Sunday, 8 September 2019

Usahawan Muda 22 Tahun Viral dengan Mee Segera Viral Mymee Minda Tanpa Bahan Kimia, MSG & Lilin Pertama Di Malaysia

Usahawan Muda 22 Tahun Viral dengan Mee Segera Viral Mymee Minda Tanpa Bahan Kimia, MSG & Lilin Pertama Di Malaysia

Usahawan muda baru berusia 22 tahun berasal dari Penang telah mengharumkan nama negeri ini dengan mengeluarkan mee segera yang VIRAL la ni iaitu Mymee Minda.

Tanpa Bahan Kimia , MSG & Lilin yang Pertama Di Malaysia.😍100% halal sudah tentunya..
Menggunakan Teknologi Kurma Dan Kismis Untuk Memberi khasiat kepada Para Penggemar Mee Segera Di Malaysia ...

TAHNIAH Anak Muda ILyas Zulkiffli 👍





Wednesday, 4 September 2019

Muamalah yang betul


Mualah Cara Betul

assalam. pada pendapat saya yg fakir ini. perkara ini perlu diperhalusi dengan lebih terperinci. Ini kerana setiap tindakan Nabi saw ialah berdasarkan iman dan takwa semata-mata ingin menegakkan hukum Allah dan menjaga hak manusia.

Oleh itu, saya rasa kempen memboikot barangan bukan Islam bukan lah keutamaan, namun apa yang perlu di highlight kan ialah kempen belilah barangan keluaran muslim tanpa menyatakan boikot barangan lain. ini kerana persaingan yang sihat adalah lebih utama berbanding menyemai hasad dengki kepada bangsa lain.

Kita diajar membalas dengan setimpal atau kurang daripada itu ataupun meninggalkan niat untuk membalas ataupun membalas dengan kebaikan.

saya lihat kelemahan ekonomi Umat Islam bukanlah 100% salah bangsa lain melainkan diri kita sendiri perlu menimba ilmu ekonomi yang betul dari segi muamalat dan teknik berbisnes serta menggalakkan orang lain untuk belajar.

belajarlah muamalah cara Islam dan teknik bisnes yg betul.

saya sudah masuk kelas bisnes azizan osman, apa yg saya lihat ialah bangsa kita lemah bahagian marketing dan terlalu tumpu untuk advertising, lalu tak buat marketing yang betul, akhirnya mencari 1001 alasan atas kesalahan sendiri. ibarat menyalahkan pentas tetapi sebenarnya diri sendiri tidak pandai menari.

sebenarnya pemasaran dan pengiklanan ini sama penting dan paling utama ialah marketing.

belajar lah buat marketing dengan Allah dan buat marketing dalam bisnes cara yang betul.

baharulah persaingna yg sihat kita dapat jana ekonomi bangsa dan negara.

takut2 kita buat kempen boikot akhirnya orang Islam sebagai pekerja di syarikat bangsa lain teraniaya.

bukankah itu sudah menzalimi bangsa sendiri juga?

kalau kita nak kuatkan ekonomi umat Islam memang satu jalan yang sangat baik. tetapi buatlah dengan cara yang diajar Nabi saw.

ada satu kisah dalam hayatus sahabah, saya ada dengar ustaz baca kitab tu, pada zaman nabi dan sahabat, orang yang sudah faqih atau belajar muamalah sahaja yang pergi ke pasar untuk apa?

bukan untuk mengaut keuntungan semata. namun untuk mengamalkan agama, utk hidupkan sunnah, untuk memberi manfaat kepada orang lain, untuk tunjukkan keindahan islam yang sebenar, untuk bayar zakat dan banyak lagi kebaikan lain untuk agama dan ummat.

wallahualam.

https://madrasahdakwah.blogspot.com

Thursday, 15 August 2019

Keutamaan Puasa Tarwiyyah Dan Arofah


🌺*Puasa Itu Ganjaran*🌺

PUASA TARWIYAH (Jumaat, 8 Dzulhijjah / 9 Ogos 2019) ARAFAH (Sabtu , 9 Dzulhijjah / 10 ogos 2019).

Puasa sunah Tarwiyah dan Arafah sangat dianjurkan bagi umat muslim sedunia, agar kita dapat turut merasakan nikmatnya seperti yang dirasakan oleh para jama’ah haji. Namun, bagi jamaah haji sendiri haram hukumnya untuk berpuasa di hari Arafah 9 Dzulhijjah.

Adapun yang dimaksud dengan puasa Arafah adalah (Mengetahui) puasa yang dilaksanakan pada hari Arafah yakni pada tanggal 9 Dzulhijjah yaitu hari pada saat jama’ah haji melakukan wukuf dipadang Arafah.

Dan Puasa Tarwiyah adalah (Merenung atau berpikir) puasa yang dilaksanakan pada hari tarwiyah yakni 8 Dzulhijjah, hari sebelum hari wukuf.

KEUTAMAAN PUASA TARWIYAH DAN AROFAH
Adapun keutamaan puasa sunah Tarwiyah (8 Dzulhijjah) dan Arofah (9 Dzulhijjah) bagi orang yang tidak melaksanakan ibadah haji berdasarkan beberapa hadist Nabi Muhammad SAW adalah:

1. Barang siapa yang menjalankan Puasa Tarwiyah akan dihapus dosa satu tahun yang lalu yang telah terlewati.

2. Sedangkan yang berpuasa di hari Arofah akan dihapus dosa dua tahun (1 tahun yang lalu dan 1 tahun yang akan datang)

3. Dan yang melaksanakan dua puasa ini akan dianugrahi oleh Allah SWT dengan 10 macam kemuliaan, yaitu:

1. Allah akan memberi keberkahan pada kehidupannya.
2. Allah akan menambah harta.
3. Allah akan menjamin kehidupan rumah tangganya.
4. Allah akan membersihkan dirinya dari segala dosa dan kesalahan yang telah lalu.
5. Allah akan melipat gandakan amal dan ibadahnya.
6. Allah akan memudahkan kematiannya.
7. Allah akan menerangi kuburnya selama di alam Barzah.
8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di Padang Mahsyar.
9. Allah akan menyelamatkannya dari kejatuhan kedudukan di dunia ini.
10.Allah akan menaikkan martabatnya di sisi Allah SWT.

Alangkah banyak keberkahan dan kebahagiaan yang Allah berikan bagi orang yang menjalankan puasa Tarwiyah dan Arofah. Semoga kita termasuk di dalamnya.

NIAT

Do'a Niat Puasa Tarwiyah

‎*ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﺗﺮﻭﻳﻪ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ*

NAWAITU SAUMA TARWIYAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“ Saya berniat puasa Tarwiyah, sunat karena Allah ta’ala.”

Do'a Niat Puasa Arafah
‎*ﻧﻮﻳﺖ ﺻﻮﻡ ﻋﺮﻓﺔ ﺳﻨﺔ ﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ.*                       
NAWAITU SAUMA ARAFAH SUNNATAN LILLAHI TA’ALAH
“ Sahaja Aku berpuasa pada  hari  Arofah , sunat  karena Allah ta’ala.”

Sampaikanlah kepada Saudara2 kita.... Semuanya

Khutbah Hari Arafah 10 Ogos 2019 Bersamaan 9 Dzulhijjah 1440H


Hari Arafah

Pada 9 Zulhijjah 1440 hijrah bersamaan 10 Ogos 2019 masihi ini, akan disampaikan khutbah Arafah di Masjid Namirah yang berada di sempadan Arafah.

Khatib yang bertugas untuk kali ini adalah Syeikh Ustaz Dr. Muhammad bin Hussin Ali Syeikh, yang merupakan seorang anggota ulamak bagi Lajnah Fatwa di Arab Saudi.

Para jemaah haji yang sedang berwukuf di Arafah disunatkan untuk mendengar khutbah ini. Kemudian apabila masuk waktu solat, zohor dan asar ditunaikan qasar secara jamak taqdim. Selepas itu barulah diteruskan dengan ibadat berdoa, merintih kepada Tuhan.

Disebabkan khutbah ini disampaikan dalam bahasa Arab, Kerajaan Arab Saudi telah menyediakan penterjemah untuk beberapa bahasa dunia seperti Melayu, Inggeris, Urdu, Farsi, Perancis dan Mandarin.

Kalian boleh mendengarnya di sini: https://arafat.gph.gov.sa/

Tak kira berada di negara mana sekalipun, boleh nak ikut dengar sama. Zaman sekarang sudah maju, semuanya di hujung jari.

Waktu khutbah di Arab Saudi dijangka pada jam 12:30 tengah hari, bersamaan jam 5:30 petang waktu Malaysia.

Maklum dan kongsikan info ini kepada semua kenalan kalian yang sedang menunaikan ibadat haji tahun ini ya.

Itulah.

FB Najmi Farisham

https://arafat.gph.gov.sa/

Produk Keluaran Muslim 2019


Halalan Toyyiban

*NO 1..TUKAR JENAMA BERAS ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*
1.keluaran JUARA
2.keluaran FAIZA
3.keluaran ERA BAYAM
{NAGASARI RECOMMENDED}
4.FIKRI/FAIZ RICE

*NO 2..TUKAR JENAMA MINYAK MASAK ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*
1.LESONG
2.HAFEEZ
3.ALIF
4.SAJI
5.OLIFE
6.ADELA
7.apa2 jenama yg berlogo FGV {produk felda}.
8.DE'IBU {kop. FELCRA}
9.SYED

*NO 3.. TUKARKAN BOTOL KICAP & SOS ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*
1.JALEN
2.KIPAS UDANG
3.FAIZA
4.TAMIN
5.AGROMAS
6.MUDIM
7.ALIF
8. ADABI
9.ENAQ
10. HPA
11.FIKRI
12.TAYBAH

*NO 4..TUKAR JENAMA GULA PASIR ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*
1.CSR {WARNA MERAH}
2.GPT
3.GULA PERLIS

*NO 5..TUKAR JENAMA SUSU PEKAT & CAIR ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*
1.ALIF
2.SAJI
3.KRIMER 1 MALAYSIA
4.COOP 1 MALAYSIA

*NO 6..TUKAR JENAMA BIHUN ANDA..  Ke JENAMA MUSLIM ini👇🏽*
1.FAIZA
2.SUFI
3.TAMIM
4.FIKRI
5.NORANIS
6.AWEEN
7.TIGA TERATAI
8.JUARA SELERA
9.TAYBAH

*NO 7... .TUKAR JENAMA TIN SARDIN ANDA..  Ke jenama MUSLIM ini👇🏽*

1. King Cup
2. Pertima
3. Agromas (Fama)
4. HPA
5. Classfoods Sardin/Mackerel
6. Adabi
7.CHE' DIN

 *NO 8...TUKARKAN UBAT GIGI ANDA KE Jenama MUSLIM 👇🏽INI*

1.OLIVE HOUSE
2.TAYBAH
3.HALAL GEL
4.HPA
5.TIINERGY
6.AL MESWAK MUK'MIN
7.NAJWA

*NO 9...TUKARKAN  SYAMPU ANDA KE jenama MUSLIM 👇🏽ini*

*SYAMPU*
1.Shampoo Santan Myhome Lab
2.Shampu Nutri-M
3.Shampu Beluru HERBICS
4.Ih's Baby Product
5.Syampu SUCHI
6.Syampu Nurraysa
7.Syampu Secret Garden
8.D'herb

*NO 10 TUKARKAN JENAMA BISKUT & ROTI ANDA KE Jenama MUSLIM ini👇🏽*

1.biskut Royale Danish
2.biskut Beescuit
3.Biskut Baba Amin HPA RADIX
4.Biskut Agromas
5.ROTI&BISKUT LEKIR
5.ROTI GARDENIA
6.ROTI IKHWAN

*NO 11 TUKARKAN JENAMA TEPUNG GANDUM KE jenama MUSLIM ini 👇*

1.T.GANDUM FAIZA
2.T.GANDUM BIDARA
3.T.GANDUM HPA
4.T.GANDUM AGROMAS
5.T.GANDUM ADABI
6.T.GANDUM FIKRI

*NO 12 TUKARKAN JENAMA BERUS GIGI ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1.HPA
2.HALAGEL
3.NAJWA

*NO 13 TUKARKAN REMPAH MASAK ANDA ke JENAMA MUSLIM ini 👇*

1. ADABI
2.BRAHIMs
3.AGROMAS
4.FAEZA
5.IMANS
6.RASA BONDA
7.CAP BUNGA ROS
8.AN NUR
9.TOK MA
10.BESTA
11. MAK SITI

*NO 14 TUKARKAN GARAM ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1. HALAGEL hpa
2.TAMIN
3.ADABI
4.FAIZA
5.COOP 1 MALAYSIA
6.NEVGEL
7.HIMALAYA SANDORA
8.GU AVA 593
9.SYUKRAN

*NO 15 TUKARKAN KOPI ANDA  jenama MUSLIM ini 👇*

1. HANG TUAH
2.GANTANG
3.AGROMAS
4.ARSHAD
5. CHE NAH
6.RADIX
7. E MAN
8. LONGJACK ORG KAMPUNG
9. COFFEMAS
10.KASYAF CAFE
11.KOPI RUSA {WARISAN HJ NGAH}

*NO 16 :JOM TUKAR AIR MINERAL ANDA KE jenama MUSLIM INI👇🏽*

DAHAGA??JOM CARI
*AIR MINERAL BUMIPUTRA*
1.GAU
2.EDEN
3.FAIZA
4.OVEUN
5.AKIYA (trg)
6.deVIDA
7.HAFI
8.UMMAH
9.BUBBLES
10.AINUR
11.ALLA FONTE
12.MYDIN
13.GANU
14.AL KAUSAR
15.TASNIM

*NO 17 :JOM TUKAR JEM & MARJERIN SERTA SEKAYA ANDA KE jenama MUSLIM INI👇🏽*

1.JEM MUNG
2.AGROMAS SERIKAYA
3.ADELA MARJERIN
4.SERI PELANGI MARJERINE
5.SUN BEAR MENTEGA KCG
6.MARINA MARJERIN
7.GARDENIA SERIKAYA

*NO 18 :JOM TUKAR CUKA BUATAN ANDA KE jenama MUSLIM INI👇🏽*

1.B. G. E
2.RESTU
3.NR'S FAMILY ENTERPRISE
4.AL HIKAM
5.MUDIM

*NO 19 TUKARKAN PRODUK FROZEN ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1. RAMLY
2. ENNA{jejari ikan}
3. AYAMAS
4. AZMY{bebola daging}
5. IWANI{spring roll pastry}
6.EENAKI{begedel}
7.MURTABAK RAJA{raja ziarah}
8.ZOUL PIZZA


*NO 20 TUKARKAN  SABUN  ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1.PROFEZ
2.ENVEE
3.BIO SINAR {HALAL MART}
4.JASMINE 7
5.HANNA


*NO 21 TUKARKAN  PENCUCI PINGGAN ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1. AZ ZAIN
2. NUR BALQIS
3.TAYBAH

*NO 22 TUKARKAN  SANTAN ANDA ke jenama MUSLIM ini 👇*

1. Adabi
2. Agromas
3. Crystal
4. Khalis santan sawit

*Tolong tampal/forward kan ke status wasap anda*

Wednesday, 14 August 2019

Nasihat Lukman Al Hakim Kepada Anaknya Berkenaan Hakikat Hidup



Nasihat Lukman Al Hakim Kepada Anaknya Berkenaan Hakikat Hidup

Assaalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh

Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur'an adalah Lukman Al Hakim. Kenapa, tak lain, karena hidupnya penuh hikmah. Suatu hari ia pernah menasehati anaknya tentang hakikat hidup.

"Anakku, jika makanan telah memenuhi perutmu, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan malas untuk melakukan ibadah, dan hilang pulalah ketulusan dan kebersihan hati. Padahal hanya dengan hati bersih manusia bisa menikmati lezatnya berdzikir."

"Anakku, kalau sejak kecil engkau rajin belajar dan menuntut ilmu. Dewasa kelak engkau akan memetik buahnya dan menikmatinya."

"Anakku, ikutlah engkau pada orang-orang yang sedang menggotong jenazah, jangan kau ikut orang-orang yang hendak pergi ke pesta pernikahan. Karena jenazah akan mengingatkan engkau pada kehidupan yang akan datang. Sedangkan pesta pernikahan akan membangkitkan nafsu duniamu."

"Anakku, aku sudah pernah memikul batu-batu besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tapi tidak pernah kurasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

"Anakku, aku sudah merasakan semua benda yang pahit. Tapi tidak pernah kurasakan yang lebih pahit dari kemiskinan dan kehinaan."

"Anakku, aku sudah mengalami penderitaan dan bermacam kesusahan. Tetapi aku belum pernah merasakan penderitaan yang lebih susah daripada menanggung hutang."

"Anakku, sepanjang hidupku aku berpegang pada lapan wasiat para nabi. Kalimah itu adalah:

1. Jika kau beribadah pada Allah, jagalah pikiranmu baik-baik.
2. Jika kau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu.
3. Jika kau berada di tengah-tengah majelis, jagalah lidahmu.
4. Jika kau hadir dalam jamuan makan, jagalah perangaimu.
5. Ingatlah Allah selalu.
6. Ingatlah maut yang akan menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan pada orang lain.
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.

Thursday, 8 August 2019

Doa dan Zikir Hari Arafah

Petikan Kitab Kanz an-Najah Wa as-Surur
karya as-Syeikh Abdul Hamid bin Muhammad Ali Makki Asy-Syafie Rahimahullah ta'ala


Doa & Zikir Hari Arafah (Muat Turun Di Sini)

Disediakan dengan bantuan Allah SWT oleh :

Muhammad Hosnee bin Zainal Abidin al-Azhari ‘Amalahulullahu bi Lutfihi al-Khafiy.



Wednesday, 7 August 2019

Berhati-hati Jika Merasakan Perkara Ini




ASSALAMU'ALAIKUM WBT.

RIYA' adalah seorang yang mengharapkan pangkat dan pandangan manusia dalam hal beribadah dan melakukan kebaikan, atau seseorang yang melakukan ibadah bagi mendapatkan manfaat dunia, seperti harta atau pujian.
Ia merupakan sifat tercela. Hukumnya haram dan merupakan syirik kecil.

Ia sangat ditakuti Rasulullah menimpa ummat-nya :

عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ« إِنَّ أَخْوَفَ مَاأَخَافُ عَلَيْكُمُ الشِّرْكُ الأَصْغَرُ». قَالُواوَمَا الشِّرْكُ الأَصْغَرُ يَارَسُولَ اللَّهِ قَالَ « الرِّيَاءُ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِذَا جُزِىَ النَّاسُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُواإِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ فِى الدُّنْيَا فَانْظُرُواهَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً »

Maksudnya: "Dari Mahmud ibn Labid, Rasulullah bersabda : “Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan akan menimpa kamu adalah syirik asghor.” Para Sahabat bertanya: “Apa itu syirik asghor, wahai Rasulullah...?” Baginda [] bersabda: “riya’. Allah berkata pada mereka yang berbuat riya’ pada hari Kiamat ketika manusia mendapat balasan atas amalan mereka : "Pergilah kamu pada orang yang kamu tujukan perbuatan riya’ di dunia. Lalu lihatlah apakah kamu mendapatkan balasan dari mereka...?".
(Hadith Rowahu Ahmad).

Sabda Baginda lagi di dalam hadith yang lain :

إن الله حرم الجنة على كل مراء

Maksudnya: "Sesungguhnya Allālah mengharamkan Syurga bagi orang yang riya'."
(Hadith rowahu Abu Na'im dan Ad-Dailami daripada Abi Sa'id Al-Khudri Radhiyallahu 'anhu).

Dalam satu riwayat yang lain oleh Ibnu Abbas radhiyallahu 'anhu;
"Bau Syurga itu dicium daripada jarak perjalanan 500 tahun. Dia tidak akan menciumnya bagi mereka yang menuntut (habuan) dunia dengan amalan Akhirat."
(Hadith Rowahu Ad-Dailami).
Demikianlah kebinasaan yang disebabkan penyakit hati ini. Justeru, marilah kita sama berusahalah untuk menjauhinya. Biarlah tidak ada manusia yang mengetahui apa yang kita lakukan asalkan ia ada pada pandangan ALlāh .
Namun ingat, jangan pula meninggalkan amalan kebaikan hanya kerana dengan alasan disebabkan takut dikatakan riya'. Kerana meninggalkan kebaikan kerana manusia juga dinamakan riya'.

Ibadah Korban dan Petugasnya



ASSALAMUALAIKUM WBT

Upah Penyembelih dan Petugas Korban

عَنْ عَلِيٍّ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُومَ عَلَى بُدْنِهِ وَأَنْ أَتَصَدَّقَ بِلَحْمِهَا وَجُلُودِهَا وَأَجِلَّتِهَا وَأَنْ لَا أُعْطِيَ الْجَزَّارَ مِنْهَا قَالَ نَحْنُ نُعْطِيهِ مِنْ عِنْدِنَا

Daripada Ali RA ia berkata; "Aku disuruh Rasulullah SAW mengurus penyembelihan haiwan korban, menyedekahkan daging dan kulitnya, serta mengurus segala sesuatu yang berhubungan dengan kesempurnaan korban. Tetapi aku dilarang oleh baginda mengambil upah untuk tukang potong dari haiwan korban itu. Maka untuk upahnya kami ambilkan dari wang kami sendiri." (Sahih Muslim No: 2320) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Daging serta apa-apa sahaja daripada binatang korban hendaklah disedekahkan kepada yang berhak seperti fakir miskin juga jiran tetangga.

2. Memberi daging korban kepada penyembelih atau pelapah atau petugas sebagai upah hasil kerja yang mereka lakukan adalah dilarang kerana ia termasuk dalam hukum jual beli, iaitu menjual daging untuk membeli tenaga kerja mereka.

3. Imam an-Nawawi ketika mengulas hadis itu menyatakan dalam Syarah Sahih Muslim: “Hadis ini meminta agar kita tidak memberikan kepada penyembelih dan pelapah bahagian dari sembelihan korban kerana jika diberi kepadanya sebagai ganjaran kepada pekerjaannya sama ertinya dengan menjual satu bahagian dari bahagian korban kepada mereka. Ia tidak dibolehkan” (9/435 Cetakan Dar al-Khair, Beirut).

4. Telah sepakat al-Imam al-Syafii dan tokoh-tokoh mazhab al-Syafii bahawa tidak boleh sedikit pun dari sembelihan semasa haji dan `umrah dan sembelihan korban dijual. Sama ada ia korban nazar atau sunat. Hal ini termasuk daging, lemak, kulit, tanduk, bulu dan sebagainya. Tidak boleh pula kulit atau selainnya dijadikan upah untuk penyembelih. (8/419-420. Beirut: Dar al-Fikr)

5. Hadis ini bukan melarang memberikan upah kepada para penyembelih atau pelapah. Larangan hanya jika upah itu diambil dari bahagian korban. Upah itu boleh diberikan dalam bentuk lain seperti wang atau selainnya yang tidak dari bahagian korban. Kerja dan tenaga seseorang itu patut dibayar upah.

6. Saidina Ali menyebut: Untuk upahnya (penyembelih dan pelapah), kami ambil dari wang kami sendiri.

7. Walaupun begitu, jika diberi kepada penyembelih atau petugas dari apa yang dikorban disebabkan kemiskinannya atau sebagai hadiah kerana dia jiran dan sebagainya, maka ini tidak mengapa. (juz. 3/ m .s.633. ctk. Dar al-Fikr, Damsyik.)

Justeru itu, diingatkan kepada para petugas korban, JANGAN sekali-kali mengambil sendiri bahagian dari sembelihan korban sebagai habuan seperti kaki, kepala, ekor, perut dan lain-lain melainkan yang dihadiahkan oleh orang yang berkorban atau yang diterima seperti agihan kepada penerima lain yang layak.

Oleh itu marilah kita bersikap RAHMAH sebagai petugas, penyembelih juga pelapah dalam melaksanakan ibadah korban

KELEBIHAN 2 RAKAAT SEBELUM SUBUH



Qobliyah Subuh

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda,

"Sesiapa yang mengambil berat mengerjakan 12 rakaat solat sunat (setiap hari) maka Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. 4 rakaat sebelum fardu zuhur, 2 rakaat selepas fardu zuhur, 2 rakaat selepas fardu maghrib, 2 rakaat selepas fardu isyak dan 2 rakaat sebelum fardu subuh."

Hadis Riwayat Nasa'i

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa, "Sesungguhnya tidak ada solat sunat yang Nabi s.a.w begitu mengambil berat untuk menunaikannya lebih daripada 2 rakaat sebelum fardu subuh."

Hadis Riwayat Muslim

Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda tentang solat sunat 2 rakaat sebelum fardu subuh, "Sesungguhnya kedua-dua rakaat itu lebih aku kasihi daripada semua harta benda dunia."

Hadis Riwayat Muslim

Semoga saya dan pembaca mendapat kebaikan bersama

Adab Dalam Berdoa



Diam Lebih Baik



Kalau kita mendoakan orang yang kita sayang, kalau boleh jangan beritahu dia kita doa untuk dia, sunnah kita mendoakan dia dalam diam, itu lebih baik, itu lebih cepat diterima.


Ibnu 'Abbas r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda, "Terdapat lima doa yang pasti diterima doanya. Doa seorang yang dizalimi selagi dia tidak mengambil tindak balas ke atas orang yang menzaliminya. Doa seorang haji selagi dia belum kembali ke kampung halamannya. Doa seorang mujahid selagi dia masih berada di perbatasan. Doa seorang yang sedang sakit sebelum sembuh. Doa seorang saudaranya yang lain dibelakangnya yang dilakukan secara sembunyi."


Seterusnya baginda Rasulullah s.a.w bersabda, "Diantara doa-doa tersebut yang paling cepat diterima ialah doa seorang saudara kepada saudaranya yang lain secara tersembunyi."

Hadis Riwayat Baihaqi



Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar

Thursday, 1 August 2019

Amalan Dalam Bulan Zulhijjah oleh Ustaz Khann Daei

Amalan Dalam Bulan Zulhijjah oleh Ustaz Khann Daei

#Amalan #dalam #Bulan #Zulhijjah
💢 #Penting ..#Baca...

Oleh:
Us khann daie
Muhajir Madani

Mohon sebarkan..

▪29 Zulkaedah 1440 bersamaan hari khamis
 *1 Ogos 2019* :
Hari Terakhir Potong Rambut & Kuku Bagi Mereka Yang Niat untuk BerQurban tahun ini.(melainkan mereka yg korban dan dalam masa yg sama pergi Haji.. Ada kelonggaran untuk mereka untuk memotong kuku dan bulu)

Malam itu ialah malam Jumaat dan malam 1 zulhijjah..

Sabda Nabi SAW: Jika telah masuk 10 hari pertama bulan Zulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no:1977)

💢Sangat2 beruntung mereka yg menghabiskan 10 hari awal zulhijjah di ikuti dgn hari tasriq 11,12, 13 zulhijjah dgn keluar Dakwah di Jalan Allah apatahlg sntiasa dlm amal iktikaf di Masjid2. tambah pula zulhijjah ini ialah bulan korban pula.. Mereka korbankan diri harta masa untuk kerja2 Agama ataupun mereka yg berada di tempatan mereka mghabiskan masa dgn Dakwah, Taklim, Ibadat, Khidmat juga Abadi Masjid..

▪1 zulhijjah  bersamaan hari Jumaat,
2 OGOS 2019 (mulalah puasa sunat)
Di anjurkan puasa hingga 9 zulhijjah (10 Ogos 2019)

▪9 zulhijjah - 10 OGOS 2019 - Sabtu- Hari Arafah (disunatkan puasa sunat BAGI mereka yg *Tidak* mengerjakan Ibadah Haji)

Kirim doa kepada teman2 yg berada di Padang Arafah saat itu ada masa yg panjang untuk berdoa di tempat yg sgt maqbul iaitu Padang arafah di hari yg sgt Maqbul iaitu hari arafah

Dari Abu Qatadah radhiAllahu `anhu berkata, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah ditanya tentang puasa hari `Arafah, kemudian Baginda Saw menjawab:

“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus   dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
(HR Muslim)

Dari `A’isyah radhiAllahu `anha berkata bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda:

مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنْ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَة

“Tidak ada hari yang lebih ramai ALLAH Ta`ala membebaskan hambaNYA daripada api neraka lebih daripada hari `Arafah.”
(HR Muslim)

Di dalam kitab Munyatul Musolli menyebutkan sudah boleh mula bertakbir raya pd 9 zulhijjah.. Maknanya 5 hari takbir.. 9, 10,11,12 dan 13 zulhijjah bg mereka yg *Tidak* buat Haji.. Bg yg buat haji pula adalah perlu mereka *Bertalbiah* dan bukan bertakbir..

Siang Hari sabtu itu hari Arafah.. Manakala malam nya ialah malam aidil adha.. Adalah sgt penting kita mghidupkan malam aidil adha kerana ia juga malam yg sgt maqbul dan sgt berkat di sisi..

Oleh itu kita perlulah bersungguh-sungguh menghargai malam tersebut..

Kebanyakan orang, bukan sahaja orang awam bahkan ahli-ahli agama pun turut tidur dengan nyenyak pada malam itu kerana keletihan berpuasa awal zulhijjah juga puasa hari arafah..

Sedangkan malam itu juga adalah malam yang khusus untuk disibukkan dengan ibadat
Nabi saw bersabda, sesiapa yang berjaga pada kedua-dua malam hari raya yakni sibuk dengan beribadat dengan niat untuk mendapatkan ganjaran maka hatinya akan hidup akan hidup pada hari hati-hati yang lain akan mati (yakni apabila hati-hati orang ramai akan mati pada masa fitnah dan kerosakan atau juga mungkin dimaksudkan pada hari sangkakala ditiupkan maka rohnya akan tetap sedar)

ada dinyatakan dlm kitab Fadhilat Ramadhan bahawa sesiapa yang berjaga pada lima malam untuk beribadat maka di mudahkan syurga untuknya..
 ▪Malam itu ialah
malam Tarwiyyah ( *malam 8 Zul-Hijjah* ),
▪ malam 'Arafah ( *malam 9 Zul-Hijjah* ),
▪ *malam Nahar (malam Aidiladha),**

▪malam Aidul Fitri dan
▪ malam kelima belas Sya'ban

Dalam Kitab Kasyful Ghummah..ada di nukilkan Terdapat 5 malam yg Doa di Qabulkan :

1-Malam Jumaat
2- malam awal Bulan Rejab
3- Malam Nisfu syaban
4- Malam Aidilfitri
5- Malam Aidiladha


▪10 Dzulhijjah 1440 bersamaan hari Ahad 11 Ogos 2019-
 Hari Raya  Aidul Adha - qurban

Amalannya berkurban..byk kan Bertakbir Raya di setiap kali lepas solat dan ketika  menyembelih haiwan kurban.. Bersedekah.. Menjamu org makan.. Ziarah menziarahi.. Bersilaturahim.. Melihat keperluan fakir miskin dan membantu mereka terutamanya yg terdekat dgn kita.

▪Hari Tasyriq -(11,12,13 zulhijjah)
Bersamaan 12,13 dan 14 ogos -
hari2 qurban, sunat Takbir setiap kali lepas solat fardhu.

💢Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Dzulhijah

Adapun keutamaan beramal di sepuluh hari pertama Dzulhijah diterangkan dalam hadits Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berikut,

« مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ ».

“Tidak ada satu amal sholeh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal sholeh yang dilakukan pada hari-hari ini (iaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak pula jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun.“

Dalil lain yang menunjukkan keutamaan 10 hari pertama Dzulhijah adalah firman Allah Ta’ala,

وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Dan demi malam yang sepuluh.” (QS. Al Fajr: 2).

Di sini Allah menggunakan kalimat sumpah. Ini menunjukkan keutamaan sesuatu yang disebutkan dalam sumpah.Makna ayat ini, ada empat tafsiran dari para ulama yaitu:
▪sepuluh hari pertama bulan Dzulhijah,
▪sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan,
▪ sepuluh hari pertama bulan Ramadhan
▪ dan sepuluh hari pertama bulan Muharram.

Malam (lail) kadang juga digunakan untuk menyebut hari (yaum iaitu siang ), sehingga ayat tersebut boleh dimaknakan sepuluh hari Dzulhijah.

Imam Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan bahwa tafsiran yang menyebut sepuluh hari Dzulhijah, itulah yang lebih tepat. Pendapat ini dipilih oleh majoriti pakar tafsir dari para salafuna soleh dan selain mereka, juga menjadi pendapat Ibnu ‘Abbas.

Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata, “nampaknya sebab yang menjadikan istimewanya sepuluh hari (pertama) Dzulhijjah adalah karena padanya terkumpul ibadah-ibadah induk (besar), iaitu: solat, puasa, sedekah dan haji, yang (semua) ini tidak terdapat pada hari-hari yang lain. (fathul Bari)

Lantas manakah yang lebih utama, apakah 10 hari pertama Dzulhijah ataukah 10 malam terakhir bulan Ramadhan?

Maka Ulama Simpulkan.. Kalau kita sebut tntg 10 hri siang yg trbaik.. Itulah 10 hari awal Zulhijjah..kerana amal siang nya begitu luar biasa.. Manakala kalau 10 malam yg trbaik itulah 10 malam terakhir dari Bulan Ramadhan...

Disunnahkan untuk memperbanyak puasa dari tanggal 1 hingga 9 Dzulhijah karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendorong kita untuk beramal sholeh ketika itu dan puasa adalah sebaik-baiknya amalan soleh.

Dari Hunaidah bin Kholid, dari istrinya, beberapa istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,

عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَصُومُ تِسْعَ ذِى الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Dzulhijah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulan. Hr Abu Dawud

Hadis di mana Rasulullah s.a.w. bersabda;

مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً
“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.

 Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”.

(Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Saidatina ‘Aisyah r.a.. Menurut Imam as-Suyuti; hadis ini adalah hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghir, hadis no. 7949.)

‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.”
(Hadis riwayat al-Hakim)

Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu.”
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Daripada Jabir , beliau berkata :

“Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.” (Hadis Riwayat Muslim)

Semoga kita menggunakan peluang dan ruang masa yg Allah beri pd kita di waktu Maqbuliyyat ini untuk bykkan Dakwah, Taklim Wa Taklum, Ibadat2 dan Khidmat.. Semoga menjadi asbab Hidayat untuk seluruh umat.. Amin

Us khann Daie
Muhajir Madani

Monday, 29 July 2019

Targhib Masturat



*TARGHIB MASTURAT*

Bila Maulānā Daud rahmatullāhu 'alaihi balik dari madrasah yg di asas di Delhi, beliau telah beritahu kepada Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi wanita² di madrasah telah tanya; "Orang lelaki saja keluar, orang perempuan tak ada keluar ke?" Maulānā Ilyās rahmatullāhu 'alaihi yang pada masa itu sedang sakit, telah bangun daripada katilnya dengan keadaan yang sangat gembira. Maulana Ilyas telah kata; "Apa yang saya tunggu selama ini telah tiba, apa yang saya cari telah dijumpai. Bila wanita berkeinginan untuk keluar ke jalan ALLĀH ﷻ, bermakna peningkatan agama ini akan maju dengan mendadak."

Oleh itu tuan² yang mulia, di dalam mesyuarat banyak kali Maulana Saad telah beritahu; "Usaha wanita ini adalah sepuluh kali usaha lelaki." Kita orang lelaki banyak auta (mengelat). Orang perempuan (masa keluar) kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 10 tepat mereka akan mula taklim. Sebaliknya orang lelaki kalau diputus taklim pukul 10, maka pukul 11 baru datang.

Sekiranya usaha wanita ini kita lupakan dan kita tinggalkan, maka umat ini akan berada dalam kerugian yang sangat besar kerana ALLĀH ﷻ perintahkan agama ini sama sahaja di antara wanita dan lelaki. Oleh itu perintah dakwah ini adalah perintah ALLĀH ﷻ yang sama sahaja untuk wanita dan lelaki.

Dulu sebelum kedatangan Rasūlullāh ﷺ , ALLĀH ﷻ telah lantik orang yang bertanggungjawab untuk menyampaikan agama ini hanya dikalangan lelaki sahaja. Tetapi untuk umat ini; lelaki, wanita dan kanak² bertanggungjawab untuk kerja Nubuwwah (kenabian) ini.

Maulānā 'Umar Palanpuri rahmatullāhu 'alaihi bagitau; "Biar seluruh dunia tidak suka kita buat usaha dakwah tetapi isteri kita suka, maka mudah untuk kita buat dakwah. Sebaliknya jika seluruh dunia suka kita buat dakwah sehingga kita menjadi orang yang di atas pentas tetapi isteri kita tidak suka, maka susah untuk kita buat dakwah."

Jadi untuk itu kita kena fikir atas usaha wanita kerana umat ini bahkan Nabi² yang terdahulu, jika wanita membantu dalam usaha dakwah maka kesan baik akan tersebar begitu cepat sekali.

Oleh itu takaza untuk setiap halkah mengeluarkan jemaah masturat mereka sendiri dan menghidupkan taklim mingguan masturat.

Taklim mingguan masturat ini sangat penting kerana nisbahnya adalah sama seperti malam markas untuk lelaki. Jika wanita tidak dihubungkan dengan taklim mingguan masturat, maka fikir agama akan terluput dari diri wanita.

Wanita punya fikir; kerana wanita ini ada 9 keinginan dan 1 sahaja akal, jika digunakan untuk dunia maka dunia akan bertambah. Tengoklah barang2 yang ada di dalam rumah kita, kebanyakannya adalah hasil dari keinginan wanita. Orang lelaki kalau rumah macam kubur pun mereka tak kisah sebab lelaki keluar 4 bulan setiap tahun.

Baru² ini beberapa ulama kita pergi ziarah satu ulama di Mewat untuk tashkil keluar setahun sedangkan isteri ulama tersebut sedang sarat mengandung. Ringkasnya bila ditasykil maka dia kata; "Isteri saya sedang sarat mengandung dan sudah hampir untuk lahirkan anak." Maka kedengaran suara isteri dari balik tabir; "Sekarang ni apa masalahnya? Bukan abang yang nak melahirkan anak ni. Saya yang akan melahirkan. Abang keluarlah setahun."

Jadi perkara inilah yang kita nak usahakan. Setiap halaqah perlu sediakan jemaah 10 hari masturat. (Syarat untuk hidupkan taklim di halaqah, perlu ada sekurang²nya 3 orang yang berpengalaman masturat 10 hari dalam satu mohalla)

Apa maksud kita buat rumah taklim mingguan masturat? Maksudnya adalah supaya kita dapat hidupkan amalan masjid nabawi di setiap rumah orang Islam. Hadhratji Maulānā In'āmul Hasan rahmatullāhu 'alaihi kata; "Rumah² orang Islam di ibaratkan ada lubang². Dari lubang² itu segala fitnah, kemaksiatan dan keburukan akhir zaman akan masuk. Hanya dengan amalan taklim harian di rumah² lubang itu akan dapat ditutup."

Kita juga perlu sediakan rumah kita untuk terima jama'ah² masturat. Jika jama'ah datang selama 3 hari di rumah kita, maka rumah kita akan menjadi taman² syurga selama 3 hari tersebut. Jadi takaza juga sekarang untuk terima jama'ah² masturat ke rumah kita kerana ramai yang sedia keluar tapi tak sedia untuk terima jama'ah ke rumah. Jangan fikir rumah kecil atau besar tetapi fikir hendak terima atau tidak jama'ah ke rumah kita. Syura putuskan setiap halaqah sediakan 2 rumah setiap bulan hingga hujung tahun untuk terima jama'ah masturat. Insyaa' ALLĀH.

Targhib Masturat Jama'at
- Pakcu Bentong
- Mesyuarat Kuala Lumpur
- 10/01/2018

#Nota #Nizamuddin #Tafaqquh #alfaedah

Friday, 26 July 2019

Tertib Tafakut Untuk Jemaah 3 Hari Masturat




gambar sekadar hiasan

SYARAT UNTUK KELUAR

a. Untuk kali pertama - minimum  Masturat telah hadir taklim Masturat.

b. Utk Masturat pengalaman - lelaki/ suami telah keluar nisab lelaki 2 bulan berturut2.

c. Untuk lelaki yg poligami - sebelum bawa ahlia no 2 keluar, hendaklah diselangi dengan keluar nisab lelaki 3h dahulu. Tidak boleh bawak isteri pertama dan kedua tanpa diselangi dengan keluar 3h lelaki.Juga tidak boleh bawa isteri pertama dan kedua dalam bulan yg sama.

d. Sekiranya baru sahaja tangguh dari Khuruj 10H atau 40H/2B Masturat, hendaklah keluar dahulu lelaki 3h 2 bulan berturut2, kemudian baru boleh keluar 3h Masturat.
Tetapi sekiranya baru sahaja tangguh 3h, tidak perlu tunggu 3bulan untuk keluar 10H atau 2B.

*SYARAT PEMBENTUKAN JEMAAH 3H*

1. Terbaik - 2 org lama 40h/2b, 2 org 10h, 2 org baru.

2. Kalau ramai org lama, kena cari route Rumah org baru atau halqah yg Ada takaza taklim Masturat, atau nak keluarkan jemaah cash.

3. Kalau ramai org baru, cari Rumah atau halqah yg Ada org lama supaya jemaah akan dapat tarbiah.

4. Paling kurang 4 pasang, paling ramai, 6 pasang. Takde Istilah nusrah utk nak masukkan jemaah lebih dari 6 pasang.

5. Org yg tafakut sahaja boleh keluar. Kalau Tak dtg tafakut Hari Rabu, boleh hadir Hari Khamis atau minggu depan rabu utk tafakut.

6. Kena tajwizkan dulu cadangan pembayan hidayat sebelum pembentukan jemaah. Kena Ada 2 cadangan pembayan Hidayat. Cadangkan pembayan yg faham dengan tertib2 Masturat dan yg ada hubungan dengan Markaz. Kadang2 ada org yg pernah keluar 40h Masturat pun tidak mahir dengan tertib2 Masturat. Jadi pikirkan org yg sesuai utk bagi bayan Hidayat.

7. Tempat bayan Hidayat, usahakan tempat yg dekat dgn semua ahli jemaah. Elakkan bayan Hidayat dirumah ahli jemaah sendiri.

8. Lantik Amer sab yg mahir dalam tertib Masturat.

9. Tanya kalau ada anak kecil yg umur kurang dari 2 tahun yg masih menyusu badan. Tak boleh keluar kalau kurang dari 2 tahun.

10. Tanya kalau Ada ahlia yg mengandung. Lebih 7 bulan tidak digalakkan keluar.

11. Kalau Ada yg nak bawak anak perempuan keluar, Tanya umur dia. Umur minimum ialah 12 tahun. 1 jemaah hanya boleh bawak 2 org anak perempuan dari ibu yg berlainan. Anak lelaki tidak boleh langsung dibawa keluar.

12. Utk wanita yg hamil, kalau kesihatan dia kurang baik, tidak digalakkan keluar. Contohnya mual2 atau muntah.

13. Untuk bawak isteri kedua, kenalah diselangi dengan lelaki keluar nisab lelaki dulu. Tidak boleh bawak isteri pertama dan kedua berturut2 tanpa diselangi dengan nisab lelaki.

14. Untuk first time keluar, kalau suami tidak pernah keluar   dengan jemaah lelaki, dia masih boleh keluar Masturat 3h. (First time sahaja).

15. Untuk lelaki yg dah lama Tak keluar pun, kalau dia Tak jaga nisab lelaki, dia boleh keluar 3h Masturat.

16. Untuk upgrade dari 3h ke 10h atau 40h, tidak perlu tunggu sehingga 3 bulan. Tetapi selepas keluar 3h, 10h atau 40h/2b, untuk keluar 3h nisab, kena tunggu 3 bulan. Tidak boleh keluar 3h kalau kurang dari 3bulan atau dia tidak menjaga nisab lelaki 2 bulan berturut2.

17. Semasa tafakut, kalau ada banyak jemaah yg dibentuk, elok kalau kita tengok semula keseluruhan jemaah supaya dapat di imbangkan nisbah org lama dan org baru dalam jemaah2 yg dibentuk tu.

18. Orang bujang hanya boleh bawa ibu dia untuk keluar 3h. Dia tidak dibenarkan bawa adik beradik perempuan dia.

19. Wanita bujang hanya boleh keluar bersama ayah dan ibu dia sahaja. Seorang ayah tidak boleh bawak anak perempuan dia tanpa membawa ibunya (isteri dia).

20. Kalau nak bawak adik beradik perempuan yg dah berkahwin, hendaklah meminta izin dari suaminya dahulu.

Untuk tafakut Masturat, penting untuk tanya soalan2 diatas. Kalau ada org nak keluar jugak tanpa jaga tertib2 ni, insyaallah dia tidak akan dapat tarbiah. Wallahualam.

🍌🍋🍊🍐🍎🍅🍏🍓🍉🍇

Garis Panduan Bayan Hidayah Masturat 15 Hari & 40 Hari


gambar sekadar hiasan

GARIS PANDUAN BAYAN HIDAYAT MASTURAT 15 HARI & 40 HARI

❖ Muqaddimah
✓ Kepentingan usaha agama ini dikalangan wanita .Sebagaimana lelaki dihantar begitu juga bagi wanita.Dakwah tanggungjawab wanita juga.
✓ Syukur Allah pilih ibu-ibu &bapa-bapa untuk keluar dijalannya.

Maksud Keluar
✓ Islah diri supaya agama yang sempurna hidup dalam diri kita dan umat seluruh alam.
✓ Menghasilkan 6 sifat dalam setiap suami & isteri.
✓ Menggalakkan lelaki supaya usaha keluarkan jemaah lelaki dan masturat di jalan Allah secara tunai.
✓ Fikir bagaimana 5 amal dapat hidup di setiap masjid. Ini adalah asas kerja, jadikan setiap masjid hidup seperti Masjid Nabi. Wanita perlu dibentuk untuk sentiasa berfikir menghidupkan amal di rumah dan menguatkan usaha tempatan di masjid dan surau.

*TERTIB KERJA*

✓ Taat Amir. Hanya seorang Amir Dikalangan lelaki, tidak ada wakil amir di kalangan wanita.
✓ Taat keputusan mesyuarat.
✓ Diterangkan 12 usul.
✓ Pakaian 100 % berpurdah dan bersifat sederhana
dan berwarna gelap.
✓ Tidak memakai perhiasan semasa keluar.
✓ Sediakan Set Taklim-satu buku
wanita / lelaki. Apabila ramai wanita hadir maka dengan mudah boleh pecah kepada beberapa halqah taklim kitabi. Di waktu lapang pula setiap gambar orang boleh baca taklim secara infradi.
✓ Sediakan set taam.
✓ Bawa tali dan cadar untuk tirai yang lebih.
✓ Bawa sistem pembesar suara mudahalih bersama.
✓ Sediakan buku mesyuarat - buku pendua dan kertas taskil secukupnya.
✓ Kenderaan di mesyuaratkan dahulu-naik kenderaan apa? Dengan siapa?
✓ Khidmat memasak makanan adalah dikalangan wanita. Memasak untuk jemaah dan ahli rumah sahaja.
✓ Tuan rumah hanya dibenarkan menyediakan masakan sekali sahaja. Sekiranya orang tempatan ingin nusrah makanan, hendaklah dimesyuaratkan terlebih dahulu.
✓ Mereka yang diputuskan untuk memasak sahaja membuat keputusan mengenai menu pada hari itu.Yang lain boleh bantu jika perlu. Makanan sebaiknya boleh dimakan oleh semua ahli jemaah.
✓ Tiada amalan bayan / targhib dari pihak lelaki waktu gelap (malam &selepas subuh).
✓ Tiada amalan ijtimaie selepas Solat Isyak. Sekiranya perlu Solat Isyak boleh di lewatkan sedikit demi menyempurnakan amal amal ijtimaie.
✓ Tiada mulakat (pertemuan) di waktu malam kecuali dharurat, contoh ahlia sakit kuat.
✓ Tiada karkuzari bertulis dari wanita- hanya secara lisan kpd suami.
✓ Rumah hendaklah dilihat sebelum masuk & sebelum berpindah ke route seterusnya.   
➢ Tandas ada berapa
➢ Tempat wudhu ada berapa
➢ Ruangan sidai baju
➢ Ruangan taalim, bayan, mulakat.   
➢ Tabir & tirai.
➢ Ruangan memasak
➢ Kemudahan air (buka paip untuk lihat tekanan air)
➢ Penghuni rumah yang lelaki / anak-anak.
✓ Route jemaah dimesyuaratkan dengan orang tanggungjawab markas.
✓ Semua rumah orang Islam sesuai untuk terima jemaah masturat, tidak mestinya rakan seusaha.
✓ Tempoh maksima membuat usaha disebuah rumah 2-3 hari tidak termasuk hari perjalanan.
✓ Tidak ada amalan sampingan (side program) walaupun ke tempat rumah taalim mingguan.
✓ Tidak boleh keluar rumah untuk menziarahi rumah saudara mara.
✓ Tidak dibenarkan membeli belah bersama isteri.
✓ Waktu berpindah pastikan suami mengambil isteri masing masing.
✓ Pastikan rumah dikemaskan setiap hari dan terutamanya sebelum meninggalkan rumah.
✓ Pasangan yang nusrah sepenuh masa, paling ramai 2 pasang sehari semalam. Maksud nusrah penuh ialah orang lama yang boleh membantu jemaah /Tuan rumah.
✓ Syarat orang yang nusrah penuh masa,sama seperti jemaah yang keluar.Untuk jemaah 10/15 hari ,1 pasangan baru boleh diserapkan selama 24 jam  untuk mendedakan mereka kepada amalan jemaah masturat. Tuan rumah hendaklah dihubungi sebelum berangkat.

➢ *ATURCARA AMALAN 24 JAM*

Taalim
➢ Halqah Tajwid
➢ Kitabi
➢ Muzakarah 6 Perkara

➢ Jenis-jenis kitab yang boleh dibaca

➢ Fadhail Amal
➢ Muntakhab Ahadith
➢ Fadilat Sadaqah.
➢ Di waktu tertentu - Fadhilat Ramadhan & Fadhilat Haji

➢ Taalim pagi 2 jam hingga 21/2 jam di mulai dengan
➢ Fadhilat Majlis
➢ Fadhilat Quran
➢ Halqah Tajwid
➢ Taalim Kitabi
➢ Muzakarah 6 perkara.

➢ Muzakarah 6 perkara, semua orang kena cakap ke enam sifat setiap hari. Jangka masa yang Sama hendaklah diberikan pada setiap orang.
➢ Sekiranya wanita yang hadir waktu pagi melebihi 15 orang dan mereka tidak hadir diwaktu petang, maka bayan lelaki boleh diadakan.
➢ Selepas Zohor tiada amalan ijtimai.

➢ Selepas Solat Asar.
➢ Sebelum bayan Asar, taalim hendaklah dibaca lebih kurang 30 minit.
➢ Bayan lelaki lebih kurang 40-45 minit, di ikuti dengan taskil oleh ahli jemaah wanita selama 10-15 minit.
➢ Dalam tasykil setiap wanita ahli jemaah hendaklah memberi tasykil kepada wanita tempatan yang dengar bayan.
➢ Galakan dan dorongan kepada wanita tempatan oleh ahli jemaah wanita sangat berkesan untuk lebih mempengaruhi hati yang telah dilembutkan melalui bayan.
Taskil dibuat melalui pujukan dengan cara memberi dakwah iman dan fadhilat sehingga wanita wanita yang hadir memberi azam-azam seterusnya menuliskan nama-nama mahram lelaki dengan kerelaan hati.

➢ Setiap ahli jemaah membuat taskil demi membina mizaj dakwah dalam diri dan wanita yang baru boleh dipasangkan dengan wanita yang berpengalaman pada hari permulaaan, kemudian dia pun harus berpecah dan menjalankan taskil selepas setiap bayan lelaki.
➢ Apabila kertas taskil keluar dari balik tabir barulah berdoa.
➢ Sekiranya masa tidak mengizinkan, selepas wanita menyempurnakan taskil maka setiap wanita membaca doa kifarah majlis apabila taskil mereka telah selesai.
(Jangan rosakkan tashkil dengan jamuan makan dan minum)
➢ Lepas doa maka mana mana wanita tempatan yang masih ada, maka hendaklah di ikhtilat dan dakwah infradi.
➢ Jamuan makan dan minum (jika ada) hendaklah dihidang selepas doa selesai. (bukan di penghujung bayan)
➢ Program selepas Solat Maghrib dan nawafil adalah muzakarah (lebih kurang 30-45 minit).Solat Isyak boleh dilewatkan sedikit sekiranya perlu.

➢ Perkara- perkara yang perlu di muzakarahkan
❖ Usaha hidupkan amal dirumah 24 jam - mesyuarat, dakwah, taklim, zikir, tarbiah anak- anak, hidupkan Sunnah dsb.
❖ Adab makan
❖ Adab tandas
❖ Adab Tidur
❖ Adab Perjalanan.
❖ Beberapa pesanan wanita
❖ Hidupkan taklim di rumah
❖ Hidup sederhana.
❖ Didik anak cara sunnah.
❖ Muhabbah/Kasih sayang
❖ Sabar & Tahamul
❖ Halqah dakwah iman
❖ Fikir alami
❖ Adab Mulakat
❖ Adab Istikbal
❖ Kelebihan tahajud
❖ Adab Usul
❖ Usaha tempatan lelaki / 5 amal jemaah masjid
❖ Kaedah taskil dan ikhtilat.
❖ Selepas Isyak adalah masa untuk makan, menyudahkan amal-amal harian dsbnya.
❖ Bila lampu dipadam, semua ahli jemaah perlu tidur, tidur awal bangun tahajud pun awal.Tahajud sangat penting dalam usaha dakwah.
❖ Hidupkan lampu lebih kurang 30 minit sebelum Solat subuh.
❖ Selepas solat subuh, sempurnakan zikir harian dan tilawah Quran infradi.
❖ Boleh muzakarah lagi sehingga solat Isyrak.
❖ Selepas Subuh (langit sudah cerah) sekali sekala adakan targhib dari ahli jemaah lelaki.
❖ Adab talim dan apa jua adab (jika perlu) boleh disampaikan oleh pihak lelaki.
❖ Mesyuaratkan setiap hari petugas khidmat, istiqbal, pembaca program dan karkuzari.

❖ Taskil yang perlu dibuat oleh setiap wanita
❖ Disetiap rumah usaha dibuat untuk menjadikan rumah setiap orang islam cawangan masjid iaitu dengan menghidupkan amal-amal masjid 24 jam - taklim,ibadat,khidmat,mesyuarat.Galakkan  rumah mengadakan satu amalan selepas setiap waktu solat.
❖ Jadikan dakwah maksud hidup dan kerja utama.
❖ Tertib masturat keluar 3 H setiap 3 bulan.10/15 H setiap tahun dan 2B/40 Hari setiap 3 tahun.
❖ Galakkan mahram kita untuk keluar ke jalan Allah- 4B,40H,2B jalan kaki ,Negara Jauh dan juga membuat kerja tempatan.

❖ Pembentukan Jemaah Tunai

❖ Di setiap rumah jemaah hendaklah berusaha sungguh-sungguh untuk mengeluarkan jemaah 3H Masturat secara tunai.

❖ Pihak lelaki & wanita perlu membuat taskil tunai.

❖ Di tempat yang usaha masturat masih baru jemaah hendaklah menyediakan pasangan- pasangan baru untuk nusrah penuh 24 jam.

❖ Sekiranya perlu jemaah boleh mengusahakan pasangan wanita yang berpengalaman daripada halqah untuk lengkapkan jemaah.

❖ Melalui mesyuarat jemaah dan orang tanggungjawab markas-usaha dibuat untuk menyediakan route jemaah tunai, rumah bayan hidayat dan pembayan hidayat untuk setiap jemmah 3 H masturat yang bakal dikeluarkan.

❖ Jemaah masturat 3H yang dikeluarkan tunai, tapi di dalamnya kurang wanita berpengalaman hendaklah dihantar kerumah yang ada wanita berpengalaman dan tempat-tempat orang lama dalam usaha masturat.

❖ Sebai-baiknya jemaah hendaklah menyaksikan jemah 3H tunai keluar terlebih dahulu, sebelum berpindah ke rumah diroute yang seterusnya.

❖ *TAMBAHAN UNTUK DI DENGAR JEMAAAH LELAKI SAHAJA*

❖ Perkara-perkara yang tak boleh disentuh dalam bayan lelaki
❖ Pasal Poligami
❖ Purdah
❖ Wanita Bekerja
❖ Keadaan yang mengaibkan wanita.
❖ Bayan umum hendaklah disampaikan oleh ahli jemaah yang sedang keluar.

❖ Targhib kepada ahli jemaah boleh dibuat oleh orang lama & tanggungjawab.

❖ Ikhtilati Gasyt- kerumah rumah jiran rumah masturat untuk memaklumkan waktu taklim & bayan lelaki di rumah masturat.Ini bertujuan untuk mengundang jiran tetangga kepada Tuan rumah untuk hadir dalam program.

🍇🍉🍌🍋🍊🍐🍎🍏🍓🍅

Bekal Perjalanan ke Akhirat (Zaadul Ma'ad).pdf

Bekal Perjalanan ke Akhirat (Zaadul Ma'ad).pdf

Bahasa

Downolad (muat turun di sini)


Ibnu Qayyim Al-Zaujiah




Tajuk Kitab:
Bekal Perjalanan ke Akhirat (Zaadul Ma'ad).pdf

Bahasa

Downolad (muat turun di sini)


Oleh:
Ibnu Qayyim Al-Zaujiah

Jika mahu mengetahui berkaitan beberapa masalah, boleh lah menggunakan fungsi carian pdf untuk lebih cepat mendapat info.

Sebagai contoh, nak tahu berkaitan kencing (membuang air kecil) boleh taip 'kencing' dan tekan simbol kanta pembesar untuk mulakan carian.


Thursday, 25 July 2019

Khutbah Jumaat JDT 26 Julai 2019



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
          *السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 26 Julai 20l9
                 23 Zulkaedah 1440
TAJUK  :  Islam Semakin Asing
             
1) Firman Allah Surah Hud/116 bermaksud: "Maka sepatutnya ada di antara umat yg telah dibinasakn dahulu dpd kamu itu, orng2 yg berkelebihan akal fikiran yg melarang kaumnya dari perbuatan2 jahat di muka bumi ttapi sayang! Tidak ada yg melarang melainkn sedikit shj iaitu orng2 yg Kami telah selamatkn di antara mreka................
.........................................................".

2) Peringatan Rasulullah SAW ttng tibanya zaman di mana islam di anggap asing- orng menyeru kpd kebaikn di anggap ketinggalan zaman; orng mencegah kemungkaran di anggpa jaga tepi kain orang dll.

3) Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Islam bermula dlm keadaan asing dan akn kembali dlm keadaan asing sebagaimana ia bermula maka beruntunglah orng yg asing".
(HR: Imam Muslim)

4) Rasulullah SAW bersabda lagi bermaksud: "Beruntunglah orng2 yg terasing. Lalu sahabat bertanya wahai Rasulullah, siapakah orng yg terasing itu? Rasulullah SAW menjawab: orng2 soleh yg berada di tengah banyaknya orng2 yg melakukn kejahatan, orng yg menderhaka lebih banyak dpd orng yg taat".
(HR: Imam Ahmad)

5) Pada akhir zaman- hanya kumpulan kecil yg menyeru kpd maaruf; mreka berjuang menegakn kebenaran; mengajak kpd ajaran Al-qur'an & Al-sunnah; sabar atas celaan; tidak takut kpd ancaman.

6) Sejarah perjuangan Rasulullah terhadap risalah islam- di anggap asing; ditentang hebat kafir quraish Mekah; pelik oleh masyarakat jahiliyah; Rasulullah menentang berhala2 amalan syirik dn perkara khurafat; menentang penzinaan adat dn budaya jahiliyah; sahabat dihina disiksa dibunuh.

7) Keasingan islam dlm msyrakat kini- nilai2 islam semakin terhakis; dosa2 besar dianggap biasa; berlaku kemaksiatn secara terang2an; orng2 jahil bicara ttng islam.

8) Asingnya islam- umat islam abaikn kewajipan beribadat; jahil hukum halal haram; perkara maaruf dianggap munkar dan sebaliknya; kebenaran dan kebatilan dicampur adukn; lebih percaya hukum ciptaan manusia; umat islam dihina sedang yg lain perhatikn shj; ada umat islam yg tidak menghormati agamanya sendiri.

9) Muhasabah diri- berani pertahankn islam; memperjuangkn dan menegaknnya; bersatu atas nama islam; berpegang ajaran Al-qur'an/Sunnah/ijma'/qias; keazaman tinggi lindungi kesucian islam.

10) Firman Allah Surah As-Saff/9 bermaksud: "Dialah yg telah mengutus RasulNya (Muhammad) dgn membawa petunjuk dan agama yg benar (agama islam) untuk di menangkn dan di tinggikannya atas segala agama yg lain walaupun orng2 musyrik tidak menyukainya".

                  بارك الله لي ولكم ...

Berita baik untuk semua peminat Air Ketum

Berita baik untuk semua peminat Air Ketum
Institut Pencegahan Kanser Negara mengumumkan Ranking daun ketum anti kanser :

1: daun ketum urat hijau 46.5%
2: daun ketum jenis urat merah 37.6%
3: daun jenis halus 35,4%
4: daun ketum bawal 34.7%
5: daun ketum ekor babi. 32.9%
6: daun ketum ekor kura. 29.8%
7: daun ketum hitam. 23.8%.

Tips utama: Semua daun ketum mgandung kolagen, terutama daun ketum kuning paling banyak. Sedangkan bahan antikanser paling banyak adalah jus ketum hangat tanpa gula.

Penemuan resepi baru dari negara China:
bagi yang berpenyakit diabetes. Cara rawatan dengan memblender 12 helai daun ketum panjang di campur 1 daun ketum urat merah. Minum 2x sehari. Silakan cek kadar gulanya esok hari,  dijamin insyaAllah langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yg membuktikan, mujarab tanpa pantang makan lagi.

Berhati-hati dengan air ketum dicampur bahan lain yang mungkin membahayakan si peminum. Jika daun yang diproses sendiri dan terjamin adalah lebih baik. Jangan beli dari sembarangan orang.

Bantu kirimkan berita ini ke semua kenalan anda yg ada masaalah diabetis dan darah tinggi.  Bantu mereka yg sakit diabetes agar sembuh !selamat mencuba!

Share... Buat apa disimpan tiada gunanya, lebih baik  bantu di share...

Sunday, 21 July 2019

Targhib Santri Temboro



Kampung Madinah

Andai perjuangan Dakwah itu mudah, pasti banyak yang menyertainya. Andai perjuangan Dakwah ini singkat, pasti banyak yang Istiqomah diatasnya. Andai perjuangan Dakwah ini menjanjikan kemanisan dunia, pasti banyak yang tertarik padanya. Tetapi hakikat Dakwah ini tidaklah begitu. Kadang Turun Naik. Sakit-Sehat. Pedih-Nikmat. Masam-manis Senang-susah. Kenyang-lapar. Satu hati-pecah hati. Diterima-diusir. Dipuji-dihina dimaki. Ditendang-dinusrohi. Maka andai terjatuh, bangkitlah kembali. Andai terluka dan sakit hati, Bersabarlah. Dan harapkanlah pahala yang berlipat ganda pada Allah SWT. Andai lelah dan lemah, ingatlah gerbang Firdaus menanti dan di saat perjumpaan dengan Allah SWT. Tahukah anda kenapa perjuangan Dakwah itu pahit? Di karenakan SYURGA ITU SANGAT INDAH DAN MANIS. - Targhib Santri Temboro

Saturday, 20 July 2019

Face App Antara Aplikasi Yang Berbahaya

Face App Antara Aplikasi Yang Berbahaya


Sentiasa berhati-hati dengan online/social media apps.

Kebelakangan ini ramai yang terjebak dengan aplikasi FaceApp terkini yang mengubah wajah menjadi tua. Memang menarik dan menjadi hiburan.

Walau bagaimanapun, pakar keselamatan telah menyatakan kebimbangan tentang aplikasi yang berasal dari Rusia ini. Tanpa disedari, kita telah memberi izin kepada pihak ketiga memperolehi data peribadi kita yang boleh dikongsi merentas sempadan.

Bila kita upload gambar swafoto (selfie) untuk aplikasi ini, kita telah memberi izin kepada syarikat tersebut:
- Gambar itu boleh digunakan di luar negara.
- boleh digunakan dalam teknologi pengecaman wajah (facial recognition).
- boleh digunakan, dihasilkan semula, diubahsuai, diadaptasi, diterbitkan, diterjemah, disebarkan, dan sebagainya.
- Kandungan Pengguna, nama, username (yang diguna sekarang atau kemudian nanti) boleh dipaparkan kepada umum.

Lindungi diri, lindungi keluarga di alam siber.

Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir
Kumpulan Keselamatan Maklumat
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
Universiti Putra Malaysia

19.07.2019

-----------
Read this before using FaceApp — you give up more personal data than you realize on this Russian-made app

Friday, 19 July 2019

Agenda Ijtimak Halqah 2019

AGENDA IJTIMAK HALKAH 2019:

1. Lantik Ameer ( Orang yang Istiqamah dan faham tertib ).
2. Ambil Kehadiran.
3. Ambil karguzari semua masjid/ surau.
4. Zihin peningkatan Korban.
5. Pecah setiap mohala utk azam baru.
6. Baca di hadapan azam Masjid/Surau masing-masing.
7. Bayan Taghrib.
    Markaziat.
    Masjidki Abadi.
    Sifat Daie.
    Masturat.
    Maksud hidup.
8  Bincang Umul yang penting.
9. Tarikh Ijtimak akan datang dan tempat.
10. Hayatus Shabah oleh Ulamak setahun yang aktif.
11. Doa'.

Khutbah Jumaat JDT 19 Julai 2019


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
       
INTISARI KHUTBAH JUMAAT JDT
TARIKH : 19 Julai 20l9
                 16 Zulkaedah 1440
TAJUK  :  Bahaya Fahaman Liberal

1) Firman Allah Surah An-nisa'/115 bermaksud: "Dan sesiapa yg menentang (ajaran) Rasulullah sesudah terang nyata kpdnya kebenaran petunjuk (yg dibawaNya) dan ia pula mengikut jalan yg lain dari jalan orng2 yg beriman, Kami akn memberikannya kuasa utk melakukn (kesesatan) yg dipilihnya dan pd hari akhirat Kami akn memasukannya ke dlm neraka jahanam........................................".

2) Fahaman muslim liberal- digerakn melalui pertubuhan dan orng2 tertentu; undang pelbagai kesan khususnya soal aqidah.

3) Golongan fahaman liberal- menganggap agama sbgai halangan kemajuan umat; bebaskn agama dpd tafsiran lama yg jumud; guna agama sbgai alat pelindung utk capai kepentingan dunia; menganggap merekalah pejuang agama sebenar.

4) Golongan liberalisma- bahaya kpd umat islam; berpendirian ugama selain islam juga benar; tiada siapa mengetahui hakikat kebenaran; manusia tidak perlu mengagong2kn agama mreka shj.

5) Kumpulan muslim liberal- membahagikn wahyu kpd dua; wahyu bertulis (Al-qur'an); wahyu tidak bertulis (akal manusia); Al-qur'an bersifat menerangkn tujuan2 agama; akal yg menyesuaikn Al-qur'an dgn kehendak semasa; ulamak yg berpegang kpd tafsiran muktabar dikatakn sbgai penyembah teks Al-qur'an semata2.

6) Pemikiran liberal yg nyata sesat- syaitan dan malaikat tidak ujud;
Syurga dan Neraka sbgai kesan emosi kegembiraan & kekecewaan; cerita2 ghaib dan alam akhirat sbgai rekaan ulamak.

7) Hukum2 liberal yg merosakn pemikiran masyarakat- hukum2 dari ulamak boleh diterima atau ditolak; penetapan sesuatu hadith boleh dipertikaikan; arak tidak haram jika tidak memabukan; aurat wanita perlu disesuaikn dgn zaman; azab kubur adalah sesuatu yg tidak masuk akal dll. yg mengelirukan.

8) Golongan pemutar belit agama- ada d mana2; suka ambil kesempatan atas kejahilan msykt; bersatu kita membanteras golongan ini; sama2 kita bangkit mempertahankn kesucian agama islam.

9) Firman Allah Surah As-sof/8 bermaksud: "Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkn cahaya Allah (Agama Islam) dgn mulut mreka sedang Allah ttap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orng2 kafir tidak suka (akn yg demikian)".

                  بارك الله لي ولكم ...

Thursday, 18 July 2019

3 Sifat Wanita



sifat wanita:

♥️ jika dia mudah menangis itu menandakan ia sosok yang setia.
Mudah merindukan seseorang dan berat bila melepaskan cintanya.

♥️ jika dia tersenyum ramah itu menandakan
baik hatinya.
Mulia akhlaknya, tak suka menyombongkan diri, penyayang tulus dalam menerima maupun memberi.

♥️ bila dia mudah ceria itu menandakan sosok yang mengharapkan kehadiran seseorang
yang dapat memberikan kebahagiaan serta dapat menghapus air mata di masa lalunya.

🍂🍃🎋☘🌾🥀🍁🌱🌿🎋



Bismillahir Rahmanir Rahiim...




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••◆❀◆••┈┈••◆❀◆••

Perjalanan pulang ke alam abadi penuh dengan onak berduri.

Setiap jalan ada persimpangan.

Setiap persimpangan ada persinggahan.

Setiap persinggahan akan terpalit pelbagai kotoran.

Jangan terlalu lama menyinggah kerana perjalanan harus diteruskan.

Berwaspada lah agar tak tersilap ke arah.

Tersilap langkah akan mengelirukan arah tujuan.

Kehilangan arah akan menjerumus ke arus dosa.

Lalu hanyut terbuai noda dosa.

Teruslah berpegang pada panduan kehidupan yang telah DIA berikan.

Berpegang teguhlah pada tali DIA.

Laluilah perjalanan di dunia dengan sabar, patuh dan taat pada setiap arahan NYA.

Semoga kepulangan kita diraih dengan kebahagiaan hakiki.

Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda kekuasaan ALLAH bagi orang-orang yang yakin.
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?
~ Az Dzariyat : 20 - 21 ~

Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana ALLAH menciptakan manusia dari permulaannya kemudian mengulanginya kembali. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH.

Katakanlah: "Berjalanlah di muka bumi maka perhatikanlah bagaimana ALLAH menciptakan manusia dari permulaannya, kemudian ALLAH menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu.
~ Al Ankabut : 19 - 20 ~

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurna kan pahala kamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
~ Ali Imran : 185 ~

Sesungguhnya ALLAH hanya pada sisi NYA sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat dan DIA lah yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui dengan pasti apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
~ Luqman : 34 ~

Maka hadapkanlah wajah kamu dengan lurus kepada agama ALLAH tetaplah atas fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada peubahan pada fitrah ALLAH. Itulah agama yang lurus tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
~ Ar Rum : 30 ~

Lazimkan lidah dan hati untuk berselawat, istighfar, zikirullah dan bersyukur.

Allahu Allah
Laa ilaaha illallah Muhammad Rasulullah
Allahumma salli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun
Laa haula wala quwwata illaa billah

Astaghfirullah hal 'azim al lazi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaih

Al Fatihah
Fi Hifzillah

══◎◎♡◎◎══

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.