakanShare
#PelaburanEmas
#UntungDuniaUntungAkhirat

Kisah Inspirasi Jutawan Melayu Low Profile Yang Mempunyai Aset Kekayaan Bernilai Lebih RM40 Juta

#Kisah inspirasi Jutawan Melayu  “low profile” yang mempunyai aset kekayaan bernilai lebih RM 40 juta. Sila baca di sini

#Kisahjutawanmelayu
#TnHajiZaidAbdullah
#Kisahinspirasi

Non Muslim Di Malaysia, Berhentilah Dari Berbicara Dan Mempersoalkan Kredibiliti Nabi Muhammad s.a.w


Kesian,  Dia terima maklumat dgn cara yg salah..

Kalau kenal boleh kongsi maklumat ini,  utk dia lebih faham.. 👇

Non Muslim Di Malaysia, Berhentilah Dari Berbicara Dan Mempersoalkan Kredibiliti Nabi Muhammad s.a.w

Penganut agama lain suka menghina Islam tanpa mereka sedar ttg  banyak kekurangan/kelemahan agama mereka.

Viral hari ini, seorang pengguna Facebook berbangsa Cina dan dipercayai beragama Kristian menulis satu hinaan terhadap Nabi Muhammad SAW, dihina sebagai orang tua gatal atau gila $ek$ yang kahwin dengan budak (pedofil). Sudah semestinya perkara ini membangkit kemarahan orang Islam.

Saya terjumpa 1 video ini, daripada Page "Move On Malaysia", yang menerangkan kenapa dan bagaimana Nabi Muhammad SAW menikahi Aishah RA. Anda boleh baca tulisan terjemahan saya ini jika anda mahu Bahasa Malaysia, atau anda boleh lihat video berdurasi 4 minit untuk Bahasa Inggeris:

---

Kenapa Aishah menikahi Nabi Muhammad pada usia muda?

Orang terfikir dan mempersoalkan, adakah Nabi Muhammad menikahi seorang kanak-kanak? Adakah ini amalan biasa 1400 tahun dahulu? Apakah hikmah di sebalik semua ini?

Berdasarkan (salah satu) sumber yang dipercayai, Nabi Muhammad menikahi Aishah ketika Aishah berusia 6 tahun dan mulai bersama ketika Aishah berusia 9 tahun.

Tetapi, penting untuk kita faham konteks sejarah.

Sebagai contoh, ralat jika kita persoalkan jenis susu yang orang minum pada 1400 tahun yang lalu, atau mempersoalkan jenis enjin yang mereka guna pada 1400 tahun yang lalu.

Justeru, kita perlu faham perkara, isu dan budaya pada 1400 tahun lalu adalah sangat berbeza berbanding sekarang. Masa berubah sekaligus manusia juga berubah.

Pada 1400 tahun lalu, menjadi kebiasaan untuk orang perempuan bernikah pada usia muda. Sejarah membuktikan orang perempuan berkahwin pada usia 9 hingga 14 tahun di Eropah, Asia, Afrika dan America.

Sebagai contoh,
1. Saint Augustine (350Masihi), seorang paderi Kristian, menikahi kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun.
2. King Richard II (1400M), seorang Raja England dan Lord of Ireland, menikahi kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun.
3. Henry VIII (1500M), Raja England, menikahi kanak-kanak perempuan berumur 6 tahun.

Dalam Bible,
"... but save for yourselves every GIRL who has never slept with a man." (Numbers 31: 17-18)

Dalam Ensiklopedia Katolik,
Mary (Maryam), ibu kepada Jesus (Nabi Isa), berumur 12 tahun ketika bernikah dengan Joseph yang berumur 99 tahun.

Sebelum tahun 1929, para orang besar Gereja England boleh bernikah dengan orang (atau kanak-kanak) perempuan berusia 12 tahun di Britain.

Sebelum tahun 1983, undang-undang Katolik membenarkan paderi untuk bernikah dengan  orang (atau kanak-kanak) perempuan berusia 12 tahun di Britain.

Ramai orang tidak tahu bahawa di  Amerika Syarikat pada 1880, umur minimum untuk bernikah adalah 7 tahun di Delaware dan di California, umur minimum adalah 10 tahun. Bahkan sekarang, umur dibenarkan bernikah adalah 12 tahun di Massachusett (MA), 13 tahun di New Hampshire (NH) dan 14 tahun di New York (NY).

Pada zaman Nabi Muhammad, masyarakat yang memusuhi Nabi Muhammad menggunakan pelbagai caram, strategi dan kutukan untuk menjatuhkan Nabi Muhammad. Mereka berusaha mencari peluang untuk menyerang Nabi Muhammad dari segi lisan dan fizikal. Contoh serangan lisan adalah menggelarkan Nabi Muhammad sebagai ahli magis, nujum, ahli sihir dan orang gila. Tetapi mereka tidak pernah menjadikan pernikahan Nabi Muhammad dan Aishah sebagai modal, poin atau target serangan, kejian dan kutukan. Kenapa?

Sebab ini adalah norm (kebiasaan) masyarakat dan manusia ketika itu.

Adakah anda tahu....
1. Sejak bernikah pada usia 25 tahun sehingga kematian isteri pertama yang bernama Khadijah pada usia Nabi Muhammad 54 tahun, Nabi Muhammad hanya mempunyai 1 isteri iaitu Khadijah sahaja.
2. Ketika pernikahan, Khadijah adalah janda, bukan anak dara.
3. Ketika pernikahan, Khadijah berumur 40 tahun iaitu 15 tahun lebih tua berbanding Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad menghabiskan masa mudanya bersama Khadijah.

Nabi Muhammad komited pada pernikahan bersama Khadijah sehingga hari kematian Khadijah dan selepas kematian Khadijah, Nabi Muhammad menjaga hubungan baik dengan saudara-mara dan rakan-rakan Khadijah. Ini membuktikan betapa setianya Nabi Muhammad.

Bagaimana pula dengan Aishah? Adakah Aishah seorang kanak-kanak ketika bernikah dengan Nabi Muhammad?

Paling utama, penting untuk kita tahu Islam tidak membenarkan seseorang bernikah dengan seseorang yang belum cukup umur (baligh).

Umur bagi kematangan atau cukup umur baligh (age of puberty) berbeza berdasarkan masa dan tempat.

Kajian saintifik membuktikan kanak-kanak perempuan mencapai umur baligh dalam rangka umur 9 hingga 15 tahun (LiveScience.com). Bahkan faktor cuaca tempatan juga menjadi faktor utama seseorang kanak-kanak perempuan mencapai umur puberti (rujukan: Women: An historical, Gynecological and Anthropological Compendium).

Jadi, adakah Aishah seorang yang belum baligh, belum cukup umur dan belum matang? Tidak, Aishah sebenarnya sudah cukup umur.

Jadi apa hikmahnya pernikahan antara Nabi Muhammad dan Aishah ini?

Tuhan tahu apa yang terbaik. Pernikahan Nabi Muhammad dan Aishah adalah suruhan/arahan daripada Allah.

Aishah menarasi lebih 2200 hadis daripada Nabi Muhammad, yang menjadi panduan umat Islam. Aishah adalah seorang yang cukup cerdik, dan disebabkan hubungan rapat dengan Nabi Muhammad sejak kecil itulah Aishah dapat sangat banyak belajar daripada Nabi Muhammad, akhirnya berperanan penting menjadi guru, pakar dan rujukan dalam Islam.

Nabi Muhammad tidak pernah mendidik umat Islam untuk mengikut nafsu, tetapi Nabi Muhammad menyuruh umat Islam mengawal nafsu.

Para sahabat Nabi Muhammad menceritakan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang yang sangat sopan, dan menjelaskan Nabi Muhammad ini mempunyai sifat malu melebihi sifat malu seorang anak gadis.

Nabi Muhammad menutup muka kerana malu apabila ditanya berkaitan perkara sensitif.

Nabi Muhammad mengajar agama itu terletak pada moraliti dan moraliti Islam terletak pada sifat malu dan kesederhanaannya.

---

Saya sangat berharap orang non-Muslim di Malaysia ini berhentilah berbicara dan mempersoalkan kredibiliti Nabi Muhammad, tak kisahlah apa isu sekalipun.

Kita hidup bersama secara harmoni sejak dahulu dan tiada keperluan pun tiba-tiba nak memecah-belahkan keamanan ini sekarang.

Kamu jagalah agama kamu dan kami jaga agama kami.

Bagi kamu agama kamu dan bagi kami agama kami.

Kami tidak hina agama kamu jadi kamu jangan hina agama kami, atau apa sahaja berkaitan dengannya.

TERIMA KASIH. #KisahMasyarakat #InspirasiDrSyahr 18/02/2019

Dipersilakan SHARE, diizinkan 100%.

Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=542257299603195

http://syahrmusafir.com/kenapa-nabi-muhammad-nikahi-aishah-pedofil-ke/


Saturday, 23 February 2019

Ketika Harta Bukanlah Segalanya

" KETIKA HARTA BUKANLAH SEGALANYA "

Foto ini diambil dirumah sakit Harbin (Tiongkok), seorang pasien kanker membawa tas penuh uang meminta dokter menyelamatkan hidupnya dan dia punya banyak uang untuk membayarnya ...

Tapi dokter bilang dia tak bisa melakukan apapun karena kankernya sudah stadium akhir ..

Dia begitu marah dan frustasi sehingga ia melemparkan uang di seluruh koridor rumah sakit.
Sambil berteriak : " Apa gunanya memiliki uang ....!!! " apa gunanya memiliki uang !!!!.

Uang tidak dapat memiliki kesehatan , uang tidak dapat membeli waktu , uang tidak dapat membeli kehidupan..

Sungguh pelajaran bagi kita untuk selalu menjaga kesehatan, beramal kebaikan demi bekal menuju akhirat dan berdoa, supaya umur kita bermanfaat meskipun pendek ataupun panjang ....

Yang berkata aamiin semoga dijauhkan dari sgala jenis sakit penyakit.. aamiin 😢😢😢

Friday, 22 February 2019

Khutbah Jumaat JDT 22 Feb 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 22 Februari 2019
                17 Jamadil Akhir 1440
TAJUK  : Hidup Berhikmah Satu
               Tuntutan

1) Firman Allah Surah An-nahl/125 bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhan mu (wahai Muhammad) dgn hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yg baik.............................
...............sesungguhnya Tuhan mu Dialah jua yg lebih mengetahui akan orng yg sesat dari jalanNya dan Dialah jua yg lebih mengetahui akn orng2 yg mendapat hidayah petunjuk".

2) Petunjuk  berdakwah- manusia ada bermacam2 jenis; dakwah secara berhikmah; digariskan oleh ajaran islam; mengajak manusia ke jalan kebenaran; pilih kaedah sesuai; beri nasihat ikut suasana, keadaan, keperibadian seseorng.

3) Maksud hikmah- pengetahuan yg mendalam dan pertimbangan yg waras ketika menentukn tindakan; ambil kira sebab dan kesan yg timbul akibat tindakan; akibat keputusan yg ingin dibuat.

4) Hikmah- anugerah Allah paling berharga; Allah ajar semua Nabi tentang hikmah; mreka paling istimewa dan paling berilmu; manusia layak miliki hikmah dari kalangan yg beriman.

5) Berhikmah dlm kehidupan- tuntutan agama; meliputi pemikiran perkataan tindakan; meliputi setiap individu; melangkaui jantina kedudukn dn agama; menatijahkan sesuatu yg baik.

6) Orang yg dianugerahi hikmah- punyai ilmu mendalam; mampu mengamalknnya; benar dlm perkataan dn perbuatan; menempatkn sesuatu pd tempatnya dgn adil; mampu memahami dn menerapkn hukum Allah.

7) Hikmah juga merujuk kpd perbuatan akhlak mulia spt firman Allah Surah Al-furqan/63 bermaksud: "Dan hamba2 (Allah) ar-rohman (yg diridhoiNya) ialah mreka yg berjalan di bumi dgn sopan santun dn apabila orng2 yg berkelakuan kurang adab, hadapkn kata2 kpd mreka, mreka menjawab dgn perkataan yg selamat dari perkara yg tidak di ingini".

8) Sifat hikmah- sesuai utk mengurus apa jua urusan; bila2 masa mana2 tempat dlm apa2 keadaan; mengajak masyarakat menjaga hubungan dgn Allah dn sesama manusia; dgn pendekatan yg mudah; berperingkat2; ikut tahap kemampuan masyarakt; beri impak baik dari penyampaian yg berkesan.

9) Kelebihan berhikmah :-
9.1) miliki keyakinan dlm melaksanakn kebenaran
9.2) jadikan iman dan ilmu asas utama
9.3) mampu sampaikn ilmu dgn pelbagai pendekatan
9.4) miliki semangat juang dgn melaksanakn amr maaruf nahi munkar
9.5) berfikiran positif dlm mencari penyelesaian
9.6) perkataan dn perbuatan berlandaskn Al-quran dn Sunnah Rasul SAW

10) Firman Allah Surah Al-baqarah/269 bermaksud: "Allah memberikn hikmah kebijaksanaan (ilmu yg berguna) kpd sesiapa yg di kehendakiNya (menurut aturan yg di tentukanNya)......................................
dan tiadalah yg dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkn orng2 yg menggunakn akal fikirannya".

                  بارك الله لي ولكم ...

Akhirat di Hatimu, Dunia di Tangan, Dan....?

*Akhirat di Hatimu, Dunia di Tangan, Dan....?*

Assalamu’alaikum...

Tahniah subuh berjemaah dirumahNya..

Salam pagi sabtu, selepas jumaat berlalu begitu sahaja. Tapi ada juga yang berjaya meraih kebaikan2 berada di hari jumaat. Semoga kita termasuk didlm golongan itu..

Malam tadi sempat berada di majlis ilmu bersama Ustaz Fairuz. Walaupun tiba lewat dan sudah hampir berasa di penghujung kuliah tapi tetap masuk duduk di baris depan. Moga ada rahmat Allah pd kelakuan itu. Di hujungnya ada satu kata kata Ustaz Fairuz yang mencetus perkongsian pagi ini..

“Dunia di tangan, akhirat di hati..” janganlah sebaliknya.
Jaga jaga jangan sampai kita semakin jauh dgn kita, biarlah Allah melihat kita selalu.. kalau kita tinggal solat kita semakin jauh dgn Allah dan kita spt tiada Allah dlm hati..” - Ustaz Fairuz Mohamad @ Surau Al Amin

*Penggalian....*

Dari kata2 ustaz fairuz itu saya tambah satu lagi...
“dunia di tangan, akhirat fi hati kerana mati di Pelupuk Mata..”

Kita hidup didunia ini hanya untuk mengembara sesaat, tujuan kita hidup adalah untuk mencari ketenangan abadi kelak dinegeri akhirat. Dimana saat itu manusia sudah tidak akan terbeban oleh nafsu, sebab semuanya akan tercipta indah dan suci.

Memang hanya akhiratlah yang seharusnya menjadi visi utama, dunia misinya. Kita mesti jalani kehidupan sebagai khalifah dibumi dan juga pemakmur bumi.

Sama2 kita maksimakan sisa usia kita, menebar kebaikan bagi sesama, agar kelak jika kematian tiba, kita tersenyum indah dengan khusnul khotimah.

Dengan cara apa kita melakukannya? Yaitu dengan cara menjadikan akhirat dihati, dunia ditangan, dan kematian dipelupuk mata.

Hiduplah Dengan Selalu Merasa Bahwa Dunia Ini Hanya Jambatan Semata Untuk Mendapat Kehidupan Yang Abadi Kelak

Sessungguhnya, saat kita merasa bahwa dunia ini adalah jambatan, tentu kita tidak akan merasa bangga dengan apa apa yang kita capai didunia ini.

Genggamlah Dunia Ditangan, Agar Senantiasa kendalikan Kehidupan

..saat kita menjadikan dunia hanya sebuah batu loncatan semata, maka dunia dan seisinya mudah kita kendali kan. Tetapi saat dunia kita jadikan batu pijakan, maka diri ini akan terkendali dengan gemerlapnya dunia, dunia akan senantiasa membuat kita terpukau dan lupa bahwa kehidupan yang kita miliki didunia ini hanyalah sementara.

Jadikan Akhirat Selalu Dihatimu, Agar Kau Senantiasa Lalui Kehidupan Ini Merujuk Pada Allah


jika akhirat sudah dihati, Allah akan terasa dekat dengan kita, maka saat kita melaksanakan segala sesuatu yang sudah menjadi kewajipan kita sebagai seorang muslim tentu hati ini tidak akan pernah merasa terbebani, walau hanya sedikit.

*Akhir kalam*

Ingatlah Kematian Dipelupuk Mata kita, Agar Kau Tidak berLengah Dalam Beramar Ma’ruf Dan Bernahi Munkar

... ingatlah bahwa maut itu akan menjemput kita bila bila saja, jangan pernah bosan untuk terus beramar ma’ruf dan bernahi munkar. Letakkan kematian dipelupuk mata, agar setiap sesuatu yang ingin kau kerjakan, kita jaga dengan sempurna. Sehingga menabung kebaikan pun tak pernah lupa, walau hanya sedetik.

Teruslah Merasa Bahwa Allah Begitu Dekat Denganmu, moga dpt Lalui Kehidupan Ini Sempurna Sampai Akhirat...

Allah begitu dekat dengan kita, lalui kehidupan ini dgn sempurna sampai akhirat.  Saat kita merasa Allah selalu bersama kita, kehidupan yang kita miliki dikendali dengan baik, kerana dalam segala sesuatunya kita tak pernah lupa untuk libatkan Allah dalam setiap inci kehidupan kita.

Semoga bermanafaat

Wassalam
Suntingan
*Ncs*

Laporan Jemaah Ipoh 40 Hari Takaza Ke Gambia

Subject: LAPORAN JEMAAH IPOH 40 HARI TAKAZAR KE GAMBIA.

AsSalaam.

Alhamdulillah jemaah kami telah sampai di Gambia pada pagi Jumaat 4 Jan 2019 >< jam 2 pagi dan terus ke Markaz Masjid Bundung >< 10 KM dari Airport Banjul. Kami disambut oleh Amer Shahab Osman dan rakan dengan 2 pajero. Urusan clearance di pejabat Imigresen dibuat oleh mereka.

Kami telah mendapat karguzari usaha persiapan untuk Ijtimak Gambia pada 18-20 Januari 2019 daripada Syura.

Di Gambia ada 36 Halkah dan 11 Zone. Setiap zone terdiri daripada 2 hingga 5 Halkah.

Terdapat 2 Markaz di Gambia iaitu di Bundung dan di Basse >< 300 KM dari Bundung.

Buat masa ini 6 jemaah luar negara sedang berusaha di Gambia, 5 jemaah negara Afrika dan 1 jemaah Pakistan setahun baki masa 5 bulan di Gambia seramai 7 orang.

Pada hari Sabtu@5 Jan, kami di hantar ke mohalla Masjid Kanifing Estate, di Zone 3 selama 3 hari. 5 karkon 40 hari dan 1 karkon 4 bulan.

Hadir jord Halkah Asar hingga Isyak, 1 jemaah 5 orang telah sedia visa dan tiket untuk hadir mesyuarat Gambia di Nizamuddin pada 8-12 Februari 2019. Beberapa Jemaah 4 bulan dan 40 hari telah di bentuk untuk keluar pada Ijtimak. 8 orang sedia bagi masa Asar hingga Israk sehingga hari ijtimak.

Selasa dan Rabu pindah ke Bakau Central Masjid. 6 orang karkon 4 bulan dan 8 orang karkon 40 hari. Buat jord kedua kehadiran 20 orang dengan jamuan seekor kambing. Targhib untuk usaha persiapan ijtimak dan susun kerja di Zone 3.

Jumaat dan Sabtu balik ke Markaz, jemaah dari UP (Nizamuddin) 4 bulan seramai 8 orang dan jemaah 40 hari daripada Peranchis seramai 6 orang tiba di markas.

Jemaah daripada Amerika dan elders daripada Nizamuddin di jangka hadir sebelum Ijtimak. In Syaa Alloh.

Kami ditasykil ke Masjid Kachicaal Bakau dan akan balik ke Markaz pada hari Khamis untuk persiapan ijtimak Gambia.

2 orang bekas pelajar UPM, Dr Ameen dan Abu Bakar boleh terjemah Bahasa Melayu. Dr Ameen bersama kami kerana kami keluar di Zone dan Halkahnya. Abu Bakar sedang keluar 40 hari namun dapat jumpa di markas.

Semoga ijtimak Gambia berjaya dapat keluarkan seberapa banyak jemaah dan capai sasaran untuk hadir mesyuarat di Nizamuddin seramai 25 orang. In Syaa Alloh. Aamiinn...

Wassalam

Sketsa Malam Jumaat

*SKETSA MALAM JUMAAT...*
Tazkirah Ringkas dalam Cerita...

Assalamualaikum Jumaat, yang indah lagi penuh barakah..

Malam jumaat ketiga setiap bulan Surau Al Amin, majlis tahlil perdana akan berlangsung. Malam tadi berkejar balik ke Surau Al amin BTHO selepas solat berjemaah maghrib di surau Al amin Seksyen 8 Bangi. Di sana ada pertemuan dgn sahabat seperjuangan perniagaan. Terima kasih Allah kerana takdirkan kami bertemu di rumah Mu. Moga moga kami sama2 dalam rahmat Mu.

Tiba di surau Al Amin, para jemaah sedang berzikir tahlil  لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ..
Selesai solat sunat ba’diyah isya’, ketika para jemaah sudah pun ke tempat menjamu selera yang disediaka, saya berteluku lama berdoa sambil memohon keampunan padaNya selepas satu lagi hari yang sedih kerana solat solat juga tapi berdosa tetap berdosa juga. Jauh benar bezanya antara Iman dan taqwa. Kemudian saya tutup dengan Al Mulk, moga moga ada lah sedikit perlindungan dari azab kubur kalau saya mati nanti. Saya cuba beramal dengan AlMulk pada setiap malam, moga diberi istiqamah.

Selepas makan, menjadi adab kami di Surau Al Amin membasuh pinggan atau mangkuk yang kami gunakan di basin yang disediakan.
“hai Haji, lama dok berdoa kat depan tadi?” tiba tiba abang yg juga sedang membasuh pinggan sebelah saya menegur. “Lumrah bang, hari ini macam macam dosa lagi, dalam pada dok ikhtiar solat berjemaah di surau, cuba jadi baik pun tapi masih dok “accident” juga lagi”’ saya menjawab. “ Tu lah tengok lain macam jer kat depan tadi tapi eloklah sebab sedar selalu dan bertaubat selalu” sambungnya lagi. “ Itu berusaha juga solat berjemaah mendengar majlis ilmu setiap hari, kalau saya tak ingat nak solat berjemaah tak reti nak duduk di majlis ilmu, saya tak tahulah apa nak jadi pada saya” menyambung perbualan kami. “ Yang tak datang solat berjemaah kat masjid2 surau tu, tak pe.. mereka dah rasa mereka dah masuk syurga” sinis abang tadi menyambung perbualan kami. Saya tersenyum sendirian.

“ Ok,!bang tak pe lah saya nak ke Pejabat ustaz Rashidi ada tallaqi tahsin alquran kat sana..” saya menutup perbualan kami. “iyo lah” jawab abang tanpa memandang saya tapi tangan terus menambah pahala membasuh pinggan mangkuk bekas makan jemaah lain.

Semoga kita diberi taufiq hidayah oleh Allah untuk terus kekal berada di landasan Islam sehingga akhir hayat. Wahai NCS, kamu Berdosa akan tetap berdosa tapi carilah jalan untuk sentiasa bertaubat dan jgn putus asa dengan rahmat Allah.

“Apabila saya perintahkan kamu, hendaklah kamu lakukan yang termampu daripadanya, dan apabila saya melarang kamu dari sesuatu perkara, hendaklah kamu tinggalkannya.” (Riwayat Muslim)

Begegar dalam jiwa bila membaca hadis di atas. Lemahnya taqwa dlm beriman pd Allah dan RasulNya. Mohon segeralah ya Allah perbaiki Iman dan Taqwa kami. Sentiasalah periksa Iman dan Taqwa kita..

*AKHIR KALAM..*

Saay sudahi tazkirah untuk diri sendiri pada pagi Jumaat yang mulia ini dengan satu lagi hadis :

“Seorang hamba tak akan dapat capai tingkat muttaqin sehingga ia meninggalkan apa2 yang tidak
berdosa kerana khuatir terjerumus pada apa yang berdosa.”

ALLAHUAKBAR..😭

Hitung hitunglah diri dan hati kita sendiri.

Wallahu’alam.

Wassalam

Insan Yang sentiasa Berdosa
*NCS*

Sahabat melihat gambar gambar Rasul a.s. dari simpanan Heraklius


Sahabat melihat gambar-gambar Rasul a.s dari simpanan Heraklius

Imam al-Hakim (penulis kitab al-Mustadrak) mengatakan, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Abdullah ibnu Ishaq al-Baghawi, telah menceritakan kepada kami Ibrahim ibnul Aisam al-Baladi, telah menceritakan kepada kami Abdul Aziz ibnu Muslim ibnu Idris, telah menceritakan kepada kami Abdullah ibnu Idris, dari Syurahbil ibnu Muslim, dari Abu Umamah al-Bahili, dari Hisyam ibnul 'As al-Umawi r.a yang menceritakan bahawa dia dan seorang lelaki lain diutus untuk menemui Heraklius (Hercules, Raja Romawi) untuk mengajaknya masuk Islam.

"Kami berangkat, dan ketika kami sampai di al-Ghautah (bahagian dari kota Dimasyq / Damsyiq) kami turun istirehat di perkampungan Al-Jabalah ibnul Aiham Al-Ghassani. Lalu kami masuk menemuinya, tiba-tiba kami jumpai dia berada di atas singgahsananya. Dia mengirimkan utusannya kepada kami agar kami berbicara dengannya, tetapi kami mengatakan, "Demi Allah, kami tidak akan berbicara kepada utusan. Sesungguhnya kami diutus hanya untuk menemui raja (kalian). Jika kami diberi izin untuk masuk, maka kami akan berbicara langsung dengannya; dan jika tidak, kami tidak akan berbicara kepada utusan."

Kemudian utusan Jabalah ibnul Aiham kembali kepadanya dan menceritakan segala sesuatunya kepadanya. Akhirnya kami diberi izin untuk menemuinya, lalu Jabalah berkata, "Berbicaralah kalian." Maka Hisyam ibnul 'As berbicara dengannya dan menyerunya untuk memeluk agama Islam.

Ternyata Jabalah memakai pakatan hitam, maka Hisyam bertanya kepadanya, "Pakaian apakah yang engkau kenakan itu?" Jabalah menjawab, "Saya memakainya dan saya telah bersumpah bahawa saya tidak akan menanggalkannya sebelum mengusir kalian dari negeri Syam."

Kami berkata, "Majlismu ini, demi Allah, akan benar-benar kami rebut dari tangan kekuasaanmu, dan sesungguhnya kami akan merebut kerajaan rajamu yang paling besar, Insya Allah. Perkara ini telah diberitakan kepada kami oleh Nabi kami, iaitu Nabi Muhammad S.a.w."

Jabalah mengatakan, "Kalian bukanlah mereka, bahkan mereka adalah suatu kaum yang puasa siang harinya dan shalat pada malam harinya, maka bagaimanakah cara puasa kalian?"

Maka kami menceritakan cara puasa kami. Wajah Jabalah menjadi hitam (marah) dan berkata, "Berangkatlah kalian," dan dia menyertakan seorang utusan bersama kami untuk menghadap kepada Kaisar  (raja) Romawi.


Kami berangkat, dan ketika kami sudah dekat dengan ibu kota, berkatalah orang yang bersama kami, "Sesungguhnya haiwan kenderaan kalian ini dilarang memasuki ibu kota kerajaan. Jika kalian suka, maka kami akan membawa kalian dengan kenderaan kuda dan baghal." Kami menjawab, "Demi Allah, kami tidak akan masuk melainkan dengan memakai kenderaan ini."

Kemudian orang yang bersama kami itu mengirimkan utusan-nya kepada kaisar untuk menyampaikan bahawa para utusan kaum Muslim menolak peraturan tersebut. Akhirnya Raja Romawi memerintahkan kepada utusan itu untuk membawa kami masuk dengan kenderaan yang kami bawa.

Kami masuk ke dalam ibu kota dengan menyandang pedang-pedang kami, hingga sampailah kami pada salah satu bangunan milik Kaisar. Lalu kami istirehatkan unta kenderaan kami pada bahagian bawahnya, sedangkan Raja Romawi memandang kami.

Lalu kami ucapkan, "Tidak ada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar." Allah-lah yang mengetahui, kerana sesungguhnya bangunan itu mendadak menjadi bergegar seperti pohon kurma yang tertiup angin besar. Lalu raja mengirimkan utusan-nya kepada kami untuk menyampaikan, "Kalian tidak usah menggembar-gemburkan agama kalian kepada kami." Dan raja mengirimkan lagi utusan-nya untuk menyampaikan, "Silakan kalian masuk."

Maka kami masuk menghadapnya, sedangkan dia berada di atas singgahsananya, di hadapan para paderi Romawi. Segala sesuatu yang ada di majlisnya berwarna merah, raja sendiri memakai baju merah, dan segala sesuatu yang ada di sekitarnya semuanya berwarna merah.

Lalu kami mendekat kepadanya. Dia tertawa, lalu berkata, "Bagaimanakah menurut kalian jika kalian datang menghadap kepadaku dengan mengucapkan kalimat salam penghormatan yang berlaku di antara sesama kalian? Tiba-tiba di sisinya terdapat seorang lelaki yang fasih berbicara Arab lagi banyak bicara.

Maka kami menjawab, "Sesungguhnya salam penghormatan kami di antara sesama kami tidak halal bagimu, dan salam penghormatan kamu yang biasa kamu pakai tidak halal pula bagi kami memakainya." Raja menjawab, "Bagaimanakah ucapan salam penghormatan kalian di antara sesama kalian?" Kami menjawab, "Assalamu 'alaika." Raja bertanya, "Bagaimanakah caranya kalian mengucapkan salam penghormatan kepada raja kalian?" Kami menjawab, "Sama dengan kalimat itu." Raja bertanya, "Bagaimanakah kalian mendapat jawabannya?" Kami menjawab, "kalimat yang sama."

Raja bertanya, "Kalimat apakah yang paling besar dalam ucapan kalian?" Kami menjawab, "Tidak ada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar!" Ketika kami mengucapkan kalimah itu, hanya Allah-lah yang lebih mengetahui, tiba-tiba bangunan istana itu bergegar sehingga si raja mengangkat kepalanya memandang ke atas bangunan itu.

Raja berkata, "Kalimat yang baru saja kalian ucapkan membuat bangunan ini bergegar. Apakah setiap kali kalian mengucapkannya di dalam rumah kalian, lalu bilik-bilik kalian bergegar kerananya?" Kami menjawab, "Tidak, kami belum pernah melihat peristiwa ini kecuali hanya di tempatmu sekarang ini?"

Raja berkata, "Sesungguhnya aku mengharapkan seandainya saja setiap kali kalian mengucapkan segala sesuatu bergegar atas kalian. Dan sesungguhnya aku rela mengeluarkan separuh dari kerajaanku?" Kami bertanya, "Mengapa?" Dia menjawab, "Kerana sesungguhnya perkara itu lebih mudah dan lebih layak untuk dikatakan bukan merupakan perkara kenabian, dan bahawa perkara tersebut hanyalah terjadi semata-mata kerana perbuatan manusia."

Kemudian raja menanyai kami tentang tujuan kami, lalu kami menceritakan perkara itu kepadanya. Setelah itu raja bertanya, "Bagaimanakah shalat dan puasa kalian?" Kami menceritakan perkara itu kepadanya, lalu raja berkata. "Bangkitlah kalian." Kemudian dia memerintahkan agar menyediakan rumah yang baik dan tempat peristirehatan yang cukup buat kami, dan kami tinggal di sana selama tiga hari.

Pada suatu malam raja mengirimkan utusannya kepada kami, lalu kami masuk menemui raja, dan dia meminta agar kami mengulangi ucapan kami, maka kami mengulanginya. Sesudah itu dia memerintahkan agar dibawakan sesuatu yang berbentuk seperti kota yang cukup besar, dibuat dari emas. Di dalamnya terdapat rumah-rumah kecil yang masing-masingnya berpintu.

Raja membuka sebuah rumah dan membuka kuncinya, lalu mengeluarkan (dari dalamnya) selembar kain sutera hitam. Ketika kami membuka kain sutera itu, tiba-tiba padanya terdapat gambar merah, dan pada gambar yang merah itu terdapat gambar seorang lelaki yang bermata besar, lagi bahagian bawahnya besar, saya belum pernah melihat leher sepanjang yang dimilikinya. Ternyata lelaki itu tidak berjanggut, dan ternyata pada rambutnya terdapat dua tocang rambut yang paling indah di antara semua makhluk Allah. Lalu raja berkata, "Tahukah kalian gambar siapakah ini?" Kami menjawab, "Tidak." Dia berkata, "Ini adalah gambar Adam a.s." Ternyata Nabi Adam a.s. adalah orang yang sangat lebat rambutnya.

Kemudian raja membuka rumah yang lain, lalu mengeluarkan kain sutera berwarna hitam darinya. Tiba-tiba di dalamnya terdapat gambar orang yang berkulit putih, memiliki rambut yang kerinting, kedua matanya merah, berkepala besar, dan sangat bagus janggutnya. Lalu raja bertanya, "Tahukah kalian siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak." Raja berkata, "Dia adalah Nuh a.s."

Kemudian dia membuka pintu yang lain dan mengeluarkan kain sutera hitam lainnya, tiba-tiba di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki yang sangat putih, kedua matanya sangat indah, keningnya lebar, dan pipinya panjang (lonjong), sedangkan janggutnya berwarna putih, seakan-akan gambar lelaki itu tersenyum. Lalu raja bertanya, "Tahukah kalian, siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak." Dia berkata, "Orang ini adalah Ibrahim a.s."

Lalu raja membuka pintu yang lain (dan mengeluarkan kain sutera hitam) tiba-tiba padanya terdapat gambar orang yang putih, dan tiba-tiba - demi Allah - dia adalah Rasulullah S.a.w sendiri. Raja bertanya, "Tahukah kalian siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Ya. Orang ini adalah Muhammad, utusan Allah S.w.t." Kami menangis, dan raja bangkit berdiri sejenak, kemudian duduk lagi, lalu bertanya, "Demi Allah, benarkah gambar ini adalah dia (Nabi S.a.w)?" Kami menjawab, "Ya, sesungguhnya gambar ini adalah gambar dia, seakan-akan engkau sedang memandang kepadanya."

Raja memegang kain sutera itu sebentar seraya memandangnya, lalu berkata, "Ingatlah, sesungguhnya rumah ini adalah rumah yang terakhir, tetapi sengaja saya segerakan buat kalian untuk melihat apa yang ada pada kalian."

Kemudian raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan kain sutera hitam darinya, tiba-tiba padanya terdapat gambar seseorang yang hitam manis, dia adalah seorang lelaki yang berambut kerinting dengan mata yang agak cekung, tetapi pandangannya tajam, wajahnya murung, giginya bertumpang tindih, bibirnya dicebikkan seakan-akan sedang dalam keadaan marah. Raja bertanya, "Tahukah kalian siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak tahu." Raja berkata, "Dia adalah Musa a.s." Sedangkan di sebelahnya terdapat gambar seseorang yang mirip dengan-nya, hanya rambutnya berminyak, dahinya lebar, dan kedua matanya kelihatan agak juling. Raja itu bertanya, "Tahukah kalian siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak tahu." Raja berkata, "Orang ini adalah Harun ibnu Imran a.s."

Lalu raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan kain sutera putih dari dalamnya. Ternyata di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki hitam manis, tingginya pertengahan, dadanya bidang, dan seakan-akan sedang marah. Lalu si raja bertanya, "Tahukah kalian siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak." Dia menjawab bahawa orang tersebut adalah Lut a.s.

Kemudian raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan kain sutera berwarna putih, tiba-tiba padanya terdapat gambar seorang lelaki yang kulitnya putih kemerah-merahan dengan pinggang yang kecil dan memiliki wajah yang tampan. Lalu si raja bertanya, "Tahukah kalian siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak." Raja berkata, "Dia adalah Ishaq a.s."

Kemudian raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan kain sutera putih darinya, dan ternyata di dalamnya terdapat gambar seseorang yang mirip dengan Ishaq, hanya saja pada bibirnya terdapat tahi lalat. Raja bertanya, "Tahukah kalian, siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak tahu." Raja berkata, "Orang ini adalah Ya'qub a.s."

Lalu raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan darinya kain sutera yang berwarna hitam, di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki berkulit putih, berwajah tampan, berhidung mancung dengan tinggi yang cukup baik, pada wajahnya terpancar nur (cahaya), dan terbaca dari wajahnya petanda khusyu' dengan kulit yang putih kemerah-merahan. Raja bertanya, "Tahukah kalian siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak tahu." Raja berkata. "Orang ini adalah moyang nabi kalian, iaitu Nabi Ismail a.s."

Kemudian raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan darinya kain sutera putih, dan ternyata di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki yang mirip dengan Nabi Adam, hanya wajahnya bercahaya seperti mentari. Raja bertanya, "Tahukah kalian siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak tahu." Raja berkata, "Orang ini ialah Yusuf a.s."

Kemudian raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan darinya kain sutera putih, tiba-tiba di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki yang berkulit merah, kedua betisnya kecil, dan matanya rabun, sedangkan perutnya besar dan tingginya sedang, seraya menyandang pedang. Raja bertanya, "Tahukah kalian siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak." Raja berkata, "Orang ini adalah Daud a.s."

Lalu raja membuka pintu yang lain dan mengeluarkan darinya kain sutera putih, tiba-tiba di dalamnya terdapat gambar seorang lelaki yang bahagian bawahnya besar, kedua kakinya agak panjang seraya mengendarai kuda. Lalu raja bertanya, "Tahukah kalian, siapakah orang ini?" Kami menjawab, "Tidak." Raja berkata, "Orang ini adalah Sulaiman ibnu Daud a.s."

Kemudian raja membuka pintu yang lain, lalu mengeluarkan kain sutera hitam darinya, pada kain sutera itu terdapat gambar orang yang berpakaian putih, dan ternyata dia adalah seorang pemuda yang janggutnya berwarna hitam pekat, berambut lebat, kedua matanya indah, dan wajahnya tampan. Raja bertanya, "Tahukah kalian siapakah orang ini?" Kami menjawab. "Tidak." Raja berkata, "Orang ini adalah Isa ibnu Maryam a.s."

Kami bertanya, "Dari manakah kamu mendapatkan gambar-gambar ini? Kerana kami mengetahui bahawa gambar-gambar tersebut sesuai dengan gambar nabi-nabi yang dimaksudkan, mengingat kami melihat gambar nabi kami sama seperti yang tertera padanya."

Raja menjawab, "Sesungguhnya Adam a.s pernah memohon kepada Tuhannya agar Dia memperlihatkan kepadanya para nabi dari keturunannya, maka Allah menurunkan kepadanya gambar-gambar mereka. Gambar-gambar tersebut berada di dalam perbendaharaan Nabi Adam a.s. yang terletak di tempat tenggelamnya matahari. Kemudian dikeluarkan oleh Zul-Qarnain dari tempat penyimpanannya di tempat tenggelamnya matahari, lalu Zul-Qarnain menyerahkannya kepada Nabi Danial a.s."

Kemudian raja berkata, "Ingatlah, demi Allah, sesungguhnya peribadiku suka bila keluar dari kerajaanku, dan sesungguhnya aku nanti akan menjadi orang yang memiliki kerajaan yang paling kecil di antara kalian hingga aku mati."

Lalu raja memberikan kami hadiah dan ternyata hadiah yang diberikan-nya sangat baik, lalu dia melepas kami pulang. Ketika kami sampai pada Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a, kami ceritakan kepadanya semua yang telah kami lihat, demikian pula perkataan raja serta hadiah yang diberikannya kepada kami. Maka Abu Bakar menangis dan berkata, "Kasihan dia. Seandainya Allah menghendaki kebaikan baginya, nescaya dia melakukannya (masuk Islam)."

Kemudian Abu Bakar As-Siddiq berkata, "Telah menceritakan kepada kami Rasulullah S.a.w, bahawa mereka (orang-orang Nasrani) dan orang-orang Yahudi menjumpai sifat Nabi Muhammad S.a.w pada kitab yang ada pada mereka."

Perkara yang sama telah diketengahkan oleh Al-Hafidz Abu Bakar Al-Baihaqi dalam kitab Dalaailun Nubuwwah, dari Al-Hakim secara ijazah, lalu dia menuturkan kisah tersebut, sanad dari kisah ini tidak ada celanya.

Sahabat melihat gambar Nabi Muhammad S.a.w bersama Abu Bakr r.a

Al-Hafiz Abul Qasim at-Thabrani mengatakan, telah menceritakan kepada kami Musa ibnu Harun, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Idris ibnu Warraq ibnul Humaidi, telah menceritakan kepada kami Muhammad ibnu Umar ibnu Ibrahim (salah seorang anak lelaki Jubair ibnu Mut'im) yang mengatakan bahawa telah menceritakan kepadaku Ummu Usman, anak perempuan Sa'id (iaitu nenekku). Dari ayahnya (Sa'id ibnu Muhammad ibnu Jubair), dari ayahnya (Muhammad ibnu Jubair ibnu Mut'im) yang menceritakan, "Pada suatu hari dia berangkat menuju negeri Syam untuk berniaga. Ketika sampai di dataran rendah negeri Syam, saya ditemui oleh seorang lelaki dari kalangan Ahli Kitab. Lelaki Ahli Kitab itu berkata, "Apakah di kalangan kalian terdapat seorang lelaki yang menjadi nabi?" Saya menjawab, "Ya." Dia bertanya, "Apakah engkau mengenalnya jika aku perlihatkan gambarnya kepadamu?" Saya menjawab, "Ya. Lalu dia memasukkanku ke dalam sebuah rumah yang di dalamnya banyak terdapat gambar, tetapi saya tidak melihat gambar Nabi S.a.w.

Ketika kami dalam keadaan demikian, tiba-tiba masuklah seorang lelaki, lalu bertanya, "Sedang buat apakah kalian?" Maka kami ceritakan kepadanya perihal urusan kami. Lalu lelaki yang baru datang ini mengajak kami ke rumahnya. Ketika saya memasuki rumahnya, saya melihat gambar Nabi S.a.w, dan ternyata dalam gambar itu terdapat gambar seorang lelaki yang sedang memegang tumit Nabi S.a.w. Saya bertanya, "Siapakah lelaki yang sedang memegang tumitnya?" Dia menjawab, "Sesungguhnya tidak ada seorang nabi pun melainkan sesudahnya ada nabi yang lain. Kecuali nabi ini, kerana sesungguhnya tidak ada nabi lagi sesudahnya, dan lelaki yang memegang tumitnya ini adalah khalifah sesudahnya." Dan ternyata gambar lelaki itu sama dengan Abu Bakar r.a."

[Imam Ibnu Katsir - Tafsir Ibnu Katsir , Surah al-A'raaf : ayat 157]


Sifat-sifat Sahabat Nabi juga disebut dalam kitab Taurat


p/s: Allah Ta'ala telah menurunkan banyak bukti dari langit, bukan sahaja tentang sifat-sifat para nabi dan rasul dalam kitab umat Yahudi dan Nasrani, tetapi juga termasuk gambar-gambar mereka sekali. Tetapi kebanyakan mereka (Yahudi dan Nasrani) telah menyembunyikannya dari pengetahuan manusia. Sungguh besar kemungkaran yang mereka perbuat, sehinggakan ramai manusia menjadi tidak percaya kepada para rasul (termasuk Nabi Muhammad S.a.w).

"Orang-orang yang telah Kami beri Al-Kitab mengenalnya (Muhammad) seperti mereka mengenal anak-anak mereka sendiri,  dan sungguh segolongan di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal mereka mengetahui," (Surah Al-Baqarah : 146)

Wallahu a'lam .......

_Hadrat Giee_
_Don Manan al Cherasi_

💐🌴☘🌸🌼🎍🌷🍄🍃🎋

Muhasabah Malam Ini

MUHASABAH MALAM INI

Bila sebut tentang ujian,
Setiap dari kita ada ujianNya
Kerana dunia ini adalah
Tempatnya UJIAN.

Bila Allah menguji
kita ketahuilah
bahawa Dia sedang
Merindui kita.

Lalu dipanggilNya
kita dengan ujian

Setiap ujian itu
Ada satu Yang .
Allah mahu

Allah mahu kita
kembali padaNya.

Allah mahu mendengar
Rintihan kita padaNya

Allah mahu segala
Masalah kita
Dikongsikan bersamaNya

Allah amat mencintai kita

Dalam hadis sahih:
“Bila Allah mencintai suatu kaum
maka Dia memberikan mereka ujian"
(HR Ahmad).

Begitulah sayangNya ALLAH
Pabila menguji KITA

Adakah kita redha
Sebagai HAMBA sejati

Semoga kita adalah seorang hamba
yang dicintai dan mencintai Allah

#SALAM_JUMAAT
#SELAMAT_MALAM
#SALAM_KEMAAFAN

Tuesday, 19 February 2019

Jalan Yang Lurus


TAKDIR ALLAH TIDAK MUNGKIN  SALAH 

Ketika Allah menjadikan Engkau sihat atau sakit...

Ketika Allah membuatmu menangis atau tertawa...

Ketika Allah memilihkan jodoh untukmu...

Ketika Allah memilihmu menjadi orang kaya atau orang miskin...

Ketika Allah menjadikan anak2mu berbakti atau durhaka...

Ketika Allah memberikanmu pangkat atau melucutkannya darimu...

Ketika Allah membuatmu bangun dimalam hari untuk tahajjud atau membuatmu tertidur...

BAHKAN.........

Ketika Allah mentakdirkan Engkau sebagai penghuni syurga atau neraka...

YAKINLAH... bahawa ALLAH TIDAK MUNGKIN SALAH dalam keputusanNYA itu...

Hanya saja ilmumu yang singkat dan sangat terbatas membuatmu tidak mampu mengetahui semua rahsia disebalik semua kebijaksanaanNYA itu...

Maka mulailah untuk menyedari bahawa ilmu kitalah yang kecil....

:warning: Dan berhentilah menyalahkan Allah dalam kebijaksanaan TakdirNYA....

Ustaz Maududi Abdullah, hafizhahullah

@Kata_Mutiara_Bidadari :sparkling_heart:
:gem:Hanie_DJasmine

Sunday, 17 February 2019

Khutbah Jumaat JDT 15 Feb 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 15 Februari 2019
                 10 Jamadil Akhir 1440
TAJUK : Jangan Lalai Dgn segala
               Nikmat

1) Firman Allah Surah Ibrahim/34 bermaksud: "Dan Ia telah memberi kpd kamu sebahagian dari tiap2 apa jua yg kamu hajati....................
............ Sesungguhnya manusia (yg ingkar) sangat suka menempatkn sesuatu pd bukan tmptnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya".

2) Penjelasan ayat :-
2.1) Allah SWT telah menyediakan nikmat utk manusia
2.2) Allah SWT sentiasa memberi nikmat yg dipohon oleh manusia
2.3) Tanda kasih sayang Allah
2.4) Manusia tidak mampu menghitung nikmat Allah
2.5) Ada manusia mengkufuri nikmat Allah

3) Tujuan Allah kurnia pelbagai nikmat- Bukti kebesaran dan kekuasaanNya; Memudahkn urusan kehidupan manusia.

4) Nikmat sihat dan nikmat masa lapang sering dilupai manusia spt hadith bermaksud: "...........................
dua nikmat yg kebanyakn manusia sering lupa dan lalai iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang".
(HR: Imam Bokhari)

5) Nikmat sihat- nikmat yg sangat bernilai; paling berharga setelah nikmat iman dan nikmat islam; dapat melakukan ibadat serta pelbagai kegiatan; hidup sempurna;
lawan kpd rasa derita dan sakit; ada yg guna utk lakukn maksiat kpd Allah; kufur nikmat.

6) Nikmat masa lapang- bebas dpd sebarang pekerjaan; bebas dpd pertanggung jawaban dunia; lawan kpd rasa sangat sempit dgn beban kerja.

7) Pengisian masa lapang- berbincang perkara2 ilmu; hadir ke majlis2 ilmu; perbanyakn ibadat; tidak dilalaikn dgn perkara kurang berfaedah.

8) Kalau mensyukuri nikmat- Allah akn limpahkn pelbagai nikmat lagi

9) Kalau lalai nikmat- kesan buruk pd manusia; nikmat akn ditarik balik; kesempitan bidup; tidak mendapat keberkatan; terima azab Allah.

10) Firman Allah Surah An-nahl/112 bermaksud: "Dan (berhubung dgn hal kaum yg kufur ingkar) Allah memberikn satu misalan: sebuah negeri yg aman damai dan tenteram..............................................maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan yg meliputi
keseluruhannya di sebabkn apa yg mreka telah lakukan".

                  بارك الله لي ولكم ...

Khutbah Jumaat JDT 8 Feb 2019

*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
*INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT HARI INI.*

_Tarikh:_
*08 Februari 2019M*
*03 Jamadil Akhir 1440H*

_Tajuk:_
*ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.*

1.Firman Allaah Dlm Surah Ali-Imran/19 Bermaksud; "Sesungguhnya agama (yg benar dan diredhai) di sisi Allaah ialah islam...
dan (ingatlah) sesiapa yg kufur ingkar akan ayat2 keterangan Allaah maka sesungguhnya Allaah amat segera hitungan hisabNya".

2.  Islam - penyerahan diri manusia sepenuhnya dan seikhlasnya kpd Allaah spt geraklaku anggota zahir; amalan batin; jasmani dan rohani; akal dan perasaan; jiwa dan hati.

2.1.  Penyerahan Diri Kpd Allaah - merangkumi 4 perkara asas spt dlm bidang aqidah; ibadat; akhlaq dan dlm bidang perundangan @ syariat.

3.  Manusia Sebagai Khalifah Allaah - dituntut beriman; patuh segala perintah dan peraturan2 Allaah; Allaah utus para Rasul dn Nabi serta kitab2 sebagai panduan; Rasul SAW Rasul pembimbing terakhir; Manusia dituntut menyebarkan risalahNya.

4.  Sebagai Khalifah Di Muka Bumi - mesti ikut peraturan Allaah; demi keselamatan dan kesejahteraan dunia akhirat; pentingnya agama; tanpanya manusia tidak mampu makmurkan dunia dan melakukan kerja2 baik bagi faedah manusia.

5.  Dapatan dari ilmu2 islam juga mempelajari dan mengkaji al-Quran - ajaran islam amat sempurna; sesuai utk panduan hidup seharian;
Islam memberitahu bahawa;

5.1.  Allaah SWT menetapkan manusia menjadi khalifah di muka bumi.

5.2.  Manusia akan hidup semula setelah mati.

5.3.  Manusia perlu bersyukur atas segala nikmat kurniaanNya.

5.4.  Manusia perlu ikhlas mematuhi peraturan dan undang2 Allaah.

5.5.  Manusia hendaklah berakhlak mulia.

5.6.  Manusia perlu berani menegakkan kebenaran serta takut utk pelanggaran hukum Allaah.

5.7.  Bersikap sederhana dlm soal2 kehidupan.

6.  Firman Allaah Dlm Surah Al-Baqarah/138 Bermaksud; "(Katakanlah wahai orang2 yg beriman: agama islam yg kami telah sebati dgnnya) ialah celupan Allaah yg mencorakkan seluruh kehidupan kami dgn corak islam dan siapakah yg lebih baik celupannya dpd Allaah? (kami tetap percayakan Allaah) dan kpdNyalah kami beribadat".

                  بارك الله لي ولكم ...

Wednesday, 13 February 2019

Bagaimana Nak timbulkan Minat Bukan Islam Kepada Islam?

Bagaimana Nak timbulkan Minat Bukan Islam Kepada Islam?

Daripada Ustaz Abdul Somad :

Nikmat Islam
1-Kita ajak org masuk Islam sebenarnya bukan nak ajak dia masuk agama kita, tpi yg lebih tepat ialah sbb kita nak share nikmat islam kepada mereka.

2-Sebabkan islam martabat perempuan diangkat menjadi seorang yang sangat dimuliakan.

3-Lelaki diberi kelebihan sedikit berbanding perempuan (dri segi kekuatan, harta, daya kepimpinan, akal) bukan sbb Allah pilih kasih, tapi sebab Allah nak bagitahu yg laki dapat semua keistimewaan tu sbg bekalan drpd Allah untuk menjalankan tanggungjawab yang besar.

4-Syariat Islam datang tidaklah lain hanya untuk menjaga kemaslahatan umatnya, jangan sesekali kita pertikai apa hukum yg telah ditetapkan kepada kita.

5. Darjat orang yang beradab lebih tinggi daripada orang yang berilmu.

Kesimpulannya, banyakkanlah berzikir kpd Allah SWT dan berselawat kpd Nabi Muhammad SAW sebagai tanda bersyukurnya kita, kerana Allah dan rasulnya telah selamatkan kita drpd jurang api neraka dengan memberikan kita nikmat yang terbesar iaitu nikmat Islam.

Tuesday, 12 February 2019

Bayan Hadradji Maulana Saad DB Sifat Daei Bahagian 11

BAYAN HADRADJI MAULANA SAAD DB
SIFAT DAIE ( BHG11)

Tak sama solat di rumah dan solat di masjid. Begitu juga tak sama bagi syor dari rumah dan bagi syor dalam mesyuarat. Satu orang yang tak sanggup korbankan benda2 lain untuk hadir mesyuarat, dia anggap benda-benda lain lagi penting dari mesyuarat, maka Allah tak akan buka kefahaman kerja untuk dia. Orang yang boleh bagi cadangan yang baik dalam mesyuarat ialah orang yang sanggup buat pengorbanan atas semua benda yang lain untuk datang kepada mesyuarat. Orang macam ini Allah akan buka kefahaman kerja pada dia. Sangat penting untuk kita ihtimam dengan mesyuarat. Kita kena sanggup korbankan apa sahaja untuk hadirkan diri dalam mesyuarat.

Kita kena jaga ijtimaiyat dalam solat, begitu juga kena jaga ijtimaiyat dalam mesyuarat. Kita kena solat berjemaah. Dalam satu masjid, hanya satu jemaah boleh didirikan. Tak boleh buat banyak jemaah. Solat ada waktu tertentu dan pada waktu itulah semua orang kena datang.

Tidak ada dalam sirah Nabi s.a.w, ada dua solat. Hanya ada satu solat. Begitu juga dengan mesyuarat. Sebagaimana solat ada cara yang tertentu. Mesyuarat juga ada cara yang kita kena ikut. Solat ada imam walaupun 2 orang. Tapi kalau ada 100 orang pun, buat perkara yang sama, rukuk serentak, sujud serentak, tapi jika tak ada imam, maka ia tidak dikira sebagai solat berjemaah.

#Bhg11
#BayanMaulana #Malfuzat

Thursday, 7 February 2019

Hak-Hak Seorang Muslim

HAK-HAK SEORANG MUSLIM

1. Rasulullah SAW bersabda, "Berilah upah kepada kuli (pekerja) sebelum peluhnya kering." (Ibnu Majah)

2. Rasulullah SAW bersabda, "Dengarlah dengan penuh perhatian, berlaku baiklah terhadap isteri-isteri kamu kerana mereka ialah tawanan di sisi kamu. Kamu tidak memiliki apa-apa hak daripada mereka selain daripada mereka perlu menjaga kesucian diri mereka dan menjaga harta benda kamu. Namun, jika mereka melakukan perkara yang keji secara terang-terangan maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur mereka yakni jangan tidur bersama mereka namun mereka tetap tinggal di dalam rumah. Dan pukullah mereka dengan pukulan yang ringan. Selepas itu jika mereka kembali mentaati kamu maka janganlah kamu mencari apa-apa alasan (untuk menzalimi mereka). Dengarlah dengan penuh perhatian, sesungguhnya ada hak kamu yang menjadi tanggungjawab isteri kamu dan (demikian juga) ada hak mereka yang menjadi tanggungjawab kamu. Adapun hak kamu yang menjadi tanggungjawab isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu tidak suka memijak tilam-tilam kamu dan tidak membenarkan sesiapa yang kamu tidak suka memasuki rumah kamu. Dengarlah dengan penuh perhatian, hak isteri-isteri kamu yang menjadi tanggungjawab kamu ialah berlaku baik terhadap mereka dalam urusan pakaian dan makanan mereka yakni sediakan perkara-perkara itu sesuai dengan kemampuan kamu." (Tirmiżi)

3. Rasulullah SAW bersabda, "Jika saya memerintah sesiapa bersujud kepada seseorang pasti saya memerintahkan wanita-wanita supaya bersujud kepada suami mereka kerana besarnya hak terhadap suami yang Allah telah pertanggungjawabkan ke atas para wanita." (Abu Daud)

4. Rasulullah SAW bersabda, "Mana-mana isteri yang meninggal dunia sedangkan suaminya reda terhadapnya akan memasuki syurga." (Tirmiżi)

5. Sayyidatina Aisyah berkata, "Seorang wanita tua telah datang kepada Nabi SAW sedangkan pada masa itu Baginda berada di samping saya lalu Baginda berkata kepada wanita itu, "Siapakah kamu?" Beliau menjawab, "Saya ialah Juśamah Madaniyyah." Baginda berkata lagi, "Apakah hal kamu? Bagaimana keadaan kamu selepas kami (datang ke Madinah)?" Wanita itu menjawab, "Wahai Rasulullah, ibu dan ayah saya korbankan untuk tuan, kami berada dalam keadaan baik. Apabila wanita itu telah pergi maka saya bertanya (kehairanan), hai Rasulullah, tuan memberi perhatian yang begitu sekali kepada wanita tua itu?" Baginda menjawab, "Beliau selalu datang kepada kami semasa hayat Khadijah sedangkan layanan yang elok kepada kenalan lama ialah (tanda) iman." (Mustadrak Hakim dan Isobah)

6. Rasulullah SAW bersabda, "Tidak sepatutnya sorang lelaki mukmin membenci isterinya yang mukminah. Jika ada kelakuannya yang dibenci, terdapat juga kelakuannya yang lain yang disukai." (Muslim)

7. Rasulullah SAW bersabda Yang terbaik antara kamu ialah orang yang terbaik kepada ahli keluarganya dan aku ialah yang terbaik kepada ahli keluarga dalam kalangan kamu” (Ibnu Hibban)

8. Nabi SAW bersabda, "Mana-mana kumpulan orang yang makan bersama anak yatim maka syaitan tidak dapat menghampiri talam makanan mereka." (Tabarani: Majma uz-Zawa'id)

9. Seorang lelaki mengadu kepada Nabi SAW tentang hatinya yang keras maka Baginda bersabda, "Selalulah usapkan kepala anak yatim dan jamulah orang-orang miskin." (Musnad Ahmad: Majma uz-Zawa'id)

10. Nabi SAW bersabda, "Ganjaran orang yang berusaha menyempurnakan keperluan balu-balu dan orang-orang miskin ialah seperti ganjaran mujahid di jalan Allah SWT ataupun seumpama orang yang berpuasa pada waktu siang dan beribadat sepanjang malam." (Bukhari)

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi

Kisah Pemuda Beribu-Bapakan Babi

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah s.w.t. Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah s.w.t. .

Nabi Musa sering bertanya dan Allah s.w.t. akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah s.w.t. . "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah s.w.t pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu.

Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut.Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik.

Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah s.w.t. telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah s.w.t. itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah s.w.t. . Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menjadi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah s.w.t. agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah s.w.t. menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah s.w.t. masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah s.w.t. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah s.w.t. juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita
mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah s.w.t. supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah s.w.t .

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa yg berada di alam kubur.

Wednesday, 6 February 2019

8 Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan

*8 TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN*

1. Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi fokus untuk merubah diri sendiri.

2. Kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub.

3. Kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak berdendam dan simpan dalam hati.

4. Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan orang. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina orang.

5. Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan *mula mengakui kepandaian* , kebaikan dan kehebatan orang lain.

6. Kita *berhenti membandingkan* nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat kelebihan orang lain.

7. Kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .

8. Kita berhenti meletakkan *nilai kebahagiaan pada kebendaan* . Kita lebih menikmati "rasa kopi" dari menikmati "cantiknya cawan".

Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 8 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik.  Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal kebajikan.

Apabila kita sudah melepasi umur :

40an..Kita nilai hidup ini berbeza.

50an...kita menilai dunia ini hanyalah tempat persinggahan yg membina jiwa lebih kpd lebih memaaf dan redha.

60an..terasa lambaian kematian untuk menghadiri mahkamah Ilahi berada di hadapan pintu.

Kongsikan bersama dengan semua.😘

Penjelasan Isu Boikot Barangan Non Muslim oleh Dato Rusly Abdollah

*السَّلاَمُ َعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*INSYA ALLAH penjelasan yg terbaik!!!!*

https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1111438812369564&id=100005103663201


Ada yg bertanya, knp slps 60 thn baru tiba2 org Melayu nak tolak produk non Muslim? Knp tak dari dulu?
..
Jwbn saya: bhw pemboikotan produk non Muslim bukan dirancang awal dan bukan atas dasar rasis.
...
Ia juga bukan sesuatu yang tiba2 sebaliknya ia adalah reaksi kpd satu perbuatan tidak wajar yang telah lama berlaku.
..
Perbuatan oleh sebilangan pengeluar mknn non Muslim terhadap pengguna muslim.
(pengguna yg telah memberi sokongan padu kpd produk2 mereka sejak lebih 60 thn).
...
Sesungguhnya para pengguna Islam merasa amat kecewa dan terhina dgn kejadian berikut:
1. Kuaci "halal" direbus dgn tulang babi
2. Air kicap direndam bersama arang tulang babi
3. Stok rebusan mi kari terdapat kepala dan tulang babi
4. Belacan diproses bercampur ulat dan sisa mknn
5. Anjing berlari2 dan berguling di atas jemuran udang geragau, jemuran ikan asin,  asam Gelugor dan keropok.
6. Ayam tidak disembelih secara Islam
7. Penggunaan Rum dan lard secara berleluasa dlm pemprosesan bakery
8. Menguli doh dgn kaki
9. Membasuh sudu, pinggan dan mangkuk guna air longkang
10.penggunaan darah haiwan dlm pemprosesan bebola daging dan burger

Bahkan ada banyak lg perlanggaran dan pencabulan hak pengguna islam tlh dilakukan oleh pengeluar yg tidak bertanggungjawab.
Pelbagai protes dan aduan telah dibuat ttpi tidak mendatangkan kesan.

Maka kita harus melakukan sesuatu dalam usaha untuk melindungi kepentingan umat islam. Antara cara paling sopan dan aman ialah kami berhenti membeli produk yang meragukan demi menjaga kesihatan dan kesucian kepercayaan kami. Adakah ini dikatakan rasis?
...
Tidak timbul soal rasis atau chauvinis atau prejudis. Daripada anda menuduh orang Melayu rasis atau prejudis, lebih baik anda tingkatkan rasa sensitiviti anda, jadilah pengeluar yang bertanggungjawab dan ikut membantu bgm keselamatan dan kepentingan pengguna terutama pengguna Islam dapat diperbaiki.

------------------------------------------------------------

*HALALAN TOYYIBAN.*

Antara dalil ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi perintah supaya makan yang halal dan baik adalah seperti berikut:-

1) Surah al-Baqarah ayat 168, yang bermaksud; "Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik.."

2) Surah al-Baqarah ayat 172, yang bermaksud; "Wahai orang-orang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada ALLAH, jika kamu betul beribadat kepadaNYA."

3) Surah al-Maaidah ayat 88, yang bermaksud; "Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan ALLAH kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada ALLAH yang kepadaNYA sahaja kamu beriman."

SEMOGA LEBIH RAMAI PENGILANG & PENGELUAR MAKANAN & MINUMAN DARI KALANGAN UMAT ISLAM YANG DAPAT MEMENUHI PERMINTAAN MENYEDIAKAN PRODUK2 YG *HALALAN TOYYIBAN* KPD UMAT ISLAM & BKN ISLAM (INI YG SEPATUTNYA BERLAKU SEJAK DULU LG).. ALLAHUMMA AMIN.

Friday, 1 February 2019

Khutbah Jumaat JDT 1 Februari 2019

بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
 
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
Tarikh : 01 Februari 2019
              26 Jamadil Auwal 1440
Tajuk :  Sakaratul Maut
         
1) Fitrah kejadian manusia- saat kelahiran; alam kanak2; remaja; dewasa; umur tua; saat kematian; sakaratul maut; alam barzah; alam akhirat.

2) Firman Allah Surah Al-ambia'/35 bermaksud: "Tiap2 diri akn merasai mati dan Kami akn menguji kamu dgn kesusahan dan kesenangan sbgai cobaan dan kpd Kamilah kamu semua akn dikembalikn".

3) Kematian- boleh hadir secara perlahan2 spt sakit, umur tua; secara tiba2 spt kemalangan, bencana dll.

4) Sakaratul maut- permulaan kpd saat kematian; hadir samada seseorng dlm keadaan bersedia menghadapinya atau sebaliknya.

5) Firman Allah Surah Al-an'am/93 bermaksud: "......... dan sungguh ngeri sekiranya engkau melihat ketika orng yg zalim itu dlm penderitaan sakaratul maut (ketika hendak putus nyawa) sedang Malaikat2 pula menghulur tangan mreka (memukul dan menyiksa orng itu) sambil berkata dgn menengking dan mengejek keluarkanlah kamu dari tubuh kamu sendiri.............................................".

6) Ketika berlakunya sakaratul maut- tiada siapa yg boleh bantu; tiada lagi nikmat dunia; tiada anak isteri; tiada kaum kerabat kecuali amal ibadah; diperlihatkn amalan2 baik buruk sepintas lalu.

7) Ketika sedang sakaratul maut- hadir hasutan para syaitan; menuju jln kesesatan; hanya iman dan taqwa jln penyelamat; mudah terpengaruh jika semasa hayat tidak beriman tidak taat perintah Allah.

8) Muhasabah diri- ingat Kalimah Syahadah (Laa ilaa Ha illallah); nilai kembali ketaatan kita kpd Allah; pegangan aqidah kita; ibadah kita; hubungan dan sikap kita dgn makhluk2 Allah.

9) Semuanya benar- janji Allah; hidup dan mati; Syurga dan Neraka; sakaratul maut (siap bersedia menghadapinya).

10) Firman Allah Surah Ali-imran/185 bermaksud: "Tiap2 yg bernyawa akn merasai mati dan bahawasanya pd hari qiamat sahajalah akn disempurnakan balasan kamu...................................
Kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya tidak lain hanyalah kesenangan bagi orng2 yg terpedaya".

                  بارك الله لي ولكم ...